PAKATAN ROYAK DAH KOYAKKAN “MALAYSIAN MALAYSIA?”

suara dari

http://antipr.blogspot.com/2008/08/pointers-anwar-sokong-malaysian.htm

amatlah jelas membuktikan “malaysian malaysia” yang asing dan bercanggah dengan permuafakatan suku2 kaum di malaya semasa membentuk perlembagaan negara 1957 dan kontrek sosial.

soalannya di mana DAP dan PKR atau PAKATAN ROYAK waktu itu?

mengapa PAKATAN ROYAK? mereka ni hanya royak atau sembang aje lebih tetapi bila perintah kelantan, kedah, pulau pinang, perak dan selangor…. jadi nanar dan sasau. apa yang mereka janji dan bersumpah dalam manifesto… haram tak buat habis lagi… tapi dok buat perkara2 yang semacam racist seperti doktrin asing PAP “Malaysian Malaysia.”

abe tahu tak semua cina dan india malaysia yang sokong idea racist ini. mereka nakkan malaysia merdeka, malaysia perkasa… macam dalam http://aberamly.multiply.com!

baca tulisan dari:

http://antipr.blogspot.com

Saturday, August 16, 2008

POINTERS: ANWAR SOKONG ‘MALAYSIAN MALAYSIA’ YANG MEMBUNUH HAK MELAYU

LATAR BELAKANG

Pakatan Rakyat gabungan 3 parti pembangkang yang diterajui oleh PKR, DAP dan PAS semakin terpengaruh dengan dasar cauvinis DAP yang menuntut hak kesamarataan antara kaum di Negara ini.

Konsep Malaysian Malaysia yang menjadi teras perjuangan DAP, hari ini turut didokong bersama oleh PKR dan PAS yang semakin melupakan dasar perjuangan parti masing-masing, demi mementingkan kuasa yang mereka perolehi.

Sebahagian masyarakat umum melihat, DAP yang sebenarnya sedang menguasai pakatan ini sementara PKR dan PAS sekadar menjadi rakan kongsi yang patuh dan akur terhadap semua kehendak dan perancangan parti beraliran cauvinis ini.

ANCAMAN MALAYSIAN MALAYSIA

Melalui konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP dan didokong oleh PKR dan PAS, tiada lagi istilah ‘Hak Istimewa Orang Melayu’, Ketuanan Melayu, Islam Agama Resmi dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Konsep yang bakal wujud melalui pelaksanaan Malaysian Malaysia ialah hak kesamarataan antara kaum di Negara ini. Kini tidak ada lagi bangsa/keturunan Melayu, Cina, India, atau suku-suku kaum lain dalam Malaysia. Justeru itu, Perlembagaan Malaysia perlu digubal. Perkataan ’bangsa melayu’ dan ’bumiputera’ perlu digantikan dengan ‘bangsa Malaysia’. Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera juga akan dikeluarkan atau digantikan dengan ’hak bangsa Malaysia’.

Kita telah lama mengetahui bahawa DAP mempromosikan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ini untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu. Mereka tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak dan parti politik khususnya UMNO/BN mahupun rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat selagi perjuangan mereka untuk memastikan Ketuanan Melayu terkubur menjadi kenyataan.

Dua peristiwa yang berlaku sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi beberapa negeri dalam PRU 13 adalah contoh terbaik untuk kita renungkan bersama:

Perkara pertama yang disuarakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, YAB Lim Guan Eng adalah Pulau Pinang tidak akan meneruskan dasar DEB. PKR khususnya dan PAS senyap. Apa yang diperkatakan oleh Guan Eng melibatkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Dasar ini telah terbukti mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan antara kaum di Malaysia. Tiada sebarang bantahan dari PKR dan PAS malah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga turut mendapat sokongan dari para pemimpin PKR dan PAS.

Selain itu, melalui gagasan ini juga, konsep kesamarataan menjadi keutamaan. Rakyat boleh bersaing secara terbuka untuk mendapatkan kontrak kerajaan, pekerjaan dan tempat di universiti tanpa mengharapkan kuota dan keistimewaan kerana segala peluang yang berada di Negara ini adalah milik rakyat Malaysia, bukan milik sesuatu kaum dan bangsa.

Islam sebagai agama rasmi yang dimaktubkan dalam perlembagaan juga turut dipersoalkan. Melalui konsep ini semua agama dianggap sama dan sewajarnya diberi layanan yang samarata dalam segala hal. Bagi DAP, mereka menegakkan prinsip Malaysian Malaysia dan nilai-nilai murni sejagat sebagai asas perpaduan rakyat Malaysia dan menolak tindakan-tindakan bersifat ekstremi atau aspek-aspek agama yang menyemarakkan api kemarahan di kalangan rakyat.

Antara tindakan yang diambil menjurus ke arah ini ialah tindakan YB Teresa Kok, EXCO Kerajaan negeri Selangor yang mengemukakan nota bantahan penduduk bukan Islam di satu kawasan perumahan di Puchong, membantah azan subuh yang dianggap mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan tersebut serta cadangan untuk menghapuskan had keluasan kawasan rumah ibadat di negeri Selangor.

PENUTUP

Pelaksanaan konsep Malaysian Malaysia oleh DAP melalui Pakatan Rakyat mesti ditentang habis-habisan, kerana konsep ini mampu membunuh dan meminggirkan hak dan ketuanan Melayu di negara ini, malah tindakan beberapa pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan DAP ini juga mesti dihalang sepenuhnya, memandangkan tindakan dan langkah yang diambil ini bakal membawa banyak kesan negatif, memandangkan Melayu belum bersedia untuk bersaing secara adil dan belum bersedia untuk meritokrasi.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: