“SEKALI MERDEKA, MERDEKA SEKALI!”

APA KATA OTAI BLOGSPOT?

Wednesday, October 29, 2008

PERSEPSI POSITIF JAMIN KESELAMATAN NEGARA




BERBALIK KEPADA SEMINAR “PENGURUSAN PERSEPSI UMUM DALAM PEMBENTUKKAN KESELAMATAN NEGARA” DIADAKAN DI HOTEL EQUATORIAL KL DARI 28-29 OKTOBER TADI TELAH MEMBERI OTAI BEBERAPA ISTILAH YANG CUKUP UNIK SEKALI.

DALAM SEMINAR INI KITA ADA BINCANG MASAALAH PERSEPSI MASYARAKAT KITA TENTANG IDEA REFORMASI YANG KONONNYA DIPELAJARI OLEH PAK ANUAR IBRAHIM DARIPADA REFORMASI INDONESIA SEWAKTU MERUNTUHKAN KERAJAAN PAK SUHARTO DULU. ISUNYA SAMA IAITU KORUPSI, SALAHGUNA KUASA DAN NEPOTESME. SEKARANG INI DIBERITAKAN ALIRAN MAKLUMAT DAN PERSEPSI DI INDONESIA SUDAH TIDAK MAMPU DIKAWAL LAGI KERANA PERSEPSI RAKYAT YANG MENYOKONG DAN TIDAK SETUJU REFORMASI MULAI BERBELAH BAGI.

KEPADA PENYOKONG REFORMASI MEREKA CAKAP MEREKA PUNYAI KEBEBASAN MUTLAK YANG TIDAK ADA HADNYA WALAUPUN LANGIT DAN BUMI. MAKNANYA LANGIT DAN BUMI PUN DAH TAK ADA PEMISAHNYA. BEBAS DAN MERDEKA KATA MEREKA, “SEKALI MERDEKA, MERDEKA SEKALI”… MACAM SEKALI SYOK, SYOK SEKALI.. IAITU NIKMAT YANG TERAMAT SANGAT!

KEPADA ORDER LAMA YANG MASIH CINTAI DASAR NEGARA SEPERTI ADANYA DEMOKRASI TERPIMPIN, KEBEBASAN MEDIA TAPI ADA TANGGONGJAWAB SOSIAL, TEGUHNYA PANCHASILA, NASIONALISME, PETRIOTISME, BERKORBAN KEPADA NEGARA DAN “TOTAL DEFENSE” PULA MENGATAKAN, “AWAS BILA SUDAH REFORMASI UMPAMA BUKA PINTU YANG LUAS… SEKALI BUKA MAKA TERBUKA SEKALI… BUKA TAK BISA DITUTUP LAGI.”

ADUH HEBAT DAN BERBISANYA REFORMASI YANG CUBA DILAKSANAKAN OLEH PAK ANUAR IBRAHIM DI SINI DENGAN DEMONTRASI JALANAN DAN MOMOKKAN TERHADAP LEMBAGA2 DEMOKRASI YANG TERDIRI DARI BIDANG EKSEKUTIF (PM DAN KABINETNYA SERTA SEKTOR AWAM), KEHAKIMAN (JUDICIAL) DAN BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF). SEKIRANYA 3 ELEMEN INI ROSAK DENGAN PERSEPSI DAN MEDIA FRAMMING YANG DISINFORMATION/MISINFORMATION… MAKA HANCURLAH DEMOKRASI KITA. ADUH? TERUKNYA NEGARAKU AKIBAT BARANG IMPOT DARI NEGARA ASING YANG TIDAK SERASI DENGAN KITA YANG BERBILANG BANGSA SERTA AGAMA.

SEKARANG PUN PEMIMPIN KITA DITUNTUT UNTUK TRASFORMASI DAN BUAT REFORMASI MENGIKUT AJARAN DARI BANGSA2 BERSATU SEJAK 1945 ITU. SEORANG AHLI PANEL KATA SEMUA NILAI2 PERSAMAAN HAK DAN SEBAGAINYA ADALAH PIAWAIAN YANG DIBUAT UNTUK TENTUKAN SETIAP NEGARA ITU DAPAT PUJIAN DARI BARAT. KALAU KITA TAK LAKSANAKAN MAKA ITULAH LESEN UNTUK MEREKA CAMPURTANGAN DAN KENAKAN APA2 TEKANAN TERHADAP EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL KITA. MAKA TIMBULAH PERMINTAAN HAK KEBEBASAN MEDIA, HINDRAF, BEBAS TUKAR AGAMA, HAPUSKAN ISA, HAPUSKAN DEB SECARA REVOLUSI, HAPUSKAN SEMUA LEMBAGA YANG MENGUATKAN NEGARA KITA SELAMA LEBIH 51 TAHUN LAMPAU… MAKA DIDESAK DAN DIBUAT PERSEPSI BAHAWA KONTREK SOSIAL PERLU DIBINCANG SECARA TERBUKA, DEB AKAN BANTUTKAN EKONOMI NEGARA, BN AKAN KALAH KALAU TIDAK REFORM DENGAN AGIHAN KUASA YANG SAMA RATA… KEADILAN DLL.

YANG PALING SEDIH SEKALI SEPERTI DAKWAAN KUMPULAN PENDESAK BAHAWA KEMERDEKAAN SEBENARNYA BUKAN 31 OGOS TAPI 16 SEPTEMBER 1963. SEJARAH PERLU DIKAJI SEMULA, SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERMASUK MELAYU ADALAH PENDATANG (MELAYU KATANYA BERASAL DARI INDONESIA… PENDATANG DARI INDON KOT?),KAUM LAIN KERJA KUAT DAN PENYUMBANG UTAMA KEPADA MALAYSIA… MELAYU TAK MENYUMBANG KE? JADI ASKAR, POLIS, GURU, PENJARA, BPR,KASTAM, NURSE DLL BERPANGKAT RENDAH TAK SUMBANG APA2 KE? BELI DAN SEBAGAI PENGUNA TERBESAR BARANG YANG DIJUAL OLEH BUKAN MELAYU TU BUKAN PENYUMBANG? TIADA BANGSA MELAYU TAPI YANG ADALAH BANGSA JAWA, BUGIS, MENDALING DLL (SAMPAI MELAYU PUN DAH MENGAKU MELAYU).

YANG PALING OTAI BANGGA IALAH PANDANGAN DATO’ SERI PROF DR IBRAHIM ABU SHAH, NAIB CANSELOR UITM YANG PUNYAI 32 KAMPUS, 120,000 PELAJAR DAN 18,000 KAKITANGAN SELURUH NEGARA.

MENGIKUT DS PROF MENGATAKAN DIA AMAT BANGGA KERANA UITM DAPAT LAHIRKAN GRADUAN YANG MENJAWAT JAWATAN STRATEGIK DISEKTOR AWAM DAN SWASTA. MAKNANYA UITM TELAH MENYUMBANG KEPADA PERSEIMBANGAN AGIHAN EKONOMI ANTARA KAUM.

TAMBAHNYA LAGI SUMBANGAN UITM YANG MERUPAKAN NADI ATAU NYAWA KESEIMBANGAN INI TELAH MENYUMBANG KEPADA SURVIVAL, PERPADUAN SERTA KESELAMATAN NEGARA. CITA2NYA SATU IAITU UMTUK MELIHAT NEGARA AMAN DAN SEMUA KAUM, TERUTAMA BUMIPUTERA AKAN MEWARISIKAN SATU GENERASI YANG TIDAK MATI KELAPARAN. MAKNANYA KALAU ADA KAUM YANG LAPAR DAN JAHIL ILMUNYA DI MALAYSIA INI MAKA KESELAMATAN NEGARA AKAN TERJEJAS (BOLEH JADI YANG KAYA DAN BIJAK PANDAI PUN TAK DAPAT TIDUR LENA… LIHATLAH NEGARA2 LAIN SEBAGAI MODEL).

OLEH ITU KATANYA JANGAN KACAU UITM!

ITULAH KESAN PERSEPSI KEPADA KESELAMATAN NEGARA. BILA PERSEPSI DIBENTUK MAKA AKAN TERJADILAH PENDAPAT AWAM. KATA PANEL “DI INDONESIA SEORANG PEMIMPIN NAIK MELALUI PERSEPSI DAN TAK LAMA SELEPAS ITU DIPAKSA TURUN KERANA PERSEPSI NEGATIF YANG DICORAKKAN TERHADAPNYA”.

HARAP SEMUA KITA NI BERHATI2 DENGAN TUKANG YANG BENTUK PERSEPSI TERUTAMANYA YANG NEGATIF DAN ANCAM KESTABILAN NEGARA. SEGALANYA AKAN SELAMAT KALAU KITA SEMAK DULU BERKALI2 AKAN SEMUA MAKLUMAT YANG DISELEWENGKAN SECARA PROPAGANDA HITAM DAN KELABU… YANG DISEBUT DISINFORMATION DAN MISINFORMATION.

OTAI – KATA PRO REFORMASI “SEKALI MERDEKA, MERDEKA SEKALI!”
KATA ANTI REFORMASI “SEKALI DIBUKA TAK BISA DITUTUP LAGI.”
MAKA JANGAN PULAK “SEKALI NAIK, NAIK SEKALI”
ATAU “SEKALI NAIK, TAK TURUN-TURUN”
ATAU “TURUN TAK NAIK-NAIK!”
PERSEPSI INI DISEBUT PARAS BAHAYA.. BUKAN LAGI BERJAGA-JAGA!
HAHAHA… LAWAK NAK GELAK PUN ADA!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: