TAIPINGMALI… BAIK PUNYA

Hari ini semua orang sudah tahu bahawa Ahmad dari Bukit Bendera telah digantung tiga tahun keahlian Umno , demikianlah padahnya bila beliau terlepas cakap.

Selepas ini diharap BN juga hendaklah adil kepada semua komponen parti. Seandainya ada yang bermain api. BN hendaklah berani mengambil tindakan. bukan berat sebelah. Undang-undang parti telah di rujuk. Sebagai rakyat dan ahli Umno yang setia diharapkan Datuk Ahmad dapat bersabar dengan hukuman tersebut. Jika dibandingkan dengan Tun Mahathir hukuman gantung 3 tahun adalah ringan.

DEMIKIANLAH TULISAN DARI taipingmli.blogspot, ABE UCAP TAHNIAH KERANA DIA BUKAN SAJA PANDAI BUAT LAWAK TENTANG GELAGAT LUCU MANUSIA TETAPI JUGA DALAM BLOGNYA DIA AKUR BAHAWA SEJARAH PATUT DIWAJIBKAN DI SEKOLAH SUPAYA SEMUA ORANG TAK RACIST ATAU TERLEPAS CAKAP. DIA KATA DI US MEMANG MEREKA TAK MAU RAKYAT ARIF SEJARAH MEREKA. MASA ABE DI JEPUN DULU WAKTU DI TUGU BOM ATOM HIROSHIMA, ABE BACA YANG DITULIS DALAM PAMERAN DI JEPUN TU AGAK BIAS KERANA SEOLAH-OLAH HANYA JEPUN SAHAJA TEROK DIANIAYAI WAKTU PERANG DUNIA KE 2. BUDAK2 JEPUN PUN TAK TAHU PERANGAI TENTERA MEREKA DI ASIA DLL BILA ABE TANYA. HABIS APA DIA BUAT KAT KITA DI SINI? ADA MAKAN AIR SABUN, PENAMPAR JEPUN, KENA CUCUK DENGAN BANET TAJAM… KENA BUNUH DAN JADI MANGSA SEX? AYAH ABE KATA MEREKA NI AMBIL SEMUA MAKANAN KITA HINGGA KITA KENA MAKAN PUCUK KAYU, UBI KAYU SAJA. DUIT BANYAK… DUIT DAUN PISANG WARNA HIJAU YANG MEREKA COP SENDIRI DI MARKAS TENTERA JEPUN IKUT SUKA HATI MEREKA BERAPA NAK DIKELUARKAN.

SELAKU PAKAR SEJARAH ABE HARAP SUPAYA SEJARAH KITA NI DIJADIKAN SUBJEK KHAS UNTUK SWASTA DAN SEMUA PIHAK YANG MENGAKU MEREKA TAK RACIST TU. KATA TAIPING SATU MASA PELAJARAN SEJARAH TELAH DIHAPUSKAN KERANA KATANYA TIDAK EKONOMIK DAN TIADA MASADEPAN. DULU DI UNIVERSITI ABE PUN SELALU KENA AJEK KERANA AMBIL SEJARAH…. DAN DENGAR CERITA DI UKM SEKARANG PUN DAH TAK ADA JABATAN SEJARAH… BETUL KE PROF? BETUL KE ADA PERANCANGAN HALUS SUPAYA RAKYAT MALAYSIA NI JADI BUTA SEJARAH DAN TAK TAHU ASAL USUL MEREKA DAN NEGARANYA? TAK TAHULAH ABE…. WALAUBAGAIMANAPUN TOK MAT BUKIT BENDERA TELAH BUAT SATU JASA BESAR IAITU INGATKAN KITA BAHAWA SEJARAH TERAMATLAH PENTING UNTUK PERPADUAN SERTA MASADEPAN KITA. KALAU KITA TAK ARIF MAKA JADILAH KITA “PERKAUMAN” ATAU RACIST.

ABE JUGA NAK SEDARKAN BOS-BOS KITA IAITU RACIST NI BUKAN SAJA DITULIS, BERCAKAP… TETAPI YANG PALING MERBAHAYA IALAH TIKAM BELAKANG. IAITU BUAT DALAM DIAM ATAU BALAS DENDAM DENGAN PERBUATAN, TETAPI MULUT KATA,”SAYA TAK RACIST… TAK ADA, SAYA PEJUANG PERPADUAN TULIN.”

SEPUPU ABE, TUAN YASUHAIMI YUSOFF, PEGAWAI PENJARA ADA DI TAIPING. HAI! SELAMAT HARI RAYA MIE!

SEPUPU ABE, TUAN YASUHAIMI YUSOFF, PEGAWAI PENJARA ADA DI TAIPING. HAI! SELAMAT HARI RAYA MIE!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: