Archive for October 17th, 2008|Daily archive page

BUDAK PALING KREATIF “MENG CHEE”

TERUS KREATIF! SENI UNTUK MASYARAKAT.

TOLONG JANGAN POLITIK KAN HASIL KARYA SENI MACAM CERPEN, PUISI DAN NOVEL SERTA PENULIS BLOG YANG CINTAKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN… SERTA TEGAKKAN KATA TOK HANG TUAH “TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.”

MENG CHEE.. CINTAKAN SENI… BOLEH KERJA DI KEKWA ATAU FINAS MAAA…!

DIA OLANG BULEH… LAIN OLANG MESTI MATI KA?


JANGAN ITU MACAM MAAA… INI MACAM MENG CHEE ATAU ITU BUDAK NAMEWEE YANG KREATIF BUAT LAGU “NEGARAKUKU.” JANGAN CEPAT RASA PEDAS PULAK! ITU KARYA KREATIF… TAK ADA KENA MENGEGENA DENGAN YA NG HIDUP ATAU MATI. SELUPA ABE NI… KREATIF DAN INNOVATIF. JANGANLAH SEKAT KEBEBASAN BERKARYA DI BUMI MALAYSIA NI. HIDUP SHAHNON AHMAD!
BACALAH ABE PETIK DARI MALAYSIAKINI.
Pena: Cerpen, puisi hak kreatif penulis
Jimadie Shah Othman | Oct 17, 08 2:48pm
kemaskini 6:44pm Persatuan Penulis Nasional (Pena) mempertahankan dua penulis kontroversi yang dikritik oleh DAP – Datuk Chamil Wariya dan Dr Ibrahim Ghafar atas alasan “hak penulis untuk berkreatif”.

“Pena mempertahankan Dr Ibrahim dan Datuk Chamil atas dasar karya kreatif yang tidak menyatakan secara spesifik kepada apa dan siapa.

“Itu merupakan hak penulis untuk berkreatif,” kata setiausahanya Syed Mohd Zakir Syed Othman.

Beliau diminta mengulas cerpen Chamil ‘Politik Baru YB J’ dan puisi Dr Ibrahim, yang juga ahli jawatankuasa persatuan itu, ‘Ratu Anjing; Yang Melengking Itu’ yang dipertikaikan oleh DAP di Dewan Rakyat.

Semalam DAP juga membuat aduan polis terhadap penulis cerpen tersebut, yang mengisahkan seorang wakil rakyat wanita Cina mati ditembak akibat usahanya memperkenalkan pembaharuan politik, dan penerbitnya Utusan Melayu Bhd.

Persatuan itu bagaimapun belum memutuskan sama ada akan memberikan bantuan guaman untuk tujuan itu, jika wujud tindakan perundangan, kerana belum diputuskan dalam mesyuarat persatuan itu.

“Bantuan guaman kena dapat keputusan mesyuarat, (kerana) melibatkan duit dan komitmen,” katanya.

Mohd Zakir, atau nama penanya SM Zakir berkata, jika perkara itu diusulkan dalam mesyuarat agung pertubuhan itu yang dijangka diadakan bulan depan, ia akan dibincangkan.

Bagaimanapun, tambahnya, Pena tegas dengan pendiriannya selama ini yang tidak memihak atau bergerak atas landasan politik sebaliknya mengambil sikap “berdiam” berhubung kontroversi karya sastera dengan ahli politik.

“Sepuluh tahun lalu pun, Pena tidak membuat pendirian terhadap karya kontroversi Shahnon Ahmad, Shit,” katanya.

“Politik tidak konsisten. Ada turun-naiknya. Tetapi budaya terus konsisten.

“Kita terus dengan agenda kebudayaan dan memperjuangkan isu-isu bahasa berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.”

Penggiat teater dan pengulas filem A Wahab Hamzah berkata, kontroversi muncul kerana orang politik tidak mengerti peranan dan maksud sesebuah karya.

“Kontroversi kerana orang politik tidak faham (karya kreatif),” katanya.

“Orang politik suka popular. Hanya segelintir daripada mereka hadir di Stor Teater (menonton persembahan teater kecil).

“Mereka lebih suka tengok (teater muzikal) Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee The Musical (di Istana Budaya).”

A Wahab, juga penulis kolum di Utusan Malaysia, mengulas bantahan DAP terhadap kedua-dua karya kreatif di akhbar harian itu baru-baru ini.

Beliau, yang bertugas sebagai pegawai di bahagian pengembangan sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjelaskan, penulisan kreatif yang mengupas pergolakan politik dihasilkan bertujuan mendapatkan reaksi pembaca.

Lazimnya, tambahnya, sesebuah karya akan menyentuh banyak perkara termasuk hal-hal berkaitan agama, kaum dan budaya.

“Kalau kita tidak sentuh, kita (penulis) dikatakan diam,” kata A Wahab, menceritakan dilema seorang penulis berdepan pergolakan isu-isu semasa.

Karya-karya berbentuk satira politik seperti tulisan Chamil (foto kanan) dan Dr Ibrahim, tambahnya, telah menjadi kelaziman dunia sastera.

Menurut A Wahab, berdasarkan pengalamannya menguruskan Stor Teater di DBP – yang mementaskan drama-drama kecil oleh pengarah-pengarah muda – kira-kira separuh daripada 50 persembahan di situ sejak lima tahun lepas bernada politik.

Sambil mempersoalkan tindakan DAP melaporkan cerpen Chamil kepada polis, beliau berkata berapa kali aduan harus dibuat memandangkan banyak karya boleh dikategorikan sedemikian.

Mengulas babak akhir ‘Politik Baru YB J’ – menyaksikan pembunuhan seorang ahli parlimen wanita Cina – yang dikaitkan dengan ahli parlimen DAP Teresa Kok, beliau berkata:

“Sebuah karya yang ganas, akan menerbitkan keganasan, betulkah? Kalau tengok filem yang penuh dengan mesej baik-baik, adakah orang itu jadi baik?”

Ditanya had sesebuah cereka, beliau berkata, ia sebegitu bebas dan tidak ada hadnya kerana “nama pun karya kreatif, bebas.”

KETUANAN MELAYU ADALAH SIMBOL KEDAULATAN RAJA2 MELAYU

DIPETIK DARI MALAYSIAAKTIF:

KETUANAN MELAYU ADALAH KEDAULATAN RAJA2 MELAYU

KETUANAN MELAYU ADALAH KEDAULATAN RAJA2 MELAYU

Jangan sentuh kontrak sosial’
Berita Harian
17Okt 2008

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum bermula Mesyuarat ke-215 Majlis Raja-Raja di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.

Majlis Raja-Raja bersuara lindung hak Islam, Melayu

KUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah di sini semalam, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dan dikeluarkan oleh Bernama.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari yang berakhir semalam, dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Engku Ibrahim menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.

“Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

“Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin Melayu, sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan, telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, gejala itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum hingga menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Untuk itu, Raja-Raja Melayu wajar mengingatkan supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok,” katanya.

Engku Ibrahim berkata, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.