Archive for October, 2008|Monthly archive page

MAAFKAN LAH KAMI DARI KHIR DAN HASSAN!

DARI MALAYSIAKINI

MCA tuntut Hassan, Khir minta maaf

Oct 30, 08 8:02pm
Biro Perundangan MCA hari ini mengecam PAS kerana menolak pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas alasan beliau bukan Melayu.

Biro itu juga menganggap kenyatan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpamakan pelantikan itu sebagai memandang rendah kemampuan orang Melayu untuk menguruskan syarikat seperti PKNS, sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia jelas bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN).

hassan ali 051104Berikutan itu, dalam satu kenyataan hari ini, biro tersebut menuntut Datuk Dr Hassan Ali dari PAS dan Dr Mohd Khir dari Umno memohon maaf  kerana membuat kenyataan yang didakwanya tidak bertanggungjawab untuk menyemai perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

Jika gagal berdemikian, biro tersebut mendesak pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka.

Kenyataan itu mendakwa, tindakan mereka itu jelas melanggar Pasal 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan bahawa tidak harus ada diskriminasi terhadap rakyat atas alasan agama, kaum, keturunan, tempat kelahiran atau jantina untuk dilantik menjawat atau berkhidmat di bawah pihak berkuasa awam.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu juga melanggar Seksyen 3 (1)(e) Akta Hasutan 1948 kerana membangkitkan permusuhan antara kaum.

Biro tersebut menegaskan bahawa sebarang pelantikan ke jawatan dalam sektor awam dan swasta, hendaklah berasaskan kepada merit dan kemampuan semata-mata.

Advertisements

TONE LEMBUT LAGU “BERHANTU” NAN ASYIKKKK

Chaiya Mitcha Nyanyikan:

SYOK DAN RAR- TONE DAN MELODI PUYING TAI ORATAI

WAK NGUBAT….. SAKIT GAPO HEH?

RELAX – TONE DAN MELODI TRADISIONAL UNIK SERTA MERDU

ADEK2 NAK KAN LIRIK LAGU KELANTAN SILA BUKA BLOG DI BAWAH:

http://lyrics-dikirbarat.blogspot.com/

PERSEPSI – TONGKAT ALI?

MENGULAS ISU PERSEPSI…ADA TIGA SUASANA UNTUK DIKONGSI.

PERTAMANYA DIKATAKAN MELAYU BANGSA YANG BERJIWA BESAR DAN ADA BIG PICTURE SEBAB BANYAK KALI MINTA MAAF. SEBAB SETIAP HARI RAYA MEREKA BERMAAFAN. DI MASJID DAN TEMPAT KERAMIAN BERMAFAN, TEMPAT ORANG SAKIT ATAU KEMATIAN PUN MEREKA BERMAAFAN..KALAU TERPIJAK KAKI DLL… MAAF DIMINTA SEGERA. MANA TEMPAT PUN MEREKA BERMAFAN DAN KEPADA YANG TUA SEBAGAI TANDA HORMAT MAKA TANGAN DICIUM.

DULU MINTA MAAF ISU CABUT DAN CIUM KERIS PANJANG. ADA ORANG TAKUT SEHIGGA TIMBUL PERSEPSI KERIS TU AKAN BUNUH ORANG. HAKIKATNYA BERAPA KES PEMBUNUHAN DI MALAYSIA NI PAKAI KERIS?

ADA PULA PEMIMPIN BESAR MELAYU MINTA MAAF KERANA SEORANG PEMIMPIN MELAYU PERINGKAT BAHAGIAN UMNO DI PULAU PINANG (TAK BERTARAF MENTERI PUN) SEBUT CINA DI MALAYSIA NI ADALAH KETURUNAN PENDATANG. HAKIKATNYA SEMUA KETURUNAN CINA SUDAH JADI WARGANEGARA MELALUI JUS SOLI MULAI 1057. MEREKA BOLEH MENGUNDI, ADA SUARA, BOLEH JADI MENTERI, BOLEH BELAJAR DAN BERTUTUR SERTA BACA AKHBAR DALAM BAHASA MADARIN, BOLEH GUNA NAMA DAN BRAND ATAU IMEJ CINA DALAM KEHIDUPAN. AMALKAN BUDAYA DAN WARISAN CINA DLL. DI SEGI KUASA DEMOKRASI PILIH KERAJAAN MEREKA SAMA DENGAN PRIBUMI IAITU SATU SUARA, SATU UNDI DALAM PILIHANRAYA. BOLEH JADI BILLIONER DAN MAJORITI KAUM TERKAYA SERTA HIDUP MEWAH SERTA ENJOY DI SINI DENGAN KESELAMATAN DIJAMIN UNDANG2. SEMUA HAK DALAM PERLEMBAGAAN TERPELIHARA KEPADA MEREKA.

SOALANNYA BERAPA KALI PULA BUKAN MELAYU ATAU BUKAN BUMIPUTERA MINTA MAAF?

KEDUANYA PERSEPSI KATA MELAYU ANGGAP CM PULAU PINANG LIM GUAN ENG BAIK DAN CENDERUNG KEPADA ISLAM.. DAN LEBIH BERSIFAT ADIL SERTA THE BEST. DIA HENDAK BUAT SERAMBI MEKAH DI PERMATANG PASIR. DIA KAN NAIK TARAF SEKOLAH ARAB KALAU ORANG MELAYU RELAKAN SEKOLAH KAUM LAIN IAITU CINA DAN INDIA JUGA SEIRING DINAIK TARAFKAN (KALAU ADA SERAMBI MEKAH.. MAKA APA HAL PULA SERAMBI UNTUK AGAMA DAN KAUM YANG LAIN? DEMI KEADILAN DAN KESAMARATAAN? TAPI ADAKH SAMA RASA?

MENGENAI BAIK BUDI DAN SEMANGAT MENDEKATI ISLAM CM LIM INI ALKISAHNYA TERSEBARLAH KESEANTERO TERMASUKLAH DALAM BLOG. MAKA TUKANG SPIN DAN PROPAGANDA PAKATAN RAKYAT PUN HEBOHLAH SPINKAN PERSEPSI NI SELURUH NEGARA, KHASNYA NEGERI ABE… KELANTAN SERAMBI MEKAH.

SOALNYA ADAKAH YB ZULKIFLI NORDIN, PKR DARI PARLIMEN KULIM TIDAK BAIK DAN KURANG KOMITMENTNYA KEPADA PERPADUAN DAN KEHARMONIAN ANUTAN AGAMA, KHASNYA MENJAGA KESUCIAN AGAMA RASMI NEGARA IAITU ISLAM? ABE MINTA TOLONG BACA TEMUBUAL “BERSATU DEMI ISLAM” MINNGUAN MALAYSIA 26 OKTOBER 2008 MUKASURAT 9.

MAKA KENAPA YAB TUAN GURU DATO’ NIK AZIZ AL-KELANTANI TIDAK ANUGERAH TONGKAT KEPADANYA? SEBABNYA YB UZTAZ ZUL BOLEH BACA KHUTBAH, BOLEH JADI IMAM UNTUK MENGEPALAI SEMBAHYANG JUMAAT DAN SEBAGAINYA.

YB UZTAZ ZUL PERLUKAN TONGKAT UNTUK BACA KHUTBAH!

YB UZTAZ ZUL PERLUKAN TONGKAT UNTUK BACA KHUTBAH!

KETIGANYA MENGENAI PERSEPSI ORANG MELAYU NI PEMIMPIN ATAU KEPALANYA BERJIWA BESAR ATAU BIG PICTURE SERTA SENTIASA LAKSANAKAN TRANFORMASI, LIBERALISASI, REFORMASI, ADAPTASI, TOLERANSI DAN MACAM2 SI TERMASUK GLOBALISASI. TETAPI MALANG SEKALI PENGIKUT ATAU RAKYATNYA IAITU ORANG MELAYU DIKATAKAN:

– BERI SOKONGAN BERBELAH BAGI

– TAK NGAKU MELAYU TAPI KATA MEREKA JAWA, BUGIS, KELANTAN, KEDAH, PATANI, SIAM, ORANG ASLI, BAJAU, MANDALING, BATAK DLL  (RUJUK MALAYSIA/NEGARA KITA TERBITAN INTAN MENGENAI PECAHAN SUKU KAUM MELAYU DI MALAYSIA).

– TAK TAHU SEJARAH NEGARA

– TAK MAHIR HAK MEREKA DALAM PERLEMBAGAAN

– KESUKUAN

– BERJIWA KERDIL

– TIADA JATIDIRI

– SETUJU MELAYU PENDATANG DARI INDONESIA

– SUKA MEMBRI HAK KEPADA ORANG

– BERGADUH DAN BERBULI SESAMA SENDIRI

– TAK FOKUS DALAM PERJUANGAN

– TERPESONA DENGAN REFORMASI DI INDONESIA

– TERLEBIH BERHIBUR

– KAUM PENGUNA BUKAN PENJUAL ATAU JADI ORANG TENGAH

– MAHIR KERJA TAK PRODUKTIF

– BERGAJI DAN PENDAPATAN RENDAH

– BANGSA SUBSIDI

– PERANGAI KETAM

– BERGANTUNG KEPADA BANGSA LAIN

– PELAMPAU

– SUKA BERBELANJA DAN TAK MENABUNG

– TIDAK AMANAH

– RASUAH

– SUKA TONGKAT ALI DAN KACIP FATIMAH

– DAN LAIN2 PERSEPSI NEGATIF

ADAKAH 3 PERKARA DI ATAS BENAR? ATAU ORANG LAIN YANG FRAMMING ATAU MEBENTUK PERSEPSI NEGATIF KEPADA MELAYU?

ADA KATA AHLI MOTIVASI… ORANG TIDAK BOLEH HINA KITA TANPA KEBENARAN DARIPADA KITA. KITA APA YANG KITA FIKIR…..

MAKA ORANG MELAYU KENALAH BUAT FRAMMING DAN TENTUKAN PERSEPSI POSITIF DENGAN HORMATKAN DIRI SERTA BANGSA KITA SENDIRI, IAITU BANGSA MELAYU.

ABE – SERONOK FIKIRKAN BANGSA SENDIRI… MELAYU.

“SEKALI MERDEKA, MERDEKA SEKALI!”

APA KATA OTAI BLOGSPOT?

Wednesday, October 29, 2008

PERSEPSI POSITIF JAMIN KESELAMATAN NEGARA




BERBALIK KEPADA SEMINAR “PENGURUSAN PERSEPSI UMUM DALAM PEMBENTUKKAN KESELAMATAN NEGARA” DIADAKAN DI HOTEL EQUATORIAL KL DARI 28-29 OKTOBER TADI TELAH MEMBERI OTAI BEBERAPA ISTILAH YANG CUKUP UNIK SEKALI.

DALAM SEMINAR INI KITA ADA BINCANG MASAALAH PERSEPSI MASYARAKAT KITA TENTANG IDEA REFORMASI YANG KONONNYA DIPELAJARI OLEH PAK ANUAR IBRAHIM DARIPADA REFORMASI INDONESIA SEWAKTU MERUNTUHKAN KERAJAAN PAK SUHARTO DULU. ISUNYA SAMA IAITU KORUPSI, SALAHGUNA KUASA DAN NEPOTESME. SEKARANG INI DIBERITAKAN ALIRAN MAKLUMAT DAN PERSEPSI DI INDONESIA SUDAH TIDAK MAMPU DIKAWAL LAGI KERANA PERSEPSI RAKYAT YANG MENYOKONG DAN TIDAK SETUJU REFORMASI MULAI BERBELAH BAGI.

KEPADA PENYOKONG REFORMASI MEREKA CAKAP MEREKA PUNYAI KEBEBASAN MUTLAK YANG TIDAK ADA HADNYA WALAUPUN LANGIT DAN BUMI. MAKNANYA LANGIT DAN BUMI PUN DAH TAK ADA PEMISAHNYA. BEBAS DAN MERDEKA KATA MEREKA, “SEKALI MERDEKA, MERDEKA SEKALI”… MACAM SEKALI SYOK, SYOK SEKALI.. IAITU NIKMAT YANG TERAMAT SANGAT!

KEPADA ORDER LAMA YANG MASIH CINTAI DASAR NEGARA SEPERTI ADANYA DEMOKRASI TERPIMPIN, KEBEBASAN MEDIA TAPI ADA TANGGONGJAWAB SOSIAL, TEGUHNYA PANCHASILA, NASIONALISME, PETRIOTISME, BERKORBAN KEPADA NEGARA DAN “TOTAL DEFENSE” PULA MENGATAKAN, “AWAS BILA SUDAH REFORMASI UMPAMA BUKA PINTU YANG LUAS… SEKALI BUKA MAKA TERBUKA SEKALI… BUKA TAK BISA DITUTUP LAGI.”

ADUH HEBAT DAN BERBISANYA REFORMASI YANG CUBA DILAKSANAKAN OLEH PAK ANUAR IBRAHIM DI SINI DENGAN DEMONTRASI JALANAN DAN MOMOKKAN TERHADAP LEMBAGA2 DEMOKRASI YANG TERDIRI DARI BIDANG EKSEKUTIF (PM DAN KABINETNYA SERTA SEKTOR AWAM), KEHAKIMAN (JUDICIAL) DAN BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF). SEKIRANYA 3 ELEMEN INI ROSAK DENGAN PERSEPSI DAN MEDIA FRAMMING YANG DISINFORMATION/MISINFORMATION… MAKA HANCURLAH DEMOKRASI KITA. ADUH? TERUKNYA NEGARAKU AKIBAT BARANG IMPOT DARI NEGARA ASING YANG TIDAK SERASI DENGAN KITA YANG BERBILANG BANGSA SERTA AGAMA.

SEKARANG PUN PEMIMPIN KITA DITUNTUT UNTUK TRASFORMASI DAN BUAT REFORMASI MENGIKUT AJARAN DARI BANGSA2 BERSATU SEJAK 1945 ITU. SEORANG AHLI PANEL KATA SEMUA NILAI2 PERSAMAAN HAK DAN SEBAGAINYA ADALAH PIAWAIAN YANG DIBUAT UNTUK TENTUKAN SETIAP NEGARA ITU DAPAT PUJIAN DARI BARAT. KALAU KITA TAK LAKSANAKAN MAKA ITULAH LESEN UNTUK MEREKA CAMPURTANGAN DAN KENAKAN APA2 TEKANAN TERHADAP EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL KITA. MAKA TIMBULAH PERMINTAAN HAK KEBEBASAN MEDIA, HINDRAF, BEBAS TUKAR AGAMA, HAPUSKAN ISA, HAPUSKAN DEB SECARA REVOLUSI, HAPUSKAN SEMUA LEMBAGA YANG MENGUATKAN NEGARA KITA SELAMA LEBIH 51 TAHUN LAMPAU… MAKA DIDESAK DAN DIBUAT PERSEPSI BAHAWA KONTREK SOSIAL PERLU DIBINCANG SECARA TERBUKA, DEB AKAN BANTUTKAN EKONOMI NEGARA, BN AKAN KALAH KALAU TIDAK REFORM DENGAN AGIHAN KUASA YANG SAMA RATA… KEADILAN DLL.

YANG PALING SEDIH SEKALI SEPERTI DAKWAAN KUMPULAN PENDESAK BAHAWA KEMERDEKAAN SEBENARNYA BUKAN 31 OGOS TAPI 16 SEPTEMBER 1963. SEJARAH PERLU DIKAJI SEMULA, SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERMASUK MELAYU ADALAH PENDATANG (MELAYU KATANYA BERASAL DARI INDONESIA… PENDATANG DARI INDON KOT?),KAUM LAIN KERJA KUAT DAN PENYUMBANG UTAMA KEPADA MALAYSIA… MELAYU TAK MENYUMBANG KE? JADI ASKAR, POLIS, GURU, PENJARA, BPR,KASTAM, NURSE DLL BERPANGKAT RENDAH TAK SUMBANG APA2 KE? BELI DAN SEBAGAI PENGUNA TERBESAR BARANG YANG DIJUAL OLEH BUKAN MELAYU TU BUKAN PENYUMBANG? TIADA BANGSA MELAYU TAPI YANG ADALAH BANGSA JAWA, BUGIS, MENDALING DLL (SAMPAI MELAYU PUN DAH MENGAKU MELAYU).

YANG PALING OTAI BANGGA IALAH PANDANGAN DATO’ SERI PROF DR IBRAHIM ABU SHAH, NAIB CANSELOR UITM YANG PUNYAI 32 KAMPUS, 120,000 PELAJAR DAN 18,000 KAKITANGAN SELURUH NEGARA.

MENGIKUT DS PROF MENGATAKAN DIA AMAT BANGGA KERANA UITM DAPAT LAHIRKAN GRADUAN YANG MENJAWAT JAWATAN STRATEGIK DISEKTOR AWAM DAN SWASTA. MAKNANYA UITM TELAH MENYUMBANG KEPADA PERSEIMBANGAN AGIHAN EKONOMI ANTARA KAUM.

TAMBAHNYA LAGI SUMBANGAN UITM YANG MERUPAKAN NADI ATAU NYAWA KESEIMBANGAN INI TELAH MENYUMBANG KEPADA SURVIVAL, PERPADUAN SERTA KESELAMATAN NEGARA. CITA2NYA SATU IAITU UMTUK MELIHAT NEGARA AMAN DAN SEMUA KAUM, TERUTAMA BUMIPUTERA AKAN MEWARISIKAN SATU GENERASI YANG TIDAK MATI KELAPARAN. MAKNANYA KALAU ADA KAUM YANG LAPAR DAN JAHIL ILMUNYA DI MALAYSIA INI MAKA KESELAMATAN NEGARA AKAN TERJEJAS (BOLEH JADI YANG KAYA DAN BIJAK PANDAI PUN TAK DAPAT TIDUR LENA… LIHATLAH NEGARA2 LAIN SEBAGAI MODEL).

OLEH ITU KATANYA JANGAN KACAU UITM!

ITULAH KESAN PERSEPSI KEPADA KESELAMATAN NEGARA. BILA PERSEPSI DIBENTUK MAKA AKAN TERJADILAH PENDAPAT AWAM. KATA PANEL “DI INDONESIA SEORANG PEMIMPIN NAIK MELALUI PERSEPSI DAN TAK LAMA SELEPAS ITU DIPAKSA TURUN KERANA PERSEPSI NEGATIF YANG DICORAKKAN TERHADAPNYA”.

HARAP SEMUA KITA NI BERHATI2 DENGAN TUKANG YANG BENTUK PERSEPSI TERUTAMANYA YANG NEGATIF DAN ANCAM KESTABILAN NEGARA. SEGALANYA AKAN SELAMAT KALAU KITA SEMAK DULU BERKALI2 AKAN SEMUA MAKLUMAT YANG DISELEWENGKAN SECARA PROPAGANDA HITAM DAN KELABU… YANG DISEBUT DISINFORMATION DAN MISINFORMATION.

OTAI – KATA PRO REFORMASI “SEKALI MERDEKA, MERDEKA SEKALI!”
KATA ANTI REFORMASI “SEKALI DIBUKA TAK BISA DITUTUP LAGI.”
MAKA JANGAN PULAK “SEKALI NAIK, NAIK SEKALI”
ATAU “SEKALI NAIK, TAK TURUN-TURUN”
ATAU “TURUN TAK NAIK-NAIK!”
PERSEPSI INI DISEBUT PARAS BAHAYA.. BUKAN LAGI BERJAGA-JAGA!
HAHAHA… LAWAK NAK GELAK PUN ADA!

DEB PERLU PERTIMBANGAN YANG BIJAKSANA DAN PETRIOTIK

DARI BLOG AWANGGEDEBER:

Sunday, October 26, 2008

DEB, APA DS NAJIB CAKAP?,

dipetik dari cekka.wordpress:
October 26, 2008 at 12:57 am

DEB, najib tun razak, politik malaysia

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.”

“Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti, saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,” kata DS Najib dalam mStar Online..

HAPUS SEGERA DEB ADALAH STRATEGI PEMBANGKANG LEMAHKAN UMNO

SERUAN DS NAJIB AKAN STRATEGI HAPUSKAN SEMAGAT DEB SECARA BERANSUR2 ADALAH LEBIH BIJAKSANA DALAM TANGANI STRATEGI PEMBANGKANG MENUMBANGKAN UMNO.SEMANGAT DEB PERLU DIKAJI DENGAN TELITI SUPAYA UMNO TIDAK HILANG SUARA MAJORITI DALAM BN DAN KERAJAAN.BENAR DEB TELAH TAMAT PADA 1990… TETAPI UMNO SEMAKIN DILEMAHKAN OLEH AHLINYA SENDIRI YANG KURANG BERSATUPADU AKIBAT SIKAP INDIVIDUALISTIK DAN MATERIALISTIK.CONTUHNYA DI KELANTAN. ADAKAH INI JUGA KESAN SAMPINGAN AKIBAT PERLAKSANAAN DEB? MARI KITA FIKIR DAN CARI JAWAPANNYA!

KITA HARAP IDEA HAPUSKAN DEB SECARA EVOLUSI OLEH DS NAJIB AKAN KUATKAN KEMBALI UMNO. SEMOGA PROSES INI AKAN MEMBAIKI SIKAP INDIVIDUALISTIK, MATERIALISTIK DAN PERPECAHAN DALAM UMNO KERANA MASAALAH EKONOMI SERTA PEREBUTAN KUASA. MAKA PEMBANGKANG SUDAH SILAP PERKIRAAN (MEREKA INGAT TANPA DEB, ORANG MELAYU AKAN TINGGALKAN UMNO. DAN UMNO AKAN JADI LEMAH SERTA MEREKA AKAN JADI PILIHAN BARU RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM)… SEBAB HAPUSKAN DEB SECARA PERLAHAN2 ATAU EVOLUSI AKAN MENGUATKAN UMNO KEMBALI SEPERTI TAHUN 1974, 1978 DLL.DAN HASUTAN SERTA AGENDA PEMBANGKANG KELIRUKAN RAKYAT DENGAN MAKLUMAT YANG SILAP TENTANG DEB…. AKAN MERUGIKAN MEREKA MENJELANG PR KE 13 NANTI. INSYAALLAH.

CM P. PINANG, LIM GUAN ENG PULAK ADAKAH PUNYAI AGENDA SENDIRI BILA HAPUSKAN DEB SECARA REVOLUSI ATAU SERTA MERTA?

NAK KATA APA LAGI?! DARI pilihan-anda.blogspot.

TANDA NAMA JALAN SESUATU YANG MAHA PRIORITI?

TANDA NAMA JALAN SESUATU YANG MAHA PRIORITI?

TOLONG BETULKAN FAKTA ABE….

INILAH KOMEN ABE KEPADA BLOG CEKKA SEBAGAI RESPON KEPADA PENGUMUMAN ISU DEB OLEH DS NAJIB, BAKAL PM, BAKAL PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BN.

aberamly said,

October 27, 2008 @ 2:30 pm

INI KELUHAN… BUKAN KESAL ATAU HASUTAN PERKAUMAN… TAPI IKHLAS SEBERSIH SERTA SUCI HATI…:

kerana DEB:

melayu tolak umno

MELAYU TOLAK KOMPONEN BN.. MCA, GERAKAN, MIC DLL!

cina tolak umno/bn

india tolak umno/bn

lain2 bangsa tolak umno/bn.

BILA DAP, PKR DAN PAS HASUT MAKA MEREKA ANTI UMNO, ANTI MELAYU, ANTI BN. MCA DAN GERAKAN PUN HILANG FOKAS MAKA TERIKUT2 GENDANG PEMBANGKANG!

melayu tolak umno sebab senua nak dibantu. semua nak deb termasuk kerek telaga, pagar kubur, batu nesan, keranda usung mayat, duit sekolah anak, beg dan baju sekolah, bantuan org tua, karpet surau dll. kalau kerajaan umno tak kasi.. melayu marah kan umno.bila umno kasikan … cina dan india pulak marah sebab mereka pun sama taraf… sama rata dan status yang sama… sama2 pendatang ke malaysia…kartunya orang kita!

deb juga buktikan yang kenyang tak cukup2 dan yang dibantu tak kuat2 untuk berdirikari. maka bukan melayu dengki dan marah sebab kononnya mereka kerja kuat… melayu malas kata mereka. sebenarnya melayu tak diberi peluang untuk maju oleh cina dan india. sebelum deb… majoriti melayu gagal jadi doktor di uni malaya di mana pensyarahnya cina dan india. buat ukm dan uitm… melayu pulak kena sabotaj dalam bidang profesional….

maka ds najib… telah fikir untuk hapuskan perlahan2 deb..SECARA EVOLUSI DAN ASSIMILASI. supaya melayu dan umno akan kuat… tak perlu tongkat. dan cina serta india tak dengki lagi…sebab sama rata macam anuar ibrahim dan pas nak!

INILAH RASA/NALURI ABE YANG CETEK PELAJARAN DAN PENGALAMAN.

satu huraian deb dalam pelajaran dan pendidikan:

dari http://www.angelfire.com:

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arab pencapaian matlamat dasar ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-

.
Membasmi kemiskinan.
. Menyusun semula masyarakat Malaysia.

Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat .

TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.

Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)

Objektif pelajaran mengikut DEB:-

– Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.
– Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara.
– Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi .
– Menyediakan peluang peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat.
– Memperbaiki usaha penyelidikan ,perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.

Carta 2.1

Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru .

Rancangan Malaysia pertama (1956-1970 )

Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang
lebih baik diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar  vokasional, teknik dan seni.

Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975 )

Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan
negara.
Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga
rakyat.
Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi. Selain itu membaiki
keupayaan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai tujuan rukun negara.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980 )

Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi
keselamatan negara. Tujuan -tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:-

1) – Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat .
– Pembentukan keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan               luar   bilik darjah .
– Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan antara       kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama.
– Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.

2) Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi .

3) Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan negara .

4) Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut .

6 ) Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju , perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut :-

a)Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level.

b ) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para

pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.

c) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing – masing. Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.

Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar,  lepasan SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah.
Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:-

* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.

* Kampus Cawangan universiti luar negara

* Pusat Pengajian Jarak Jauh .

Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti.

Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan program-program berikut.;-

Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan , pengajian kreatif , teknikal , atau vokasional ,pelancongan, Teknologi maklumat ,seni bila dan program berteknologi tinggi .

Kursus peringkat sarjana muda ,melalui kerjasama antara kolej swasta dan institusi tinggi luar negari . Kursus -kursus ini adalah seperti program berkembar ,program pindahan kredit , program advanced setanding ,program jarak jauh dan program bersama .

Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar seperti ACCA, CIMA, ICSA,AIA, ABG, AAT . Selain itu lnstitusi swasta juga menjalankan kursus menengak / pra universiti seperti STPM, GCE , A- Level, Lcci SAM (Australia) dan BTECHNO (UK) . Pada tahun 1998, kerajaan juga
membenarkan Monash University, Australia membuka cawangan di negara kita kampus cawangan kita terletak di Kampus Sunway College.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan status universiti @ kolej universiti . Institusi dalam kategori ini telah mendapat status universiti dari kementerian pendidikan di bawah akta Institusi pendidikan tinggi swasta 1996.

Pada tahun 1997 , universiti berikut telah ditubuhkan :-

I) Universiti Telekom di Melaka dan Cyberjaya , Selangor .

2) Universiti Tenaga Nasional di Bangi , Selangor .

3) Universiti Teknologi Petronas di Tronoh , Perak

4) Universiti Sains Dan Teknologi Malaya di Ulu Bemam, Selangor . Selain universiti tersebut, beberapa universiti dalam perancangan ialah Universiti Komenwel , Universiti Multimedia, dan Universiti Teknologi Islam Malaysia.


Sekolah Bestari . Pendidikan untuk: sebuah Masyarakat Bestari .

Satu lagi perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan kita ialah penubuhan Sekolah Bestari. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri
pendidikan (ketika itu) . Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia, malahan untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif serta inovatif dalam pemikiran . Disamping itu, mereka diharapkan dapat
memperolehkan teknologi barn serta berupaya menguruskan ledakan maklumat.

Mulai Januari 1999, konsep sekolah Bestari akan dilaksanakan di 90 buah sekolah . Lima tujuan Sekolah Bestari ialah ;-

I) Menggalakkan perkembangan menyeluruh sesorang individu dari segi intelek, rohani ,emosi dan jasmani .

II) Menyediakan peluang- peluang untuk seseorang individu memperkembangkan kekuatan dan kebolehannya .

III) Menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang berfikiran kreatif serta berilmu dalam bidang teknologi

IV) Mendekmorasikan pendidikan agar etiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar .

V) Membolehkan ibu bapa ,komuniti dan pihak swasta menyertai proses pendidikan .

Teknologi maklumat merupakan unsur utama dalam pelaksanaan kesemua strategi serta didokong oleh individu ,kemahiran dasar ,dan proses yang bersesuaian. Teknologi maklumat
akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang baru dan network pendidikan untuk menghubungkan semua sekolah Bestari .

dari iremz.blogspot.com:

Monday, March 17, 2008

ME’LAYU’

GAMBAR 1 : Tunjuk perasaan menentang pemansuhan DEB oleh golongan UMNO yang hanya mewakili 2 juta orang Melayu daripada berjuta-juta kaum Melayu di Malaysia.
Gambar 2 : Gambar semasa acara promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan kesemuanya confirm orang melayu.

0 comments


BETULKAH KETAM MELAYU HATI BUSUK DAN DENGKI SAMA BANGSANYA?

SEBAB TU LAH KEDAI CINA, INDIA, MAMAK DLL LAKU. KEDAI MELAYU TAK LAKU. PEGUAM.. ORANG INDIA LAKU, JUAL BELI.. ORANG CINA LAKU. POLITIK? MELAYU BUNUH MELAYU KE? ATAU SANGGUP GADAI MARUAH, DAULAT.. DAN HAK BANGSA SENDIRI?

UNTUK RENUNGAN… ABE PETIK DARI http://kamikazei-malaya.blogspot.com:

Monday, October 27, 2008

Kisah ketam Melayu Dan Ketam Cina

Tak lama dahulu ada seorang pemuda melayu yang teringin makan nasi berlaukkan ketam. Pada suatu pagi maka dia pun pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Pemuda melayu : Apek! Itu ketam ada jual ka?
Apek : Ada… ada… lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Pemuda melayu : Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ke apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Apek : Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam cina… sana dalam bekas tak ada tutup… ketam melayu la…
Pemuda melayu : Apa pasal ketam cina apek kasi tutup… ketam melayu apek tak kasi tutup?
Apek : Itu ketam cina kalau satu ekor keluar… yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar
Pemuda melayu : Ketam melayu tak itu macam ka?
Apek : Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi.. jangan kasi keluar. Dia mau dia seekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina.
Hakikatnya, jika orang cina berniaga…. kaum cina yang lain tak akan kacau… dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya daripada mereka yang telah berjaya sebelum ini. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya juga sepertiama kejayaan yang pernah dilaluinya.
Manakala bagi orang melayu, bila seseorang individu melayu nak berjaya, maka individu melayu lain akan guna apa saja kaedah dan cara supaya orang melayu tu tersebut gagal dan jatuh kembali. Sepertimana cerita ketam melayu, bila seekor ketam dah berjaya nak naik keatas, maka ketam-ketam yang lain akan menarik kaki ketam tersebut. Daripada orang lain berjaya, baik sama-sama tak berjaya dengan erti kata lain. Lepas tu mula lah mahu bergaduh sesama sendiri dan kemudiannya kesemua sekali tidak akan berjaya.
Itulah hakikat sebenar yang berlaku di dalam dunia dan persekitaran sekarang ini, sebab tulah kaum melayu tak maju dan sentiasa layu. Macamana mahu belajar daripada sejarah, sesungguhnya melayu itu sendiri mudah lupa (meminjam kata-kata YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad). Fikir-fikirkanlah..

0 comments