NAK MENANG PENGUNDI ATAS PAGAR DAN TAK TERKESAN….PATUT TIADA

MUNGKIN TULISAN DI BAWAH BOLEH MEMBAYANGKAN ISI HATI ABE YANG TERLALU BERAT SECARA MOTIVASINYA UNTUK TERIMA KENYATAAN BAHAWA WAN FARID BN TERSUNGKUR DI KERUSI PARLIMEN KUALA TERENGGANU YANG TELAH DIMENANGI OLEH BN PADA PR UMUM MAC 2008 YANG LALU.

APA TIDAKNYA KT SEBAGAI PUSAT PENJANAAN TAMADUN ISLAM BARU SECARA HADHARI TELAH MEMILIH WAKILNYA YANG MENENTANG SEGALA REFORMASI PEMBANGUNAN SECARA ISLAM DI KT. APA HEBATNYA PAS YANG HANYA KEMUKAKAN “HARAPAN KOSONG RAKYAT TERENGGANU.” MAKNANYA SEKIRANYA RAKYAT KT TOLAK BN MAKA BERERTINYA RAKYAT TERENGGANU TOLAK IDEA BAGI MENJADIKAN TERENGGANU SEBAGAI HUB TAMADDUN ISLAM BARU DUNIA YANG BERMULA DI KUALA TERENGGANU.

ITULAH KUASA RAKYAT MELALUI UNDI. KEKADANG MENGUNDI DENGAN EMOSI DAN MARAH AKIBAT AYAT2 SYAITAN BIN IBLIS TIDAK AKAN MEMBERI APA2 FAEDAH KEPADA IMPAK ATAU OUTPUT KEPADA DEMOKRASI ITU SENDIRI. TAPI ITULAH POLITIK DI MANA PAS BOLEH MENJUNJUNG DAP KAPIR HARBI TAPI TOLAK HASRAT UMNO UNTUK MUQABALLAH BAGI TUBUHKAN KERAJAAN CAMPURAN BN-PAS.

HMMMM… APO NAK DIKATO….. UNDI PAS MAKA MELEPASLAH, UNDI UMNO PULAK BARU ADA MAKNO…..AAAAHHHHHHHHH.

BETULKAH PANDANGAN ABE NI… UMNO/BN TAK AKAN BERJAYA TUKAR SIKAP PENGUNDI KELABU KE PUTIH DALAM 11 HARI MERAYU UNDI. MAKNANYA UMNO/BN KENA ADAKAN PROGRAM MERAYU UNDI SEBILANG MASA SELAMA 5 TAHUN SECARA 24 JAM…. KALAU NAK MENANG LAH…….

UMNO/BN JUGA KENA AMBIL ORANG ATAS PAGAR YANG RAMAI TU SUPAYA MASUK DALAM PAGAR UMNO/BN DAN HENDAKLAH DIKUNCI KUAT2 SELAMA2NYA. KEMUDIAN ORANG TAK DAPAT DIKESAN PERLU TERKESAN SAMAADA DIA AKAN KELUAR MENGUNDI ATAU TIDAK. SEBAB DI KAMPONG TU ADA SAUDARA MARA DAN SAHABAT YANG KENAL DIA. MAKA BUDAYA RAMAI ATAS PAGAR DAN PENGUNDI TAK DAPAT DIKESAN NI PATUT DINYAHKAN DALAM KAMUS OPERASI UMNO/BN.

NAK BUAT MACAMANA? ABE SANGUP BENTANG KERTAS KERJA SEKIRANYA DIPERLUKAN DEMI JIHAT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR MALAYSIA. TAK NAK? YA… TAK APA2 KOK……

BACA KUNCI MEMPERKASAKAN UMNO/BN DALAM SETIAP MEDAN PILIHANRAYA DI MALAYSIA…….

“Satu lagi perubahan yang boleh dilakukan ialah tidak lagi mengamalkan politik membuat pengumuman mengenai pelan pembangunan atau projek semasa pilihan raya. ‘Upah’ mengejut kepada rakyat sudah tidak boleh diterima. Mereka menerima pembangunan tetapi ia tidak mampu mengubah fikiran menyokong parti lawan.

BN tidak boleh lagi berpeluk tubuh, ia perlu melakukan sesuatu bagi menentukan nasib UMNO seterusnya BN pada hari-hari berikutnya.”
(PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 19 JANUARI 2009)

DIPETIK DARI UTUASAN MALAYSIA 19 JANUARI 2009.

TAJUK :BN selepas Mac 2008, dua pilihan raya kecil

PAKATAN pembangkang berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat apabila calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. Dan bagi Barisan Nasional (BN), ini kekalahan kedua dalam pilihan raya kecil selepas tewas di Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Bagaimanapun, Permatang Pauh memang milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pilihan raya kecil diadakan hanya untuk memberi laluan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang bagi mengejar impian membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September lalu.

Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna BN ditolak sekali lagi melalui pilihan raya kecil sementara PKR dan Pas membuktikan pengaruh mereka selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu. Pengaruh terhadap BN pula nyata merosot.

Di Permatang Pauh, PKR berjaya menambah 857 undi berbanding BN yang kehilangan 1,426 undi. Ketika Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanding mempertahankan kerusi itu pada 2008, beliau memperoleh 30,338 undi berbanding Pirdaus Ismail dari BN yang mendapat 16,950 undi. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil, Anwar memperoleh 31,195 undi sementara Arif Shah (BN) mendapat 15,524 undi.

Dalam pilihan raya kecil Sabtu lalu, Pas memperoleh 32,883 undi – meningkat 949 undi berbanding Mac lalu, 31,934 undi. BN pula mendapat 30,252 undi berbanding 32,562 undi (2008) – hilang 2,310 undi.

Jelaslah, dua pilihan raya kecil di kawasan majoriti Melayu ini menyaksikan kemerosotan sokongan kepada BN. Apakah maknanya ini?

Bukanlah kejutan apabila calon Pas menang tetapi yang menjadi kejutan ialah majoriti undi. Kejutan mengenai majoriti ini pula ada dua.

Pertama majoriti dimenangi Pas lebih besar berbanding kemenangan BN pada Mac lalu. Kejutan kedua, seperti kata seorang sahabat yang turut mengundi Sabtu lalu ialah Pas sebenarnya boleh menang lebih besar.

Banyak analisis yang dibuat mengenai kemenangan calon Pas ini dan tentunya yang paling popular ialah mengenai calon itu sendiri. Begitu juga di Permatang Pauh.

Calon menjadi faktor kemenangan. Tidak dinafikan kejayaan PKR dan Pas pada dua pilihan raya kecil ini adalah disebabkan calon yang diturunkan lebih berpengalaman berbanding calon BN.

Diselak kembali pengalaman calon-calon PKR dan Pas ini, ternyata, mereka berpengalaman luas berbanding lawan masing-masing.

Mohd. Abdul Wahid misalnya ialah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam yang mendekati rakyat selama lima penggal. Beliau pernah menjadi Exco kerajaan negeri semasa pemerintahan Pas.

Memang benar kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa Pas tidak tersilap memilih Mohd. Abdul Wahid sebagai calonnya.

Kata Abdul Hadi: “Kalau dia tak bagus, tentu orang tak pilih dia.”

Sebagai orang lama, Mohd. Abdul Wahid lebih dikenali berbanding calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang bertugas di Pusat.

Menurut laporan Bernama, seorang penduduk dari Kubang Parit dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam berkata, Mohd. Abdul Wahid amat dekat di hati pengundi.

“Dia selalu turun tengok orang kampung tanya khabar, belanja makan dan berborak, ” katanya.

Rosli Kasim, 47, juga seperti dilaporkan Bernama berkata, calon Pas itu aktif melawat kampung.

“Kita suka dia sebab dia tidak bezakan taraf dia dengan kita… boleh duduk bersama, bergurau dan kalau rajin, dia mari ke rumah. Pemimpin macam ini kita nak,” katanya.

Begitulah jika dilihat dari sudut calon Pas. Bagaimana pula dengan calon BN? Mungkin Wan Farid ‘orang baru’ berbanding Abdul Wahid. Dan jika dari sudut ini, maka sudah sewajarnya kelebihan memihak kepada Abdul Wahid.

Jika calon menjadi faktor, maka pada masa akan datang, BN perlu bijak memilih calon yang disukai semua kaum dan berpengaruh di- bahagian tidak kira siapa dia. Tidak semestinya ketua bahagian sahaja berpengaruh kerana pertandingan di peringkat bahagian belum tentu bersih malahan mungkin dipengaruhi politik wang.

Mungkin ketua cawangan yang tidak ghairah bertanding di bahagian atau tidak berkeupayaan ‘membeli undi’ adalah orang yang lebih dekat dengan orang ramai.

Setiap ahli pula perlu mempunyai semangat bersatu teguh, bercerai roboh dalam apa keadaan sekali pun, bukannya untuk kepentingan diri.

Apa pun alasan yang diberi berikutan kekalahan BN ini, UMNO perlu ‘berubah’. Selain soal calon, carilah sebab musabab kenapa orang muda gagal memberi sokongan. Bagaimana nasib UMNO andainya orang muda ini tidak akan berubah pada pilihan raya umum akan datang? Selama mana mahu mengharapkan orang lama?

Justeru, pengundi muda perlu didekati. Kaji dan selidiki adakah di peringkat bahagian masih berlaku dendam, sabotaj terhadap pemimpin tertentu kerana tidak terpilih sebagai calon dan sebagainya sehingga mereka memainkan peranan mengalihkan sokongan ahli-ahli kepada parti pembangkang, tidak keluar mengundi atau merosakkan kertas undi.

Satu lagi perubahan yang boleh dilakukan ialah tidak lagi mengamalkan politik membuat pengumuman mengenai pelan pembangunan atau projek semasa pilihan raya. ‘Upah’ mengejut kepada rakyat sudah tidak boleh diterima. Mereka menerima pembangunan tetapi ia tidak mampu mengubah fikiran menyokong parti lawan.

BN tidak boleh lagi berpeluk tubuh, ia perlu melakukan sesuatu bagi menentukan nasib UMNO seterusnya BN pada hari-hari berikutnya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: