MELAYU HANYA DIJANJIKAN KEISTIMEWAAN DALAM PERLEMBAGAAN, TAPI ORANG LAIN DAPAT WARGANEGARA SERTA MERTA

ikhlas dan jelas hujahnya

ikhlas dan jelas hujahnya

DATO’ MOHD NOOR ABDULLAH, MANTAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SEMASA BENTANGKAN HUJAHNYA DI SESSI AKHIR TAKLIMAT ISU2 SEMASA BERTAJUK ” HAK MELAYU ISTIMEWA, HAK KAUM LAIN TERPELIHARA” DI KEMENTERIAN PENERANGAN PADA 12/12/08 TELAH SETUJU DENGAN PENDAPAT SUPAYA RTM MENGADAKAN PROGRAM SETIAP HARI MENGENAI BICARA PERLEMBAGAAN SEPERTI BICARA MUFTI BAGI MENANGANI KEJAHILAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP PERRLEMBAGAAN NEGARA.

BUKTINYA DALAM JAWAPAN BELIAU KEPADA SOALAN PESETA MENGENAI PEMBERIAN HAK MILIK TANAH KEKAL SELAMA 999 DI PERAK OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. MENGIKUTNYA KERANA GAGAL FAHAM SEMANGAT PERLEMBAGAAN MAKA PEMBERIAN ITU LEBIH TERUK DARIPADA PENYERAHAN HONG KONG OLEH CHINA KEPADA BRITISH SELAMA HANYA 100 TAHUN SAHAJA. MAKNANYA TERUKLAH KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MB PAS PERAK ITU.

BELIAU JUGA TEGASKAN BAHAWA “KETUANAN MELAYU” DAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA ADALAH JELAS DIMAKSUDKAN DALAM PERLEMBAGAAN. ALASANNYA BAHAWA ISTITUSI DI RAJA DI MALAYSIA TIDAK BOLEH DIUBAH DAN DIMANSUHKAN TANPA KERELAAN RAJA2 SENDIRI. BAHASA MELAYU TETAP UNGGUL KEDAULATANNYA DAN LANGKAH KERAJAAN DAP PENANG MELETAKKAN TULISAN PELBAGAI BAHASA DI PAPAN TANDA JALAN DI PULAU PINANG ADALAH KELIRU. SEBENARNYA BAHASA LAIN SELAIN BAHASA MELAYU BOLEH DITAROK SEKIRANYA TEMPAT ITU MERBAHAYA, TEMPAT LARANGAN DAN TEMPAT SEJARAH YANG MERUPAKAN KEPENTINGAN NASIONAL/UMUM. ADAKAH LANGKAH KERAJAAN DAP PENANG ITU AMAT KEPENTINGAN AWAM DAN KEUTAMAAN NASIONAL?

SETERUSNYA DIJELASKAN BAHAWA UNTUK TUNJUKKAN BAHAWA INGGERIS AMAT JUJUR NAK PERTAHANKAN HAK PRIBUMI ORANG MELAYU MAKA HANYA BANGSA “MELAYU” DISEBUT SEBANYAK 54 KALI DALAM PERLEMBAGAAN.

MAKA ITULAH SEBABNYA PERKARA2 YANG DIANGGAP KONTREK SOSIAL ITU TIDAK BOLEH DISENTUH DAN PERLU DITERIMA UNTUK PERPADUAN NEGARA. PERKARA BERKENAAN IALAH PERKARA 3 – ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, PERKARA 152 – BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN, PERKARA 153- PERIZABAN KOUTA BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN, PERMIT DAN SEBAGAINYA BAGI ORANG MELAYU DAN ANAK NEGERI MANA2 ANTARA NEGERI SABAH DAN SARAWAK.DAN SATU LAGI IALAH PERKARA 89 IAITU MENGENAI TANAH SIMPANAN MELAYU.

AKHIRNYA AYAT POWER DATO’ MOHD NOOR YANG TAK PERNAH ABE DENGAR SEPANJANG JADI MANUSIA IAITU:

1. SEMUA PERKARA2 YANG ADA DALAM PERLEMBAGAAN YANG KONONNYA DIKATAKAN HAK ISTIMEWA DAN BIAS KEPADA MELAYU DAN BUMIPUTERA ADALAH JANJI DALAM PERLEMBAGAAN YANG TAK TERTULIS TARIKH TAMATNYA TELAH LAMA DIBERIKAN BRITISH KEPADA ORANG MELAYU.CONTUHNYA TANAH SIMPANAN MELAYU TELAH DIPERUNTUKKAN OLEH BRITISH SEJAK 1912, ASKAR MELAYU DIRAJA SEJAK 1932 LAGI DAN RAJA2 MELAYU DAH BERKURUN USIANYA.LAIN2 YANG PENTING IALAH HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA. TETAPI BUKAN MELAYU TELAH DAPAT SERTA MERTA TARAF WEARGANEGARA PADA 1957 – TAK SILAP HAMPIR 1 JUTA BUKAN MELAYU TIBA2 JADI WARGANEGARA MALAYA SECARA JUS SOLI PADA WAKTU ITU.

2. MELAYU TELAH BANYAK BERKORBAN DEMI KEMERDEKAAN NEGARA DAN KEPENTINGAN PERPADUAN DENGAN ORANG CINA DAN INDIA. CONTUHNYA HAPUSKAN TULISAN JAWI YANG DIGUNAKAN SELAMA 1,400 TAHUN OLEH ORANG MELAYU. HAPUS JAWI MAKA HILANGLAH ROH ISLAM DALAM TULISAN BARU ORANG MELAYU IAITU TULISAN RUMI.

3.DEMI PERPADUAN DAN INTEGRASI MAKA PERLU DIHAPUSKAN SEBUTAN MALAYSIA BARAT DAN MALAYSIA TIMUR. INI MACAM BERLIN BARAT DAN BERLIN TIMUR. APA YANG ADA DALAM PERLEMBAGAAN HANYA SEBUAH NEGARA IAITU “MALAYSIA.” OLEH ITU JANGANLAH KITA ADA2KAN APA YANG TAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN.

SEMASA BERCERAMAH BELIAU BERKALI2 TEGASKAN BAHAWA HURAIANNYA TERHADAP PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH JUJUR DAN IKHLAS SERTA TIDAK BERBAU POLITIK SAMA SEKALI. SEBABNYA BELIAU TIDAK ADA APA2 KEPENTINGAN PERIBADI, RACIST ATAU BIAS MELAINKAN BERKATA YANG SEBENARNYA MENGENAI PERLEMBAGAAN NEGARA YANG PERLU DIPERTAHANKAN SEBILANG MASA.MASAALAH PERPADUAN DI MALAYSIA IALAH KERANA JAHIL MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PERLEMBAGAAN NEGARA.

KOMEN ABE – TERUJA DENGAN UNGAPAN MELAYU HANYA DIJANJIKAN SAHAJA SEBAGAI PUNYAI KEISTIMEWAAN DALAM PERLEMBAGAAN. PERLEMBAGAAN ITU HANYA DAPAT DIPERTAHANKAN SELAGI MELAYU PUNYAI KEKUATAN POLITIK DAN KEIHLASAN BUKAN MELAYU PATUHI KEPADA KONTREK SOSIAL 1957 SAHAJA. TAPI BUKAN MELAYU SEJAK 1957… DILAPURKAN SECARA AUTOMATIK DAPAT WARGANEGARA SECARA JUS SOLI.

MAKA ADA OTAK TOLONG FIKIR….
ADA AKAL TOLONG RUNGKAI….
ADA BLOG TOLONG SOKONG APA ABE LAPOR INI……
PERLEMBAGAAN TETAP PERLEMBAGAAN
MELAYU TETAP MELAYU SELAGI KITA TAK JADI “MELAYAU”
MELAYAU TETAP SASAU, MELAYAU TERUS MERAYAU2….
TANPA FOKUS DAN JATIDIRINYA…..
KESIAN MANUSIA BERBANGSA “MELAYAU.”
SEBAB BANGSA MELAYAU…TAK DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN.

5 comments so far

  1. songkokhitam on

    Ada benarnya tegahan orang tua dulu yang melarang anaknya bersekolah Inggeris, kerana bimbang jadi Inggeris. Buktinya banyak yang dah jadi Inggeris, antaranya PWTC, UMNO, KLIA, PLUS dan banyak lagi.

    Kesan tinggalkan Jawi, budaya beragama menjadi lemah. Tulisan al-Quran tidak menjadi kebanggaan. Kerana pendirian Melayu itu belum utuh lalu mudah bertukar arah.

    Belajar bahasa Inggeris atau bahasa lain tidak salah, yang salah melupakan bahasa sendiri lalu bahasa lain pula dibangga-bangga dan ditonjol-tonjolkan. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa tak berjiwa…

  2. Museum Exhibits on

    saya bimbang bila baca blog ini

  3. YAZID on

    DATO’ MOHD NOOR ABDULLAH, MANTAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SEMASA BENTANGKAN HUJAHNYA DI SESSI AKHIR TAKLIMAT ISU2 SEMASA BERTAJUK ” HAK MELAYU ISTIMEWA, HAK KAUM LAIN TERPELIHARA” DI KEMENTERIAN PENERANGAN PADA 12/12/08 TELAH SETUJU DENGAN PENDAPAT SUPAYA RTM MENGADAKAN PROGRAM SETIAP HARI MENGENAI BICARA PERLEMBAGAAN SEPERTI BICARA MUFTI BAGI MENANGANI KEJAHILAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP PERRLEMBAGAAN NEGARA.
    Terus terang saya katakan ucapan pemimpin-pemimpin umno/BN ibarat menjalak bukit,bukit tak runtuh diri sendiri kepenatan.apalah gunanya melaungkan slogan hidup melayu,apalah gunanya mempertahankan hak melayu jika orang melayu sendiri mengaut segala kekayaan bumi malaysia untuk diagih-agihkan sesama mereka BN.Arwah shaharum bin abu bakar no tentera T88582 telah berperang bersama-sama tentera british bagi menghancurkan penganas komunis adalah ayah saya dan saya mengikut jejak langkah beliau menganggotai tentera,walaupun saya hanya berkhidmat selama 15 tahun tanpa berpencen kerana ingin menceburi bidang perniagaan,apa yang saya dapat,semua kita sedia maklum di kroh dan sekarang pengkalan hulu dulu adalah kawasan hitam,arwah bapa mertua saya telah membuka kedai di tanah rizap kerajaan sejak tahun 80an dan beliau juga adalah anggota polis hutan,apa yang mengeciwakan saya saban tahun permohonan dihantar namun jawaban yang diterima amat mendukacitakan,siapakah yang memberikan jawaban tersebut tak lain tak bukan itulah pemimpin umno/BN bangsa melayu.Orang cina,orang india,orang yang mohon kayu balak semuanya dapat sebab kuat menyokong pemimpin-pemimpin melayu ini.Pemimpin-pemimpin umno/BN macam cerita musang berjanggut kata tok nikah kahwin undang-undang mereka yang cipta,orang lain tak boleh dapat mereka boleh itulah perangai pemimpin sekarang lepas itu teria macam serigala hidup melayu,hidup umno…dalam keadaan sekarang ini biar mati melayu,mati umno agar kita kita berkecil hati dan rasa terpinggir

  4. mm2h on

    aku rasa dunia dah nak terbalik

  5. CAPTBOKKHARI on

    CHIN PENG PUN NASIB BAIK. PENCEN DAPAT. TANAH DAPAT KAT KG MUHIBAH. ASKAR MACAM AKU TANAH SEKANG KANG KERA PUN TAK DAPAT. UMNO AJK BIASA MINTA DAPAT.APA PEMIMPIN NAMPAK. SOKONG PEMBANGKANG MARAH, MELAYU MUDAH LUPA. AGIH KAT KRONI…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: