LAWAK KE, BETUL KU – REPUBLIK PISANG

INI “BAIK PUNYA… FIKIR-FIKIRKAN YEEAAA….” ABE AMBIK DARI http://awanggedeber.blogspot.com…

Sunday, September 28, 2008

LAWAK KE, BETUL KU – REPUBLIK PISANG





JELASNYA KU LI CALUN PRESIDEN UMNO TELAH MEMULAKAN KEMPEN PROPAGANDA KELABUNYA APABILA SIFATKAN PENTADBIRAN NEGARA SEKARANG HILANG FOKAS KERANA HANYA TUMPUKAN KEPADA ISU PERALIHAN KUASA PRESIDEN UMNO ANTARA PAK LAH DENGAN NAJIB PADA 2010 ATAU DIPERCEPATKAN KEPADA MAC 2009. MUNGKIN ITULAH MAKA TARIKH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TELAH DI KIV KE TARIKH BERKENAAN.

KU LI KALAU KITA INGAT SEMASA MELAWAN TUN DR M PADA 1987 DULU JUGA TERKENAL DENGAN PROPAGANDA KELABU IAITU MESEJ BERCAMPUR ANTARA MISINFORMATION DAN DISINFORMATION. BELIAU TERNYATA AMAT TINGGI KEYAKINANNYA DAN BERMOTIVASI… TETAPI KEKADANG KURANG CERMAT PADA TINDAKAN SERTA GAYA KOMUNIKASINYA, TERUTAMA BILA PERNAH MENGATAKAN, “BETUL… CUBA CHECK FAKTA YOU. YOU NI OUT OF DATE! KETINGGALAN.”

ADAKAH KU LI AKAN ULANGI EROGONASINYA SEPERTI DI ATAS BILA SAMAKAN MALAYSIA SEBAGAI “REPUBLIK PISANG?”

TANPA KU LI SEDAR AKAN FAKTA BUDJET YANG DIBENTANG BARU2 INI ADALAH MESRA RAKYAT UNTUK RINGGANKAN BEBAN RAKYAT AKIBAT KENAIKKAN HARGA MINYAK KERANA TEKANAN HARGA PASARAN DAN MANUPULASI PENYANGAK SPEKULATOR MINYAK DUNIA? ADAKAH KU LI TAK SEDAR AKAN “JARING KESELAMATAN SOSIAL” YANG MENTERI KEBAJIKAN KITA DATO’ ENG YEN YEN SEDANG LAKSANAKAN? MAKA KITA TUNGGU APA KATA KEM PAK LAH PULAK…. HAI… DAH RASA DAH BAHANG. KEMPEN YANG PANJANG MAKA TENGOKLAH SAPA YANG STEMINA KUAT DAN YANG PALING PENTING KUAT SABAR.

BETULKAH KU FAKTA “REPUBLIK PISANG” TU? KALAU OVER MAKA KEM PAK LAH DAPAT UNTUNG LABA NANTI….LIHATLAH BENDERA, PAPAN TANDA DAN PISANGAN2 DI ATAS TU.

BAIK PUNYA UNTUK FIKIR2KAN….

“Republik pisang” merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri.

BERIKUT ADALAH LAPORAN PENUH BERITA DARIPADA MALAYSIAKINI:

Ku Li: Ganti kuasa PM-Najib macam budak-budak
Sep 26, 08 5:13pm

Tengku Razaleigh Hamzah, yang berminat merebut kerusi presiden Umno, menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai “permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku”.

“Sekarang kita sedar Malaysia menjadi negara yang mempunyai prasarana Dunia Pertama dan politik Dunia Ketiga, dengan para pemimpinnya menjadikan negara ini republik pisang,” katanya, mengutip kenyataan perdana menteri yang pernah menggesa rakyat mempunyai “mentaliti kelas pertama” dengan kemudahan infrastruktur kelas pertama.

“Republik pisang” merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri.

Tengku Razaleigh juga mendakwa dua pemimpin negara itu terlalu ghairah dengan perebutan kuasa sehingga mengabaikan aspek perundangan dan kerosakan yang ditimbulkan mereka ke atas negara ini.

“Bukannya menumpukan pada perancangan ekonomi negara atau sebarang reformasi, sebaliknya apa yang kepemimpinan Umno berikan kepada kita sejak (pilihanraya umum) 8 Mac hanyalah pelan peralihan kuasa yang direka untuk menyelamatkan dua orang daripada serba salah menghadapi pemilihan (Umno),” katanya, dalam satu kenyataan pendek tetapi pedas.

“Kerjaya politik mereka kelihatan lebih penting daripada masa depan negara ini.

“Mereka berdua menjadikan Malaysia bahan lawak masyarakat antarabangsa.”

Beliau, yang juga ahli parlimen Gua Musang, mengulas keputusan penuh teka-teki Majlis Tertinggi (MT) pagi ini yang tiba-tiba memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung Umno ke tahun depan.

MT juga dimaklumkan bahawa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman penting menjelang pemilihan bahagian 9 Oktober ini sama ada akan bertanding atau tidak dalam pemilihan parti Mac 2009.

Dengan nada seumpama tokoh veteran Umno itu, pemimpin utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan Abdullah dan Najib terlalu mempedulikan “masa depan politik Abdullah dan ketua-ketua juak Umno, yang tidak mempunyai masa atau idea memikirkan pelbagai krisis keyakinan yang dihadapi negara ini” sejak 8 Mac.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: