ISA ELAK MALAYSIA JADI “BULLYWOOD” DAN “BULLYLAND”

UCAPAN PAK LAH PAGI INI DI PERHIMPUNAN AGUNG MCA CUKUP BUAT ABE BERFIKIR PANJANG. SEPANJANG JALAN KE GREENWOOD GOMBAK DAN BALIK, TERDENGAR ULANG2 PAK LAH KATA DIA BUKAN KAKI BULI DAN TAK PANDAI NAK BULI ORANG. MAKA TERFIKIRLAH ABE.. APA AFLIN SHAUKI CAKAP BILA KENA BULI MAKA KITA KENA BULI BALIK.

NAH.. IKHLAS DAN JUJURNYA PAK LAH. TETAPI DIA TAK MAU NAK HAPUSKAN ISA BEGITU SAJA SEBAB KENA ADA KOT SATU ALAT PENCEGAH UNTUK PEMBULI ATAU KAKI BULI ATAU BULLYSTAR… KATANYA DIA BUKAN NAK JADI LEGACY. PAK LAH NI SEORANG PEMIKIR RUPANYA… MAKA PATUTLAH BUAT LEPAS NI INSTITIUT PEMIKIRAN PAK LAH.

TETAPI TERFIKIR ABE, DULU TUN DR M… DIA SELALU BULI BALIK KEPADA SESIAPA YANG BULI DIA. SEBAB TU BULLYSTAR KURENG MERAK ATAU ANGKUH DI ZAMANNYA. TAPI NAMPAKNYA BILA PAK LAH YANG BEGITU WARAK MACAM MODEL KHALIFAH OMAR ABDUL AZIZ YANG CM PENANG LIM GUAN ENG NAK (LIM GUAN ENG NI GILA KAT ORANG NAMA AZIZ… TERMASUK NIK AZIZ. SEPATUTNYA DIA IKUT NABI MUHAMAD SAW DAN ALQURAAN… MASUK ISLAM… PERGI BUAT HAJI KE MEKAH DAN KE MAKAM NABI DI MADINAH…NABI MUHAMAD BUKAN KAKI BULI. BARU TAK BULI NAMANYA).

NASIBLAH KALAU KITA BUKAN PEMBULI. MACAM PEMBULI JALAN RAYA, DI KAUNTER, DALAM PEJABAT, JADI BOS, JADI DREBAR PEJABAT, IBU MERTUA, IBU TIRI, ISTERI, ALONG DLL. PEMBULI BUKAN SEMESTINYA KITA LELAKI JAHAT YANG GAGAH… AMOI CANTEK… ASSOI TUA… BUTA… LEMAH LEMBUT.. POLITIKUS TAICHI… SI BAPOK… DAN SEBAGAINYA KERANA MEREKA BOLEH TUMBUK ATAU GODA… RAYU… TIPU…HASUT..CACI ADUDOMBA… DLL. KATA ORANG NAK NAIK PANGKAT DAN BERJAYA KITA MESTI ADA SIFAT “PEMBULI”… BETUL KE?

KALAU LAGU TU SEORANG AHLI POLITIK YANG MAHA BERJAYA DAN MAHA BERKUASA TENTUNYA KAKI BULI? TAPI PAK LAH DAN DS NAJIB BUKAN KAKI BULI!

FIKIRLAH… TAPI ABE NAK INGATKAN BAHAWA SEJAK PAK LAH BUAT REFORMASI DALAM KEHAKIMAN, PERKHIDMATAN AWAM, POLIS, BPR, SISTEM ADUAN AWAM DAN LAIN-LAIN NAMPAKNYA NEGARA KITA SEMAKIN TELUS, BEBAS DAN DEMOKRASI. MAKA YANG TAK SYOKNYA KAKI BULI AMBIL KESEMPATAN MENGUTUK PAK LAH… KATANYA LEMBEK, TIDUR DLL.

ABE HARAPLAH SUPAYA ISA TETAP DIJADIKAN ALAT UNTUK MENGAWAL DAN MENCEGAH KAKI BULI DARIPADA JADI MAHARAJA. ABE TAKUT NANTI MALAYSIA JADI PUSAT “BULLYWOOD” DAN “BULLYLAND” DAN KALAHKAN BOLLYWOOD DAN HOLLYWOOD SERTA DISNEYLAND….

ABE TERINGAT BOS PERTAMA ABE, TUAN ABDUL RAHMAN HAMZAH… PTD SUPER SKIL G DI KEMENTERIAN LUAR BANDAR DI WISMA TANGSI KL PADA 1982. DIA ORANG TANAH MERAH,KELANTAN. DIALAH SURUH ABE REBUS IJAZAH UKM ABE DAN MINUM AIR ABUNYA SUPAYA ABE CERDEK. DIA KATA DIA GAJI BESAR BANDING DENGAN ABE SEBAB TAHU BUAT KARANGAN MENGENAI ANAK KUCING YANG CUKUP BILANGAN JANTAN BETINA, WARNA, SAIZ, EKOR PANJANG KE KEMBANG, DAN LAIN2 CIRI BIOLOGI SERTA DNA NYA. ABE DULU PTA CABUK… SANGKUT LAGI….. TAPI TERIMA KASIHLAH TUAN BAGI ABE BULI TERBAIK…. HAHAHAHA…. KALAU TUAN ADE LAGI KENALAH BULI BALIK… NAIKKAN PANGKAT ORANG BAWAH SECARA ADIL TAU!

SIAPA YANG TAK TAHAN KENA BULI… ORANG TU SENANG DIBULI DAN DIHASUT ATAU DIEKSPLOITASI ATAUPUN DITIPULAH NGOOKKK…… KATA PAK LAH.. DAP ATAU PEMBANGKANGLAH KATA UMNO BULI PARTI KOMPONEN. DAN ABE DENGAR PEMBANGKANG KATA KALAU UNDI BN MAKA MACAM TAMBAH POWER UMNO UNTUK BULI. MACAM CINA KENA BULI KAT MELAYU LAH…. HAI! SAPA TAUKEH WEEIII… SAPA BOS…SAPA NAK HAPUS DEB… SAPA NAK TUKAR PERKATAAN MELAYU JADI MALAYSIA? SIAPA TAK MAU KAUTIM KONTREK SOSIAL? TAK MAU KETUANAN MELAYU… TAK BAGI MELAYU CABUT KERIS? SAPA NAK SAMA RATA DAN MINTA KOUTA LEBIH?  SAPA NAK MERIT DAN PENGALAMAN?  SAPA PANDAI BERNIAGA… SAPA PROFESIONAL.. DOKTOR, MAJLIS PEGUAM DLL? SAPA PEMBEKAL DAN PEMBORONG DAN TENTUKAN HARGA BARANG? SIAPA? SIAPA? SIAPA? PEMBULI TERBAIK?

MELAYU NI PEMBELI DAN PENGUNA… MELAYU/BUMIPUTERA DOK MISKIN DAN PAPA KEDANA LAGI NAMPAKNYA… ITU SEJARAH DAN BERITA TERKINI… SEMUA DUNIA TAHU!JANGAN NAK TIPU!

PETUA NAK TANGANI BULI IALAH BACA SUN TZU THE ART OF WAR DAN LIHAT AKSI MR BEAN…

BULI BALIK ADALAH KALAHKAN PEMBULI

BULI BALIK ADALAH KALAHKAN PEMBULI

BACA PETIKAN MALAYSIAKINI NI KALAU ADA MASA YEEE…

=====================================================================

Pak Lah: Umno bukan pembuli
Jimadie Shah Othman | Oct 18, 08 9:14am
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak tanggapan bahawa Umno telah mendominasikan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Berucap merasmikan perhimpunan agung k-55 MCA di ibunegara hari ini, Abdullah yang presiden Umno dan pengerusi BN berkata, tidak timbul soal Umno jadi pembuli dalam BN.

“Saya tidak reti buli orang, tak ada buli, sesama sahabat mana ada buli,” tegas beliau dalam reaksinya terhadap ucapan presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mengenai perkara itu sebelumnya.

Dalam ucapannya, Ong berkata, terdapat persoalan yang dibangkitkan mengenai konsep perkongsian kuasa dalam BN kerana Umno dilihat mendominasi parti-parti lain dalam BN

“Kalau betul berlaku pembulian oleh Umno, mestilah pemimpin lain dalam BN dan rakan-rakan komponen lain, akan bercakap mengenai perkara ini,” tambahnya.

Antara tetamu yang hadir di majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta pemimpin parti-parti komponen BN yang lain.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut menyentuh tentang peranan penting MCA dalam BN.

MCA rakan baik

Abdullah menyifatkan MCA sebagai rakan lama dan mempunyai hubungan yang baik dengan Umno.

“Walaupun dalam pilihanraya lepas, MCA tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, tapi kuota dalam kabinet telah diberi penuh kepada MCA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, penyertaan MCA perlu dalam BN tetapi beliau mengakui ada masalah dan kesilapan yang memang terjadi.

Abdullah turut mengulas soal reformasi dalam bidang kehakiman, anti-rasuah dan penambahbaikan pasukan polis, yang dibangkitkan oleh Ka Ting dalam ucapannya.

“Ini adalah janji-janji kita dalam manifesto (pilihanraya umum) 2004. Walaupun masa saya singkat, ia akan dibawa ke Parlimen, dan akan disokong penuh oleh timbalan saya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pucuk pimpinan MCA hari ini, Abdullah berkata, beliau senang hati dengan kepimpinan MCA sekarang.

“Siapa pun, saya senang hati untuk bekerjasama…,” tambahnya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, perdana menteri, soal buli ditimbulkan oleh pembangkang yang ingin memberi persepsi tersebut terhadap BN.

Tetapi, tambahnya, bagi kepimpinan BN, mereka faham, sentiasa baik dan sentiasa berkerjasama.

Konvensyen BN

Oleh itu, katanya, soal Umno membuli parti-parti komponen BN yang lain hanyalah satu persepsi.

Abdullah turut diminta mengulas cadangan Pemuda MCA supaya diwujudkan satu lagi jawatan timbalan pengerusi BN.

Ditanya sama ada ia akan dibincangkan dalam mesyuarat BN, Abdullah berkata, ia isu besar dan akan dibincangkan dalam konvensyen BN tidak lama lagi.

“Apa jua pandangan yang dikemukakan, akan dibincangkan dalam konvensyen BN.

“Apa pun juga, pada dasarnya, kita boleh berbincang..cadangan lain (yang akan dibincangkan di konvensyen tersebut) saya belum tahu, tapi kita akan ambil kira,” tambahnya.

Penahanan aktivis Suaram

Perdana menteri turut ditanya mengenai penangkapan aktivis hak asasi, Cheng Lee Whee dari Suaram di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Cheng, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi.

Beliau dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kelmarin.

Berikutan itu, para wartawan bertanya kepada Abdullah sama ada kerajaan sedang menggunakan ISA.

“Kita guna ISA tapi bagi saya, mestilah berhati-hati dan tidak ada unsur salahguna kuasa,” kata Abdullah sambil menegaskan bahawa beliau bercakap sebagai orang yang prnah menjadi menteri dalam negeri.

Abdullah berkata, ISA bukan tidak boleh dipakai, kerana ianya juga digunakan di negara-negara lain.

Ditanya sama ada ISA akan disemak semula, Abdullah berkata, pada masa ini, ia tidak akan disemak semula.

Ketika ditanya mengenai Hindraf pula, perdana menteri berkata: “Keputusan sudah dibuat, ia adalah satu pertubuhan yang tidak sah, tidak ada makna saya bercakap banyak.”

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: