HANRUH LESU KERANA MALAYSIA TAK DIANCAM?

PADA SEBELAH PETANG 11/12/08 DALAM MAJLIS TAKLIMAT ISU SEMASA DI ANGKASAPURI ABE TELAH MENJADI SALAH SEORANG AHLI PANEL HANRUH (SISTEM PERTAHANAN MENYELURUH). 2 LAGI AHLI PANEL YANG DIKIRA PAKAR HANRUH IALAH PROF MADYA DR AZMI HASSAN DARI CENTEPIS, UITM INTERNASIONAL CAMPUS, KL DAN YBHG TUAN HAJI ISMAIL HJ AHMAD,S/U BAHAGIAN DASAR, KEMENTERIAN PERTAHANAN SEBAGAI LEAD AGENCY BAGI SUBJEK HANRUH, IAITU ASPEK SOKONGAN PENTING KEPADA DASAR PERTAHANAN NEGARA.PEMUDAHCARA IALAH TUAN HJ IBRAHIM ABD RAHMAN, SUB PENGURUSAN DAN ANALISIS MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENERANGAN.

PROF DR AZMI SEMASA BERCAKAP TELAH MEMUKAU PESERTA DENGAN PENDEDAHANNYA TERHADAP ANCAMAN DIPLOMASI BERSIFAT KETENTERAAN FIZAIKAL DARI NEGARA JIRAN, KHASNYA SINGAPURA.BELIAU JUGA TEGASKAN BAHAWA MAKANISME HANRUH DI MALAYSIA BELUM KUKUH WALAUPUN TELAH MULAI DIPERKENALKAN PADA 1986 IAITU DI TAHUN YANG SAMA DENGAN JIRAN KITA SINGAPURA. BELIAU BERPENDAPAT RAKYAT SINGAPURA SENTIASA NAMPAK APA SAJA PERTENTANGAN PENDAPAT KERAJAANNYA DENGAN MALAYSIA SEBAGAI ANCAMAN NASIONAL SEPERTI ISU AIR, BATU PUTIH, JAMBATAN BENGKOK DLL. TETAPI RAKYAT MALAYSIA TIDAK SEKATA DAN SEPADU PANDANGANNYA DENGAN KERAJAAN KERANA TAK KUATNYA HANRUH. BELIAU JUGA TERUJA DENGAN KEJAYAAN DAN KOMITMEN KEMENTERIAN PENERANGAN MENJAYAKAN KEUTUHAN PSIKOLOGI HANRUH YANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PENERANGAN.

TUAN HJ ISMAIL DARI KEMENTERIAN PENERANGAN PULA MENGUPAS JANRUH SECARA UMUM IAITU MENCAKUPI LIMA ELEMEN UTAMA IAITU: 1. KESIAPSIAGAAN KESELAMATAN, 2. PENYATUAN DAN PERPADUAN MASYARAKAT, 3. KEUTUHAN KESIAPSIAGAAN AWAM, 4. KEUTUHAN EKONOMI NEGARA DAN 5. KEUTUHAN PSIKOLOGI WARGANEGARA MALAYSIA.

DAN ABE TELAH MENGHURAIKAN DENGAN JELAS APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEUTUHAN PSIKOLOGI HANRUH. KEUTUHAN PSIKOLOGI INI MERUPAKAN IBU ATAU ELIMEN YANG PALING DOMINAN DALAM HANRUH. TANPA KEUTUHAN PSIKOLOGI MAKA TAK AKAN BERJAYANYA ELEMEN PERPADUAN, EKONOMI, KEUTUHAN KESELAMATAN DAN KEUTUHAN AWAM.PSIKOLOGI YANG TEPAT DAN BETUL AKAN MENYUMBANG KEPADA PEMBINAAN MODAL INSAN NEGARA YANG BERTARAF KELAS PERTAMA DUNIA.KELEMAHAN DAN RAPUHNYA SEMANGAT PETRIOTIK DAN NASIONALISME RAKYAT MALAYSIA IALAH KERANA TIADANYA ASPEK KEUTUHAN PSIKOLOGI DALAM JATIDIRI MASING2.

ANTARA ASPEK KEUTUHAN PSIKOLOGI YANG PERLU DIBINA DAN DISUBURKAN SEBAGAI JATIDIRI RAKYAT MALAYSIA IALAH:
1. CINTAKAN NEGARA
2. BERANI DAN SANGUP BERKORBAN
3. TAHU MAINKAN PERANAN SEMASA AMAN DAN DARURAT
4. AMALKAN NILAI2 AGAMA DAN MORAL YANG TINGGI
5. TAK TERPENGARUH DENGAN DAKYAH MUSUH DAN ANTI ESTABLISHMENT
6. JASMANI YANG CERGAS, DAN
7. BERDISIPLIN

OLEH ITULAH MAKA ASPEK KEUTUHAN PSIKOLOGI INI SEDANG DILAKSANAKAN DENGAN GERAKAN DAN KEMPEN “MALAYSIA PERKASA” YANG DIPELOPORI OLEH SEMUA AHLI JK KEUTUHAN PSIKOLOGI.TERDAPAT 4 PEMAIN GLOKAL DAN KHALAYAK UTAMA YANG PERLU MENGEMBELING TENAGA SERTA KEPAKARAN IAITU MEDIA,ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM, PEMIMPIN MASYARAKAT DAN ORANG AWAM DAN BELIA.ABE JUGA BUAT PROVOKASI IAITU HANRUH INI DIPANDANG REMEH DAN TIDAK GAH DI NEGARA INI…MUNGKIN KERANA KITA TAK NAMPAK ANCAMAN YANG BAHAYA KEPADA NEGARA SEPERTI KONFRANTASI ATAU KOMUNIS PADA MASA DAHULU.

TUGU NEGARA ADALAH TERAS HANRUH

TUGU NEGARA ADALAH TERAS HANRUH


HANRUH ADALAH PERPADUAN NASIONAL

HANRUH ADALAH PERPADUAN NASIONAL

DAN AKHIRNYA ABE TEGASKAN HANYA DENGAN KOMITMEN DAN PETRIOTISME YANG TINGGI SAHAJA HANRUH INI AKAN BERJAYA.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: