KISAH LOMPAT DI PARLIMEN DARI OTAI.

Abe suka hati sangat sebab ada Otai tulis mengenai kemelut ini. Setakat ini tak ada huraian yang terperinci disegi teknikal dan proses lompat ini, tetapi yang ada diulang-ulangnya kenyataan politik secara bombastik sahaja dari Pakatan Rakyat yang mengatakan perkara ini dalam “proses lancar.” Manusia ni walau segagahmanapun hanya mampu merancang dan segalanya di tangan Tuhan. Bacalah dik… carilah kebenaran kerana itu ketentuan dari Allah SWT (bukan perancangan manusia).

Monday, September 8, 2008

KISAH LOMPAT DI PARLIMEN


OTAI MINTALAH TUAN-TUAN ATAU ADIK2 YANG ARIF UNDANG-UNDANG BANTU KITA SEMUA UNTUK JELASKAN KRISIS LOMPAT PARTI DI PARLIMEN, DAN SETERUSNYA PEMBENTUKKAN KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT KONONNYA PADA 16 SEPTEMBER INI. WALAUPUN OTAI KURANG PERCAYA TETAPI UNTUK TUJUAN AKADEMIK, ELOK KITA KONGSI AKAN KRISIS KEFAHAMAN KITA INI TENTANG PERLEMBAGAAN DAN PARLIMEN.

SETAHU OTAI PARLIMEN TU BADAN PERUNDANGAN MENGANDUNGI 3 KOMPONAN ATAU UNSUR IAITU; YDP AGONG, DEWAN RAKYAT DAN DEWAN NEGARA (SENAT). SEGALA UNDANG2 YANG DIBAWA KE PARLIMEN MESTI DILULUSKAN OLEH KETIGA2 KOMPONEN INI. MAKA BOLEH KE RAMPASAN KUASA DIBUAT SECARA LOMPATAN SAHAJA?

DULU DAH ADA ISU SEMACAM INI. RASANYA PADA TAHUN 1969 DULU KERAJAAN CEMERLANG TANGANI RUSUHAN KAUM 13 MEI SETELAH PARTI PEMBANGKANG, KHASNYA DAP YANG TELAH MENGADAKAN PERARAKKAN KEMENANGAN MEREKA SEKITAR KL PADA 11 DAN 12 MEI 1969. PERARAKAN INI KERANA SERONOK BILA PIHAK KERAJAAN MENDAPAT UNDI MEROSOT DI SELANGOR, PULAU PINANG, PERAK DAN TERENGGANU SEHINGGA DI SELANGOR TIADA PARTI MAJORITI YANG BOLEH TUBUHKAN KERAJAAN, MAKA MULAI 17 MEI 1969 KERAJAAN TELAH TUBUHKAN MAJLIS GERAKAN NEGARA SEBAGAI “CARETAKER” APABILA SISTEM KERAJAAN BERPARLIMEN DIBUBARKAN. SELEPAS INI MAKA LAHIRLAH RUKUN NEGARA, JABATAN PERPADUAN, DASAR EKONOMI BARU DLL UNTUK PULIHKAN SITUASI NEGARA YANG TIDAK BERSATUPADU.

PESAN OTAI JANGANLAH ADA PULA ADIK2 YANG BERFIKIR SEJARAH NI REKAAN UMNO ATAU PARTI PERIKATAN PULAK (KINI BN). POKOKNYA DARI APA YANG BERLAKU “PERPADUAN KAUM” ADALAH TIADA KOMPROMI. OLEH ITU APA SAHAJA YANG KITA NAK CAKAP DAN TULIS MESTI PATUH KEPADA LUNAS-LUNAS MEMUPUK PERPADUAN NEGARA. OTAI AMBIL NI DARI BUKU “MALAYSIA KITA” TERBITAN INTAN.

OTAI – BACALAH RISALAH DI ATAS UNTUK PERBINCANGAN.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: