TOK HENG “MELAYU HILANG DUNIANYA?”- LIHAT http://pribumiperkasa.org

Tok Heng suka hijrah dalam berpolitik demi Melayu dan Islam

Tok Heng suka hijrah dalam berpolitik demi Melayu dan Islam

AYAT POWER TOK BRAHIM ALI, AHLI PARLIMEN PASIR MAS SEMASA RESPON SOALAN PASIMISTIK ABE MENGENAI KOMITMEN MELAYU TIADA STRATEGI BARU PERTAHANKAN HAKNYA DALAM FORUM PERKASA DI AUDITORIUM TUN HUSEIN ONN DI BUKIT PERDANA KL SEMALAM BERKATA, “HANG TUAH KATA TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA. TAPI SAYA TAKUT MELAYU HILANG DUNIANYA MACAM PELESTIN HILANG TANAH AIRNYA.”

ITULAH TOK HENG BEKAS BOS ABE BILA DIA JADI KETUA PENERANGAN UMNO KELANTAN SEKITAR 1995-1999 DULU. DIA MEMANG BANYAK IDEA DAN HEBAT PERCATURANNYA. BAYANGKAN BOLEH MENANG PR SELAKU CALON BEBAS ATAS TIKET PAS. OTAK POLITIKNYA SAMA DENGAN TUN MAHATHIR YANG BUAT TAMBATAN RINGGIT UNTUK LAWAN SOROS DENGAN ASAKKAN IMF SERTA GLOBALISASI/LIBERALISASI EKONOMI DUNIA.

TAPI TOK HENG OLEH KERANA SESUATU TEORI PLAN NAK RAMPAS KELANTAN MAKA DIA TAK DITERUSKAN JADI KETUA BAHAGIAN UMNO PASIR MAS. TAPI KERANA BARANG NAIK DAN LAIN-LAIN ISU GLOBALISASI SERTA MACAM2 SI LAGI…. KELANTAN KEKAL DALAM DAKAPAN PAS. TOK GURU AMBO SENYUM PUAS BILA SEGALA UMPAN DARI KAIL ISLAMNYA POLITIKNYA DIMAKAN IKAN.

TERNYATA BENAR SEPERTI KATA KAK WAN ZANARIAH IAITU SIFU, KAKAK, IBU ABE YANG MENETAP DI KL MASA INI, KATANYA.” TOK HENG NI BETUL2 REAL POLITICAL ANIMAL. RAMAI ORANG NAK KERENYEK DIA TAPI DIA TETAP HIDUP.. TAK MATI POLITIKNYA.”

ABE ADA BUAT LAWAK DULU DALAM BLOG NI… TOK HENG NI BERCITA2 NAK BUAT GERTAK SOR LAGI KALU BERJAYA BUAT COMEBACK… NAK KATA LOMPAT NANTI TOK HENG KECIK HATI PULAK!

WALAUBAGAIMANAPUN SEMOGA PERKASA DI BAWAH TOK HENG DENGAN TOK FUAD HASAN, TOK RON KUDA KEPANG DLL BERSAMA PERSATUAN PEGUAM MUSLIM DIBERKATI ALLAH DAN TERCAPAI MATLAMAT YANG DIPERJUANGKAN. INSYAALAH.

(LAPORAN LENGKAP FORUM DI http://pribumiperkasa.org)

petikan dari utusan malaysia 17 November 2008:

Perkasa bela hak Melayu

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggariskan lima perkara dalam Perlembagaan negara yang akan menjadi agenda pertubuhan itu untuk diberi perhatian dan diperbincangkan bagi membela hak Melayu dan pribumi dari semasa ke semasa.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa juga akan terus lantang mempersoalkan isu-isu berkaitan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan bagi menjamin hak kaum tersebut terus terjaga.

“Masih belum terlambat untuk kita bangkit memperjuangkan hak kita yang sudah termaktub. Saya penuh yakin dan bersemangat untuk ini,” tegasnya semasa membacakan resolusi Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan di sini hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim merasmi dan menyampaikan ucaptama pada program tersebut yang turut dihadiri Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ibrahim berkata, lima perkara yang menjadi agenda Perkasa itu ialah:

l Mencadangkan kedudukan tanah rezab Melayu dimasukkan di bawah perlindungan raja-raja Melayu melalui pindaan Perkara 159 fasal 5.

l Menyarankan supaya hal-hal berkaitan perundangan Islam yang melibatkan kuasa mahkamah syariah seperti terkandung dalam Perkara 121 (1A) diperjelas, diperkasakan terus dilindungi.

l Menuntut supaya dilaksanakan penggunaan sepenuhnya bahasa Malaysia dalam segala urusan dan kehakiman negara melalui Perkara 163 dan 167.

l Menggesa pihak kerajaan supaya sentiasa memandang serius serta memperkasa hak-hak orang Melayu dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153.

l Memastikan Perkara 66 iaitu yang berkaitan kuasa raja-raja Melayu kekal mutlak dan tidak dipertikaikan.

Ibrahim berkata, Perkasa juga akan terus memberi perhatian kepada perkara-perkara penting lain yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Menurutnya, lima agenda tersebut akan terus dibincangkan pada satu sidang kemuncak mengenai hak-hak orang Melayu dan pribumi yang akan diadakan tidak lama lagi.S

Katanya, penganjuran sidang kemuncak itu masih dalam perbincangan namun ia akan menjadi satu lagi platform untuk orang Melayu dan pribumi memperkasakan hak bangsa mereka.

3 comments so far

  1. Travelling Exhibit on

    saya suka blog ni

  2. malaysia my second home on

    betul cakap tok heng

  3. co2 system on

    memang lengkap dengan infomasi blog ni


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: