BETULKAH KETAM MELAYU HATI BUSUK DAN DENGKI SAMA BANGSANYA?

SEBAB TU LAH KEDAI CINA, INDIA, MAMAK DLL LAKU. KEDAI MELAYU TAK LAKU. PEGUAM.. ORANG INDIA LAKU, JUAL BELI.. ORANG CINA LAKU. POLITIK? MELAYU BUNUH MELAYU KE? ATAU SANGGUP GADAI MARUAH, DAULAT.. DAN HAK BANGSA SENDIRI?

UNTUK RENUNGAN… ABE PETIK DARI http://kamikazei-malaya.blogspot.com:

Monday, October 27, 2008

Kisah ketam Melayu Dan Ketam Cina

Tak lama dahulu ada seorang pemuda melayu yang teringin makan nasi berlaukkan ketam. Pada suatu pagi maka dia pun pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Pemuda melayu : Apek! Itu ketam ada jual ka?
Apek : Ada… ada… lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Pemuda melayu : Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ke apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Apek : Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam cina… sana dalam bekas tak ada tutup… ketam melayu la…
Pemuda melayu : Apa pasal ketam cina apek kasi tutup… ketam melayu apek tak kasi tutup?
Apek : Itu ketam cina kalau satu ekor keluar… yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar
Pemuda melayu : Ketam melayu tak itu macam ka?
Apek : Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi.. jangan kasi keluar. Dia mau dia seekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina.
Hakikatnya, jika orang cina berniaga…. kaum cina yang lain tak akan kacau… dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya daripada mereka yang telah berjaya sebelum ini. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya juga sepertiama kejayaan yang pernah dilaluinya.
Manakala bagi orang melayu, bila seseorang individu melayu nak berjaya, maka individu melayu lain akan guna apa saja kaedah dan cara supaya orang melayu tu tersebut gagal dan jatuh kembali. Sepertimana cerita ketam melayu, bila seekor ketam dah berjaya nak naik keatas, maka ketam-ketam yang lain akan menarik kaki ketam tersebut. Daripada orang lain berjaya, baik sama-sama tak berjaya dengan erti kata lain. Lepas tu mula lah mahu bergaduh sesama sendiri dan kemudiannya kesemua sekali tidak akan berjaya.
Itulah hakikat sebenar yang berlaku di dalam dunia dan persekitaran sekarang ini, sebab tulah kaum melayu tak maju dan sentiasa layu. Macamana mahu belajar daripada sejarah, sesungguhnya melayu itu sendiri mudah lupa (meminjam kata-kata YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad). Fikir-fikirkanlah..

0 comments

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: