IKUT RENTAK DESPERADO

ASAALAMUALIKOM, DAH 2 HARI PUASA KITA. ABE PUN BARU MULAI KERJA SETELAH BERCUTI SAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA PADA 31 OGOS. DIAM TAK DIAM UMUR ABANG PUN DAH 51 TAHUN INI SEBAB LAHIR PADA 1957. KEPADA ADIK2, PANGGIL LAH ABE, TAPI PADA ANAK2, BOLEH PANGIL POK CIK LI MACAM ANAK SAUDARA DAN ORANG KAMPONG DOK PANGGIL.

NAMPAKNYA ISU YANG UTAMA SEKARANG NI MACAMANA BUDJET BARU-BARU NI AKAN MERINGGANKAN BEBAN SARA HIDUP KITA. SEPATUT ITULAH YANG PERLU DIFIKIRKAN OLEH SEMUA PEMIMPIN DAN RAKYAT. TETAPI ABE RASA KECEWA KERANA ISU NAK JATUHKAN KERAJAAN SECARA LOMPAT PULAK YANG DIUTAMAKAN. ABE FIKIR ELOKLAH TUNGGU PR AKAN DATANG. SABAR. SEBAB SABAR TU NILAI ORANG BERIMAN. BANYAK BENDA TAK SEMPURNA NANTI KALAU TERGESA-GESA. ABE INGAT DULU ORANG KITA MARAHKAN ALMARHUM YTM TUANKU AB RAHMAN KERANA KATANYA TAK CERMAT MERDEKAKAN NEGARA. AKIBATNYA KATA MEREKA MAKA BANYAK KEDAULATAN MELAYU HILANG. KATA MEREKA INILAH AKIBAT DAH DESPERADO.

ABE FIKIR PULAK.. KALAU SEKARANG NI CARA LOMPATAN 30 ORANG DARI SABAH DAN SARAWAK KATANYA AKAN JOIN PKR, TAK KAH INI PUN DESPERADO? ORANG SARAWAK KENA INGAT MEREKA ADA 20 PERKARA SEMASA MERDEKA MELALUI MALAYSIA DULU. HAK ISTIMEWA BUMIPUTRA DI SABAH DAN SARAWAK AMAT KETAT DAN TERPELIHARA KALAU BANDING DENGAN DI SEMENANJUNG (NAK MASUK PUN COP LAGI DAN KATANYA KALAU NAK BERNIAGA DLL DI SANA SEMUA KENA PAKAI NAMA ORANG TEMPATAN ATAU BINI KITA ORANG SARAWAK ATAU SABAH). SEKIRANYA KELAM KABUT JOIN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG SEPARUH MASAK NI, ADAKAH SEMUA HAK ITU TERJAMIN? LAGIPUN MEREKA ANJURKAN KETUANAN RAKYAT DAN MALAYSIAN MALAYSIA. SAMA RATA, SEMUA HAK YANG SAMA TAK ADA BUMIPUTRA ATAUPUN BUKAN BUMIPUTRA LAGI.  

ABE NASIHATKAN JANGAN TERGOPOH GAPAH… SEBAB PELANDUK SENTIASA LUPA JERAT, TAPI JERAT TAK LUPA PELANDUK. JANGANLAH KITA IKUT RENTAK DESPERADO YANG NYATA AKAN UNTUNGKAN AGENDA ASING. ABE NAMPAK GOMEN TAPI IKHLAS. FIKIRLAH BAIK-BAIK SEBAB SEJARAH TAK MENIPU KITA, KITA YANG CUBA TIPU SEJARAH BETUL TAK? ADA ORANG CAKAP MARILAH LUPA SEJARAH! APA JADI BANGSA YANG TAK ADA SEJARAH? TAK ADA MARUAH!

DULU ABE MASIH INGAT RAMAI POLITIKUS KAMPONGAN YANG KATA MEREDEKA KITA TAK MASAK SEBAB TERGESA-GESA. DESPERADO LAH TU. TAPI SEKARANG KENAPA TAKOH YANG SAMA PULAK BEGITU TAKSUB DENGAN RENTAK POLITIK YANG DISETKAN OLEH SI DESPERADO. NAK KEJAR APA… BENTANGLAH PERLEMBAGAAN NEGARA PAKATAN RAKYAT DULU. BERITAHU DENGAN TERANG AKAN “SAMA HAK DAN STATUS SAMA TANPA KEISTIMEWAAN SERTA SUBSIDI.” SEPATUTNYA IKUTLAH PINTU DEPAN SECARA DEMOKRASI, BUKANNYA IKUT PINTU BELAKANG SECARA SILAP MATA PULAK.

FIKIRLAH MASAK-MASAK… SEBAB IKUT RASA BINASA, IKUT NAFSU TERKULAI LAYU.  

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: