SARJANA AKADEMIK POLITIK GAGAL ANALISIS MERITOKRASI DAN KOMPETENSI DS NAJIB

Sebelum Abe ditarik untuk turut menganalisis kemenangan majoriti pencalunan YAB DS Najib yang melayakkan beliau menang tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dalam PAU pada Mac 2009 nanti.

Abe tidak setuju pendapat tokoh akademik pensyarah politik UKM yang seolah-olah DS Najib akan memikul biawak hidup akibat dilantik menjadi PM sewaktu negara menghadapi pelbagai krisis yang amat rumit yang dibaratkan sebagai malapetaka atau tsunami.

Abe berpendapat DS Najib yang akan menjawat tugas sebagai PM kelak bukan kerana dia seorang Melayu UMNO atau kerana kouta ataupun kerana “tiada pilihan lain,” tapi kerana meritokrasi serta kebolehan dan kepakaran dia dalam mengurus negara menghadapi krisis. Trak rekod DS Najib mengurus sebarang krisis negara terbukti apabila beliau telah berjaya menangani pelbagai krisis melalui jawatankuasa yang dipengerusikannya khasnya Jawatankuasa Bencana Negara di bawah MKN, JPM.

Selain dari itu bukti dikatakan punyai kelayakkan ikut meritokrasi, adalah didapati beliau dalam pengurusan UMNO terbukti amat berkesan menyelesaikan segala permasaalah dan isu dalaman serta luaran UMNO secara bijaksana. Maka sebagai outputnya atau impaknya setakat ini ahli UMNO akar umbi dan pihak kepimpinan semua peringkat sebulat suara mencalukannya sebagai Presiden UMNO (kecuali UMNO Gua Musang sahaja). Ini adalah manifestasi dan tanda semua pihak menaruh harapan yang setinggi gunung Everest kepada DS Najib untuk membawa keluar Malaysia daripada neraka dunia akibat krisis ekonomi dunia yang menyebabkan prestasi buruk BN pada pilihanraya ke 12 yang lepas. Dan seterusnya memperkasakan UMNO dan BN untuk menjadi bahawasanya hanya gabungan BN sahaja yang mampu dan boleh membawa Ma;aysia ke mercukejayaan mencapai Wwasan 2020 hingga tahun 2057 untuk menyaksikan Malaysia menyambut hari lahir yang ke 100 tahun, Insyaallah.

DS Najib dengan inspirasi transformasi dan liberalisasi berkonsepkan glokalnya akan mendaulatkan kewibawaan dan “self censorship” warga Malaysia ke arah negara yang LEBIH MAJU DAN LEBIH BERSATUPADU MENJELANG TAHUN 2057. DS Najib sebagai nakhoda akan melaksanakan agenda global dengan konsep mampu menakluki dunia berbekalkan kemantapan jatidiri lokal Kemalaysian yang berpaksikan Perlembagaan serta Kontrek Sosial dan Rukun Negara.

Abe menyeru kepada adek2 pensyarah akademik politik di menara gading, tukang spin dan para pengamal media khasnya bloggers, dan para agen perubahan dalam masyarakat sekelian supaya dalam sebarang analisis situasi maka wajib kaitkan DS Najib dengan ayahandanya almarhum Tun Abdul Razak, PM Ke 2. Sejarah buktikan ayahandanya mengambil teraju pemerintahan setelah berlaku 13 Mei 1969 (kegagalan Tuanku dengan konsepnya memberikan warganegara secara jus soli kepada imigran Cina dan India di Malaya sekitar 1955-1965) yang dicetuskan akibat api perkauman yang ditiupkan antaranya oleh DAP kerana katanya lupa diri kerana pertama kali berjaya gagalkan Perikatan untuk mendapat 2/3 kerusi di parlimen Malaysia (beberapa negeri tidak dapat majoriti yang kuat untuk Perikatan tubuh kerajaan).

Maka sejarah krisis sosial, politik dan ekonomi perkauman ini berulang pula kepada DS Najib bila beliau menjawat jawatan PM pada Mac 2009 kelak. Walaubagaimanapun sebagai warga yang beragama kita wajib percaya bahawa Itulah kehendak Allah SWT kerana  “kemana hendak tumpah kuah, kalau tidak ke nasi” dan “bapa borek…. tentu anaknya rintek”.

Abe harap adek2 semua tidak lagi mengatakan DS Najib akan hadapi krsis dan membuat berbagai analisis untuk menguji sejauhmana pula kemampuan DS Najib menangani krisis.

Sebaliknya kita wajib yakin dan percaya bahawa Allah AWT yang takdirkan DS Najib akan memimpin kita keluar dari sebarang krisis dan kemelut ekonomi yang hampir menyukurkan kerajaan BN masuk ke lubang bumi atau lubang neraka akibat kempen Pakatan Rakyat dengan tagline ” BN bermaksud Barang Naik”.

Sekarang kita semua jangan hanya memberi tahniah dan selamat maju jaya kepada DS Najib tetapi perlu berdoa dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing supaya kita semua sehati sejiwa membantu DS Najib untuk menjayakan misinya memimpin negara ke arah negara yang lebih maju, glokal dan bersatupadu.

Seterusnya bacalah petikan yang diedit oleh Abe dari Malaysiakini:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut ramai sarjana akademik politik tanahair sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini pada 3 november 2008, dikatakan akan mengambil alih kepimpinan Umno dan negara ketika ekonomi sedang berdepan dengan kekalutan kewangan dunia.

“Beliau akan menjadi perdana menteri ketika masa yang sukar, sewaktu keadaan ekonomi bukan di tahap terbaik. Beliau akan terpaksa memikul beban harapan rakyat,” kata ramai pensyarah Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikenali sebagai pakar politik popular tanahair kita.

najib and malaysia and peopleSemalam, Najib yang juga timbalan presiden Umno, menang tanpa bertanding jawatan presiden parti itu, dan sekaligus akan dilantik sebagai perdana menteri Mac depan.

Mengikut pensyarah politik dan pakar sains politik di UKM lagi, kemenangan Najib itu telah dijangka selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka memilih Najib sebagai penggantinya.

“Beliau menerima sokongan yang kuat kerana tidak ada lagi calon lain yang lebih sesuai dalam Umno dan tidak seorang pun yang berani mencalonkan orang lain, lebih-lebih apabila beliau dipilih oleh Abdullah sendiri,” kata para pakar analisis politik secara teori dan akademik.

Abdullah, yang berdepan dengan tekanan supaya melepaskan jawatan ekoran prestasi buruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum lalu, berkata beliau akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya itu di perhimpunan agung Umno Mac depan.

Najib memperolehi pencalonan dari 141 bahagian Umno yang telah selesai bermesyuarat sehingga ini dan sekaligus menang tanpa bertanding. Bahagian Gua Musang telah mencalonkan ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah.

Baki 50 lagi bahagian Umno akan mengadakan mesyuarat masing-masing hujung minggu ini.

Sementara itu, pengarah eksekutif Merdeka Research Centre, Ibrahim Suffian berkata, sokongan besar kepada Najib menunjukkan ahli-ahli Umno menyokong pelan peralihan kuasa.

Apa yang menarik untuk dilihat, tambahnya, ialah bagaimana prestasi Najib dan setakat mana beliau mampu melaksanakan pembaharuan yang dituntut pengundi dan pada yang sama, memenuhi tuntutan dari ahli-ahli partinya sendiri.

Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu. Walaupun kembali berkuasa tetapi BN gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Parlimen serta kehilangan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – kepada Pakatan Rakyat.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: