KETUANAN MELAYU ADALAH SIMBOL KEDAULATAN RAJA2 MELAYU

DIPETIK DARI MALAYSIAAKTIF:

KETUANAN MELAYU ADALAH KEDAULATAN RAJA2 MELAYU

KETUANAN MELAYU ADALAH KEDAULATAN RAJA2 MELAYU

Jangan sentuh kontrak sosial’
Berita Harian
17Okt 2008

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum bermula Mesyuarat ke-215 Majlis Raja-Raja di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.

Majlis Raja-Raja bersuara lindung hak Islam, Melayu

KUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah di sini semalam, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dan dikeluarkan oleh Bernama.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari yang berakhir semalam, dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Engku Ibrahim menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.

“Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

“Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin Melayu, sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan, telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, gejala itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum hingga menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Untuk itu, Raja-Raja Melayu wajar mengingatkan supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok,” katanya.

Engku Ibrahim berkata, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

5 comments so far

  1. semutar hitam on

    Rakyat negara ini perlu menerima bahasa Melayu sebagai bahasanya dan bukan lagi bahasa negara asing. Bahasa negara bahasa Melayu dan bahasa ibunda seluruh rakyat tanpa mengira apa kaumnya.Tidak perlu berkiblatkan bahasa asing andai benar akui inilah tanah airnya.

  2. Exhibits Fabrication Company on

    saya setuju

  3. Museum Supplier on

    saya setuju cakap semutar hitam

  4. zehmal hakim bin zahari on

    Saya menyokong penuh keputusan yang dibuat Majlis Raja-Raja ini. Setiap rakyat yang menetap di negara Malaysia tidak seharusnya mencabar mahupun mempertikaikan Ketuanan Melayu dan Hak Raja Raja Melayu. Tidak kira cina, india atau apa bangsa sekalipun, huruslah menghormati perlembagaan negara ini. Saya juga berbangsa melayu, dan sebagai bangsa melayu, saya mahu bangsa saya dihormati oleh setiap bangsa yang memilih untuk menjadi rakyat negara Malaysia, yang juga pernah dikenali sebagai Tanah Melayu suatu masa dahulu. Mereka tidak berhak mempertikaikan Kontrak Sosial yang menjadi asas utama dalam membangunkan negara yang tercinta ini.
    Hidup Raja Raja Melayu! Hidup Ketuanan Melayu! Hidup Bangsa Melayu! Sama-samalah kita membangunkan Negara kita.

  5. hydrant system on

    sama2 juga la kita mengharmonikan bangsa kita


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: