MAAFKAN LAH KAMI DARI KHIR DAN HASSAN!

DARI MALAYSIAKINI

MCA tuntut Hassan, Khir minta maaf

Oct 30, 08 8:02pm
Biro Perundangan MCA hari ini mengecam PAS kerana menolak pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas alasan beliau bukan Melayu.

Biro itu juga menganggap kenyatan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpamakan pelantikan itu sebagai memandang rendah kemampuan orang Melayu untuk menguruskan syarikat seperti PKNS, sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia jelas bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN).

hassan ali 051104Berikutan itu, dalam satu kenyataan hari ini, biro tersebut menuntut Datuk Dr Hassan Ali dari PAS dan Dr Mohd Khir dari Umno memohon maaf  kerana membuat kenyataan yang didakwanya tidak bertanggungjawab untuk menyemai perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

Jika gagal berdemikian, biro tersebut mendesak pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka.

Kenyataan itu mendakwa, tindakan mereka itu jelas melanggar Pasal 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan bahawa tidak harus ada diskriminasi terhadap rakyat atas alasan agama, kaum, keturunan, tempat kelahiran atau jantina untuk dilantik menjawat atau berkhidmat di bawah pihak berkuasa awam.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu juga melanggar Seksyen 3 (1)(e) Akta Hasutan 1948 kerana membangkitkan permusuhan antara kaum.

Biro tersebut menegaskan bahawa sebarang pelantikan ke jawatan dalam sektor awam dan swasta, hendaklah berasaskan kepada merit dan kemampuan semata-mata.

2 comments so far

  1. fatah on

    sial punye cine….
    mnumpang tanah melayu

  2. WaShad on

    dah kita bagi kuasa kat khalid.. terima ajelah… biar melayu jd pengemis dibumi sendiri.. biarlah cina2 tu naik toncang.. depa kan bagus, takde rasuah.. tip ajer.. kerja rajin, rajin ape…fikir sendiri lah..
    tu baru sorang.. nanti berduyun duyun lah kaum kerabat.. apa nak marah.. biar pi lah.. khalid kan ada, dia mb.. dia melayu.. dia akan jaga kepentingan org melayu.. macam masa dia kat gutrie dulu pun dia jaga org melayu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: