Archive for October 9th, 2008|Daily archive page

INI LAH POLITIK ADUDOMBA KAFIR “HARBI” PETIKAN MALAYSIAKINI

APASAL PAK LAH LETAK JAWATAN?

APASAL PAK LAH LETAK JAWATAN?

Guan Eng: Abdullah dipaksa berundur…

Oct 9, 08 12:35pm

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, pengunduran secara tiba-tiba dan tidak sopan itu merupakan gambaran muram kedudukan politiknya yang lemah, yang mengakibatkan beliau kehilangan penghormatan oleh parti.

“Berbeza daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah dipaksa berundur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata ironinya, orang ramai lebih menghormati Abdullah berbanding parti Umno, kerana beliau dilihat sebagai “orang yang memiliki hasrat yang baik, yang mungkin seorang daripada beberapa kerat pemimpin bersih yang masih tinggal dalam Umno”.

“Abdullah sepatutnya meninggalkan legasi dalam memerangi rasuah dengan mewujudkan tender terbuka dan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menyalahguna kuasa,” tambahnya.

Sudah terlambat

Selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam, Abdullah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatanya sebagai presiden Umno, dan akan meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Mac tahun depan.

Sementara itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tindakan perdana menteri itu sebagai “sesuatu yang sudah terlambat”.

“Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang,” katanya kepada pemberita.

Nik Aziz turut menyifatkan tindakan Abdullah sebagai tidak bijak dan telus kerana ia akan terus mengeruhkan suasana politik negara.

Kerajaan Kedah pimpinan PAS puls berharap pengganti Abdullah nanti akan meneruskan hubungan mesra dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan berurusan dengan sesiapapun yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

Hubungan baik

“Saya tidak mahu menjaga tepi kain orang dan perkara itu (keputusan Abdullah) adalah masalah Umno,” katanya dan menambah, Kedah mempunyai hubungan baik dan mesra dengan kerajaan persekutuan, dan menganggap Abdullah sebagai pemimpin kerajaan yang menunjukkan contoh terbaik dalam hubungan antara Umno dan PAS.

“Bagaimanapun jika sudah sampai masa bagi Abdullah meletak jawatan ia sepatutnya melakukannya kerana pemimpin datang dan pergi adalah perkara biasa,” kata Azizan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sukar bagi Abdullah melaksanakan janji-janji beliau untuk melakukan pembaharuan, sebaik sahaja beliau mengumumkan rancangan pengundurannya semalam, berbanding ketika beliau memperolehi mandat besar pada pilihan raya Mac 2004.

“Namun begitu tekad tersebut masih boleh dilaksanakan sekiranya Abdullah bersedia untuk melakukan sesuatu yang mustahil, dan menggunakan tempoh lima bulan sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan semua ikrar dan janji yang dibuatnya sejak lima tahun lepas,” menurut beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan mulai mesyuarat kabinet hari ini, dan juga pada hari pertama Parlimen bersambung pada 13 Oktober ini, dan menurutnya ia adalah pengunduran terhormat bagi Perdana Menteri kelima itu.
KOMEN ABE:

SEMUA ORANG TAHU KEMPEN DAP DAN PENYOKONG MEREKA SUPAYA “PAK LAH UNDUR LAH”… BILA PAK LAH NAK UNDUR… INI PULAK BISIKAN SYAITAN…. INILAH BUDAYA POLITIK MALAYSIA YANG BELUM MATANG.

KHALIFAH DAN UZTAZ KEPADA PAS DAN PKR

KHALIFAH DAN UZTAZ KEPADA PAS DAN PKR

LAIN PULAK DIPENTAS MALAYSIAN MALAYSIA DAP

LAIN PULAK DIPENTAS MALAYSIAN MALAYSIA DAP

PAK LAH DAN NAJIB SEPAKAT TAU MAU “BANGKAI.”

TOK NAJIB TENTUKAN KUDA HITAM TU TAK DIKAMBING HITAMKAN

TOK NAJIB TENTUKAN KUDA HITAM TU TAK DIKAMBING HITAMKAN

PAK LAH : TOK NAJIB… APA YANG SHABERY CHEEK CAKAP TU…. KUDA HITAM?  AHHH.. PASTIKAN            DEPA  TU   TAK DIKORBANKAN JADI “KAMBING HITAM.” I TAK TAHAN “BAU.” KITA NAK UMNO POWER.

TOK NAJIB: YES SIR! SHABERY NI ELOK LATIH KUDA HITAM UNTUK PILIHANRAYA KE 13 NANTI. JADI KETUA JURULATIH PUN BOLEH. BARU UMNO JADI KUDA HITAM… POWER GITU. TAPI KU LI DENGAN ANUAR IBRAHIM TU “KUDA HITAM” ATAU “KAMBING HITAM” PAK LAH?

PAK LAH : HARAP-HARAP DEPA NI DAH SAYUP MUSIM…. DAH TERLEPAS RACE… SILAP GELANGGANG DAN DAH JADI BARANG TAMAT TEMPOH  MACAM KATA AYOH CHIK HJ HADI PAS TU.

TOK NAJIB: TERIMA KASIH LAH PAK LAH. KALAU DAH SERASI KITA BERDUA NI… SECARA AKSIDENTAL PULAK SAMA2 TUTUP HIDUNG SEBAB TAK TAHAN BAU BANGKAI “KAMBING HITAM.” HAHAHA… BAHAGIA NYA UMNO KALAU KU LI TARIK DIRI…. KALAU TIDAK KENALAH TUTUP LOBANG HIDUNG LAGI.

PAK LAH BUAT “WIN WIN”

SEMUA ORANG LEGA BILA PAK LAH MEMBUAT KEPUTUSAN TERBAIK IAITU “WIN WIN” SEMALAM DEPAN SEMUA PEMIMPIN UMNO DAN BN. TERNYATA PAK LAH BUKAN SEORANG PENGIKUT ANUARISME YANG FANATIK DENGAN LIBERALISASI AGENDA GLOBALISASI BARAT TAJAAN AMERIKA YANG TERNYATA BERTUHANKAN ” INFINITE” DAN “UNCERTAIN.”

PAK LAH DIKATAKAN SEORANG INSAN BERJIWA BESAR DAN BERHATI MULIA KERANA MEMEGANG AMANAH TUN DR M SUPAYA MEMBANTU DS NAJIB UNTUK SELAMAT SAMPAI KE PENGKALAN. PAK LAH DENGAN CERMAT MEMANDU DAULAT SANG NAKHODA NAJIB SAMPAI KE GARISAN PENAMAT SEBELUM MESYUARAT AGUNG UMNO BAHAGIAN BERMULA PADA JUMAAT INI DI MACHANG DAN KIMANIS IAITU 10 OKTOBER 2008. TANGGAL 8 OKTOBER PADA “WIN WIN” UMUMKAN BAHAWA DIA TIDAK AKAN BERTANDING PRESIDEN UMNO DAN AKAN SERAHKAN PM KEPADA DS NAJIB PADA MAC 2008, APABILA DS NAJIB DIMASYHURKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO YANG BARU. ITULAH PAK LAH YANG TAK MENANGIS UNTUK UMUMKAN AKAN LEPASKAN JAWATAN DAN MENGATAKAN BELIAU TIDAK MENYESAL MALAH BANGGA DENGAN DASAR LIBERALISASI ALA PAK LAH UNTUK MEMENUHI MANIFESTO 2004 NYA SELAKU PENGERUSI BN.

DALAM FOTEJ TV3 JAM 8.00 MALAM BULLETIN PERDANA, BELIAU KATA DIA BANGGA DAN TIDAK MENYESAL DENGAN DASAR REFORMASI DAN LIBERALISASINYA YANG DIANGGAP TIDAK SAMA DENGAN TUN DR M. MALAH KATANYA DIA NAMPAK LEBIH JAUH LAGI DARIPADA WAWASAN TUN IAITU WAWASAN 2020. MUNGKIN APA YANG BELIAU SEBUT WAWASAN 2057 IAITU SAMBUTAN 100 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA.

ITULAH PAK LAH “WIN WIN” YANG MUNGKIN SENTIASA DISALAH ANGGAP TERMASUKLAH OLEH TUN DAN PAK SYEIKH ANUAR SENDIRI YANG YAKIN PAK LAH TAK AKAN LEPAS JAWATANNYA, MALAH DIA AKAN PERTAHANKAN JAWATAN PRESIDEN UMNO PADA MAC 2009. TUN ULANG2 CAKAP DIA BUAT PEMILIHAN YANG SILAP BILA AMBIL PAK LAH DAN SYEIKH ANUAR IBRAHIM JADI KAYU PENYOKONGNYA WAKTU SEBELUM DIA BERSARA.. TAPI SESAL SETELAH DIA BERSARA…..

MAKA KERANA KURANG ARIF TERHADAP PAK LAH INILAH MUNGKIN RAMAI “KUDA HITAM” YANG AKAN MENJADI KORBAN “KAMBING HITAM” PADA PAU UMNO MAC 2009 NANTI. APA PULAK KOMEN TOK SHABERY CHEEK MENTERI PENERANGAN KALI INI?

SATU PERKARA ABE BELAJAR DARI PAK LAH… SABAR DAN TEPAT BUAT KEPUTUSAN.

ABE TERTANYA ADAKAH “WIN WIN” BILA DR M UNJURKAN WAWASAN 2020, PAK LAH WAWASAN 2057… DAN DAULAT SANG NAKHODA NAJIB MUNGKIN WAWASAN 2I57! DEGITAL…DEGITAL…

SELANJUTNYA BACALAH….. LAPORAN MALAYSIAKINI 8 OKTOBER:

INILAH BUDAYA "WIN WIN" BUKAN "INFINITE" DAN "UNCERTAIN" ANUARISME

INILAH BUDAYA "WIN WIN"

Pak Lah tidak tanding presiden, letak jawatan PM Mac
Muda Mohd Noor & Abdul Rahim Sabri | Oct 8, 08 11:22am
kemaskini 6:15pm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

bn supreme council abdullah announcement 081008 04Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan perdana menteri pada pertengahan 2010.

Elak Umno, BN berpecah

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah.

“Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar,” katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.

bn supreme council abdullah announcement 081008 03Menurut Abdullah, tempoh tamat jawatannya sebagai presiden Umno ialah Mac tahun depan.

Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno.

Perdana menteri juga menegaskan bahawa keputusannya itu adalah muktamad.

“Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara,” katanya.

Pilihanraya umum lalu

Abdullah juga mengakui bahawa beliau “tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu”.

Dalam pilihanraya Mac lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. BN juga kehilangan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – kepada barisan pembangkang – Pakatan Rakyat.

bn supreme council abdullah announcement 081008 02Mengulas lanjut, Abdullah berkata, para pemimpin BN menyambut baik Najib sebagai pengganti beliau.

“Apa yang mereka lahirkan itu, adalah pandangan mereka sendiri. Saya fikir saya mendapat sokongan dalam membuat keputusan ini,” tambahnya.

Abdullah berkata, beliau akan melaksanakan tiga inisiatif sebelum menyerahkan tugas kepada penggantinya.

Tiga inisiatif itu ialah penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman, suruhan pencegahan rasuah Malaysia, suruhanjaya aduan khas bagi mengukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Perpaduan kaum

Mengenai perpaduan kaum, Abdullah berkata, ianya kini berada dalam keadaan yang merosot.

“Saya akan mengadakan konvensyen BN awal tahun depan. Saya serius dan komited untuk mencapai apa yang akan dilaksanakan

“BN masih sebuah kerajaan yang kuat sehingga pilihanraya yang akan datang,” tambahnya. Teks lengkap pengumuman PM

Apabila Abdullah bersara pada Mac 2009, beliau menjadi salah seorang perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat – selama lima tahun lima bulan.

bn supreme council abdullah announcement 081008 01Perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang meninggal semasa berkhidmat pada tahun 1976, mentadbir selama lima tahun empat bulan.

Manakala perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, pula meletak jawatan pada 1981 atas sebab-sebab kesihatan, selepas berkhidmat selama lima tahun enam bulan dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, ada kemungkinan Abdullah akan terus menjadi perdana menteri beberapa bulan lagi, walaupun selepas tamat tempohnya sebagai presiden Umno.

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika mengambil alih kuasa, Abdullah mendapat sokongan besar selepas berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah.

Bagaimanapun, Abdullah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004.

abdullah badawi supporter pwtc 081008Sementara itu, ketika mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung, sekumpulan penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.

Kain rentang tersebut berbunyi: ‘Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi’, dan ‘Pak Lah, teruskan perjuangan‘.

Mereka turut melaungkan ‘Hidup Pak Lah’ dan ‘Pak Lah presiden, Najib timbalan’.

Q & A Sidang akhbar PM

GITU2 LAWAK DI MALAYSIA RAYA

(date_mmm);

var timestamp = “Wednesday, October 08, 2008″;
if (timestamp != ”) {
var timesplit = timestamp.split(“,”);
var date_yyyy = timesplit[2];
var timesplit = timesplit[1].split(” “);
var date_dd = timesplit[2];
var date_mmm = timesplit[1].substring(0, 3);
}

document.write(date_dd);

OOHHH! TIDAK! HENTIKAN LAWAK PENINDASAN. INI TAK IKUT KHALIFAH AZIZ DAN SERAMBI MEKAH NI…..

ABE PETIK NI DARI mysrimuara.blogspot.com. HAI! KALAU BETUL SEMUA NI MANA DIA KHUTBAH UZTAZ LIM GUAN ENG CM PENANG NI. IKUT KHUTBAHNYA HANYA ISLAM YANG PRAKTIKAL UNTUK SELESAIKAN MASALAH PERKAUMAN YANG DIPOLOPORI UMNO. ISLAM PULAK SIAPA YANG BAWA? IKUT MAZAHAB MANA?

MENGIKUT KAWAN ABE DI PENANG… MAMAK LAH TU. KATANYA KHALIFAH NI AMAT DISUKAI OLEH ORANG ISLAM DI PENANG KERANA SEPANJANG RAMADAN YANG LALU DIA BERBUKA PUASA DI MASJID KATANYA. ABE KATA ITU SEMANGAT ROH ISLAM SEJAK TOK GURU NIK AZIZ DAH BERI TONGKAT PENDEK KAT DIA… TAPI TAK LEH BUAT BACA KHUTBAH TAK SAMA TINGGI BILA BERDIRI.

ABE TAK HAIRAN DULU TG NIK AZIZ PUN GI KE KETIK SIAM UNTUK AMBIL HATI ORANG SIAM DI KELANTAN. BETUL LAH TEORI ABE.. TG NIK AZIZ LAH YANG AJAR DIA… SAMPAI NAK BUAT SERAMBI MEKAH KAT PERMATANG PASIR. INI TENTU MODEL KELANTAN NI.BANGGANYA ABE SELAKU ANOK KELATE….

TAPI TG NIK AZIZ SETIAP TAHUN SAMBUT HARI HUDUD DAN BACA SAJAK DINSEMAN “100 FAKTA KELANTAN.” BILA GUAN ENG NAK IKUT PULAK.

HAI YANG TAK PUAS HATI NI APA YANG DISEBUT DI BAWAH NI LAH…..BACA LAH. INI “ANAK SAPA” YANG AJAR NI? KHALIFAH MANA PULAK YANG DIPAKAI GUAN ENG…. ADA BLOG PAKATAN KATA MOHAMAD LIM GUAN ENG….. HAI! MELAYU BIAR BETUL OTAK KAU………!

IKUT KATA MAMAK TU LAGI… CM PENANG NI PANDAI SILAP MATA SERTA SILAT MULUT, SEBAB SEMUA MANIFESTO DAN “REPORT CARD” KERAJAAN DAP PENANG HANYA DI MULUT DAN DALAM CERAMAH SAJA…. TAK ADA DICETAK ATAU DIPAPAR DALAM INTERNET. MACAM TU SUSAH LAH NAK TENGOK KPI DIA. TAPI NIK AZIZ SETIAP TAHUN BUAT SEMAKAN KPI DAN SASARAN KERJA KEPADA BUKU “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” DI KELANTAN…!

SATU LAGI… HAL KU LI PULAK… ADA JUMPA KAWAN LAMA PKR, PAS DAN DAP. KATANYA NAK TUBUH KERAJAAN IKUT PLAN “NATIONAL UNITY FEDERAL GOVERNMENT.” LIHAT STAR 7 OKTOBER. HAI! KU TU CALON PRESIDEN UMNO… TAK KAN TAK PANGGIL PAK LAH….. PRESIDEN UMNO SEKARANG NI?

AMPUN PATEK KU, SATU LAGI KU, APASAL IKUT ANWARISME YANG “INFINITE” DAN “UNCERTAIN” TU? ANUAR TU CIPLAK IDEA KU KERANA DULU TAHUN 1990 KU BUAT GAGASAN RAKYAT DENGAN DAP DAN PERPADUAN UMMAH DENGAN PAS. TAPI ANUAR PANDAI PULAK KAWINKAN MUTAAH PAS DENGAN DAP.

TAPI KU KALAU TEROK SANGAT KPI DAP NI LAYAN KETUANAN MELAYU… MACAM MANA? LAGI PON DAULAT SANG NAJIB ATAU DSN TU MACAM ADIK ATAU ANAK KEPADA KU. SEBABNYA KU TU ADALAH ANAK ANGKAT TERSAYANG TUN RAZAK KAN?  PATEK  AGAK LAH…..DULU ADE TAK  ALMARHUM TUN RAZAK ADA PESANKAN KAT KU…. PERTAMANYA MENANGKAN BN DI KELANTAN. KEDUANYA TENTUKAN ANAKANDA DS NAJIB JADI PM SELEPAS KU…..

YA… TAPI KOUTA KU DAH TERKECEK KAT TS MUSA HITAM. KALU KU TAK LAWAN TUN DR M…. TENTU KU JADI PM SELEPAS DIA. TAK ADE LAH TUN TERCARI PM SAMPAI 22 TAHUN. DAN SELEPAS KU… PAK LAH DAN…. DS NAJIB LAH…..

APA PON KU… KU NASIHAT2KAN LAH KHALIFAH DAN UZTAZ DI PENANG YANG  SORANG TU… JANGANLAH MACAM TU KAT MAMAK….. HAI! TERLAJAK MASUK LONGKANG. KALAU AMBIL PERIKSA TAK JAWAB SOALAN ABE NI…… MELALUT LAH… APA PUN BACALAH…!

DASAR BARU PULAU PINANG UNTUK SIAPA? MELAYU YANG RUGI LAGI

TIDAK ADIL GUAN ENG
MERANCANG PROJEK UNTUK KAUM CINA SAHAJA
Sumber : Risalah Pilihanraya Mendedahkan Pembohongan Guan Eng
MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA!!!!
1. Pembatalan saman keatas penjaja kecil dan saman kesalahan meletak kereta hanya mainan politik bagi mengukuhkan ekonomi mereka. 80% pesalah adalah terdiri daripada Non-Bumi. Dimanakah letaknya keadilan kepada rakyat Bumiputera. Salah tetap salah dan perlu membayar denda. Bukan kerana perbezaan semata-mata.
2. Sebut Harga Tender Terbuka jelas membantutkan ekonomi Kontraktor Kelas F yang mana sedia maklum bahawa syarikat-syarikat Kelas A yang berada di Pulau Pinang dimonopoli oleh orang bukan Melayu. Ini mengakibatkan Kontraktor Melayu hilang punca pendapatan dan hilang peluang untuk memajukan bumi tanah milik sendiri.
3. Pertukaran status tanah dari Lease Hold kepada Free Hold mengakibatkan Orang Melayu hilang pemilikan tanah. Harga Premium tanah antara RM50000 hingga RM150000 adalah nilai yang tinggi bagi kemampuan orang Melayu. Ini sekaligus menyebabkan orang Melayu tidak mampu untuk membeli rumah dan keadaan ini menyebabkan orang Melayu akan dihalau secara halus dari Pulau Pinang.
4. E system menguntungkan syarikat besar Cina. Bila mereka yang join e system, maka syarikat Melayu akan terlungkup kerana syarikat besar ini akan menawarkan harga rendah.Melayu lagi yang rugi.
5. Penubuhan Petugas Khas oleh Ketua Menteri bagi menarik pelabur asing secara realitinya adalah bagi memberi peluang lebih ramai kroni-kroni mengaut keuntungan tanpa dapat dihidu oleh rakyat,.
6.Dari dahulu dah ada panel penasihat prosedur urusan tanah. Pertubuhan pakar mana yang dilantik oleh Guan Eng ?Konsultan berbayar bukan?Habis duit kerajaan di bayar pada Konsultan.
7. Cadangan penukaran Hakmilik daripada Pajakan kepada pegangan bebas 99 tahun telah merugikan dan menidakkan hak orang Melayu keatas tanah airnya sendiri. Rakyat terpaksa membayar RM200000 untuk mendapatkan status Free Hold kepada kerajaan negeri.
8. Semua ADUN dan Exco tak boleh membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan, tapi bagaimana pula dengan kenalan dan saudara mara ADUN dan Exco atau yang gunakan nama orang lain tapi ada perkongsian secara tak langsung?Ini pembohongan nyata!!!!!!

|