Archive for January, 2009|Monthly archive page

PERPADUAN MALAYSIA “GONG XI FA CHAI”



ox2

Advertisements

GONG XI FA CHAI

1-ox1
ox1

      GONG XI FA CAI

      2009 YEAR OF THE OX

      “PERPADUAN ASAS KEGEMILANGAN MALAYSIA”

ANTARA ISLAM REVOLUSI TALIBAN PAS VS EVOLUSI ISLAM ASIMILASI UMNO







MENANG PAS DI P036 KT BUKAN UNDI HANTU?






MENANGNYA PAS DI P036 MAKA SUBURLAH DAJAL & HANTU FITNAH JUAL ISLAM

NAK MENANG PENGUNDI ATAS PAGAR DAN TAK TERKESAN….PATUT TIADA

MUNGKIN TULISAN DI BAWAH BOLEH MEMBAYANGKAN ISI HATI ABE YANG TERLALU BERAT SECARA MOTIVASINYA UNTUK TERIMA KENYATAAN BAHAWA WAN FARID BN TERSUNGKUR DI KERUSI PARLIMEN KUALA TERENGGANU YANG TELAH DIMENANGI OLEH BN PADA PR UMUM MAC 2008 YANG LALU.

APA TIDAKNYA KT SEBAGAI PUSAT PENJANAAN TAMADUN ISLAM BARU SECARA HADHARI TELAH MEMILIH WAKILNYA YANG MENENTANG SEGALA REFORMASI PEMBANGUNAN SECARA ISLAM DI KT. APA HEBATNYA PAS YANG HANYA KEMUKAKAN “HARAPAN KOSONG RAKYAT TERENGGANU.” MAKNANYA SEKIRANYA RAKYAT KT TOLAK BN MAKA BERERTINYA RAKYAT TERENGGANU TOLAK IDEA BAGI MENJADIKAN TERENGGANU SEBAGAI HUB TAMADDUN ISLAM BARU DUNIA YANG BERMULA DI KUALA TERENGGANU.

ITULAH KUASA RAKYAT MELALUI UNDI. KEKADANG MENGUNDI DENGAN EMOSI DAN MARAH AKIBAT AYAT2 SYAITAN BIN IBLIS TIDAK AKAN MEMBERI APA2 FAEDAH KEPADA IMPAK ATAU OUTPUT KEPADA DEMOKRASI ITU SENDIRI. TAPI ITULAH POLITIK DI MANA PAS BOLEH MENJUNJUNG DAP KAPIR HARBI TAPI TOLAK HASRAT UMNO UNTUK MUQABALLAH BAGI TUBUHKAN KERAJAAN CAMPURAN BN-PAS.

HMMMM… APO NAK DIKATO….. UNDI PAS MAKA MELEPASLAH, UNDI UMNO PULAK BARU ADA MAKNO…..AAAAHHHHHHHHH.

BETULKAH PANDANGAN ABE NI… UMNO/BN TAK AKAN BERJAYA TUKAR SIKAP PENGUNDI KELABU KE PUTIH DALAM 11 HARI MERAYU UNDI. MAKNANYA UMNO/BN KENA ADAKAN PROGRAM MERAYU UNDI SEBILANG MASA SELAMA 5 TAHUN SECARA 24 JAM…. KALAU NAK MENANG LAH…….

UMNO/BN JUGA KENA AMBIL ORANG ATAS PAGAR YANG RAMAI TU SUPAYA MASUK DALAM PAGAR UMNO/BN DAN HENDAKLAH DIKUNCI KUAT2 SELAMA2NYA. KEMUDIAN ORANG TAK DAPAT DIKESAN PERLU TERKESAN SAMAADA DIA AKAN KELUAR MENGUNDI ATAU TIDAK. SEBAB DI KAMPONG TU ADA SAUDARA MARA DAN SAHABAT YANG KENAL DIA. MAKA BUDAYA RAMAI ATAS PAGAR DAN PENGUNDI TAK DAPAT DIKESAN NI PATUT DINYAHKAN DALAM KAMUS OPERASI UMNO/BN.

NAK BUAT MACAMANA? ABE SANGUP BENTANG KERTAS KERJA SEKIRANYA DIPERLUKAN DEMI JIHAT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR MALAYSIA. TAK NAK? YA… TAK APA2 KOK……

BACA KUNCI MEMPERKASAKAN UMNO/BN DALAM SETIAP MEDAN PILIHANRAYA DI MALAYSIA…….

“Satu lagi perubahan yang boleh dilakukan ialah tidak lagi mengamalkan politik membuat pengumuman mengenai pelan pembangunan atau projek semasa pilihan raya. ‘Upah’ mengejut kepada rakyat sudah tidak boleh diterima. Mereka menerima pembangunan tetapi ia tidak mampu mengubah fikiran menyokong parti lawan.

BN tidak boleh lagi berpeluk tubuh, ia perlu melakukan sesuatu bagi menentukan nasib UMNO seterusnya BN pada hari-hari berikutnya.”
(PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 19 JANUARI 2009)

DIPETIK DARI UTUASAN MALAYSIA 19 JANUARI 2009.

TAJUK :BN selepas Mac 2008, dua pilihan raya kecil

PAKATAN pembangkang berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat apabila calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. Dan bagi Barisan Nasional (BN), ini kekalahan kedua dalam pilihan raya kecil selepas tewas di Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Bagaimanapun, Permatang Pauh memang milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pilihan raya kecil diadakan hanya untuk memberi laluan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang bagi mengejar impian membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September lalu.

Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna BN ditolak sekali lagi melalui pilihan raya kecil sementara PKR dan Pas membuktikan pengaruh mereka selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu. Pengaruh terhadap BN pula nyata merosot.

Di Permatang Pauh, PKR berjaya menambah 857 undi berbanding BN yang kehilangan 1,426 undi. Ketika Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanding mempertahankan kerusi itu pada 2008, beliau memperoleh 30,338 undi berbanding Pirdaus Ismail dari BN yang mendapat 16,950 undi. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil, Anwar memperoleh 31,195 undi sementara Arif Shah (BN) mendapat 15,524 undi.

Dalam pilihan raya kecil Sabtu lalu, Pas memperoleh 32,883 undi – meningkat 949 undi berbanding Mac lalu, 31,934 undi. BN pula mendapat 30,252 undi berbanding 32,562 undi (2008) – hilang 2,310 undi.

Jelaslah, dua pilihan raya kecil di kawasan majoriti Melayu ini menyaksikan kemerosotan sokongan kepada BN. Apakah maknanya ini?

Bukanlah kejutan apabila calon Pas menang tetapi yang menjadi kejutan ialah majoriti undi. Kejutan mengenai majoriti ini pula ada dua.

Pertama majoriti dimenangi Pas lebih besar berbanding kemenangan BN pada Mac lalu. Kejutan kedua, seperti kata seorang sahabat yang turut mengundi Sabtu lalu ialah Pas sebenarnya boleh menang lebih besar.

Banyak analisis yang dibuat mengenai kemenangan calon Pas ini dan tentunya yang paling popular ialah mengenai calon itu sendiri. Begitu juga di Permatang Pauh.

Calon menjadi faktor kemenangan. Tidak dinafikan kejayaan PKR dan Pas pada dua pilihan raya kecil ini adalah disebabkan calon yang diturunkan lebih berpengalaman berbanding calon BN.

Diselak kembali pengalaman calon-calon PKR dan Pas ini, ternyata, mereka berpengalaman luas berbanding lawan masing-masing.

Mohd. Abdul Wahid misalnya ialah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam yang mendekati rakyat selama lima penggal. Beliau pernah menjadi Exco kerajaan negeri semasa pemerintahan Pas.

Memang benar kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa Pas tidak tersilap memilih Mohd. Abdul Wahid sebagai calonnya.

Kata Abdul Hadi: “Kalau dia tak bagus, tentu orang tak pilih dia.”

Sebagai orang lama, Mohd. Abdul Wahid lebih dikenali berbanding calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang bertugas di Pusat.

Menurut laporan Bernama, seorang penduduk dari Kubang Parit dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam berkata, Mohd. Abdul Wahid amat dekat di hati pengundi.

“Dia selalu turun tengok orang kampung tanya khabar, belanja makan dan berborak, ” katanya.

Rosli Kasim, 47, juga seperti dilaporkan Bernama berkata, calon Pas itu aktif melawat kampung.

“Kita suka dia sebab dia tidak bezakan taraf dia dengan kita… boleh duduk bersama, bergurau dan kalau rajin, dia mari ke rumah. Pemimpin macam ini kita nak,” katanya.

Begitulah jika dilihat dari sudut calon Pas. Bagaimana pula dengan calon BN? Mungkin Wan Farid ‘orang baru’ berbanding Abdul Wahid. Dan jika dari sudut ini, maka sudah sewajarnya kelebihan memihak kepada Abdul Wahid.

Jika calon menjadi faktor, maka pada masa akan datang, BN perlu bijak memilih calon yang disukai semua kaum dan berpengaruh di- bahagian tidak kira siapa dia. Tidak semestinya ketua bahagian sahaja berpengaruh kerana pertandingan di peringkat bahagian belum tentu bersih malahan mungkin dipengaruhi politik wang.

Mungkin ketua cawangan yang tidak ghairah bertanding di bahagian atau tidak berkeupayaan ‘membeli undi’ adalah orang yang lebih dekat dengan orang ramai.

Setiap ahli pula perlu mempunyai semangat bersatu teguh, bercerai roboh dalam apa keadaan sekali pun, bukannya untuk kepentingan diri.

Apa pun alasan yang diberi berikutan kekalahan BN ini, UMNO perlu ‘berubah’. Selain soal calon, carilah sebab musabab kenapa orang muda gagal memberi sokongan. Bagaimana nasib UMNO andainya orang muda ini tidak akan berubah pada pilihan raya umum akan datang? Selama mana mahu mengharapkan orang lama?

Justeru, pengundi muda perlu didekati. Kaji dan selidiki adakah di peringkat bahagian masih berlaku dendam, sabotaj terhadap pemimpin tertentu kerana tidak terpilih sebagai calon dan sebagainya sehingga mereka memainkan peranan mengalihkan sokongan ahli-ahli kepada parti pembangkang, tidak keluar mengundi atau merosakkan kertas undi.

Satu lagi perubahan yang boleh dilakukan ialah tidak lagi mengamalkan politik membuat pengumuman mengenai pelan pembangunan atau projek semasa pilihan raya. ‘Upah’ mengejut kepada rakyat sudah tidak boleh diterima. Mereka menerima pembangunan tetapi ia tidak mampu mengubah fikiran menyokong parti lawan.

BN tidak boleh lagi berpeluk tubuh, ia perlu melakukan sesuatu bagi menentukan nasib UMNO seterusnya BN pada hari-hari berikutnya.

SELAMAT MENGUNDI DENGAN BIJAKSANA KERANA ALLAH

dsc00384dsc00738dsc00735dsc00458
dsc00454

DARI MINDA RAMLYOTAI.BLOGSPOT.COM…….
SELAMAT MENGUNDI DENGAN BIJAKSANA KERANA ALLAH

HMMM… SELAMAT MENGUNDI DAN SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK SERTA HIDAYAH. ANDA MENGUNDI DAPAT PAHALA BILA NYAHKAN BISIKAN IBLIS BIN SYAITAN….DARI HATI, KE MATA DAN TERUS MEMANGKAH…….

APA DETIK SUARA HATI? DENDAM? MARAH? DENGKI? BENCI? ATAU PASRAH KERANA ALLAH?

APA PUN P036 KUALA TERENGGANU….KAU AJAR AKU ERTI SEBUAH SENYUM, PRIHATIN DAN BAIKSANGKA ANTARA KITA….YANG ALLAH CIPTAKAN SEBAGAI MANUSIA YANG PUNYAI AKAL BUDI YANG TINGGI…LEBIH TINGGI DARJAT KITA DARIPADA HAIWAN… TINGGI DARI IBLIS BIN SYAITAN…… MAKA MEMANGKAHLAH DENGAN SABAR dan maklumat sahih yang cukup diminda………………………hmmm klik saja sini:

http://1ganukita.blogspot.com/

Posted by OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) at 4:19 AM 0 comments
Labels: SELAMAT MENGUNDI DENGAN BIJAKSANA KERANA ALLAH
TERENGGANU GENERASI

GURINDAM “TERENGGANU KITE”

dsc00323dsc00337dsc00333dsc00329
dsc00328dsc00718Saturday, January 17, 2009
GURINDAM TERENGGANU DARUL IMAN

(FOTO SALEEM IKHLIM NYANYI MOTIVASI “TERENGANU KITE” SEBAGAI UMAT MAJU DAN KEDEPAN SERTA TERBILANG DI DUNIA DI DATARAN SYAHBANDAR KT PADA MALAM 14 JANUARI)

SEBELUM DAKU MEMBUAT CORETAN TERAKHIR BAGI MELANGKAH DARI BUMI BERTUAH DAN PEMIMPIN DIRAHMATI ALLAH…..TERENGGANU DARUL IMAN KE KUALA LUMPUR. AKU NAK DAN BERHAK BERPESAN KERANA KAU TERENGGANU YANG PERNAH DEWASAKAN AKU SEKITAR 1990AN YANG LALU. KAU TANAH BERTUAH PALING HARMONI DAN TERCANTIK WAJAHNYA DENGAN HIASAN PANTAI SERTA PEPULAU YANG TERCANTIK DI DUNIA…..

AKU NAK BERPESAN…KAU TERENGGANU BANGUNLAH DENGAN TAMADUN MELAYU ISLAM TERBAIK DAN TERNAMA DI DUNIA….CIPTALAH SEJARAH GEMILANG DAN TERBILANG DI GLOBAL. JANGANLAH BUMI INI DISIRAMI AYAT2 SYAITAN BIN IBLIS…..HINDARKAN UMATNYA DIMURKAI ALLAH KERANA BERGADUH SESAMA SEBANGSA DAN SEISLAM KERANA 3P IAITU POKET, PANGKAT DAN PERUT……

ALLAH JAUHI TABIAT HAMAS DAN FATAH YANG DIADUDOMBA DAN DILAGA2KAN… SERTA GENERASI MUDANYA DISYAITANKAN DENGAN PEMIKIRAN GLOBALYAHUDISIASI ATAS DASAR REFORMASI DAN LIBERALISASI… SAMARATA, ADIL DAN SEMUA SAMA TANPA FAKTA SEJARAH YANG BETUL@SAHIH…ALL FOR ONE AND ONE FOR ALL. TIADA BEZA MALAM DAN SIANG. TIADA BEZA DEPAN DAN BELAKANG. TIADA BEZA JANTAN DAN BETINA…

ALLAH JANGAN JADIKAN TERENGGANU KITE SEBAGAI MEDAN TEMPUR PELESTIN KE 2….YA ALLAH MAKBULKAN DOA AKU….

DAN BUKALAH PINTU HATI SAUDARAKU MASTERMAID DAN GEDEBER SERTA SITI FATIMAH SI SRI KANDI TINO DARI KELATE SUPAYA JANGAN PALITKAN “KELANTANISASI” DI TERENGGANU….

APA LEBIHNYA KELANTAN KALAU BANDING DENGAN TERENGGANU YANG MENUJU KERAJAAN MELAYU ISLAM TERBILANG DI DUNIA? MENGAPA ORANG TERENGGANU NAK BERGURU DENGAN ORANG KELANTAN YANG SEPATUTNYA BELAJAR DENGAN ORANG TERENGGANU……..DULU 1960AN YA….TAPI SEKARANG TIDAK LAGI.

BUKAN OTAI NAK BURUKKAN ATAU HINA KELANTAN…JAUH SEKALI DEMI ALLAH…… TAPI BERKATA BENARLAH KAMU WALAUPUN PAHIT…………..

BUKTINYA LIHATLAH TOK BALI… PUSAT PERANGINAN KELANTAN DARUL NAIM NI…….BUI PITIH AMBI KO? ATAU LAGU SERBA SALAH TOK GURU NIK AZIZ YANG DIUBAHSUAI JADI “GURIDAM RASUAH OH RASUAH?”
TOK GURU GURINDAMKAN “KELANTAN OH KELANTAN” DI PANTAI TOK BALI……..BALIK MAJUKAN KELANTAN SUPAYA SETARAF TERENNGANU…. BALIK LAH JANGAN DOK NGACAR NEGERI ORANG……JANGAN MARI DOK GURINDAM SERBA SALAH DI TERENGGANU KERANA KELANTAN LEBIH PARAH DAN SERBA LELAH…………
NAK TANYA MANA “100 FAKTA KELANTAN” TU SUPAYA SELANGOR, PERAK, KEDAH DAN PENANG WAJIB BUAT…TEGAKKAN ISLAM DI BUMI MEREKA. MAKA GURINDAMKAN JUGA LAGU SERBA SALAH TOK GURU DI NEGERI BERKENAAN YANG TERUK DAN LELAH MEMIKUL “PAKATAN ROYAK” YANG SEMAKIN TERKOYAK……….

SIAPA YANG SERBA SALAH… DAN SIAPA YANG BERSALAH KEPADA UMAT MELAYU ISLAM?
ORANG TERENGGANU ATAU ORANG KELANTANG?
TOLONG GURINDAMKAN TOK GURU!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) at 4:54 AM 0 comments
Labels: GURINDAM TERENGGANU DARUL IMAN
SELAMAT MENGUNDI DENGAN

SIAPA BAGI DUIT DAN 3P DI PR KECIL KT?

dsc00632dsc00494

HARI NI DUA KALI KE MASJID LADANG DI KT. PAGINYA PERGI MANDI DI MASJID TU YANG MASIH DALAM PEMBAIKIAN.

TENGAHARI, BIASALAH HARI INI 16 JANUARI ADALAH ORANG ISLAM SEMBAHYANG JUMAAT.

DUA PERKARA YANG SAMA IAITU SEMASA MANDI PAGI ABE JUMPA BEBUDAK LELAKI MUDA KELANTAN DALAM 20AN. COMEL LAH ORANG KELANTAN KATAKAN….NAMPAK GEDEBER JUGA DAN TUBUH PUN NAMPAK TEGAP. NYATA MEREKA NI ANAK ORANG PAS TAPI TAK PAKAI CARA PAS…MODEN DAN CARA PAKAI MACAM AZNIL ATAU AZWAN PULAK….ADA RUPA CICAKMAN PUN ADA. NAMUN PAKAI BAJU T TERTULIS “PAS UNTUK SEMUA.” NYATA ABE DAH KETINGGALAN KERANA GENERASI MUDA PAS DAH MODEN…ERDOGAN LAH…..BUKAN MACAM USTAZ DI KAMPUNG… MUNGKIN MEREKA NI SAINTIS, PEGUAM, JURUTERA, DOKTOR DLL. MUNGKIN KERANA DEB MEREKA DAPAT BELAJAR DENGAN BIASISWA KERAJAAN KE LUAR NEGARA…..GENERASI NETIZEN….MEREKA BUKAN MELAYU ELIT ATAU MELAYU BARU YANG DEB SIFATNYA….NYATA MEREKA ERDOGAN DAN ANUARISASI, REFORMASI DAN LIBERALISASI RUPANYA.

HHMMM MASA ABE BEBUDAK DULU PEMUDA PAS BERJANGGUT, BERKOPIAH, JUBAH, IMEJ KAMPONG DLL…TAPI SEKARANG SANGAT BERFESYEN… MACAM PERAGAWAN ATAU MODELLING…..
INILAH YANG DIKATAKAN PAS BERUBAH KOT….SEBAB TU LAH SI WAHID DAH MACAM PLAYBOY……….

KEDUANYA SEMASA SEMBAHYANG JUMAAT ABE SEKALI LAGI JUMPA RAMAI ORANG TUA DAN DEWASA GEDEBER KELANTAN DI MASJID LADANG. POK JAK RANTAU PANJANG PUN ADA NAMPAKNYA. SEMUA KERETA MEREKA BERBUNGKUS BENDERA BULAN PAS…..HIJAU. NAMPAKNYA MEREKA TU DOK BACA AMANAT TOK GURU NIK AZIZ YANG DIEDARKAN……..

MAKA ABE HAIRAN… PR KT NI UNTUK ORANG KELANTAN KE?

RAMAINYA ORANG GEDEBER KELANTAN DATANG UNTUK MEMBANTU DI SINI SEOLAH2 PR KECIL DI KELANTAN PULAK. INI CAMPURTANGAN KELANTAN DALAM POLITIK TERENGGANU NI……
TERFIKIR JUGA APA ISTIMEWA ORANG KELANTAN NAK AJAR ORANG TERENGGANU YANG LEBIH KEDEPAN DALAM SEGALA HAL MULAI 1990 DULU….KELANTAN DAH KETINGGALAN JAUH DAH….
TAK USAH PERGI JAUH… MASJID DAN KARPET TEBAL DI MASJID LADANG NI PUN TAK ADA DI KELANTAN…..
MAKA ADAKAH TERENGGANU YANG MENUJU MENCIPTA TAMADDUN ISLAM TERBAIK DI DUNIA KENA UNDUR KEBELAKANG DENGAN POLITIK POLEK2 TEK NIK AZIZ?

OLEH ITU PATUT ORANG TERENGGANU TAK TERIMA DAN TOLAK CAMPURTANGAN GEDEBER PAS KELANTAN NI….ORANG TERENGGANU PUN ADA TELOR DAN BOLEH BERFIKIR DEMI MASADEPAN MEREKA….TAK PAYAH ORANG KELANTAN AJARLAH UNTUK UNDUR KE BELAKANG SEBAB ORANG TERENGGANU DAH TOLAK PAS 2004 LALU.

LAGI PUN KHUTBAH JUMAAT HARI INI MINTA KITA BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN KERANA BERJAYA MEMAJUKAN TERENGGANU DAN NEGARA. DAN DIPESAN PADA SLIDE:
” PILIHLAH DENGAN BIJAK UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YANG SEJAHTERA.”

BUKANNYA AJAR TAK BERSYUKUR DAN RASUAH SEPERTI “BUI KAIN PAKAI, BUI PITIH AMBIK, BUI APA PUN AMBIK TAPI PANGKAH BULAN….”

DAN KERANA NAK HALALKAN POLITIK 3P (PERUT, POKET, PANGKAT) PAS SEKARANG DALAM MEMBELI UNDI MAKA TG NIK AZIZ BUAT GURINDAM RASUAH DARI MELODI LAGU SERBA SALAH….YANG DINYAYIKAN ANUAR DALAM PERHIMPUNAN AGUNG PKR LALU UNTUK TAK JAWAP ISU 16 SEPTEMBER.

BILA BERKUASA…ZALIM, JADI PEMBINASA DAN PEMUSNAH

masihkah-ka-ingat-no-2masihkah-ka-ingat

UNTUK NIKMATI PERSEMBAHAN SLIDE “MASIHKAH KAU INGAT” SILA KE:
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8242