Archive for November 11th, 2008|Daily archive page

GLOKAL – “CHANGE” MINDSET DAN KEMBALI KEPADA PERLEMBAGAAN

Advertisements

PELAWAK GILAKAL BUAT SPIN PROPAGANDA KELABU

lagu khas buat YB Lim Kit Siang:

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah jelas memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh YB Lim Kit Siang DAP mengenai isu Perdana Menteri Malaysia kepada kaum Cina dan India. Kadazan dan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah bertaraf bumiputera dan terjamin hak istimewanya dalam perlembagaan.

Rujuk posting saya bertajuk “Glokal – Malaysia & Singapura kita selupa” pada 11/11/08 tu…

Oleh itu YB LKS pendokong “Malaysian Malaysia” yang sama rata tapi tidak sama rasa ni…. kenalah glokal jangan gilakal!

Ingat tak tanpa DS Anuar Ibrahim berapa banyak sudah plan rampas Pulau Pinang DAP buat. Berapa kali projek tanjung dah gagal?

Tapi kerana aura, kepimpinan serta isu BN (barang naik) dan sejarah lampau DSAI yang kononnya dizalimi Tun Dr Mahathir menjadi serta umpan mengena… maka DAP berjaya rampas Penang dan mulai besar semua kepala-kepala (atas dan bawah, kecik dan besar). Semuanya kerana YB Datuk Seri Anuar Ibrahim… bukan “Malaysian  Malaysia” secara perkauman yang dipakej atau branded oleh DAP.

Berapa kali pilihanraya lagi isu DSAI kononnya dizalimi Tun akan laku?

PAS pun nakkan 3 M iaitu MESTI MAJORITI MUSLIM untuk tubuhkan kerajaan bagi tumbangkan BN. Maknanya tanpa 3M…. tentu Pakatan Rakyat jadi Pakatan Royak saje2.

Suara dari Sabah dan Sarawak… mereka dijamin oleh perlembagaan dengan kerajaan BN. Kerajaan royak yang ketuanan rakyat, meritokrasi, hukum rimba, reformasi, liberalisasi ni… perlembagaannya nanti bagaimana? Apa nasib bumiputera ni?

Maka satu lagi… sekiranya DS Anuar Ibrahim dan PKR bergabung dalam BN…. atau mereka yang Melayu tu  masuk UMNO. Bagaimana uncle plan seterusnya…?

Betul kata Tan Sri Speaker…. bercakap pasal Malaysia lah… sebab Obama di Amerika. Lagi pun kita belum tahu apa “change” yang nak dibuat olehnya…. adakah “change” Obama tu akan untungkan ekonomi, politik dan sosial kita?

Dan siapa Obama… baca posting Abe terdahulu… kalau tak tahu… jangan GILAKAL lah…. tolonglah Abe dah stress ni!

This is the question I posed in Parliament at the beginning of the 16-day committee stage debate of the “wayang kulit” 2009 Budget debate in Parliament today.

I started by congratulating Barack Obama for his historic win as United States President as it was unthinkable even until very recently for anyone to believe that it is possible for a black, who were slaves until some 150 years ago, to be able to become President of US.

I said Parliament should also send its congratulations to Obama.

However, Obama’s historic breakthrough make many Malaysians ask whether it is possible for a Chinese, Indian, Kadazan to become the Prime Minister of Malaysia although the Constitution is very clear that any Malaysian citizen, regardless of race or religion can become Prime Minister.

If such a question is asked 50 years ago, the nation’s founders like Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin and Tun V.T. Sambanthan would unhesitatingly answered in the positive as there is no constitutional bar – separate from the question of whether it was likely to happen.

But if the same question is asked now, there will be strong voices (as heard in Parliament today when this question was posed) who would rise up to say no.

Who is going against the Merdeka Constitution and the social contract reached by the forefathers of the major communities to achieve national independence half a century ago?

Why is Malaysian race relations and nation-building going backwards in the past 50 years as compared to the historic breakthrough in race relations in the United States with Obama’s historic victory in the US presidential elections?

GLOKAL – MALAYSIA & SINGAPURA “KITA SELUPA”

BRAND BINATANG MELION KAUT BERBILLION DOLLAR HASIL PELANCUNGAN

BRAND BINATANG MELION KAUT BERBILLION DOLLAR HASIL PELANCUNGAN

LAPORAN UTUSAN 10/11/08.

PETIKAN INI JELAS MENJAWAB PUAK REFORMASI DAN LIBERALISASI YANG GILAKAL DI MALAYSIA. TERBUKTI MINDSET ABE TIDAK RACIST TAPI BERCAKAP ATAS HAK ASASI KAUM BUMIPUTERA DI MALAYSIA. CUMA GENG REFORMASI DAN LIBERALISASI TU YANG RACIST… SEBAB NAK RAMPAS SECARA TAK BERTAMADUN HAK ASASI KAUM PENDUDUK ASLI ATAU PRIBUMI YANG MAJORITI DI NEGARA INI.

TERBUKTI MALAYSIA DAN SINGAPURA ADALAH GLOKAL DAN KITA SAMA, KITA SERUPA.

KEPALA SINGA PANCUT AIR BEREKORKAN IKAN

KEPALA SINGA PANCUT AIR BEREKORKAN IKAN

Singapura belum sedia pilih PM bukan Cina – Hsien Loong

SINGAPURA 9 Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.

Hsien Loong membuat kenyataan itu semalam semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di sini sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat.

“Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu kerana seseorang perlu memenangi undi,” kata Hsien Loong menurut laporan akhbar Sunday Times hari ini.

Beliau berkata, sentimen yang mendorong seseorang mengundi calon tertentu akan memakan masa yang lama untuk hapus sama sekali.

Kira-kira 75 peratus daripada 3.64 juta penduduk tetap Singapura ialah kaum Cina, sementara hampir 14 peratus merupakan kaum Melayu dan sembilan peratus lagi kaum India.

Jawatan Presiden Singapura yang tidak memiliki kuasa sebenar disandang oleh seorang yang berketurunan India.

Seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong juga daripada kaum India.

– AFP

ABE KUTIP DARI BLOGGER KEDAHKU YANG GAMBARKAN PENDIRIAN YANG SAMA MENGENAI HAK MUTLAK MAJORITI PENDUDUK DI MALAYSIA DAN SINGAPURA. DI MALAYSIA MAJORITINYA MELAYU DAN BUMIPUTERA, MANAKALA SINGAPURA PULAK DOMINAN ATAU KETUANANNYA ADALAH “KETUANAN CINA.” MAKA PRESIDEN DAN PERDANA MENTERI SERTA JAWATAN STRATEGIK DI NEGARA KETUANAN CINA TU… TENTULAH CINA… SEKURANG2NYA UNTUK LEBIH KURANG 200 TAHUN AKAN DATANG… SEBAB OBAMA DI AMERIKA AMBIL MASA 232 TAHUN UNTUK JADI PRESIDEN KULIT HITAM AMERIKA YANG PERTAMA. ITUPUN OBAMA NI MUNGKIN KERANA TUAH SEBELAH BONDANYA IAITU SEORANG BUMIPUTERA KULIT PUTIH YANG MAJORITI DARI KANSAS.

DENGAR SINI PENGIKUT YANG TAKSUB LIBERALISASI, REFORMASI, JUNGLE LAW, “CHANGE” YANG DAH ASSIMILASIKAN ROH OBAMA DALAM DIRINYA…UDAHLAH “CHANGE” MINDSET TU. JANGAN JADI OBANGAU… OBANGAU… OBANGAU…..

INI LAPORAN UTUSAN 11/11/2008:

Bukan Cina tak boleh jadi PM Singapura realistik – Rais

PUTRAJAYA 10 Nov. – Pendirian kepimpinan Singapura yang menegaskan republik itu belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat menunjukkan penduduk negara itu sebenarnya bersikap realistik terhadap politik majoriti dan perkauman.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan pendirian itu, seluruh rakyat Malaysia juga seharusnya menerima hakikat bahawa majoriti yang memegang tauliah politik di negara ini ialah orang Melayu.

Menurut Rais, sejak tertubuhnya UMNO yang menjadi tulang belakang politik Malaysia pada 1946, orang Melayu merupakan kaum yang mempunyai kuasa politik terbesar.

‘‘Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Loong) sendiri mengakui belum sampai masanya orang Melayu (di Singapura) menjadi Perdana Menteri. Di Malaysia, inilah juga hakikat yang perlu dilihat.

‘‘Saya berani katakan bukan Melayu pun belum sampai masanya menjadi Perdana Menteri di Malaysia dan ia tidak akan menjadi kenyataan sebab majoriti tenaga politik di sini ialah Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Calon Naib Presiden UMNO itu ditanya pandangannya mengenai kenyataan Hsien Loong bahawa Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.

Hsien Loong membuat kenyataan tersebut kelmarin semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di republik itu sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di Singapura turut berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Rais yang merupakan pakar Perlembagaan Persekutuan berkata, hakikat bahawa orang Melayu adalah pemegang kuasa politik Malaysia tidak boleh dilenyapkan begitu sahaja.

Kata beliau: ‘‘Pihak-pihak lain mesti akur dengan apa yang telah diehsankan oleh kontrak sosial.

‘‘Kita sudah ehsankan hak-hak mereka (kaum-kaum lain), maka tidak harus ada pihak yang seolah-olah bersikap buta tuli tentang perkara-perkara sensitif yang harus dilenyapkan hanya semata-mata kerena mereka menjangkakan UMNO telah lemah ketika ini.”

Kemenangan Obama di AS mencetuskan analisis politik di kalangan pihak tertentu di negara ini sehingga ada suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.

Khamis lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: ‘‘Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).”

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera.

BRAND HELANG LANGKAWI PATUT KELUAR API?

BRAND HELANG LANGKAWI PATUT KELUAR API?

Tuesday, November 11, 2008

MALAYSIA, SINGAPURA SENADA!

Sebaik sahaja Barack Obama menang di Amerika Syarikat, Lim Kit Siang bersorak di Parlimen.

Antara lain, Kit Siang melaungkan: Adakah Cina, India, Kadazan atau Iban boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia? http://blog.limkitsiang.com/2008/11/05/obama’s-historic-win-–-can-a-chinese-indian-kadazan-or-iban-become-prime-minister/

Soalan beliau jelas dilontarkan ke arah kerajaan atau dengan kata lain Barisan Nasional.

Beberapa Ahli Parlimen BN menyahut: “Tanya YB Permatang Pauhlah”.

Rupa-rupanya perkara yang sama berlaku di Singapura apabila orang Melayu bertanya samada orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Singapura.

Semalam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, anak Kuan Yew, pun jawablah.

Jawapannya ialah: Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Kepada Kit Siang, suasana di Singapura samalah dengan Malaysia.

Jawapannya: Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 27 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Melayu dalam tempoh terdekat.

Malangnya, pemimpin Umno tidak berani nak senada dengan Hsien Loong. Atau mungkin terlalu sibuk memikirkan untuk mendapatkan pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan dalam Umno sehingga tiada masa untuk menemplak Kit Siang.