TUN DET DENGAN POLITIK WANG DAN WANG POLITIK

15. Bagi mereka ini generasi akan datang akan kutuk mereka apabila orang Melayu di Malaysia sudah jadi seperti orang Melayu di Singapura di mana mereka menjadi “hamba” kepada kaum-kaum lain. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu kerana lebih sedia disogok daripada mempertahan dan memelihara kuasa bangsa.

DEMIKIANLAH AYAT POWER YANG DIPETIK DARI BLOG CHEDET TUN MAHATHIR HARI INI YANG TELAH JADI PM SELAMA 22 TAHUN. MUNGKIN SELEPAS INI TIADA LAGI TOKOH UMNO YANG MAMPU PECAH REKOD DIA. BELIAU AMAT SUKA SEBUT SINGAPURA KALAU BINCANG BAB NASIB ORANG MELAYU. TAPI MELAYU SINGAPURA PULAK MACAM MELAYU LIBERAL DAN ANUARISASI DI MALAYSIA NI… TAK RASA APA PUN. SIKIT SEBESAR KUMAN PUN MEREKA TAK PERNAH RASA TERGUGAT SEBAB MEREKA KATA SIAPA PERINTAH PUN OK. SEBAB KITA KAN DEMOKRASI DAN DAH BERTAMADUN. LAGIPUN BUKAN MELAYU WARGANEGARA MALAYSIA YANG SAMA MACAM KITA. MEREKA PERNAH KATA KAT ABE IAITU MEMANG ABE NI KAMPONG DAN OTHODOK SEBAB ASAL DARI KAMPONG DI KELANTAN NUN. IALAH MEREKA DARI NEGERI SELAT MACAM PENANG, MELAKA DAN SINGAPURA. SELANGOR DAN PERAK PULAK NEGERI MELAYU BERSEKUTU KOT. KONONNYA ABE NI TAK CAMPUR CINA DAN INDIA SERTA SEKOLAH KEBANGSAAN PULAK. SEKOLAH MELAYU LAH. DAN MASUK UNIVERSITI KEBANGSAAN LAGI. SEMUANYA BERKISAR DALAM ALAM MELAYU SAJE. MAKA TAK GLOBAL LAH.

KEDUANYA, NAMPAK TUN DET MARAH SANGAT DENGAN POLITIK WANG DAN WANG POLITIK. GEJALA NI BUKAN SAHAJA DALAM BENTUK WANG TUN DET… TAPI ABE KIRA DALAM BENTUK JANJI NAK BAGI PROJEK, NAK BAGI PANGKAT DAN JAWATAN, NAK BAGI DATUK, NAK BAGI ANAK, NAK BAGI KEK, BAJU, SONGKOK, SEJADAH DAN MACAM2 LAGI. PENDEK KATA BENDA PERCUMA YANG BERUPA SOGOKKANLAH…TAK SEMESTI DUIT IAITU HARI-HARI MAU ATAU HARIMAU MAU HARI2.

MACAM MANA NAK BERESKAN NI? SELAGI ADA TUKANG BAGI MAKA ADA TUKANG AMBIL. SELAGI ADA TUKANG MINTA MAKA ADA TUKANG BERI. MACAM TELOR DENGAN AYAM. MANA SATU DULU?

MUNGKIN SATU CARA IAITU MEREKA YANG JADI MENTERI ATAU DAPAT JAWATAN TINGGI PARTI NI TAK ADA KUASA APA2 NAK BAGI ORANG. KALAU BENDA NI TERJADI MAKA TERHAPUSLAH POLITIK WANG DAN WANG POLITIK. SENGET KE ABE PUNYA OTAK FIKIR MACAM TU….?

TUN DET PUN RISAU JUGA SETAKAT JAGUH ISU MELAYU, JAGUH PANDAI KERJA, PANDAI CERAMAH, PANDAI BLOGGING, ADA TOKOH DAN KARISME… BELUM TENTU MUKHRIZ MENANG KETUA PEMUDA KAN?
TAPI KALAU MASA TUN JADI PM DULU DAN MUKHRIZ BERTANDING? JAMIN TAK DER SEKOR PUN LALAT ATAU RERAMA YANG NAK CACATKAN DIA. TENTU MUKHRIZ AKAN DIUSUNG DAN DISPINKAN SEBAGAI TOKOH PEMUDA BERWIBAWA MENANG TANPA BERTANDING. BUKTINYA LIHATLAH ANAK ANGKAT POLITIK TUN DET BERNAMA ANUAR IBRAHIM… LALUAN MUDAH… GREENLINE. TAK ADA IMIGRESEN DAN KASTAM YANG SEKAT LAGI. MAJU TERUS SAMPAI JADI TPM DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO. INI KIRA POLITIK UNTUK DAPAT WANG DAN HARTA KOT BILA DAPAT JAWATAN MUDAH!

NAMUN BEGITU KITA KENA POSITIF KERANA DENGAN LIBERALISASI BPR, POLIS, MAHKAMAH, KEHAKIMAN DAN PERKHIDMATAN AWAM OLEH PAK LAH SERTA AKAN DITERUSKAN OLEH DS NAJIB GLOBAL MENJELANG MAC 2009, MAKA KERENAH POLITIK WANG DAN WANG POLITIK NI AKAN JADI BERKURANGAN KERANA MASING2 AKAN LEBIH TINGGI INTEGRITINYA.

ADA JUGA TUN DET KATA PAK LAH TAK JADI BERSARA SEBAGAI PM PADA MAC 2009? ABE FIKIR PAK LAH TIDAK MACAM ITU. TRAK REKOD TUNJUKKAN PAK LAH TAK MAIN SILAP MATA DALAM POLITIK. KALAU NAK SILAP MATA KENA IKUT PLAN PERALIHAN KUASA MAC 2009, MENGAPA TAK IKUT YANG ASAL SAMPAI 2010? TAPI NI KAN POLITIK… MAKA DILUAR KOTAK PEMIKIRAN ABE YANG TAK PANDAI BERPOLITIK. MAKA TAK DAPEK DEN NAK NOLONG DOOOOO….!

BERBALIK PADA ISU TUN DET DAN MELAYU SINGAPURA TU. TUN DET NI BELAJAR DI SINGAPURA. PERKEMBANGAN NASIONALISME MELAYU YANG BERPUSAT DI SINGAPURA ADALAH DI DEPAN MATA BELIAU. MALAYSIAN MALAYSIA LEE KUAN YEW YANG LEBIH CANGGIH DARI KONTREK SOSIAL TUNKU PUN TUN TAHU SEMUA. TUN PUN KARANG “MALAY DELIMA.” BERLAKU 13 MEI 1969 ADALAH DEPAN MATA TUN. ARWAH AYAHANDA DS NAJIB IAITU TUN RAZAK PUNYA BUKU PUN DALAM POKET TUN. TUN PUN DOK TENGOK DS NAJIB DARI KECIL LAGI. PENDEKNYA TUN NI TAJAM MATA, TAJAM TELINGA, TAJAM AKAL… DAN TAJAM SEGALANYA!

OLEH ITU ABE POHON TUN TERUS MEMBLOG DAN CERITAKAN HAL2 YANG TAK ADA DALAM BUKU. HAL KETUANAN MELAYU DAN ISU PENDATANG NI KENALAH POWER SIKIT. DAN KISAH DEB SERTA MEMBELA MELAYU SERTA KAUM2 LAIN PUN PERLU. LAGI SATU PENGALAMAN TUN JADI PM PALING LAMA TU, KHASNYA CERITA TOKOH PENGLIPURLARA ANUAR IBRAHIM YANG MASIH BELUM ADA PENGARANG YANG POWER LAGI MENULIS. NAMPAKNYA BUKU YANG TULIS TENTANG ANUAR TU HANYALAH TUKAN SPIN MACAM ABE SAJA. MEREKA NI SPINNER CARI DAN CURI MAKAN. TAPI ABE NI TAK ADA SIAPA UPAH. TETAPI KERANA TANGGUNGJAWAB DAN JIHAT ABE KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. AMIN SEMOGA ALLAH SWT TERIMALAH AMALAN KU INI.

ABE- TERPIKAT DENGAN DATUK KADIR JASIN YANG PADANKAN LAGU “KILLING ME SOFTLY WITH HIS SONG” DENGAN GELAGAT ADI JAGAT PELAWAK ANUAR IBRAHIM. KAKI LAGU JUGE DATUK NI.INI LAGUNYA:

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s