BERKATA BENAR WALAUPUN “PAHIT”

PERTAMA:
ULASAN ABE KEPADA TULISAN BLOGGER CEKKA BERTAJUK “MIMPI UNTUK TUKAR KERAJAAN SUDAH BERAKHIR”

aberamly said,

October 24, 2008 @ 5:15 pm

1. anuar takut nak selesaikan masaalah ekonomi kita sebab USA dll yang dipujanya pon dah terok kena main dengan market forces. dan USA ikut Tun Mahtahir iaitu Bill out. anuar rasa dia dah tak sebijak Tun… Sebab mungkin Tun lepas ni jadi penasihat kerajaan Malaysia.

2.Bumiputra Sabah dan Sarawak faham bila ketuanan rakyat maka hak bumiputera dan melayu akan terhapus. konsep yang anuar bawa tak akan untungkan bumiputera dan melayu. anuar pun mungkin jadi PM beberapa tahun sahaja… lepas tu (lihatlah model Singapura… selepas 1965 apa berlaku?)

3. Masa UMNO haram dulu… orang melayu tubuhkan UMNO Baru. Ku li buat parti lain… orang melayu nak umno jugak. itulah keramatnya umno kepada melayu, islam dan raja2 melayu… bacalah Malayan Union dan sejarah Bintang Tiga serta komunis dengan melayu raya nya!

4. anuar ni idola abe khasnya semasa ABIM dan UMNO dulu… banyak buku dan ucapan dia abe hadam dah… tapi sekarang dia dah mungkir. indon bilang… munafik!

5.Macam mana nak perintah dengan kawan2 yang chauvanis? DAP tu… semua nak… sikit kasi banyak mintak!

6. lagi? tambahlah… tapi jangan orang umno lepas ni (yang kalah PAU) tak mau ikut DS Najib… maka buat pakatan dengan anuar pulak… mana tau.. anuar masuk UMNO.. sebab orang dia pun dah banyak dalam umno. kalau lagu tu maka kita pun problem perpecahan melayu lagi!

ini sekadar otak abe yang cetek ni… salam Cekka!

KEDUA:

DIPETIK DARI http://anwaribrahimdotcom.com – MENGULAS MENGENAI KETEGASAN YB INI ATAS ISU FORUM “MASUK ISLAM” ANJURAN MAJLIS PEGAUM:
Zulkifli Nordin mula gigit Anwar..Sejak dikaitkan dengan cerita akan tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran tindakannya yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu terutama dalam soal kebebasan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin semakin menunjukkan ‘belangnya’ yang sebenar.

Zulkifli yang dikecam banyak pihak yang memperjuangkan soal kebebasan termasuk kalangan pimpinan PKR sendiri kerana melakukan demonstrasi membantah forum ‘Masuk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Ogos lalu kerana forum tersebut cuba untuk mencampuri urusan agama Islam, hari Khamis melepaskan ‘peluru penaburnya’ yang terkena kepada semua pihak.

Baik kerajaan mahupun pembangkang termasuk parti yang diwakilinya iaitu PKR, semua tidak terlepas daripada ‘serangan’ beliau yang tajam dan tepat pada sasarannya.

Ini jelas apabila beliau melahirkan rasa kesalnya kerana PKR menyoal ketuanan Islam dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut agama-agama lain.

Serentak dengan itu beliau menyifatkan pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah tidak mempertahankan Islam.

Sedangkan katanya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.

‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.

Kenyataannya itu jelas merujuk kepada tindakan rakan parti pembangkangnnya yang membangkitkan isu-isu yang disebutkannya itu.

Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.

Dalam nada tegas Zulkifli berkata, “Walaupun ada suara yang kata saya menyokong parti lain bila bersuara begini tapi saya hanya berjuang untuk Islam. Saya tidak peduli orang nak kata apa kerana saya hanya menjawab kepada Allah”.

Kelantangan Zulkifli itu menyebabkan tidak ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun dan cuba menyanggah pendiriannya.

Namun, selepas ini apakah kelantangan beliau di Dewan Rakyat akan menerima nasib yang sama dengan tindakannya menghadiri perhimpunan membantah forum ‘Masuk Islam’ anjuran Majlis Peguam iaitu dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.

Atau akan bersuarakah golongan yang memperjuangkaan kebebasan termasuk soal agama dalam PKR dan pakatan pembangkang berhubung pendirian Zulkifli itu.

Paling menarik PAS sendiri sebagai parti yang menggunakan nama Islam tidak mempunyai wakil yang berani bangun mempertahankan Islam seperti mana yang dilakukan oleh Zulkifli. – 23/10/2008

sumber – Agendadaily.com

KETIGA:

DAN PETIKAN YOUTUBE YANG DITERAKAN OLEH BLOG YANG SAMA… MARI KITA RENUNG DAN FIKIR BERKALI2 SUPAYA KITA DAPAT JAWAPAN DARI HIDAYAH ALLAH SWT:

2 comments so far

  1. PM on

    Biasa la dunia, bila isu lain dibahaskan, islam dijadikan senjata, bila islam dibahaskan, kemelayuan (pengecut, pentingkan maruah diri, pentingkan kedudukan, takut saham diri jatuh) dijadikan senjata. Layakkah melayu mempertahankan dan memartabatkan islam

  2. PM on

    out of topic–>
    yup betul dengan apa yang diperkatakan. anuar bukan sahaja menyedarkan umno, tetapi menyedarkan semua melayu yang terlena. selamat masih awal, jika tidak, kita menangis air mata darah sekali pun kita masih tidak mampu bangun dan mempertahankan hak kita

    sedarlah wahai rakan2 sebangsaku,martabat dan maruah kita bukan untuk dijual, agama bukan untuk dipolitikan, pemimpin bukan orang yang perlu dipuja, mereka yang berkuasa bukan orang yang perlu diampu. kita ada nilai kita di atas bumi kita

    http://pemimpinmuda.malayaonline.com/?p=18


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: