Archive for November 17th, 2008|Daily archive page

CICAKMAN MAMPU TAWAN MINDA DAN HATI PENGUNDI MUDA CYBER

INI POSTING DARI BLOG PEMIMPINMUDA. MALAYSIAONLINE.COM MENGENAI ABU. SETAHU ABE IAITU “ABU” NI POPULAR KAT JB DULU SEBAGAI “ANAK BAWAH UMUR.” HAH AWAS KALAU KENA TANGKAP RELA TAK RELA… DI MAHKAMAH JAWAB TAK LEPAS SEBAB BEBUDAK NI MASIH KANAK2 KAN… MAKA APA PUN KEADAANNYA… SAMA ADA DIA AJAK KITA, DIA GODA KITA ATAU DIA DIA DIA SEMUA. TUDUHANNYA TETAP KES ROGOL. MAKA YANG JANTAN TU LAH KENA HUKUMNYA.

NI APA KEDAHNYA PULAK SAMPAI DAH DIPOLITIKKAN ABU NI JADI “ASAL BUKAN UMNO?”

SAMPAI HATI KAU ANAK. TAK ADA UMNO TAK MERDEKA KITA. KALAU TAK MERDEKA APA JADI PADA KITA? JADI HAMBA PENJAJAH DEK. KITA TAK ADA KERAJAAN SENDIRI, TAK ADA ROCK BAND SENDIRI, TAK ADA SEKOLAH SENDIRI. SEMUANYA OLEH PENJAJAH. KITA PUN AKAN JADI MAKANAN PENJAJAH ANAK OIII! DISURUH DUDUK DUDUK, DIBENTAK BENTAK…. DULU HENSEM DAH JADI BOTAK MACAM ABE NI LAH.

SAPALAH YANG BODOHLAND SANGAT POLITIKKAN ABU NI. PATUT MEREKA NI DIHUKUM SULA ATAU DIKENAKAN HUKUMAN ROGOL KERANA ROSAKKAN MINDA BEBUDAK ABU TU DENGAN POLITIK SONGSANG. TAK TUDUH… TAPI PAKATAN ROYAK KE ATAU PAKATAN RAKYAT KAOT?

NAMUN BEGITU UMNO DAN BN KALAU NAK MENANG PR MAKA KENA FIKIR NI… GENG ABU NI AKAN JADI PENGUNDI PADA PR 2013/14 ATAU 2015 NANTI. 2 JUTA LEBIH MEREKA NI. ABU NI BUKAN RETI KURANG…. MAKIN BERTAMBAH SETIAP HARI… TUMBUH MACAM CENDAWAN ATAU BULU PAHAT KAT AYAM TU.

NAK LASTIK KAT MANA CICAKBOY DAN CICAKGIRL?

NAK LASTIK KAT MANA CICAKBOY DAN CICAKGIRL?

STRATEGI CICAKMAN BERKESAN? BIAR BETUL CICAKMAN TU TAKUT KAT GETAH LASTIK. KAT MANA NAK LASTIK GENG ABU NI BARU MEREKA SEREK ATAU MENGELUPOR?

KAT YOO KE?

MAKA KENALAH CARI PAKAR MULTIMEDIA MACAM GENG CICAKMAN NI UNTUK PLAN KEMPEN ATAU KEMPEN PLAN MEDIA UNTUK ABU YANG HIP HOP, HOP HIP NIIII.

BACA POSTING DIBAWAH DARI PEMIMPINMUDA:

at 5:59 am | by pemimpinmuda | 5 comments Post a comment

Tambah kepada entry yang sebelum ini ABU- Asal Bukan UMNORupanya masih ada pendapat yang berbeza mengenainya.

Ehsan dari Anak Muda Parlimen Batu

Seperti yang ditunjukan di dalam gambar. Rasanya saya sendiri tahu di mana lokasi tempat ini.

Pertama kali saya melihatnya, terus timbul niat saya meletakan isu ini di dalam blog PemimpinMuda. Cuma pada masa itu saya hanya memandang ia pada satu konsep sahaja.

Rasanya kerja ini bukannya kerja kaum lain tetapi dari anak-anak muda yang berbangsa melayu juga. Kenapa melayu juga..?? Kenapa bukan remaja india atau cina..??

Jika diperhatikan terdapat perbezaan yang ketara dari perspektif  kejahilan remaja zaman sekarang.

Bukan saya berniat untuk meghina mana-mana kaum. Cukup sekadar menjadi renungan bagi remaja yang merasakan mereka yang terbilang dan suka syok sendiri.

Remaja Cina –> Kebanyakan mereka melepak dan berhibur di tempat2 mewah,  mempunyai kawasan sendiri, mempunyai kumpulan yang agak besar di seluruh pelusuk negara. Tetapi jarang menjadi masalah kepada masyarakat (Kecuali Along)

Remaja India–> Cakap pusing mana-mana pun, keutuhan bangsa mereka masih juga kuat. Nampak bangsa mereka dibelasah, mereka akan memberi pertolongan. Kebanyakan mati ditempat kejadian, ada yang dibunuh. Tujuan..?? Tidak diketahui

Remaja Melayu–> Lagak seperti hero atau pujaan ramai. Setakat jaguh kampung boleh la. (Try wakil negara, sure no-1 dari belakang). Polis pun dilawan, cikgu pula ditendang, awek pula dikongsi beramai, mak bapak pula..?? (Anda sendiri pun boleh fikir) Kasihan pada anak gadis melayu yang dilarikan jiran sebelah ataupun berkahwin dengan mat bangla or pakistan or mat afrika (dah lelaki melayu hampir pupus) Ramai yang mati dipertengahan perjalanan kehidupan mereka (atas jalanraya)

Sedarlah wahai remaja melayu ku…!!!  Berbalik kepada topik perbincangan kita

Dari apa yang saya jumpa ABU bukan sahaja membawa makna kepada Ideologi Asal Bukan UMNO sahaja. Ada sesetengah mereka  menyatakan

Anwar Bukan Untukku

Abdullah Bukan Untukku

ALWAYS BE UMNO

<!– –>Category Kesedaran, Melayu | Added

Advertisements

CUBAAN KATA ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE

KHAS UNTUK TOK HENG, PRESIDEN PERKASA DAN EXCO PERKASA MALAYSIA… INI DARI BLOG OTAI.

Monday, November 17, 2008

SETAKAT PERTAHAN DAN BERTAHAN SAJE KE BRO ANUAR?

INI BERITA MALAYSIAKINI BACALAH:

KOMEN OTAI:

SEKARANG NI ADA TSUNAMI POLITIK. ADA GERAKKAN LIBERALISME POLITIK, EKONOMI, SOSIAL, ADA GERAKAN OBAMAKAN PM MALAYSIA DAN MACAM2 LAGI.

KALAU SETAKAT PERTAHAN, BERTAHAN TANPA FIREWALL, ANTI VIRUS YANG KUAT, VAKSIN PELALI, PLAN KONTIGENSI DAN LAIN-LAIN STRATEGI PENGUKUHAN, TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN… BOLEH KE ISLAM DAN MELAYU SELAMAT.

DENGARLAH APA CM LIM GUAN ENG CAKAP BAB DEB, DAN LAIN-LAIN CAKAP PASAL LIBERALISASI, PASAL HAK SAMA RATA, SAMA HAK DAN SAMA ADIL SERTA SEMUA SAMA TANPA KIRA MAJORITI ATAU MINORITI, PASAL EKONOMI TAK KOMPETEN SEBAB DASAR TOLONG/DEB BUMIPUTERA WALAUPUN KITA TU DOK BERGANTUNG OTAK KAT SINGAPURA, HONG KONG DAN TAIWAN, PASAL KOUTA PENJAWAT AWAM, PASAL MELAYU ASALNYA PENDATANG DAN PEMARI ATAU PATI DARI INDONESIA…PASAL RAKYAT JADI RAJA BUKAN RAJA ATAU MELAYU JADI RAJA DALAM GERAKAN KETUANAN RAKYAT, PASAL POLITIK BERDASARKAN SEMUA KAUM DAN PARTI PERKAUMAN NI KONONNYA DAH DITOLAK DALAM PR BARU2 NI. BENAR KAH SEMUA PERSEPSI DAN ILUSI CIPTAAN AHLI PROPAGANDA HITAM NI?

…. BLA BLA BLA….

DI TANGAN ANUAR ADAKAH MELAYU DAN ISLAM MAMPU SELAMAT SAMPAI KIAMAT? DAN MELAYU SERTA BUMIPUTERA TAK DIBULI, TAK DIDENGI, TAK DISABOTAJ DLL?

SIAPA YANG KAYAKAN PENIAGA2 CINA DAN PEMBELI GETAH ATAU TAUKEH PADI DLL DI SELURUH NEGARA? SIAPA YANG TENTUKAN HARGA KOMODITI DAN HARGA BARANG YANG BN (BARANG NAIK)? SIAPA YANG TAK MAU BT (BARANG TURUN) WALAUPUN PETROL DAN DESEL DAH BANYAK KALI DITURUNKAN?

SIAPA YANG JAGA KESELAMATAN DAN LAKSANA TUGAS2 PENJAWAT AWAM YANG MURAH GAJI SERTA BERGADAI NYAWA SEJAK ZAMAN KOMUNIS LAGI? SIAPA YANG TERPAKSA BERGADAI NYAWA UNTUK LINDUNGI HARTA BENDA YANG KAYA DAN PANDAI MANIPULASI EKONOMI SELAKU ORANG TENGAH?

MASA ANUAR JADI TPM DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO… SELAMAT KAH KITA? KALAU TAK ADA TUN KITA PUN DAH MASUK DALAM TONG IMF. DAH KENA KAPAN DAN DITANAM OLEH LIBERALISASI DAN GLOBALISASI AMERIKA CIPTAAN BUSH! ATAU AL GORE!

MELAYU DAN BUMIPUTERA SEPERTI RESOLUSI PERKASA SEMALAM… ADA DALAM UTUSAN MELAYU HARI INI. KAMI HANYA HENDAKKAN HAK KAMI DALAM PERLEMBAGAAN TIDAK DIGANGGU DAN DIPERSOAL SAHAJA… KAMI BUKAN RACIST YANG NAK BUAT ETNIK CLEANSING ATAU RAMPAS HAK ORANG LAIN. KAMI NAK KAN KONTREK SOSIAL IAITU AGAMA ISLAM, RAJA2 MELAYU, BAHASA MELAYU DAN HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA/MELAYU. KAMI MELAYU DARI PERKASA SEPERTI KATA TOK BRAHIM ALI, PRESIDEN KAMI IAITU KAMI TETAP TIDAK PERTIKAI HAK WARGANEGARA KAUM LAIN YANG DIDAPATI DENGAN PROSES JUS SOLI SETELAH BERLAKU KOMPROMI AKIBAT PEMBUBARAN MALAYAN UNION OLEH BRITISH.

ADEK2 DAN BRO… HAYATI SEJARAH. SEJARAH TAK TIPU KITA, TETAPI KITALAH YANG SELALU NAK MENIPU KAWAN ATAU SAUDARA KITA DENGAN HUJAH SEJARAH KARANGAN KITA SENDIRI, IAITU MADE IN BY ME.

SATU LAGI BERFIKIRLAH ATAS OTAK DAN MINDA SENDIRI. MENGAPA PERLU LEE KUAN YEW SINGAPURA ATAU OBAMA ATAU ISRAEL YANG TOLONG FIKIR BAGI KITA? KITA NI BAKA KORE ATAU MANUSIA YANG TAK ADA AKAL KE? HINANYA KITA KALAU ORANG KATA KITA NI “GILA AKAL” ATAU “AKAL GILA.”

MARILAH BRO IKUT DS NAJIB… MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA… GLOKAL!

============================ BERITA MALAYSIAKINI:
Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak orang Melayu
Nov 17, 08 12:30pm
Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan – PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berita penuh menyusul

TOK HENG “MELAYU HILANG DUNIANYA?”- LIHAT http://pribumiperkasa.org

Tok Heng suka hijrah dalam berpolitik demi Melayu dan Islam

Tok Heng suka hijrah dalam berpolitik demi Melayu dan Islam

AYAT POWER TOK BRAHIM ALI, AHLI PARLIMEN PASIR MAS SEMASA RESPON SOALAN PASIMISTIK ABE MENGENAI KOMITMEN MELAYU TIADA STRATEGI BARU PERTAHANKAN HAKNYA DALAM FORUM PERKASA DI AUDITORIUM TUN HUSEIN ONN DI BUKIT PERDANA KL SEMALAM BERKATA, “HANG TUAH KATA TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA. TAPI SAYA TAKUT MELAYU HILANG DUNIANYA MACAM PELESTIN HILANG TANAH AIRNYA.”

ITULAH TOK HENG BEKAS BOS ABE BILA DIA JADI KETUA PENERANGAN UMNO KELANTAN SEKITAR 1995-1999 DULU. DIA MEMANG BANYAK IDEA DAN HEBAT PERCATURANNYA. BAYANGKAN BOLEH MENANG PR SELAKU CALON BEBAS ATAS TIKET PAS. OTAK POLITIKNYA SAMA DENGAN TUN MAHATHIR YANG BUAT TAMBATAN RINGGIT UNTUK LAWAN SOROS DENGAN ASAKKAN IMF SERTA GLOBALISASI/LIBERALISASI EKONOMI DUNIA.

TAPI TOK HENG OLEH KERANA SESUATU TEORI PLAN NAK RAMPAS KELANTAN MAKA DIA TAK DITERUSKAN JADI KETUA BAHAGIAN UMNO PASIR MAS. TAPI KERANA BARANG NAIK DAN LAIN-LAIN ISU GLOBALISASI SERTA MACAM2 SI LAGI…. KELANTAN KEKAL DALAM DAKAPAN PAS. TOK GURU AMBO SENYUM PUAS BILA SEGALA UMPAN DARI KAIL ISLAMNYA POLITIKNYA DIMAKAN IKAN.

TERNYATA BENAR SEPERTI KATA KAK WAN ZANARIAH IAITU SIFU, KAKAK, IBU ABE YANG MENETAP DI KL MASA INI, KATANYA.” TOK HENG NI BETUL2 REAL POLITICAL ANIMAL. RAMAI ORANG NAK KERENYEK DIA TAPI DIA TETAP HIDUP.. TAK MATI POLITIKNYA.”

ABE ADA BUAT LAWAK DULU DALAM BLOG NI… TOK HENG NI BERCITA2 NAK BUAT GERTAK SOR LAGI KALU BERJAYA BUAT COMEBACK… NAK KATA LOMPAT NANTI TOK HENG KECIK HATI PULAK!

WALAUBAGAIMANAPUN SEMOGA PERKASA DI BAWAH TOK HENG DENGAN TOK FUAD HASAN, TOK RON KUDA KEPANG DLL BERSAMA PERSATUAN PEGUAM MUSLIM DIBERKATI ALLAH DAN TERCAPAI MATLAMAT YANG DIPERJUANGKAN. INSYAALAH.

(LAPORAN LENGKAP FORUM DI http://pribumiperkasa.org)

petikan dari utusan malaysia 17 November 2008:

Perkasa bela hak Melayu

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggariskan lima perkara dalam Perlembagaan negara yang akan menjadi agenda pertubuhan itu untuk diberi perhatian dan diperbincangkan bagi membela hak Melayu dan pribumi dari semasa ke semasa.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa juga akan terus lantang mempersoalkan isu-isu berkaitan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan bagi menjamin hak kaum tersebut terus terjaga.

“Masih belum terlambat untuk kita bangkit memperjuangkan hak kita yang sudah termaktub. Saya penuh yakin dan bersemangat untuk ini,” tegasnya semasa membacakan resolusi Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan di sini hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim merasmi dan menyampaikan ucaptama pada program tersebut yang turut dihadiri Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ibrahim berkata, lima perkara yang menjadi agenda Perkasa itu ialah:

l Mencadangkan kedudukan tanah rezab Melayu dimasukkan di bawah perlindungan raja-raja Melayu melalui pindaan Perkara 159 fasal 5.

l Menyarankan supaya hal-hal berkaitan perundangan Islam yang melibatkan kuasa mahkamah syariah seperti terkandung dalam Perkara 121 (1A) diperjelas, diperkasakan terus dilindungi.

l Menuntut supaya dilaksanakan penggunaan sepenuhnya bahasa Malaysia dalam segala urusan dan kehakiman negara melalui Perkara 163 dan 167.

l Menggesa pihak kerajaan supaya sentiasa memandang serius serta memperkasa hak-hak orang Melayu dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153.

l Memastikan Perkara 66 iaitu yang berkaitan kuasa raja-raja Melayu kekal mutlak dan tidak dipertikaikan.

Ibrahim berkata, Perkasa juga akan terus memberi perhatian kepada perkara-perkara penting lain yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Menurutnya, lima agenda tersebut akan terus dibincangkan pada satu sidang kemuncak mengenai hak-hak orang Melayu dan pribumi yang akan diadakan tidak lama lagi.S

Katanya, penganjuran sidang kemuncak itu masih dalam perbincangan namun ia akan menjadi satu lagi platform untuk orang Melayu dan pribumi memperkasakan hak bangsa mereka.

BRO ANUAR BERJUANGLAH ISU PERUT

BERITA INI DIPETIK DARI MALAYSIAKINI. HEBOH JUGA KATANYA HARAPAN BARU NAK TUMBANGKAN KERAJAAN BN DI PERINGKAT PUSAT NI DAH BERALIH DARI SABAH KE SARAWAK PULAK.

TAPI SI OBAMA SARAWAK NI TAK BOLEH MENGUNDI DI PARLIMEN KOT SEBAB DIA ADUN.

MAKA AKAN BERMAIN LAGILAH SPIN PROPAGANDA DAN ILUSI YANG MEMBAZIR MASA SERTA HILANG FOKAS.

SEPATUTNYA DS ANUAR BUAT GERAKAN BT (BARANG TURUN) UNTUK WUJUDKAN PAKATAN RAKYAT YANG PRIHATIN DAN MESRA KEBAJIKAN,,,, BUKAN BUAT AKADEMIK, BOMBASTIK DAN RETORIK. RAKYAT ADA PERUT NAK DIISI SETIAP HARI. U TAK APA LAH BRO SEBAB ANAK BERANAK JADI YB KAT PARLIMEN.

Adun ketuai 12,000 di S’wak sertai PKR

Tony Thien | Nov 15, 08 10:25pm
Kira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

gabriel adit and keadilan pkrBorang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.

Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.

anwar visit sibu 151108 crowdAdit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR.

Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli.

Baca berita penuh