PAK LAH BUAT “WIN WIN”

SEMUA ORANG LEGA BILA PAK LAH MEMBUAT KEPUTUSAN TERBAIK IAITU “WIN WIN” SEMALAM DEPAN SEMUA PEMIMPIN UMNO DAN BN. TERNYATA PAK LAH BUKAN SEORANG PENGIKUT ANUARISME YANG FANATIK DENGAN LIBERALISASI AGENDA GLOBALISASI BARAT TAJAAN AMERIKA YANG TERNYATA BERTUHANKAN ” INFINITE” DAN “UNCERTAIN.”

PAK LAH DIKATAKAN SEORANG INSAN BERJIWA BESAR DAN BERHATI MULIA KERANA MEMEGANG AMANAH TUN DR M SUPAYA MEMBANTU DS NAJIB UNTUK SELAMAT SAMPAI KE PENGKALAN. PAK LAH DENGAN CERMAT MEMANDU DAULAT SANG NAKHODA NAJIB SAMPAI KE GARISAN PENAMAT SEBELUM MESYUARAT AGUNG UMNO BAHAGIAN BERMULA PADA JUMAAT INI DI MACHANG DAN KIMANIS IAITU 10 OKTOBER 2008. TANGGAL 8 OKTOBER PADA “WIN WIN” UMUMKAN BAHAWA DIA TIDAK AKAN BERTANDING PRESIDEN UMNO DAN AKAN SERAHKAN PM KEPADA DS NAJIB PADA MAC 2008, APABILA DS NAJIB DIMASYHURKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO YANG BARU. ITULAH PAK LAH YANG TAK MENANGIS UNTUK UMUMKAN AKAN LEPASKAN JAWATAN DAN MENGATAKAN BELIAU TIDAK MENYESAL MALAH BANGGA DENGAN DASAR LIBERALISASI ALA PAK LAH UNTUK MEMENUHI MANIFESTO 2004 NYA SELAKU PENGERUSI BN.

DALAM FOTEJ TV3 JAM 8.00 MALAM BULLETIN PERDANA, BELIAU KATA DIA BANGGA DAN TIDAK MENYESAL DENGAN DASAR REFORMASI DAN LIBERALISASINYA YANG DIANGGAP TIDAK SAMA DENGAN TUN DR M. MALAH KATANYA DIA NAMPAK LEBIH JAUH LAGI DARIPADA WAWASAN TUN IAITU WAWASAN 2020. MUNGKIN APA YANG BELIAU SEBUT WAWASAN 2057 IAITU SAMBUTAN 100 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA.

ITULAH PAK LAH “WIN WIN” YANG MUNGKIN SENTIASA DISALAH ANGGAP TERMASUKLAH OLEH TUN DAN PAK SYEIKH ANUAR SENDIRI YANG YAKIN PAK LAH TAK AKAN LEPAS JAWATANNYA, MALAH DIA AKAN PERTAHANKAN JAWATAN PRESIDEN UMNO PADA MAC 2009. TUN ULANG2 CAKAP DIA BUAT PEMILIHAN YANG SILAP BILA AMBIL PAK LAH DAN SYEIKH ANUAR IBRAHIM JADI KAYU PENYOKONGNYA WAKTU SEBELUM DIA BERSARA.. TAPI SESAL SETELAH DIA BERSARA…..

MAKA KERANA KURANG ARIF TERHADAP PAK LAH INILAH MUNGKIN RAMAI “KUDA HITAM” YANG AKAN MENJADI KORBAN “KAMBING HITAM” PADA PAU UMNO MAC 2009 NANTI. APA PULAK KOMEN TOK SHABERY CHEEK MENTERI PENERANGAN KALI INI?

SATU PERKARA ABE BELAJAR DARI PAK LAH… SABAR DAN TEPAT BUAT KEPUTUSAN.

ABE TERTANYA ADAKAH “WIN WIN” BILA DR M UNJURKAN WAWASAN 2020, PAK LAH WAWASAN 2057… DAN DAULAT SANG NAKHODA NAJIB MUNGKIN WAWASAN 2I57! DEGITAL…DEGITAL…

SELANJUTNYA BACALAH….. LAPORAN MALAYSIAKINI 8 OKTOBER:

INILAH BUDAYA "WIN WIN" BUKAN "INFINITE" DAN "UNCERTAIN" ANUARISME

INILAH BUDAYA "WIN WIN"

Pak Lah tidak tanding presiden, letak jawatan PM Mac
Muda Mohd Noor & Abdul Rahim Sabri | Oct 8, 08 11:22am
kemaskini 6:15pm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

bn supreme council abdullah announcement 081008 04Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan perdana menteri pada pertengahan 2010.

Elak Umno, BN berpecah

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah.

“Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar,” katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.

bn supreme council abdullah announcement 081008 03Menurut Abdullah, tempoh tamat jawatannya sebagai presiden Umno ialah Mac tahun depan.

Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno.

Perdana menteri juga menegaskan bahawa keputusannya itu adalah muktamad.

“Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara,” katanya.

Pilihanraya umum lalu

Abdullah juga mengakui bahawa beliau “tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu”.

Dalam pilihanraya Mac lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. BN juga kehilangan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – kepada barisan pembangkang – Pakatan Rakyat.

bn supreme council abdullah announcement 081008 02Mengulas lanjut, Abdullah berkata, para pemimpin BN menyambut baik Najib sebagai pengganti beliau.

“Apa yang mereka lahirkan itu, adalah pandangan mereka sendiri. Saya fikir saya mendapat sokongan dalam membuat keputusan ini,” tambahnya.

Abdullah berkata, beliau akan melaksanakan tiga inisiatif sebelum menyerahkan tugas kepada penggantinya.

Tiga inisiatif itu ialah penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman, suruhan pencegahan rasuah Malaysia, suruhanjaya aduan khas bagi mengukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Perpaduan kaum

Mengenai perpaduan kaum, Abdullah berkata, ianya kini berada dalam keadaan yang merosot.

“Saya akan mengadakan konvensyen BN awal tahun depan. Saya serius dan komited untuk mencapai apa yang akan dilaksanakan

“BN masih sebuah kerajaan yang kuat sehingga pilihanraya yang akan datang,” tambahnya. Teks lengkap pengumuman PM

Apabila Abdullah bersara pada Mac 2009, beliau menjadi salah seorang perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat – selama lima tahun lima bulan.

bn supreme council abdullah announcement 081008 01Perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang meninggal semasa berkhidmat pada tahun 1976, mentadbir selama lima tahun empat bulan.

Manakala perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, pula meletak jawatan pada 1981 atas sebab-sebab kesihatan, selepas berkhidmat selama lima tahun enam bulan dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, ada kemungkinan Abdullah akan terus menjadi perdana menteri beberapa bulan lagi, walaupun selepas tamat tempohnya sebagai presiden Umno.

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika mengambil alih kuasa, Abdullah mendapat sokongan besar selepas berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah.

Bagaimanapun, Abdullah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004.

abdullah badawi supporter pwtc 081008Sementara itu, ketika mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung, sekumpulan penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.

Kain rentang tersebut berbunyi: ‘Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi’, dan ‘Pak Lah, teruskan perjuangan‘.

Mereka turut melaungkan ‘Hidup Pak Lah’ dan ‘Pak Lah presiden, Najib timbalan’.

Q & A Sidang akhbar PM

1 comment so far

  1. aberamly on

    tuan, minta maaf… penyerahan jawatan PM kepada DS Najib oleh Pak Lah pada Mac 2009… bukannya Mac 2008. silap.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: