GLOKAL-KETUANAN MALAYSIA GANTI “KETUANAN MELAYU?”

KETUANAN MELAYU AKAN JADI "DAINASOUR?"

KETUANAN MELAYU AKAN JADI"DAINASOUR?"

SEMENJAK OBAMA MENANG DAN BAKAL MENJADI PRESIDEN AMERIKA JANUARI DEPAN ABE DIHANTUI DENGAN PELBAGAI KONSEP. KONSEP GLOKAL, KONSEP GILAKAL ATAUPUN “AKALGILA” DAN YANG TERBAHARU DIFIKIR SEMALAM JAM 3 PAGI DEPAN KOMPUTER IALAH “GLOVOKAL.”

GLOVOKAL INI IALAH KONSEP ABE FIKIR AMAT PENTING KEPADA KAUM BUMIPUTERA TERMASUK ORANG ASLI YANG NAMPAK MALU UNTUK VOKAL DALAM MENEGAKKAN SURVIVAL MEREKA. KITA SEPUSAT SEPISING YANG BERGENETIK “ORANG ASLI” NI BIASANYA BANYAK MENGALAH DAN KURANG ADAPTASI KEPADA TEKANAN SERTA CABARAN. KATA ORANG KITA DULU MACAM DAINASOUR TAPI SEKARANG DAH JADI “ANGSA.” GOLONGAN NI SAMA FESYENNYA KERANA TERLALU MENJAGA PERASAAN ORANG LAIN DAN TOLERANSI SERTA PERPADUAN KAUM. TETAPI ADAKAH MEREKA YANG BUKAN DARI GENETIK ATAU DNA “ORANG ASLI” TU FAHAM DENGAN SIKAP KITA? ITULAH YANG MEMENINGKAN ABE SEMALAMAN.

PERSOALANNYA ADAKAH KETUANAN MELAYU SUDAH JUMUD DAN PERLU DIGANTI DENGAN “KETUANAN MALAYSIA” AKIBAT TSUNAMI YANG DIBAWA OLEH OBAMA?

MAKA KENA JAWAB DULU ADAKAH KITA SEMUA NI SUDAH SEBATI SEBAGAI BANGSA MALAYSIA SEBAGAI JATIDIRI KITA? MAKA BACALAH PETIKAN DI BAWAH UNTUK… LU FIKIRLAH SENDIRI!

PETIKAN UM 13 NOVEMBER 2008:

ketuanan melayu hilang tanpa kekuatan ekonomi

KENYATAAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany bahawa kaum Melayu adalah kumpulan terbesar penduduk di negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 cukup untuk menggambarkan kedudukan sebenar orang Melayu di Malaysia.

Orang Melayu yang dari sudut penguasaan politiknya amat luas tetapi secara realitinya mempunyai pencapaian ekonomi amat rendah. Justeru boleh saja dibayangkan di paras mana kedudukan ekonomi orang Melayu jika penguasaan politiknya amat kecil atau tiada langsung.

Begitu juga di sebalik pelbagai keistimewaan yang diperuntukkan untuk orang Melayu, namun catatan 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 amat pahit untuk ditelan.

Bukankah jumlah sebanyak itu jatuh dalam kategori miskin tegar dan dalam keadaan Malaysia yang sedang pesat membangun masih terdapat lebih 300,000 Melayu dalam kategori itu umpama tidak masuk akal.

Tetapi itu realiti. Realiti kaum Melayu yang asyik dengan ketuanannya sehingga lupa kepada kelangsungan usaha untuk memperbaiki taraf hidup tanpa terlalu bergantung kepada bantuan serta keistimewaan.

Kita juga tertanya-tanya benarkah usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi Melayu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh? Atau langkah-langkah merangsang ekonomi Melayu hanya gah di atas kertas sedangkan manfaatnya tidak sampai ke akar umbi.

Lebih menyedihkan apabila ada pihak mengambil kesempatan mencipta kekayaan sendiri menerusi dasar-dasar yang dikatakan membantu Melayu sekurang-kurangnya untuk keluar dari status miskin tegar.

Sebab itu apabila ada pihak melontarkan pertanyaan apa sebenarnya yang ada pada ketuanan Melayu, kita tidak sepatutnya melenting jauh sekali menunjukkan lagak.

Ini kerana fakta dan angka menceritakan segala-galanya di sebalik ketuanan Melayu yang kita agung-agungkan selama ini sedangkan realitinya Melayu menjadi kumpulan terbesar merempat di negara sendiri.

Barisan kepimpinan Melayu yang asyik memperkatakan perihal ketuanan Melayu sepatutnya berasa malu di atas kegagalan membangkitkan Melayu sekurang-kurangnya untuk berasa selesa tinggal di negara sendiri.

Perlu diingat bahawa momokan ketuanan Melayu yang keterlaluan tanpa berpijak di bumi nyata menutup apa sebenarnya yang berlaku kepada Melayu di bandar dan luar bandar.

Perlu diingat juga bahawa paras pendapatan bawah RM1,000 itu bukan hanya melingkari kelompok Melayu di luar bandar, malah Melayu bandar juga mengalami nasib yang sama

Justeru, dalam kita melaung-laungkan perihal ketuanan Melayu, barisan pemimpin Melayu mesti bersungguh-sungguh menggerakkan kaum Melayu supaya bangkit dan mengubah sikap untuk menjadi lebih berjaya.

Jika penguasaan politik Melayu gagal mengangkat kedudukan kaum Melayu selepas 51 tahun merdeka maka apa gunanya ketuanan Melayu dilaung-laungkan kerana menjadi tuan umpama tidak memberi makna langsung kepada Melayu. Ketuanan Melayu mesti dilihat dari sudut gahnya Melayu bukan sahaja dalam bidang politik, malah ekonomi serta agenda sosialnya juga dipandang tinggi.

DAINASOUR SEDANG DIKERJONGKAN

DAINASOUR SEDANG DIKERJONGKAN

PETIKAN DARI BLOGGER OTAI:

Thursday, November 13, 2008

OBAMA BANGSA MALAYSIA YANG GLOKAL JAYAKAN WAWASAN 2020

HEBOH PULA HARI INI MENGENAI PM BUKAN MELAYU DI MALAYSIA AKIBAT GARA-GARA PERTAMA KALI DALAM TEMPUH 232 TAHUN BERDIRINYA SEORANG LELAKI KULIT HITAM IAITU OBAMA YANG AKAN MENJADI PRESIDEN AMERIKA JANUARI DEPAN.

ITULAH HEBATNYA AURA DAN TERSOHORNYA PEMIMPIN MUDA YANG BERUMUR 47 TAHUN INI. PELBAGAI ANDAIAN DAN ANALISIS TELAH DIBUAT TERHADAP BELIAU. BIASALAH DI MALAYSIA INI APA SAHAJA DARI LUAR NEGERI AKAN DIKANGUMI DAN SENTIASA HENDAK DIJADIKAN CONTUH SERTA JUSTIFIKASI MENGATAKAN BAHAWA “MALAYSIA” INI TERUK AKIBAT DOMINASI MELAYU YANG LAMA IAITU 51 TAHUN.DULU OSAMA BEN LADIN, SEKARANG INI OBAMA PULAK.

MAKA DIPERSOALKAN SECARA VOKAL TANPA MENJAGA PERASAAN SESIAPA PUN (BOLEH DIKATAKAN KURANG AJAR) DENGAN ALASAN HAK SAMA RATA DAN KEADILAN SUPAYA KAUM CINA DAN INDIA JUGA DIBERI PELUANG MENJADI PM.INILAH BUDAYA BARU YANG DIBAWA OLEH GERAKKAN “KETUANAN RAKYAT,” “REFORMASI,” “LIBERALISASI,” “GLOBALISASI” DAN MACAM-MACAM SI CIPTAAN SAUDARA YB ANUAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG YANG MENANG PARLIMEN PERMATANG PAUH BARU-BARU INI.

JELASNYA TUN DR MAHATHIR TELAH MENJAWAB SEPERTI DALAM UTUSAN DAN STAR HARI INI SEMASA BERUCAP DI SYARAHAN “BANGSA MALAYSIA” DI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA, PUTRAJAYA PADA 12 NOVEMBER 2008. KALAU DIBACA BLOG ROCKYBRU HARI INI LAGI JELAS APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH NEGARAWAN BEKAS PM YANG 22 TAHUN MENJAWAT JAWATAN BERKENAAN.

ANTARA KATA TUN, PERTAMANYA JAWATAN PM ATAS SOKONGAN MAJORITI. MAKNANYA MENGIKUT PERLEMBAGAAN SESIAPA SAHAJA PEMIMPIN PARTI YANG MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI AKAN DIPILIH MENJADI PM. MAKA KITA KENALAH FAHAM IAITU PM BUKAN BOLEH DIBERI SECARA KOUTA CINA ATAU KOUTA INDIA. TIDAK ADA ISTILAH PINJAMAN ATAU DILANTIK KERANA “NAK JAGA HATI DAN PERASAAN.” ATAUPUN DIBUAT SECARA BERGILIR-GILIR ATAS DESAKAN ATAU RETHORIK KONONNYA HAK ATAU “PERPADUAN.”

MENJADI PM PERLU MAJORITI, MERIT IKUT PERLEMBAGAAN, BUKAN SILAP MATA, SECARA “KATAK LOMPAT” DAN LAIN-LAIN CARA YANG TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN.

SATU LAGI KATA TUN JADI PM PERLU MENDAPAT “PEOPLE’S TRUST.” MAKNANYA PM ITU MESTI TIDAK PERKAUMAN, AMANAH, ADIL, BIJAKSANA, PERJUANGKAN MAJORITI YANG TERTINDAS SERTA MISKIN, PERJUANGKAN SEKOLAH SATU ALIRAN IAITU SEKOLAH WAWASAN, KEKALKAN KONSEP KONTREK SOSIAL 1957 DAN SEBAGAINYA.POKOKNYA DIA PERLU DIPERCAYAI DAN MENDAPAT MANDAT MAJORITI PENGUNDI DI NEGARA INI.

TUN JUGA HAIRAN SEJAK PR LALU IAITU 8 MAC 2008 BANYAK PENDAPAT MENGATAKAN KITA SEMUA TOLAK PARTI PERKAUMAN. TETAPI DENGAN MEMINTA DAN MENUNTUT PM BUKAN MELAYU SECARA UMUM ADALAH BERSIFAT PERKAUMAN. BELIAU PERSOAL TUNTUTAN HINDRAF DAN PARTI-PARTI YANG KONONNYA PELBAGAI KAUM TETAPI HANYA DIKUASAI OLEH SATU KAUM SAHAJA.NAMPAKNYA KONSEP PARTI BERBILANG KAUM HANYA PROPAGANDA HALUS UNTUK ABUI MATA MEREKA YANG KABUR DAN TIDAK BIJAK VISUAL.

SOALAN LAIN YANG AGAK “GILAKAL” JUGA UMPAMANYA HENDAK WUJUD BANGSA MALAYSIA TETAPI TIDAK MESRA BAHASA MALAYSIA, TOLAK SEKOLAH WAWASAN, TAMBAH PULA BEGITU DEGIL DAN TIDAK MAHU TOLLERANSI ATAUPUN TERLIBAT DALAM INTEGRASI SERTA ASIMILASI BAGI MEMBENTUK “BANGSA MALAYSIA.”

KEPADA OTAI YANG MAHA PENTING BUKAN NAK AMBIL SEMANGAT OBAMA KE ATAU OSAMA BEN LADEN ATAUPUN SESIAPA SAHAJA. SESIAPA YANG GILA HENDAK JADI PM KENA JADIAKN DIRINYA CONTUH PERIBADI “BANGSA MALAYSIA.” SELAIN DARIPADA IKHLAS, BIJAKSANA, ADIL, TOLERANSI, AMANAH, BERAGAMA, BERSIH, INTEGRITI DAN SEBAGAINYA, BAKAL PM ITU TANPA MENGIRA KAUM PERLU LETAKKAN AGENDA “KEADILAN DAN KESIMBANGAN” EKONOMI, PENDIDIKAN, SOSIAL DAN SEBAGAINYA SEBAGAI FOKAS UTAMA DASAR KEPIMPINANNYA. MAKSUDNYA SEKIRANYA MELAYU DAN BUMIPUTERA MASIH MUNDUR DAN LEMAH DALAM SEGALA SEGI, MAKA MINDA DAN HATINYA PERLU DITUMPU KEPADA UNTUK MEMBELA DAN MEMBANGUNKAN NASIB BUMIPUTERA IAITU PENDUDUK MAJORITI DI MALAYSIA.

SEKIRANYA WISDOM INI ADA MAKA LAHIRLAH “OBAMA” BANGSA MALAYSIA JADI PM KITA. BILA?

BACALAH PETIKAN DI BAWAH INI DARI UM SEMALAM. APA PANDANGAN “OBAMA” BANGSA MALAYSIA WAWASAN 2020?

BERITA INI DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA 12 NOVEMBER 2008:
Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000

Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.

‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,144,700 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000.

‘‘Seramai 614,700 daripada mereka adalah orang Melayu, 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (Orang Asli) manakala 89,900 isi rumah daripada kaum-kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 terdapat sebanyak 743,000 isi rumah dengan 380,500 daripadanya adalah Melayu, 234,700 (Cina), 73,300 (India), 8,900 (Kadazan), 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Katanya, seramai 497,800 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 pula dengan 254,700 daripadanya adalah Melayu, 166,600 (Cina), 44,800 (India), 6,900 (Kadazan), 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan seramai 914,200 isi rumah.

‘‘Daripada jumlah itu, 419,200 adalah Melayu, 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.

‘‘Sebanyak 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 dengan 85,700 adalah Melayu, 118,700 (Cina), 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain,” jelasnya.

Sementara itu, terdapat 49,500 isi rumah yang memperoleh pendapatan melebihi RM20,000 sebulan dengan 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 dari kumpulan etnik lain.

Wednesday, November 12, 2008

If PAS is not a race-based party …

After March 8, we are more racial than ever. Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has told those who say the last General Election was a vote to reject race-based parties and politics to stop deluding themselves. “We have become more racial than ever since the last General Election. We debate about race every day, more than before,” he said. In an off-the-cuff lecture on Bangsa Malaysia in Putrajaya this morning, he said if the outcome of the March general election was a rejection of racial politics, there would be less talk about race today. Instead, race has become a central issue since March. That election has stimulated discussion about little else other than race.

“And if PAS is not a race-based party, then I am not Mahathir Bin Mohamad,” he said.
DAP not a race-based party? “Apart from some window-dressing, it’s still the old DAP”.
And PKR? “It is said to be Islamic, it’s also pro-Hindraf, and pro-Chinese educationists. But that’s because there is this man with many faces who leads the party. After him, who will lead the PKR? If it is led by a non-Malay, it will not have the support of the Malays.”

Bangsa Malaysia without Bahasa Malaysia? Dr M also chided those who clamour for a Bangsa Malaysia but are unwilling to give due regards to the national language. These people, he said, should emulate Obama and children of migrant races in the US, Switzerland and Australia.

“Obama, who must be in some ways a descendant of a slave, is today US President. The blacks had tribes in Africa but after years in the US they all speak English. English is their mothertongue. The speak English at work, at school and at home. The same as the migrant Jews. They became naturalised American citizens. But they accpet that as Americans they must speak English.”

I’m not Malay Malaysian. Dr M said Bangsa Malaysia exists but mostly among Malaysians abroad, he said. “I’ve met many Malaysians overseas. Those who approached me introduced themselves as Malaysians, not Chinese Malaysians or Indian Malaysians or Malay Malaysians. Just Malaysians.

“But back home here, they want to go to different schools.”

Sekolah Wawasan. For a Bangsa Malaysia to be born, the current race-based schooling system must go. “This is the only country where we have different streams of schools: Chinese, Tamil and National schools. The Chinese educationists think their kids should not get any close to the kids from the national schools. Or they might turn into Chinese Mat rempits.”

The idea of Sekolah Wawasan was to put the 3 schools in one campus. This will compel the children of different races to meet and interact with each other. Morning assembly would be held together. The pupils will be in one assembly. When they play, they’ll play together. Not Chinese school vs National school.

“I must admit the Sekolah Wawasan concept did not get support, especially from the Chinese educationist groups. They don’t want to have anything to do with the Malays.”

1 comment so far

  1. Museum Exhibits on

    best la blog ni


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: