BEZA MEMBIDAS SESAMA ISLAM DENGAN MEMBIDAS BUKAN ISLAM

MARI PAKAT BACA DAN FIKIR PETIKAN http://kedahku.blogspot.com

Dalam Islam disuruh damaikan dua saudara. Dengan bukan Islam maka perlulah kaji intipati Perjanjian Hudaibiah dulu dalam Sejarah Islam.

Jangan terpesona dengan hujah khalifah Omar Abdul Azizi CM Lim Guan Eng. Kenalah dan hayatilah cara nabi Muhamad SAW selesaikan spin cara ini yang dibuat oleh Yahudi semasa Perjanjian Hudaibiah tu. Jerat tidak lupa PELANDUK, PELANDUK lupakan jerat. Putrajaya adalah bandaraya Islam yang patut dipuji kalau suka Islam, utusan melayu adalah pejuang suara melayu dan islam, isu hak melayu adalah ikut perlembagaan bukan perkauman, nak bantu islam… bantulah melayu yang seba miskin, umno tak berdosa kepada DAP dan PAS kerana UMNO benarkan mereka berpolitik, cerpen Chamil Wariya adalah hasil seni sama dengan lagu Negarakuku dalam youtube oleh Meng Chee atau Namewee.

Kita orang Islam patuh terus kepada Alquraan, hadith dan sunnah nabi Muhamad SAW… bukan taksub dengan Khalifah Omar Abdul Aziz atau TS Nik Aziz. Tolonglah CM Lim… lu masuk Islam, mengucap, belajar dengan PERKIM atau Dr Redzuan TEE    … pergi haji… baru boleh cakap banyak!   Fikirkan lah….

Tuesday, October 21, 2008

TUN DR MAHATHIR: HAK SAYA BIDAS PAK LAH

Ramai tidak menyangka bahawa Abdullah Ahmad Badawi boleh hilang sabar dan memarahi seseorang.

Sabtu lalu, Pak Lah hilang sabar dengan Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Dengan sinis, pengkritik Pak Lah menghentam beliau dengan nada keras terhadap Tun Sabtu lalu. Antaranya tertanya-tanya, tak akan berani marah Tun sahaja? Tak marahkan Pak Lah kepada pemimpin-pemimpin Gerakan, MCA dan DAP yang mencabar hak Melayu dan kesultanan Melayu? Ada yang mengatakan kenyataan marah Pak Lah hanya sekadar untuk menutup kelemahan dan kepincangan pentadbiran beliau yang lemah selama 5 tahun ini.

Selepas lima tahun, selepas ditolak Umno, selepas ditolak rakyat di lima negari dan Kuala Lumpur, barulah Pak Lah nak cakap mengenai pembaharuan. Sebelum Mac 8, semuanya indah pada Pak Lah. Hari ini baru nak marah-marah.

Hari ini juga Tun Dr Mahathir menjawab kenyataan marah Pak Lah. Sebelum itu, kita lihat apa kata Pak Lah terhadap Tun.

Kenyataan Pak Lah Sabtu lepas:

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan? Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan. Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

JAWAPAN TUN DR MAHATHIR

BIDAS MEMBIDAS

1. Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

2. Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan UMNO dalam tahun 1970. Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli UMNO (saya telah disingkir oleh UMNO pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja.

3. Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti.

4. Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab UMNO Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

5. Ternampak jelas samada saya ahli UMNO atau tidak saya tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan UMNO atau berkenaan apa-apa perkara lain.

6. Seperti biasa “orang Pak Lah” menyokong bidasan terhadap saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya Dato Seri Rais Yatim dengan berani bertentangan dengan Perdana Menteri dan berkata saya berhak memberi pandangan saya.

7. Buat kali pertama saya bersetuju dengan “orang Pak Lah” bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai “elegant silence” Tun Musa. Tetapi samada saya bidas balik adalah hak saya juga. Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya.
http://test.chedet.com/che_det/2008/10/bidas-membidas.html#more

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: