RAMLAN REFORMIS BERJUANG DEMI RAKYAT

BOGELKAN BANG JANGAN TAK BOGEL

BOGELKAN BANG JANGAN TAK BOGEL


BIASALAH MELAYU KALAU TAK FITNAH DAN DENGKI BUKAN MELAYU NAMANYA….

REFORMIS IKUT LAPORAN INI ADALAH PEJUANG RAKYAT SEPERTIMANA WAWASAN ASAL PAK SYEIKH ANUAR. OLEH ITU KATA RAMLAN REFORMIS KEPADA TOMAHAN KEPADANYA:

“Tuduhan (minta projek) itu tidak berasas. Kalau hendak duit, saya fokus meniaga sahaja, tidak perlu fikir perkara lain,” katanya.

HMMM… BETUL JUGAK KEPALA OTAK PENGASAS PEMBOGEL NEGARA NI. KALAU SOKONG PKR DAN AMPU HABIS2 TENTU BANG LAN DAPAT BANYAK LAGI. DIAM SAJA MACAM TIKUS JATUH KE BERASKAN BANG….

BUAT APA NAK GADUH2 DAN KACAU2. DAN NAK BOGEL PULAK. KITA MELAYU DAN ORANG ISLAM… TENTU TAK ELOK KAN KALAU DILIHAT DALAM SUDUT APA PUN. KALAU BOGEL PUN MELAYU NI TAK NAMPAK BANG……KECUALI ADA TEKNIKAL KHAS ATAU SUPER EFFECT TAK TAULAH ABE….

MAKA BACA DAN BUATLAH KEPUTUSAN DAN JADILAH HAKIM SENDIRI. KESIAN BANG LAN KETIKA SUSAH KITALAH…WAKTU SENANG WORANG LAIN DAPAT SUSU DAN MADUNYA.

LAPORAN DARI MALAYSIAKINI:
Reformis: Bukan kerana S’gor tolak permohonan kami
Jimadie Shah Othman | Dec 17, 08 7:34pm
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) – dikenali dengan “skuad berani bogelnya” dan lantang mengkritik kerajaan Selangor – mengakui permohonannya untuk mendapatkan kawasan berniaga pernah ditolak oleh kerajaan negeri.

Ramlan Abu Bakar bagaimanapun bertegas penolakan itu bukanlah penyebab Reformis mengecam hebat kepemimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ingin melancarkan “perang bogel” terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menambah, permohonan itu tidak dibuat atas namanya, sebaliknya mewakili sebuah perkumpulan penjaja yang dipengerusikannya, Persatuan Usaha-usaha Peniaga Kuala Lumpur.

reformis president ramlan abu bakar juga menegaskan, permohonan tapak berniaga di Shah Alam dan Klang juga dibuat mengikut prosedur di dua pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit dan bukannya “ikut pintu belakang”.

Setiausaha penaja Reformis, Zairi Jantan kelmarin mendakwa, tindakan Ramlan itu – seorang pengusaha tempat letak kenderaan di Sentul – disyaki bersifat peribadi kerana permohonan projeknya dengan kerajaan Selangor tidak mendapat balasan.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ramlan sekali lagi menegaskan perjuangan Reformis membela rakyat miskin di Selangor merupakan perjuangan berteraskan prinsip.

“Tuduhan (minta projek) itu tidak berasas. Kalau hendak duit, saya fokus meniaga sahaja, tidak perlu fikir perkara lain,” katanya.

Beliau mendakwa, sepanjang menyertai PKR sejak ia ditubuhkan pada 1999 (waktu itu dikenali Parti Keadilan Nasional), beliau telah menyumbang banyak wang untuk membantu parti itu.

Ramlan pernah memegang jawatan bendahari bahagian Bukit Bintang.

Ditanya tentang pergolakan dalaman Reformis, Ramlan berkata, penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak bertelagah – beliau dan barisan exconya yang tidak berpuas hati – adalah membawa haluan masing-masing.

Namun, tambahnya, jenama “Reformis” merupakan hak beliau jika dilihat sejarah penubuhannya Julai 2007.

“Jangan curi, jangan rompak. Ingat siapa beli (tubuhkan) ‘produk’ (persatuan) itu?” katanya.

Sembilan exco Reformis – termasuk timbalan presiden penaja Badrul Hisham Mohd Hanafiah dan setiausahanya Zairi Jantan – mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Ramlan awal bulan ini dengan alasan “menyerang secara peribadi” Abdul Khalid dan tidak merujuk pandangan mereka.

Tidak puas hati dengan tindakan itu, Jumaat lepas, Ramlan dakwa telah memecat enam exconya – termasuk Badrul Hisham dan Zairi – dan digantikan dengan barisan kepimpinan baru.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan barisan baru itu.

Barisan exco yang bersama Badrul Hisam hari ini dijadualkan bermesyuarat membincangkan tindakan disiplin kepada bosnya itu.

Keputusan mesyuarat akan diumumkan dalam satu sidang media Jumaat ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: