TOLONG BETULKAN FAKTA ABE….

INILAH KOMEN ABE KEPADA BLOG CEKKA SEBAGAI RESPON KEPADA PENGUMUMAN ISU DEB OLEH DS NAJIB, BAKAL PM, BAKAL PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BN.

aberamly said,

October 27, 2008 @ 2:30 pm

INI KELUHAN… BUKAN KESAL ATAU HASUTAN PERKAUMAN… TAPI IKHLAS SEBERSIH SERTA SUCI HATI…:

kerana DEB:

melayu tolak umno

MELAYU TOLAK KOMPONEN BN.. MCA, GERAKAN, MIC DLL!

cina tolak umno/bn

india tolak umno/bn

lain2 bangsa tolak umno/bn.

BILA DAP, PKR DAN PAS HASUT MAKA MEREKA ANTI UMNO, ANTI MELAYU, ANTI BN. MCA DAN GERAKAN PUN HILANG FOKAS MAKA TERIKUT2 GENDANG PEMBANGKANG!

melayu tolak umno sebab senua nak dibantu. semua nak deb termasuk kerek telaga, pagar kubur, batu nesan, keranda usung mayat, duit sekolah anak, beg dan baju sekolah, bantuan org tua, karpet surau dll. kalau kerajaan umno tak kasi.. melayu marah kan umno.bila umno kasikan … cina dan india pulak marah sebab mereka pun sama taraf… sama rata dan status yang sama… sama2 pendatang ke malaysia…kartunya orang kita!

deb juga buktikan yang kenyang tak cukup2 dan yang dibantu tak kuat2 untuk berdirikari. maka bukan melayu dengki dan marah sebab kononnya mereka kerja kuat… melayu malas kata mereka. sebenarnya melayu tak diberi peluang untuk maju oleh cina dan india. sebelum deb… majoriti melayu gagal jadi doktor di uni malaya di mana pensyarahnya cina dan india. buat ukm dan uitm… melayu pulak kena sabotaj dalam bidang profesional….

maka ds najib… telah fikir untuk hapuskan perlahan2 deb..SECARA EVOLUSI DAN ASSIMILASI. supaya melayu dan umno akan kuat… tak perlu tongkat. dan cina serta india tak dengki lagi…sebab sama rata macam anuar ibrahim dan pas nak!

INILAH RASA/NALURI ABE YANG CETEK PELAJARAN DAN PENGALAMAN.

satu huraian deb dalam pelajaran dan pendidikan:

dari http://www.angelfire.com:

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arab pencapaian matlamat dasar ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-

.
Membasmi kemiskinan.
. Menyusun semula masyarakat Malaysia.

Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat .

TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.

Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)

Objektif pelajaran mengikut DEB:-

– Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.
– Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara.
– Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi .
– Menyediakan peluang peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat.
– Memperbaiki usaha penyelidikan ,perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.

Carta 2.1

Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru .

Rancangan Malaysia pertama (1956-1970 )

Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang
lebih baik diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar  vokasional, teknik dan seni.

Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975 )

Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan
negara.
Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga
rakyat.
Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi. Selain itu membaiki
keupayaan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai tujuan rukun negara.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980 )

Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi
keselamatan negara. Tujuan -tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:-

1) – Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat .
– Pembentukan keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan               luar   bilik darjah .
– Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan antara       kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama.
– Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.

2) Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi .

3) Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan negara .

4) Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut .

6 ) Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju , perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut :-

a)Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level.

b ) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para

pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.

c) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing – masing. Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.

Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar,  lepasan SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah.
Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:-

* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.

* Kampus Cawangan universiti luar negara

* Pusat Pengajian Jarak Jauh .

Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti.

Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan program-program berikut.;-

Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan , pengajian kreatif , teknikal , atau vokasional ,pelancongan, Teknologi maklumat ,seni bila dan program berteknologi tinggi .

Kursus peringkat sarjana muda ,melalui kerjasama antara kolej swasta dan institusi tinggi luar negari . Kursus -kursus ini adalah seperti program berkembar ,program pindahan kredit , program advanced setanding ,program jarak jauh dan program bersama .

Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar seperti ACCA, CIMA, ICSA,AIA, ABG, AAT . Selain itu lnstitusi swasta juga menjalankan kursus menengak / pra universiti seperti STPM, GCE , A- Level, Lcci SAM (Australia) dan BTECHNO (UK) . Pada tahun 1998, kerajaan juga
membenarkan Monash University, Australia membuka cawangan di negara kita kampus cawangan kita terletak di Kampus Sunway College.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan status universiti @ kolej universiti . Institusi dalam kategori ini telah mendapat status universiti dari kementerian pendidikan di bawah akta Institusi pendidikan tinggi swasta 1996.

Pada tahun 1997 , universiti berikut telah ditubuhkan :-

I) Universiti Telekom di Melaka dan Cyberjaya , Selangor .

2) Universiti Tenaga Nasional di Bangi , Selangor .

3) Universiti Teknologi Petronas di Tronoh , Perak

4) Universiti Sains Dan Teknologi Malaya di Ulu Bemam, Selangor . Selain universiti tersebut, beberapa universiti dalam perancangan ialah Universiti Komenwel , Universiti Multimedia, dan Universiti Teknologi Islam Malaysia.


Sekolah Bestari . Pendidikan untuk: sebuah Masyarakat Bestari .

Satu lagi perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan kita ialah penubuhan Sekolah Bestari. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri
pendidikan (ketika itu) . Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia, malahan untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif serta inovatif dalam pemikiran . Disamping itu, mereka diharapkan dapat
memperolehkan teknologi barn serta berupaya menguruskan ledakan maklumat.

Mulai Januari 1999, konsep sekolah Bestari akan dilaksanakan di 90 buah sekolah . Lima tujuan Sekolah Bestari ialah ;-

I) Menggalakkan perkembangan menyeluruh sesorang individu dari segi intelek, rohani ,emosi dan jasmani .

II) Menyediakan peluang- peluang untuk seseorang individu memperkembangkan kekuatan dan kebolehannya .

III) Menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang berfikiran kreatif serta berilmu dalam bidang teknologi

IV) Mendekmorasikan pendidikan agar etiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar .

V) Membolehkan ibu bapa ,komuniti dan pihak swasta menyertai proses pendidikan .

Teknologi maklumat merupakan unsur utama dalam pelaksanaan kesemua strategi serta didokong oleh individu ,kemahiran dasar ,dan proses yang bersesuaian. Teknologi maklumat
akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang baru dan network pendidikan untuk menghubungkan semua sekolah Bestari .

dari iremz.blogspot.com:

Monday, March 17, 2008

ME’LAYU’

GAMBAR 1 : Tunjuk perasaan menentang pemansuhan DEB oleh golongan UMNO yang hanya mewakili 2 juta orang Melayu daripada berjuta-juta kaum Melayu di Malaysia.
Gambar 2 : Gambar semasa acara promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan kesemuanya confirm orang melayu.

0 comments


No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: