TUN DR MAHATHIR MASUK PARLIMEN

CIK GU KAYUM KALILULRAHMAN, GURU PENCEN (BEKAS GURU BESAR) BAPA SAUDARA ABE DARI BESUT TALIPON MINTA ALAMAT TUN DR M. KATANYA NAK HANTAR SURAT DAN UCAP TAHNIAH ATAS KEMURAHAN HATI TUN UNTUK MASUK BALIK BAGI MENGUATKAN UMNO.MACAM DULU TINGGI HARAPANNYA PADA TUN YANG DIKATAKAN BUAT COMEBACK KALI KEDUA SETELAH TAMAT 1969 DULU. TUN KATANYA YANG MENYELAMATKAN BAHTERA UMNO YANG GOYANG PADA MASA TU SEBAGAI FAKTOR “PENGIMBANG.”

CIK GU NI BEKAS ORANG KUAT UMNO TAPI DAH TAK AKTIF MACAM DULU, TAPI NAMPAKNYA MACAM DISUNTIK SEMANGAT BARU UNTUK BICARAKAN HAL UMNO. KERANA UMNO NI TULANG BELAKANG BN. KALAU UMNO HANCUR, MAKA BN AKAN BERKECAI BERAI. UMNO LAH YANG STABILKAN NEGARA DAN MEMBANGUNKAN SISTEM POLITIK YANG MATANG. TANPA KESABARAN DAN KEBIJAKSANAAN UMNO TENTU PEMBANGKANG PUN DAH BERKUBUR KERANA TIADA RUANG UNTUK BERMAIN POLITIK CARA MEREKA TU. ITULAH SUBURNYA DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI NEGARA KITA.

ABE TANYA CIK GU KAYUM APA TUN BOLEH BUAT KERANA SUASANA POLITIK SEKARANG BUKAN MACAM SEBELUM 2004 LAGI? ORANG SEKARANG BEGITU TELUS DAN BERTERUS TERANG KERANA PAK LAH LEBIH SUKA PENDEKATAN LEMBUT TAPI STRATEGIK. JAWABNYA, TUN BOLEH BERI SUMBANGAN BESAR UNTUK PERPADUAN UMNO DAN BN KERANA DIA DIHORMATI DI SELURUH DUNIA KERANA AURA SERTA OTAK YANG BIJAK (SETARAF LEE KUAN YEW?)

ITULAH PANDANGAN ORANG LAMA YANG LETAKKAN KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR MENGATASI SEGALANYA. DENGAN PAK LAH NI SEMUA BOLEH BINCANG… BUKAN SAJA PINTU PEJABAT TERBUKA TAPI PINTU HATINYA PUN SENTIASA TERBUKA UNTUK MENCARI SESUATU YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA. KALAU IKUT PESAN ROCKY DALAM BLOGNYA HARI INI, KITA KENA JADI RAKYAT MALAYSIA YANG BELI BUKU PERLEMBAGAAN DAN AMALKAN PRINSIP PERLEMBAGAAN NEGARA.

DALAM PADA TU ABE JOLOK KAWAN2 KERANA TUN DIKATANYA AKAN LEBIH MENYEGAT BILA MASUK PARLIMEN. ABE TANYA MANA KERUSI TUN NAK TANDING? KATANYA JERLUN LAH TEMPAT MUKHRIZ, KALAU ANUAR BOLEH AMBIL TEMPAT WAN AZIZAH KERANA NAK TEGAKKAN KETUANAN RAKYAT APA SALAHNYA TUN AMBIL TEMPAT MUKHRIZ UNTUK TEGAKKAN KETUANAN MELAYU TULIN SERTA BERSIHKAN IMEJNYA YANG TELAH DICEMARI ATAU DI”RACIST”KAN.

BAIK JUGA IDEA TU… TAPI BRO MUKRIZ TU PEMIMPIN MASADEPAN. RASA ELOK DIA DIBERI PELUANG TUNJUKKAN BAKATNYA DALAM PARLIMEN DAN BIARLAH TUN BERADA DI LUAR PARLIMEN SEBAGAI PENASIHAT. SEBABNYA JANGANLAH IKUT RENTAK PEMBANGKANG SEHINGGA HABIS ANAK BERANAK JADI WAKIL RAKYAT. AKHIRNYA SAMA2 KENA BAHASAKAN DIRI Y.B. ANTARA SATU SAMA LAIN DI RUMAH. WALAUBAGAIMANAPUN ITULAH PENDAPAT DALAM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI, SEMUA ORANG BEBAS BERSUARA TETAPI BEBAS PULA UNTUK DIKRITIK OLEH ORANG LAIN….  OLEH ITU MARILAH KITA BERDOA SEMOGA TUN DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS MENYUMBANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA MENGIKUT BATAS UNDANG2 SERTA PERLEMBAGAAN NEGARA… KALAU BOLEH DENGAN SEMANGAT BARU MACAM CIK GU KAYUM DARI BESUT, TERENGGANU TU.

BACA JUGA POST “OTAI” SEBAGAI TAMBAHAN:

Wednesday, September 10, 2008

MASA TERBAIK UNTUK BALAS JASA UMNO


SYUKOR ALHAMDULILAH TUN DR M TELAH BALIK SEMULA JADI AHLI UMNO. NAMUN OTAI MASIH LAGI TERKILAN KERANA DATUK SERI ANUAR IBRAHIM TETAP LAGI HANYUT DENGAN KAPAL CIPTAANNYA DI LAUTAN MAHA DALAM DAN LUAS IAITU “KETUANAN RAKYAT.” ITULAH ILUSI CIPTAANNYA YANG DITELAN OLEH RAMAI MELAYU YANG BUTA SEJARAH SEKARANG NI.

YANG PARAHNYA RAMAI YANG TAKSUB DAN MENGAKU MEREKA JUGA “PENDATANG” SEBAB BAPA MEREKA BUKAN MELAYU ATAU DARI INDONESIA ASALNYA (RUJUK BLOG KUDA RANGGI). OTAI RASA BAPA DARI INDONESIA TU BERPINDAH DALAM ALAM MELAYU SEBELUM MERDEKA DULU, BAPA DIA BUKANNYA PENDATANG. ADA KATA 31 OGOS 1957 ADALAH CIPTAAN UMNO, ORANG MELAYU. DAN ADA PULAK KATA 16 SEPTEMBER SEBENARNYA YANG LEBIH PENTING YANG BETUL2 “MALAYSIA.” SEJARAH PULAK DITAFSIR IKUT SUKA HATI TANPA RUJUK BUKTI2 YANG SAHIH. MACAM2LAH KEKACAUAN MINDA.

OTAI AMAT BERHARAP MOGA DSAI KEMBALILAH KE MATLAMAT DAN DESTINASI PERJUANGANNYA YANG ASAL. KETUANAN RAKYAT IAITU TOLAK KETUANAN MELAYU TU HANYA KOSMETIK SAHAJA. HAKIKAT SEBENARNYA DIA MAHU KEMBALI AKTIF DALAM POLITIK. SEJARAH POLITIK MELAYU ADA TUNJUK PADA 1990 DULU KU LI PERNAH HEBAT DENGAN SEMANGAT 46 DENGAN IDEA “SELAMATKAN MALAYSIA. TAPI AKHIRNYA DIA MASUK KUATKAN UMNO BALIK UNTUK SELAMATKAN PERIOK NASI POLITIKNYA DAN BALAS JASA UMNO KEPADANYA.

MAKA OTAI FIKIR DSAI NI PUN SIFIRNYA SAMA. DALAM POLITIK KATA DR M “KAWAN TAK SELAMA KAWAN, MUSUH TAK SELAMANYA MUSUH.” OLEH ITU MEREKA BERDUA PERNAH MENDAPAT NIKMAT DARI UMNO. PADA MASA UMNO YANG TERCABAR DENGAN ISU “PENDATANG” MASAKINI, MAKA ELOKLAH MEREKA BUKA BUKU BARU UNTUK MEMBALAS JASA UMNO KEPADA MEREKA.

NAMPAKNYA ISU BESAR KONONNYA “PERKAUMAN” SEKARANG INI BERLEGAR DI PULAU PINANG TEMPAT ASALNYA TANAH TUMPAH DARAH PRESIDEN UMNO, PRESIDEN GERAKAN DAN PENASIHAT KEADILAN. HAI! TIGA PARTI GERGASI ADALAH BERPAKSI DI PULAU PINANG. OTAI TERINGAT MASA DULU SEMUA PERISTIWA PENTING BERLAKUNYA ATAU DIMULAKAN DI SINGAPURA. ADAKAH NASIB PULAU PINANG SAMA DENGAN SINGAPURA KALAU KITA TIDAK SABAR TANGANINYA? FIKIRLAH….

OTAI – ITULAH DIHARAP SEMUA PEMIMPIN KITA BERSATU DAN BERPAKAT UNTUK MASADEPAN KITA. JANGANLAH BERKERAT ROTAN, BERPATAH ARANG. ATAUPUN MENANG JADI ABU, KALAH JADI ARANG. KATA ORANG “BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH.” KALAU TIDAK IBLIS DAN SYAITAN AKAN KENYANG….

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: