“PERANG BOGEL” PERLU NASIHAT DAN PETUA DARI ANUAR

INI BUKAN DI MALAYSIA!

INI BUKAN DI MALAYSIA!

SAKSIKAN FOTO DARI http://edyesdotcom.blogspot.com ITU….
ABE TAK DAPAT NAK GAMBARKAN BAGAIMANAKAH BENTUK PERANG BOGEL YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH REFORMIS TERHADAP DS ANUAR IBRAHIM BAPAK REFORMASI YANG MAHA TERKENAL DAN BERPENGARUH SERTA AMAT PINTAR BERPIDATO ITU.

REFORMIS JUGA MENCABAR DS ANUAR UNTUK BERDEBAT DENGANNYA.

ADA BEBERAPA SOALAN YANG ABE NAK TANYA SI RAMLAN NI SELAKU PRESIDEN REFORMIS:

1. PERANG BOGEL TU TEKNIKALNYA BAGAIMANA?
2. BERAPA ORANG NAK BOGEL?
3. YANG NAK BERBOGEL TU BERAPA WANITA, BERAPA LELAKI, BERAPA LELAKI LEMBUT, BERAPA ORANG PONDAN, BERAPA ORANG HOMOSEKS, BERAPA ORANG LESBIAN, BERAPA ORANG GAY…ADAKAH MEREKA TERUNA, DARA, NENEK, DATUK, MAK JANDA, DUDA DLL? ADAKAH MEREKA TU MIRIP SI SAIFUL DAN SEWAKTU DENGANNYA?
4.NAK DEBAT TU DALAM KEADAAN BOGEL KE? DAN NAK SIARAN LANGSUNG KE?
5.SIAPA NAK JADI PENGADIL DAN PEMUDAHCARA PERANG BOGEL? MAJLIS DEBAT PULA SIAPA PEMUDAHCARA?
6.SUDAH SIAPKAH MEMORUNDUM UNTUK DS ANUAR?
7.KAT MANA NAK BUAT? PASTIKAH DS ANUAR SETUJU DATANG?
8.POLIS BAGAIMANA?
9. KALAU POLIS TANGKAP BERAPA DENDANYA ATAU APA HUKUMANNYA?
10. DAH SEDIA LAWYER ATAU PEGUAM?
11. ADA DAH BLOG ATAU WEBSITE REFORMIS ATAU PERANG BOGEL BLOG?
12.SIAPA PENAJA DAN JURUCAKAP REFORMIS MENGENAI PERANG BOGEL INI?
13.KALAU ADA YANG SEMBUR AIR LADA ATAU AIR PANAS KAT ANU TU…DAH SEDIAKAH RASA SAKIT?
14.LAIN SOALAN LUCAH YANG TAK DAPAT DISIARKAN DI SINI!

ITU BAB SOALAN. INI PULA BAB CADANGAN UNTUK SI RAMLAN NI:

1.MINTA NASIHAT PAKAR PERANG BOGEL SUPAYA IANYA TIDAK SALAH DI SISI UNDANG2
2.TENTUKAN PAKAIAN KAIN PUTIH YANG TAK BERJAHIT DAN SEE THROUGH SUPAYA TAK BOGEL PUN DAH SELUPA BOGEL…NAMPAK DAH SANG DOGOL DAN SI PIPIT TU.
3.PAKAI PAKAIAN SPERTI NO. 2 DI ATAS DAN JANGAN BERJAHIT. KALAU DIKEJAR POLIS ATAU PENGUATKUASA KEJAR DAN TERPIJAK MAKA KAIN ITU BOLEH TANGGAL/LUCUT…DAN BERBOGEL LAH KITA AKIBAT TINDAKAN PENGUATKUASA ITU. KALAU DISOAL MAKA BUKAN KITA BERBOGEL TAPI DIBOGELKAN…. HAHAHAHA….
4.TEKNIKAL DAN UNDANG2 PERLU BETUL SUPAYA MATLAMAT REFORMIS TERCAPAI SERTA TAK DITUDUH DI BAWAH MANA2 UNDANG2.
5.ADAKAN TASK FORCE ATAU THINK TANK SUPAYA REFORMIS TAK GAGAL ATAU DIPERMAINKAN OLEH BINATANG ATAU MEREKA YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB.
6.TENTUKAN PERANG BOGEL NI TAK ADA TUMPAH APA2 SAMADA AIR LIUR, DARAH ATAU LAIN2 CECAIR TERMASUK MINYAK KELAPA ATAU MINYAK KEPALA DLL.
7.KENA SMART DAN BIJAK ATUR STRATEGI SUPAYA KELUAR DI CNN, ALJAZIRRA, BBC DLL TERMASUK GOLOK POST….
8.KALAU KENA SEMBUR AIR SABUN? SERBOK LADA, GAS PEDIH, AIR PANAS KAT SI ANU CELAH TU…SANGGUP KE TAHAN SAKIT? ADA UBAT PELALI KE?
9.LAIN2 YANG LUCAH TAK LEH TULIS….

HMMM… NAK GELAK ADA DAN KESIAN PUN ADA DENGAN NASIB REFORMIS NI. TAPI BUKAN NAK HASUT TETAPI SESUATU TINDAKAN YANG BAIK TENTULAH IKUT SALURAN DAN DIBENARKAN OLEH UNDANG2. TAK BOLEH? ITULAH SAPA SURUH PILIH PAKATAN RAKYAT MASA UNDI?… DAH NAK KENA BUAT “PERANG BOGEL” PULAK….

MORAL OF THE STORY HAL REFORMIS NI BEGINILAH… IAITU MUNGKIN BELUM JADI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BOLEH JANJI BULAN, MATAHARI DAN BINTANG SERTA SEMUA CEKRAWALA NAK DICAPAINYA UNTUK DIBERI KEPADA REFORMIS. BILA MEREKA DAH MEMERINTAH BERAPA SUDAH MANIFESTO PILIHANRAYA TU MEREKA BUAT? BUAT KORIDOR BABI? ADA MASUK DALAM MANIFESTO KA? ORANG TAK MAKAN BABI NAK MAKAN APA? IKAN, AYAM, LEMBU, KAMBING DLL TAK ADA PULA NAK BUAT SECARA KORIDOR, BIG SCALE ATAU PROJEK MEGA MACAM BELA BABI KAT SEPANG TU.

NASIB ORANG MISKIN? MELAYU TAK ADA KERJA? MELAYU YANG DIBUANG KERJA AKIBAT KEMELESETAN EKONOMI? SIAPA NAK JAWAP NI..? KALAU SEMUA YANG BERMASAALAH TU NAK IKUT REFORMIS BUAT PERANG BOGEL APA MACAM? MAKA DAPATLAH KITA LIHAT ADENGAN LUCAH FREE. HEEIII GELI GELEMAM DIBUATNYA…. BACA NI STERUSNYA:

PRESIDEN REFORMIS YANG DIPETIK DILAPORKAN BERKATA OLEH MALAYSIAKINI ANTARANYA:

Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi “gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.

Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai “jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik”.

RAMLAN (TENGAH) DAN PLAN PERANG BOGEL

RAMLAN (TENGAH) DAN PLAN PERANG BOGEL


=====================================
DIPETIK DARI BERITA MALAYSIAKINI:
Anwar sasaran baru ‘perang bogel’
Jimadie Shah Othman | Dec 12, 08 3:58pm
kemaskini 6:57pm Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan “perang bogelnya” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor,” kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

reformis president ramlan abu bakar Ramlan enggan mendedahkan bilakah “perang” itu akan dilancarkan.

“Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional,” katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

“Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya.

“Saya hanya perlu satu jam, setengah jam saja untuk menghuraikan masalah rakyat miskin yang terpinggir di negeri maju seperti ini (Selangor), yang dinamakan negeri kebajikan,” kata presiden Reformis.

Sepuluh penyokongnya turut sama dalam sidang akhbar di gelanggang sepak takraw di perkarangan sebuah rumah pangsa kos rendah di Sentul Utama.

Ramlan berkata, debat itu diharapkan dapat menghasilkan rumusan bagi menyelesaikan masalah rakyat miskin di negeri itu.

Beliau, yang juga anggota PKR, bagaimanapun tidak menetapkan tarikh kepada penasihat parti itu untuk berdebat.

“Terpulang pada beliau. Sebab beliau sibuk, (kami) berlaku adillah (memberikannya masa),” kata Ramlan penuh semangat menyebabkan kanak-kanak dan beberapa penduduk mulai mengerumuni sidang akhbar itu yang dihadiri lebih kurang 10 wartawan, termasuk televisyen.

reformis president ramlan abu bakar ditanya sama ada Anwar patut mengundurkan dirinya sebagai pemimpin PKR jika gagal membaiki masalah kelemahan Selangor seperti dakwaannya, Ramlan berkata:

“Soal letak jawatan bukan persoalannya. Kalau beliau ada maruah, beliau mesti ambil pertanggungjawaban ini.”

Tindakan meletakkan jawatan bagi beliau merupakan “jalan yang akhir”, tambahnya.

Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi “gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.

Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai “jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik”.

Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu “supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid” tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih “berdiam diri”.

Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana “kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya” yang dibuat Mac lalu.

Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif – yang dianggotai PKR dan PAS – ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi.

reformis president ramlan abu bakar 121208 04Oleh itu, tambah Ramlan, selagi kesemua janji-janji manifesto itu tidak ditunaikan, beliau akan meneruskan “perang bogelnya”.

“Selagi manifesto yang terdapat dalam pilihanraya ke-12 tidak ditunaikan, maka perang (bogel) ini akan berlanjutan sehingga tempoh yang ditetapkan – iaitu apabila manifesto itu semuanya tertunai.

Tidak cukup dengan kata-kata itu, wakil-wakil rakyat PKR di Selangor turut disindirnya sebagai “Yang Berlagak” dan “Yang Bongkak” sebagai ganti Yang Berhormat kerana gagal menyelesaikan masalah rakyat bawahan di negeri itu.

Beliau bagaimanapun menafikan perjuangan Gerakan Reformasi sejak 1998 yang digerakkan oleh Anwar sebagai gagal, sebaliknya “kepimpinan parti yang gagal”.

“Bukan salah parti, tetapi kepimpinan. Parti hanya nama sahaja, (hanya) slogan,” tambah Ramlan.

Ditanya sebab beliau memilih menyalurkan desakannya melalui NGO itu dan bukannya melalui PKR yang mengetuai kerajaan Selangor, Ramlan berkata:

“Orang macam ini nak pujuk tak boleh, nak rayu tak boleh, nak bincang tak boleh. Cara macam ini, cara samseng. Macam ini, kita kena jadi bapa samseng, baru beliau boleh terima.

“Kalau cara proses-proses ini, undang-undang ini, macam (kes) PPR. Tujuh bulan ulang-alik tidak ada (kesan). Bila (ugut) hendak bogel, hendak pula beliau (menteri besar) selesaikan masalah ini.”

1 comment so far

  1. profesorasia on

    “Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai “jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik”

    demo pahe dok gapo perang bogel yang di maksudkan tu?
    demo dok ngato orang munafik?.. tapi demo tengok pak najib yang demo sanjungngi tuh lah setan@peleset bertopengkan manusia?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s