TOK SHABERY – KEM PENERANGAN SEDANG LAKSANAKAN AGENDA “MALAYSIA PERKASA.”

NAMPAKNYA TEPAT MASANYA KONSEP MALAYSIA PERKASA DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN KERANA DULU KEMENTERIAN PENERANGAN TELAH MENJAYAKAN GERAKKAN SEMARAK. KONSEP SEMARAK ADALAH SAMA DENGAN “TOTAL DEFENCE” YANG DILAKSANAKAN DI SINGAPURA. DI NEGARA KITA DIBAWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN DIFAHAMKAN SEDANG MELAKSANAJAN KONSEP PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH) YANG SERASI JUGA KATANYA DENGAN “TOTAL DEFENCE.”

MEMANG BENAR, PERTAHANAN NEGARA KITA BUKAN DISEGI FIZIKAL SAHAJA TETAPI YANG PALING PENTING IALAH KETAHANAN ATAUPUN KEUTUHAN PSIKOLOGI ATAU KEUTUHAN MINDA SERTA HATI WARGANEGARANYA SUPAYA SENTIASA CINTAKAN NEGARA DENGAN MENGHAYATI SAMBIL PRAKTIKAN ASAS KONTREK SOSIAL 1957 YANG MENJADI DASAR PERLEMBAGAAN KITA.

DAN JAWAPANNYA IALAH”GERAKAN MALAYSIA PERKASA”.

MUGA-MUGA CITA DAN NIAT SUCI INI TIDAK DI PROPAGANDA HITAMKAN DENGAN SPIN YANG MENGELIRUKAN MELALUI INTERNET, KHASNYA BLOG-BLOG KITA NI LAH….

BACALAH PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 22 OKTOBER 2008 NI…

Melayu, bumiputera perlu bersatu

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Orang Melayu dan bumiputera di negara ini yang berlainan fahaman politik digesa bersatu melindungi hak-hak mereka yang terkandung di dalam Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Gesaan itu disampaikan oleh bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail pada majlis perasmian laman web Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Tun Ibrahim merupakan ahli kehormat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, saranan Tun Ibrahim itu perlu dipandang serius, selari perkembangan terkini politik tanah air dengan pelbagai pihak mempersoalkan hak ketuanan Melayu dan bumiputera.

‘‘Pandangan beliau penting kerana beberapa pertubuhan seperti Hindraf bagi kaum India dan Dong Jiao Zong serta Suqiu untuk kaum Cina menuntut dan memperjuangkan hak masing-masing.

‘‘Justeru, Perkasa yang ditubuhkan September lalu berjuang untuk kaum Melayu dan bumiputera pula agar hak- hak dalam Perlembagaan Persekutuan dipelihara, seterusnya memastikan keharmonian negara.

“Tetapi, apa yang perlu saya tekankan ialah Perkasa bukannya pertubuhan yang bersifat perkauman dan saya harap ia difahami dan diterima semua pihak,” katanya.

Keterbukaan kerajaan wajar dihargai

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan wajar dihargai dan dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh semua rakyat pelbagai kaum di negara ini bagi mengelakkan negara terjerumus ke kancah perpecahan.

Penganalisis politik tanah air, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sikap keterbukaan kerajaan membenarkan perbincangan segala aspek kehidupan termasuk Perlembagaan, dasar pembangunan dan undang-undang negara sebenarnya boleh menjerumuskan rakyat ke arah kehancuran.

“Sebab itulah pelbagai pihak termasuk semua kaum perlu menghargai sikap keterbukaan kerajaan ini, tetapi apa yang berlaku, ada kaum telah menggunakan peluang itu untuk mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak keistimewaan kaum lain yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kertas kerja pada Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu anjuran Pertubuhan Profesional Melayu di Wisma Sejarah di sini hari ini.

Contohnya, beliau berkata, kelantangan pihak-pihak tertentu menyentuh isu-isu sensitif yang membabitkan orang Melayu di negara ini telah membangkitkan kemarahan kaum itu.

“Isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dimanipulasikan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan ini.

“Semua orang kena faham dan ada batasnya bila bercakap. Sarang tebuan bila dijolok ia akan menggigit,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Zainal berkata, penyelewengan sejarah yang menganggap orang Melayu sebagai pendatang dan permintaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) digantikan adalah sikap dan kelakuan ‘subversif’ yang ingin menjatuhkan kaum itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, orang Melayu tidak diajar untuk bermusuhan, tetapi jika keadaan itu berterusan ia boleh memburukkan keadaan.

Kongres itu diadakan bagi menyatupadukan Melayu dan memastikan keterjaminan kuasa politik mereka di samping merangka strategi pembangunannya.

1 comment so far

  1. aberamly on

    SYABAS SIFU TOK BRAHIM. DULU MASA TUN DULU DATO DAH BUAT DENGAN KU LI HAL MELAYU NI… TUN ADA TANYAKAN DI PASIR MAS…”BRAHIM APA LAGI KAU NAK BUAT LEPAS NI?”. AYAH TS HUSIN SERAMA PUN ADAKAN DI PROGRAM PADI KADA DI KETIK BERUK ATAU KG ANNA TUMPAT TU.

    TERUSLAH DATO BIAR SETANDING DENGAN SUQIU, HINDRAF, BERSIH DLL. LAWAN LAH MEREKA YANG NAK BAHAM TANAHKAN MELAYU TU…

    ADEK2 BUKALAH INI UNTUK EKSES PERKASA TU…

    http://pribumiperkasa.org.


Leave a comment