CUBAAN KATA ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE

KHAS UNTUK TOK HENG, PRESIDEN PERKASA DAN EXCO PERKASA MALAYSIA… INI DARI BLOG OTAI.

Monday, November 17, 2008

SETAKAT PERTAHAN DAN BERTAHAN SAJE KE BRO ANUAR?

INI BERITA MALAYSIAKINI BACALAH:

KOMEN OTAI:

SEKARANG NI ADA TSUNAMI POLITIK. ADA GERAKKAN LIBERALISME POLITIK, EKONOMI, SOSIAL, ADA GERAKAN OBAMAKAN PM MALAYSIA DAN MACAM2 LAGI.

KALAU SETAKAT PERTAHAN, BERTAHAN TANPA FIREWALL, ANTI VIRUS YANG KUAT, VAKSIN PELALI, PLAN KONTIGENSI DAN LAIN-LAIN STRATEGI PENGUKUHAN, TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN… BOLEH KE ISLAM DAN MELAYU SELAMAT.

DENGARLAH APA CM LIM GUAN ENG CAKAP BAB DEB, DAN LAIN-LAIN CAKAP PASAL LIBERALISASI, PASAL HAK SAMA RATA, SAMA HAK DAN SAMA ADIL SERTA SEMUA SAMA TANPA KIRA MAJORITI ATAU MINORITI, PASAL EKONOMI TAK KOMPETEN SEBAB DASAR TOLONG/DEB BUMIPUTERA WALAUPUN KITA TU DOK BERGANTUNG OTAK KAT SINGAPURA, HONG KONG DAN TAIWAN, PASAL KOUTA PENJAWAT AWAM, PASAL MELAYU ASALNYA PENDATANG DAN PEMARI ATAU PATI DARI INDONESIA…PASAL RAKYAT JADI RAJA BUKAN RAJA ATAU MELAYU JADI RAJA DALAM GERAKAN KETUANAN RAKYAT, PASAL POLITIK BERDASARKAN SEMUA KAUM DAN PARTI PERKAUMAN NI KONONNYA DAH DITOLAK DALAM PR BARU2 NI. BENAR KAH SEMUA PERSEPSI DAN ILUSI CIPTAAN AHLI PROPAGANDA HITAM NI?

…. BLA BLA BLA….

DI TANGAN ANUAR ADAKAH MELAYU DAN ISLAM MAMPU SELAMAT SAMPAI KIAMAT? DAN MELAYU SERTA BUMIPUTERA TAK DIBULI, TAK DIDENGI, TAK DISABOTAJ DLL?

SIAPA YANG KAYAKAN PENIAGA2 CINA DAN PEMBELI GETAH ATAU TAUKEH PADI DLL DI SELURUH NEGARA? SIAPA YANG TENTUKAN HARGA KOMODITI DAN HARGA BARANG YANG BN (BARANG NAIK)? SIAPA YANG TAK MAU BT (BARANG TURUN) WALAUPUN PETROL DAN DESEL DAH BANYAK KALI DITURUNKAN?

SIAPA YANG JAGA KESELAMATAN DAN LAKSANA TUGAS2 PENJAWAT AWAM YANG MURAH GAJI SERTA BERGADAI NYAWA SEJAK ZAMAN KOMUNIS LAGI? SIAPA YANG TERPAKSA BERGADAI NYAWA UNTUK LINDUNGI HARTA BENDA YANG KAYA DAN PANDAI MANIPULASI EKONOMI SELAKU ORANG TENGAH?

MASA ANUAR JADI TPM DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO… SELAMAT KAH KITA? KALAU TAK ADA TUN KITA PUN DAH MASUK DALAM TONG IMF. DAH KENA KAPAN DAN DITANAM OLEH LIBERALISASI DAN GLOBALISASI AMERIKA CIPTAAN BUSH! ATAU AL GORE!

MELAYU DAN BUMIPUTERA SEPERTI RESOLUSI PERKASA SEMALAM… ADA DALAM UTUSAN MELAYU HARI INI. KAMI HANYA HENDAKKAN HAK KAMI DALAM PERLEMBAGAAN TIDAK DIGANGGU DAN DIPERSOAL SAHAJA… KAMI BUKAN RACIST YANG NAK BUAT ETNIK CLEANSING ATAU RAMPAS HAK ORANG LAIN. KAMI NAK KAN KONTREK SOSIAL IAITU AGAMA ISLAM, RAJA2 MELAYU, BAHASA MELAYU DAN HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA/MELAYU. KAMI MELAYU DARI PERKASA SEPERTI KATA TOK BRAHIM ALI, PRESIDEN KAMI IAITU KAMI TETAP TIDAK PERTIKAI HAK WARGANEGARA KAUM LAIN YANG DIDAPATI DENGAN PROSES JUS SOLI SETELAH BERLAKU KOMPROMI AKIBAT PEMBUBARAN MALAYAN UNION OLEH BRITISH.

ADEK2 DAN BRO… HAYATI SEJARAH. SEJARAH TAK TIPU KITA, TETAPI KITALAH YANG SELALU NAK MENIPU KAWAN ATAU SAUDARA KITA DENGAN HUJAH SEJARAH KARANGAN KITA SENDIRI, IAITU MADE IN BY ME.

SATU LAGI BERFIKIRLAH ATAS OTAK DAN MINDA SENDIRI. MENGAPA PERLU LEE KUAN YEW SINGAPURA ATAU OBAMA ATAU ISRAEL YANG TOLONG FIKIR BAGI KITA? KITA NI BAKA KORE ATAU MANUSIA YANG TAK ADA AKAL KE? HINANYA KITA KALAU ORANG KATA KITA NI “GILA AKAL” ATAU “AKAL GILA.”

MARILAH BRO IKUT DS NAJIB… MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA… GLOKAL!

============================ BERITA MALAYSIAKINI:
Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak orang Melayu
Nov 17, 08 12:30pm
Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan – PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berita penuh menyusul

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: