PAK LAH @ PAK SU LAH TAK “MERHAKKK” LAGI

merak ni...berlagak tapi tak leh terbang

merak ni...berlagak tapi tak leh terbang

PETANG SEMALAM, AHAD 12 OKTOBER, ABE TERIMA TELIPON DARI PAK SEPUPU IAITU SEPUPU MEK ABE. DIA NI PENGASUH ABE MASA BUDAK DULU. BERPISAH DAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ABE SEJAK 1970. 30 TAHUN TU. DAH PENCEN POLIS 3 TAHUN DULU. TUANYA LEBIH KURANG 7 TAHUN DARIPADA ABE. MAKNANYA WAKTU DIA MENGASUH TU ABE UMUR 7 TAHUN, DARJAH SATU. DIA NIA PANDAI JADI DALANG WAYANG KULIT. WAYANG DIBUAT DARI DAUN DAN PELITA DIPASANG DENGAN KAIN PUTIH. DAN BATIL SERTA JELOK MOK DIA JADI ALAT MUZIK. WAYANG KULIT ADALAH “ONE MAN SHOW”. SERONOK HABIS TU. 1964 DULU… TV HANYA ADA DI BEBERAPA BUAH RUMAH DI BANDAR TUMPAT SAHAJA. DIA NI PANDAI BUAT KELAKAR POK DOGOR DAN PANDAI BUAT HANUMAN KERA PUTIH MENGAMUK. TAPI ABE TIDUR BIASANYA WAYANG DIA TAK SEMPAT HABIS.

RUMAHNYA MASA TU DI TEPI SUNGAI SELEHONG/KELI… SUKU SAKAT TOK SEHOR YANG KERAMAT TU…  DEKAT PONDOK DAN MAKAM TOK SELEHONG (NINDA DR ASRAF WAJDI IAITU ANAK DATUK DUSUKI, BEKAS MP BN TUMPAT), AREA KETEK SIAM DAN PONDOK TOK GURU KOB (AYAHANADA TOK MAT YAKOB, TMB PAS SEKARANG). NAMPAK KAN JIWA PERPADUAN MALAYSIA TULIN. NAMA KAMPONG TU,  KG KELONG NAMANYA TEMPAT ABE DIPUTERAKAN LEBIH 50 TAHUN LAMPAU.

HAH! KALAU BACA TU TAU LAH SAPA ABE. BAKA UMNO TULIN NI. PAK SAUDARA  ABE NAMANYA HUSIN TOK SERUNAI  KELI ADALAH PEMUDA TAHAN LASAK YANG KERJANYA JATUHKAN PAS DI BAWAH ALMARHUM TUN RAZAK MASA TU. HAH NI TOK NAJIB BAKAL PM KITA KITA TAHU… PENTING SANGAT.

KISAH NYA BUKAN APA… CERITA MERAK KATA ORANG KEDAH. ATAU MAGGAK KATA KELANTANIS.

BETULKAN KITA ORANG MELAYU NI MERAK KALAU KAYA, PANGKAT BESAR, DUIT BANYAK, KUASA BANYAK, RAMAI PENGIKUT DLL? TAMBAH LAGI KALAU MEM KITA TU ORANG KETURUNAN BANGSAWAN. MACAM CERITA “SI TANGGANG” YANG KAWIN TUAN PUTERI TU LAH. MALU NAK AKUI MAKNYA YANG MISKIN DAN BUSUK. PAU UMNO NI PUN SAPA YANG MERAK… BOLEH KALAH TAU… WALAUPUN PENCALUNAN BANYAK!

MORALNYA LIHATLAH ORANG KITA BILA BALIK ENGLAND, USA, PARIS, AUTRALIA, JEPUN DAN LAIN2… TENTU RASANYA GEMAR ATAU HOBINYA  RENDAH2KAN DASAR EKONOMI BARU, SISTEM KOUTA, KETUANAN MELAYU, ISA, UMNO, UKM, AKHBAR MELAYU, BAHASA MELAYU, AGAMA MELAYU, LAGU MELAYU, LAUK MELAYU, SEKOLAH MELAYU, PEGAWAI ATAU EKSEKUTIF MELAYU, UITM DAN LAIN-LAIN YANG BERBAU MELAYU YANG DIANGGAP JUMUD ATAU KUNO. MACAM MELAYU NI HANYA BERGANTUNG KEPADA SUBSIDI DAN KOUTA, TAK IKUT MERIT DAN TAK GLOBAL LANSUNG. TANPA SEDAR ASAL MEREKA DAN BAGAIMANA MEREKA BOLEH SAMPAI ATAU MENUNTUT DI SANA? ATAU ASAL USUL MEREKA TU… SEBELUM BAPANYA SEORANG TUN, TAN SRI, DATUK DLL. MUNGKIN ADA YANG BAKA KG KELONG MACAM ABE.

NAK BILA JADI TANGGANG… MAKA MERAK LAH LEBIH.

TAPI BILA DAH PENCEN DAH BERUMUR KITA DAH TAK MERAK … MAKA BARULAH FIKIR PERLU DIHIDUPKAN KEMBALI IKTAN KEKELUARGAAN DLL. ORANG POLITIK PON ABE NAMPAK BANYAK YANG MACAM NI JUGAK. BILA DAH TAK DE APA2 MAKA MULAILAH NAK BUAT “PEMURNIAN SEMANGAT DAN ROH MELAYU”.  BETUL TAK….

MINTA MAAF. ABE BUKAN MENGATA TETAPI SEKADAR INGATKAN KITA SEMUA…MAKNANYA KITA HENDAKLAH BERJASA SEMASA BERKUASA, SEMASA KITA BERADA DAN SEMASA KITA DIPUJA… KENALAH PAKAI “THE ART OF WAR”… DAN AFDAL LAGI QURAAN DAN HADITH LAH (CM LIM GUAN ENG PENANG JANGANLAH TAKSUB DENGAN KHALIFAH ORAMAR ABDUL AZIZ ATAU TS NIK AZIZ SAJA…. TONGKAT DAH DAPAT… TUNGGU APA LAGI).

BUKAN APA.. TERINGAT KEPADA PO SU LAH NI… NAMA IC NYA MUHAMAD DAN ORANG PANGGIL PAK LAH. ABE TERINGATKAN INSAN YANG PALING ABE SAYANG IAITU ARUAH TOK TEH… MAK POK SU LAH NI IAITU TOK SAUDARA ABE. DIA LAH NGASUH ABE YANG SUNYI KERANA DUDUK DENGAN TOK CHE SOM DI KAMPONG KELONG. ABE INGATKAN MEK YANG ADA DI LUBUK SIMPUL, KUALA KRAI… MAKA TOK TEH LAH GANTINYA. DIA SANGAT BAIK HATI WALAUPUN MISKIN, SUSAH DAN JADI IBU TUNGGAL MEMBESARKAN POK SU LAH. POK SU LAH PULAK KALAU ANAK ORANG KAYA, TENTU JADI KSU ATAU KETUA POLIS KALAU SEKOLAH ORANG PUTIH WAKTU TU… SEBAB POK SAUDARA ABE PUN JADI PTD.

MAKA DENGAN TOK TEH ABE RASAI KEIKHLASAN HATI ORANG. DIA BAWA ABE KE MERATA TEMPAT DAN SELALU BAGI NASIHAT. ITULAH BUAT ABE MENANGIS SEBAB MASA TU ARWAH MAK SAUDARA ABE, KAK NAH KATA TOK TEH NI KUAT MENGHASUT DAN REKA2 CERITA.. HAH  DAH TERJEBAK DALAM POLITIK ADUDOMBA DAH…. ABE TAHU SIAPA YANG IKHLAS DAN SUCI HATI SEBAB YANG CAKAP TU PUN ADA DISKRIMINASI DAN SUKA ADUDOMBA. ITULAH DIDIKANNYA.

MAKA ABE BERSYUKOR BILA POK SU LAH DAN ABE TIDAK MERAK LAGI. INSAFLAH DAH… HARI RAYA HAJI NI ELOK LAH KITA BERJUMPANYA DI KUALA LIPIS, PAHANG. ATAU NAK TAMBAH KAU LAGI JUMPA DI KAMPONG KELONG. KIRIM SALAM PADA ANAK PO SU LAH YANG KATANYA SEMUA BERJAYA IAITU DI TERENGGANU, JOHOR, USM, KINRARA DAN KUALA LIPIS TU. MARI KITA BAGI TAULADAN KAT MERAK2 YANG MASIH ADA DALAM KELUARGA KITA TU. TUNJUKKAN KEPADA MEREKA PANGKAT, HARTA, KERETA BESAR, ANAK BERPANGKAT, KAWIN ANAK RAJA, PENGARUH DAN LAIN2 TU HANYA PINJAMAN. TOK SAH LAH NAK JADI “MERHAKKKK”.

megahnya si merak

megahnya si merak

BACA THE ART OF WAR SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA AL QURAAN.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: