JANGANKAH GIJANGANLAH GILAKAL… TAPI GLOKAL DAN GLOVOKAL LAH UNTUK SURVIVAL.

anakgem7bp5thumbs_vokal1

ABE PETIK DARI http://beritamalaysiakini.wordpress.com

PERTAMANYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENGURUSAN BLOG DI ATAS KERANA MASUKAN BLOG ABE DALAM SENARAI ANDA.

KEDUANYA, BETUL LAH SEMALAM TUN DALAM TV3 PUN ADA VOICING PERKARA YANG SAMA. ITULAH HAKIKATNYA BAGI SEBUAH NEGARA PLURALISME YANG DIJAJAH HAMPIR 446 TAHUN MACAM KITA, MALAYSIA. NYATAKAN KITA TERPAKSA BERKONGSI NASIB SEJARAH AKIBAT KEGIATAN EKONOMI DAN POLITIK PENJAJAH. PENJAJAH BUKAN SAJA TINGGALKAN KITA BUDAYA TETAPI SEMUA SEKALI DAKI MAKINYA YANG BAIK DAN BURUK. MAKA TERPULANGLAH PADA KITA UNTUK MENGURUSKANNYA SEHINGGA 2057, ATAU SERATUS TAHUN LAGI. ATAU SAMPAI KIAMAT.

MAKNANYA KITA SEMUA PERLU BIJAK BERKONGSI, ADIL, TOLERANSI, IKHLAS, JUJUR, PRIHATIN, SUCI HATI DAN LAIN-LAIN NILAI MALAIKAT YANG KUDUS SEOERTI AJARAN AGAMA KITA MASING2.

MENGAPA ADA BULI, TIPU MUSLIHAT, CUBA RAMPAS HAK DLL? KERANA KITA GILAKAL DAN TIDAK GLOKAL.

SEMUA NEGARA LAIN JALANKAN INTEGRASI DAN ASSIMILASI MELALUI PERKAHWINAN, AGAMA DAN UNDANG2… TAPI MALAYSIA BANGGA DENGAN KEPELBAGAIAN KITA… PELBAGAI BANGSA, PELBAGAI AGAMA, PELBAGAI BAHASA DLL.

PERGILAH SINGAPURA, THAILAND, FILIPINA, INDONESIA DLL… SEMUA KAUM IMIGRAN ASALNYA TELAH DIASSIMILASIKAN DENGAN BUMIPUTERA ATAU PENDUDUK ASAL NEGARA BERKENAAN SECARA TOTAL. DI NEGARA BERKENAAN MAJORITI DIBERI HAK YANG BESAR DAN TIDAK DIDENGKI OLEH MINORITI. TAPI TEMPAT KITA MINORITI LEBIH VOKAL… ATAU GLOVOKAL. DAN SEBALIKNYA BUMIPUTERA MENIKUS DAN TIDAK GLOVOKAL TETAPI BANYAK TOLERANSI, PERPADUAN, MUHIBAH, JAGA HATI, JAGA PERASAAN DAN MACAM2 PANTANG LAGI.

MAKA KATA TUN ITU ADALAH SATU AMARAN KEPADA KAUM BUMIPUTERA YANG LALAI.

BUMIPUTERA MACAM BERPECAH DAN TIDAK SEKATA DALAM APA JUA DASAR KERAJAAN. BUMIPUTERA TAK TAHU HAK DAN SEJARAHNYA… MAKA SANGGUP AKUI MEREKA JUGA PENDATANG SAMA DENGAN KAUM CINA DAN INDIA. SEMUA LEMBAGA DAN BRAND “MELAYU” NAK DIHAPUSKAN DENGAN KETUANAN RAKYAT. BILA CAKAP BELA MELAYU DAN BUMIPUTERA MAKA DITUDUH RACIST ATAU PERKAUMAN. DAN DEB SERTA DASAR JAMIN KEADILAN SERTA KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DITUDUH SEBABKAN MALAYSIA TIDAK MAMPU BERSAING DI GLOBAL… DASAR INI MENYEBABKAN KITA MELESET EKONOMI KERANA TAK DAPAT KELUAR DARI LINGGKARAN PUTARAN KEMELESETAN EKONOMI DUNIA, KHASNYA USA.

OLEH ITU PEMIMPIN BUMIPUTERA CERMATLAH BILA BUAT KEPUTUSAN DAN BERMAIN DENGAN KUASA.

KAUM BUMIPUTERA PULA JANGANKAH GILAKAL… TAPI GLOKAL DAN GLOVOKAL LAH UNTUK SURVIVAL. DAN BILA MENGUNDI DAN PILIH PEMIMPIN MAKA PERLU FOKAS KEPADA MEREKA YANG MERIT, BUKAN KERANA WANG, RETHORIK, POPULAR, PANDAI MAIN WAYANG, GLOVOKAL TIN KOSONG DLL.

INGAT JAWATAN PM BUKAN BOLEH DIBERI KERANA NAK JAGA HATI ATAU PERASAAN. ATAU KERANA KOUTA, ATAU SECARA GILIR-GILIR. ATAU DENGAN APA-APA CARA SEKALIPUN ATAS ALASAN SAMA HAK DAN SAMA RATA. INGAT HAK ADALAH MENGIKUT SAHAM ATAU MAJORITI BILANGAN ORANGNYA. MACAM DALAM SYARIKAT, SIAPA SHARE BANYAK…. MAKA ORANG ITU TENTUKAN POLISI SYARIKAT.

JAWATAN NI UNTUK YANG MERIT, LAYAK, BIJAK, ADIL, TOLERANSI, KAUM MAJORITI, BIG PICTURE, TAK PERKAUMAN, TAK PELAMPAU… TETAPI GLOKAL…. MACAM DS NAJIB.

POKOKNYA KITA SATU, PERPADUAN DALAM MENUJU “BANGSA MALAYSIA.”

BILA? SEMUA KENA LAKSANA DENGAN KOMITED.

BACALAH SETERUSNYA DARI BERITAMALAYSIAKINI:

Jawatan PM atas sokongan majoriti

PUTRAJAYA 12 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas pihak tertentu yang cuba membangkitkan persoalan tentang keperluan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atas alasan agar negara tidak dilihat mengamalkan perkauman.

Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman.

‘‘Tidak sepatutnya soalan itu ditanya, sama ada Melayu atau bukan Melayu. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak untuk menjadi Perdana Menteri.

‘‘Sudah tentu berbeza dengan Singapura, tidak ada pemimpin bukan Cina yang boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada siri syarahan Perdana ‘Bangsa Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut bekas Perdana Menteri, undang-undang negara menetapkan sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dan tiada sebarang spesifikasi bahawa pemimpin negara mesti diketuai oleh orang Melayu.

‘‘Tetapi spesifikasinya ialah orang yang layak menjadi Perdana Menteri adalah pemimpin kepada sebuah parti yang majoriti, jadi janganlah tanya sama ada dia Melayu, Cina atau India.

‘‘Sepatutnya tanyalah kepada pakatan pembangkang, kenapa pilih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi pemimpin, mengapa tidak orang Cina,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemerintahan yang dikuasai oleh parti berasaskan kaum masih lagi relevan bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin apatah lagi ia ternyata berjaya mengurangkan perdebatan perkauman sejak 50 tahun lalu.

‘‘Di Malaysia, kita yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh bekerjasama secara politik dan sebarang usaha untuk menghapuskan amalan itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya mengejut,” katanya.

Beliau berkata, parti berasaskan kaum masih diperlukan kerana rakyat Malaysia belum bersatu sepenuhnya sehinggakan rancangan kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan telah ditolak.

‘‘Hendak buka sekolah yang membolehkan anak-anak kita (pelbagai kaum) belajar bersama-sama pun ditolak, jadi macam mana kita hendak ketepikan kaum, anda tolak Sekolah Wawasan bermakna anda mahu kekalkan perasaan kaum, katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my/

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: