Archive for February, 2009|Monthly archive page

BOMJANGKA SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT AKAN MELETUP

DARI AWANGGEDEBER.BLOGSPOT.COM…..
Saturday, February 14, 2009
BOMJANGKA SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT AKAN MELETUP
elizabethhilmi
(KES MASUK MELAYU ATAU MELAYU MASUK YANG KLASIK MAKA WAJIB ADAKAN PR KECIL. KALAU MENANG APA HUKUMNYA WAHAI PAS? SEBELUM YB IBRAHIM ALI DICABAR MAKA FATWAKAN INI DULU………..KALAU FATWA POLTIK… TAU DAH!!!!!!!!!!)

YB IBRAHIM ALI, BEBAS PASIR MAS AKU HARAP JANGAN LETAK JAWATAN DULU SEBAB MASA DAN TEKNIKALNYA TIDAK TEPAT.

MENGAPA AKU KATA GITU?

1. KES DAN ISU ELI YANG BEGITU KONTROVERSI MASIH TAK DAPAT APA2 AMARAN DARI SPEAKER SELANGOR. NI KES SEKS DAN SALAHLAKU KAN ATAU SALAH TAK LAKU??? PATUT ELI LETAK JAWATAN DAN PR KECIL SEBAB NAK TENGOK MORAL SOKONGAN RAKYAT. KALAU MENANG JUGAK… APA HUKUM PAS???

2. KES MB SELANGOR DAN TUDUHAN KATA SURUHANJAYA RASUAH BIAS. ITU SERIOUS MAKA SPEAKER SELANGOR KENA SIASAT JUGAK. PATUT PR KECIL JUGAK SEBAB MB SEPATUTNYA TAK LEH ADA KUASA EKSEKUTIF LAGI SEBAB DALAM SIASATAN.

3. KES PENDERHAKAAN TERHADAP KDYMM SULTAN PERAK OLEH GENG PAKATAN ROYAK… SPEAKER DIAM SAHAJA… PATUT YB PAKATAN ROYAK LETAK JAWATAN DAN MINTA MANDAT RAKYAT… NAK TAHU RAKYAT SETUJU TAK PENDERHAKAAN MEREKA TUUUU???

4. KES MINTA YB IBRAHIM ALI LETAK JAWATAN OLEH MB KELANTAN? APA SPEAKER BUAT? INI KES LUAR MUSIM SEBAB YB IBRAHIM MENANG PR UMUM. MAKA TUNGGU PR UMUM AKAN DATANGLAH BARU KITA TAHU. MAKA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN KUASA MB DAN SPEAKER KELANTAN!!! PATUT SPEAKER PAU MB SEBAB CAMPUR BENDA YANG DIA TAK ADA SKOP KUASA… ITU PARLIMEN LAH TOK GURU!!!

5. KES DULU BILA PAS MASUK BN DI KELANTAN. BILA PAS KELUAR BN MAKA YB PAS TAK LETAK JAWATAN PUN WALAUPUN MEREKA MENANG PR TU KERANA BERGABUNG DENGAN BN. PAS HARAM MAKAN SORANG TAPI HALAL KALAU MU BAGI DUA DENGAN AKU… AKU SAPO… PAS LAH!!!

6. KES BILA SEMANGAT 46 DINYAH DARI ANGKATAN PERPADUAN UMMAH YANG DITUBUH DENGAN PAS UNTUK JATUHKAN BN DI KELANTAN TAHUN 1990. SEMUA ORANG TAHU PAS MAKAN SORANG LEPAS TU. PAS DAN S 46 MENANG KERANA KERJASAMA TAPI BILA S46 TERSINGKIR…. SEMUA YB PAS TAK LETAK JAWATAN BERTANDING NAK BUKTIKAN MEREKA MENANG BUKAN KERANA S 46. LAGI SEKALI PENGILAT… TOK HIM TAHU CERITA YAHARAMU MAKAN SORANG DAN WAHALALUN KALAU MUNG BAGI DUA DENGAN PAS. SEBAB TU HALAL KONGSI DENGAN DAP DAN PKR…. TUNGGULAH BERCERAI PULAK NI!!!!!!!!!

DARI MENIMBANG KES DI ATAS MAKA AMAT KEJI PAS SURUH YB IBRAHIM LETAK JAWATAN BAGI BUKTI YANG ORANG PASIR MAS UNDI DIA BUKAN KERANA PAS. TAHUN 2008 TU KAN KERJASAMA BEBAS PASIR MAS DENGAN PAS PASIR MAS MAKA ITULAH PERKAHWINAN POLITIK NAMANYA.

JELASLAH PAS YANG DAH BANYAK KALI KAWIN… DULU BN, LEPAS TU S 46 DAN BEBAS DAN PAKATAN RAKYAT PULAK…. KAWIN APA TAK TAHULAH SEBAB ADA PKR DAN DAP BERSAMA2. SEMUANYA NI ATAS DASAR NAK BUAT ISLAM DAN HUDUD…… TAPI ADA YANG TAK JAWI DAN TAK MASUK “MELAYU” PUN.

TAPI SEKARANG SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT SEDANG DIUJI ALLAH SWT DAN DIHAKIMI RAKYAT. MAKA KITA LIHATLAH EPISOD SANDIWARA PAS DENGAN YB IBRAHIM ALI SETERUSNYA…..

NOTA: HAKIKATNYA PERKAWINAN TANPA NIKAH ADALAH HARAM… BERSEKEDUDUKKAN… UGAMA PUN TAK TUKAR. SEBAB PKR DAN DAP TAK MASUK ISLAM ATAUPUN ORANG KELANTAN CAKAP “MASUK MELAYU”…….

APA SUDAHNYA…??? LAYAN TULISAN BERNAMA NI…..

14 Februari, 2009 10:10 AM

Pakatan DAP, PAS Dan PKR Di Ambang Perpecahan?

Oleh Ahmad Fuad Yahya dan Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Belumpun sampai setahun pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri.

Hubungan antara DAP dan PAS sudah lama dibayangi isu pelaksanaan undang-undang hudud yang dilaungkan PAS apabila DAP bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan PAS manakala PKR mengambil jalan tengah.

Kini, timbul perbezaan pendapat antara Pengerusi DAP Karpal Singh dengan ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung krisis politik negeri Perak, yang tidak dipersetujui oleh Anwar.

Karpal Singh pada satu sidang akhbar Ahad lepas naik angin dan meminta Anwar bertaubat serta mengundur diri daripada menerajui pakatan itu kerana mempromosikan politik lompat parti mengakibatkan pakatan itu kehilangan kuasa di Perak.

Veteran DAP yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menghamburkan kekesalan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan penasihat parti itu Lim Kit Siang kerana menyokong budaya politik Anwar.

Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan untuk memberi gambaran tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak merupakan tindakan peribadi veteran DAP itu dan bukannya agenda pakatan pembangkang.

Mohammad Nizar apabila diminta mengulas rancangan Karpal Singh, berkata ia terpulang kepada Pengerusi DAP sendiri dan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.

Apa yang nyata ialah kenyataan Karpal Singh menonjolkan peranan Anwar sebagai penggerak di sebalik keributan politik dalam negara sekarang.

Kegawatan politik Perak yang berterusan dengan tindakan undang-undang oleh Mohammad Nizar dan DAP, mengalih perhatian orang ramai daripada hakikat bahawa Anwar yang mencetuskan krisis politik itu.

Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lepas, Anwar mencanangkan kononnya pakatan ketiga-tiga parti akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 Sept lepas kerana kononnya ada 31 daripada 140 anggota Parlimen BN bersedia untuk melompat keluar parti bagi memberi majoriti mudah kepada Pakatan yang mempunyai 81.

Sebaliknya, cara politik Anwar menikam diri apabila Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak ekoran empat anggota partinya bertindak keluar parti dan menyokong BN.

Kini barulah beberapa pemimpin pakatan itu termasuk Karpal Singh mula mempersoalkan kredibiliti Anwar selaku pemimpin gabungan parti berkenaan.

“Beliau (Anwar) nampaknya baling batu sembunyi tangan,” kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein ketika ditemubual TV3 mengulas tindakan Karpal Singh yang disifatkannya sebagai diperalatkan untuk mengalih isu sebenar krisis politik di Perak.

Namun Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, cuba mengelak isu itu diperbesar-besarkan dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Karpal Singh dan hubungan mereka berdua tidak terjejas.

Sama ada Anwar akan terus menjadi pemimpin yang diterima dalam pakatan DAP, PAS dan PKR serta menggunakan lompat parti sebagai alat politik belum jelas dan akan ditentukan oleh masa.

Buat masa ini, kesan pertukaran kerajaan di negeri Perak menimbulkan spekulasi beberapa Adun mereka di Kedah dan Selangor akan menyertai BN dan mereka dibayangi kemungkinan turut kehilangan kuasa di kedua-dua negeri berkenaan.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan kawasan DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak pada 7 April ini, menjadi ujian getir bagi kelangsungan pakatan dan kepimpinan Anwar.

Adakah mereka berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas? Sekiranya keputusan memihak kepada BN, adakah desakan supaya Anwar berundur akan semakin meningkat?

— BERNAMA
Posted by OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) at 3:07 PM 0 comments
Labels: BOMJANGKA SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT AKAN MELETUP

Advertisements

KISAH DENGAN PENGASUH MAT JAMBU RAKYAT

jambunya pengasuh ni....sapa ni? tapi gambar hiasan saja.

jambunya pengasuh ni....sapa ni? tapi gambar hiasan saja.

TAK ADA SIAPA PUN YANG SALAH SEBAB TAK ADA BUKTI YANG MASUK RUMAH TU MENCEROBOH ATAU KOPAKKAN PAGAR BESI. LAGI PUN ORANG PUTIH KATA “MY PRIVATE PART.” KELANTAN KATA “IKUT KAWE LAH MOGO KUBAR KAWE.. NOK WAT GALO KO? NOK NAIK KO? ATAU AHA AHA KO?

ITULAH HUKUM YANG DIPUTUSKAN OLEH TG NIK AZIZ. FAHAMLAH KITA KERANA TAKUT HILANG UNDI MAKA TAK SALAH. UNDI ADALAH TENTUKAN HUKUM ATAU FATWA.

TERTANYA JUGAK APA SALAHNYA KALAU2 YANG MASUK RUMAH TU ORANG YANG DIBENARKAN ATAU DISURUH DATANG?

TAPI TOK GURU ADA SALAHNYA… KENAPA TIDUR AWAL DARI SI PENANGKAP GAMBAR TU. BILA KITA TIDUR MAKA ORANG BOLEH BUAT APA SAJA. MAKA TENTUKAN SEBELUM TIDUR MINTA TETAMU KITA KELUAR DARI BILIK ATAU RUMAH KITA. APA HUKUM SEBAB TAK HALAU ATAU MINTA ORANG BALIK SEBELUM KITA TIDUR ?

MUNGKIN BENAR KATA ABEMIE PAKAR PSIKOLOGI KATA GAMBAR TU DALAM ZON HAI ATAU TERTELAN DAN GELIRO DENGAN ANGIN GIAN… ANGIN DEWA MUDO SEKAK SEBOB DALAM DADO!!!!!

HHMMMM… SUKO HATI TOK GURU LAH SEBAB BULEH KELUAR HUKUM DAN FATWA SELAIN DARIPADA MENJADI PAKAR POLITIK YANG STRATEGIK. APA PUN RAKYAT AKAN SOKONG SEBAB INI ADALAH DRAMA RAKYAT ANTARA TUAN DENGAN PENGASUH MAT JAMBUNYA… BIARKAN….. BIARKAN…… BIARKAN………………………………….

SIASAH MELAPORKAN Wednesday, February 18, 2009

Elizabeth tidak salah, penceroboh yang salah, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 18 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebarang asas untuk Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan.

“Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu.

“Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya,” kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Elizabeth untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak sebagai Adun.

Bagi beliau, tawaran meletakkan jawatan sebagai Exco itu boleh mengurangkan beban kerajaan negeri.

“Jika dia mahu meletakkan jawatan sebagai Exco, itu masalah dia dengan kerajaan negeri. Saya serahkannya kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.

“Bagaimanapun saya tidak bersetuju kalau dia mahu meletakkan jawatan sebagai Adun kerana ia akan menimbulkan banyak masalah.

“Duit dan tenaga yang banyak terpaksa dihabiskan untuk pilihan raya kecil dan pengundi akan marah kerana mereka dipaksa mengundi semula,” katanya.
Posted by Siasah at 1:35 AM S

PAK SHEIKH BALING TELOR BUSUK… SEMBUNYI TANGAN

kawin-cina-buta

DASAR JANTANTINO KAWIN CINA BUTA… BALING BATU SEMBUNYI TANGAN!

NAK NETIZEN ZAMAN BEBUDAK INTERNET NI… JANGAN BALING BATU SEBAB PAYAH NAK CABUT… HAAA BALING TELOR BUSUK AJEEE… MACAM BERLAKU KES PERAK TU LAH…

AMACAM PAK SYEIKH….? ANTA HAPPY KA?????

TOLAK “KETUANAN MELAYU” TAPI PEJUANG BAHASA MELAYU??? GILA DAN SASAU!!!

TULISAN MALAYSIAKINI DI BAWAH TUNJUKKAN BETAPA KELIRU DAN SIA-SIANYA “MALAY SIA-SIA.”

DALANG DAN PENGERAK KEPADA TSUNAMI GILA NI TENTULAH PKR DAN PAS YANG PERJUANGKAN “KETUANAN RAKYAT” DAN TOLAK “KETUANAN MELAYU.” JADI BUAT APA MEREKA KONONNYA BERJUANG UNTUK BAHASA MELAYU… MELAYU? KITA PERLU DAN WAJIB BERJUANG UNTUK PERKASAKAN ORANG MELAYU DAN BANGSA MELAYU!!!!! DENGAN KETUANAN MELAYU. TOLAK KETUANAN RAKYAT!!!!!

KEDUANYA, YANG NAK DIPERKASAKAN IALAH ORANG SERTA BANGSA MELAYU… BUKAN BAHASANYA. APA ADA PADA BAHASA KALAU BANGSA MELAYU DAH PAPA DAN DAH TIDAK JADI TUAN LAGI DI MALAYSIA ATAU TANAH MELAYU NI? TAK KUASAI BAHASA TEKNOLOGI???

KETIGANYA, AKIBAT LEMAH INGGERIS DALAM PELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS BERAPA RAMAI ORANG MELAYU, KHASNYA DILUAR BANDAR KECUNDANG UNTUK LAHIR SEBAGAI BANGSA MELAYU TERBILANG BERTARAF DUNIA PERTAMA… WORLD CLASS? TAK BOLEH CAKAP DAN MENULIS INGGERIS DALAM INTERNET DAN TEKNOLOGI.

KEEMPAT, BERAPA RAMAI MELAYU TAK DAPAT KERJA DAN MENGGANGUR KERANA LEMAH BAHASA INGGERIS? TEMUDUGA SEMUA DALAM BAHASA INGGERIS!!! WALAUPUN BELAJAR PANDAI DI UNIVERSITI GUNA BAHASA MELAYU!!!! MEMBAZIR SAJA.

KELIMA, RAMAI PEGAWAI MELAYU DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA DIDISKRIMINASI KERANA MEREKA ALIRAN MELAYU DAN BELAJAR SEMUA MATAPELAJARAN DALAM BAHASA MELAYU SETELAH MERDEKA?

KEENAM, BELAJAR AGAMA ISLAM DIDESAK DALAM BAHASA ARAB….MENGAPA BELAJAR ILMU BARAT TIDAK DALAM BAHASA INGGERIS?

KETUJUH, BUDAK LUAR BANDAR SEKARANG BUKAN MACAM DULU SEBAB SEMUA DAH ADA INTERNET… JANGAN BODOHKAN DAN DISKRIMINASI BUDAK LUAR BANDAR…. KONONNYA TAK BOLEH BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM INGGERIS? HINANYA MELAYU LUAR BANDAR!!!!!

KELAPAN, MELAYU LUAR BANDAR PERLU DIBERI PELUANG BELAJAR ILMU BARAT DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS.

KESEMBILAN, PIHAK BERWAJIB… SAPA TUUU???? TELAH GAGAL NAK TERJEMAH BUKU DAN ISTILAH SAINS SERTA MATEMATIK YANG SENTIASA BERUBAH… TUNTUT KITA BELAJAR DALAM INGGERIS!!! TAK ADA MASA SEBAB PERSAINGAN ZAMAN INI LEBIH CANGGIH, KHASNYA DENGAN CINA DAN INDIA YANG UTAMAKAN INGGERIS.

KESEPULUH, KITA NAK MARTABATKAN BANGSA MELAYU… ORANG MELAYU. KALAU ORANG MELAYU JAHIL DAN BODOH BAHASA INGGERIS, KHASNYA BAHASA TEKNOLOGI… MAKA BAHASA DAN BANGSA KITA PUN TAK RELEVEN LAGI. KETUANAN MELAYU HEBAT KALAU ORANG MELAYU KUAT DAN BERPENGARUH DALAM TEKNOLOGI DI DUNIA MACAM CINA DAN INDIA.
======================================
BERITA MALAYSIAKINI:
GMP nekad anjur perhimpunan raksasa 7 Mac
Jimadie Shah Othman | Feb 14, 09 3:55pm
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) nekad untuk mengadakan perhimpunan raksasa pada 7 Mac bulan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walau apa juga keadaannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha GMP, Hasni Abas menjelaskan bahawa perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 100,000 orang itu akan tetap diteruskan walaupun berkemungkinan pihak polis tidak mengeluarkan permit.

“Orang (pejuang) bahasa berani dan nekad menghadapi pelbagai kemungkinan demi perjuangan memartabatkan bahasa,” kata beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bagaimanapun, tegasnya, GMP akan menjamin supaya perhimpunan itu berjalan lancar dan aman, dengan bantuan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda PKR (AMK) yang turut bergabung dalam GMP..

Menurutnya, permit mengadakan perhimpunan itu akan dipohon seminggu sebelum program berjalan.

Selain itu, Hasni berkata, jika kerajaan membuat keputusan memansuhkan PPSMI dalam tempoh terdekat seperti dituntut gabungan itu – perhimpunan raksasa itu akan tetap diteruskan.

Bagaimanapun, tambah Hasni, bentuknya akan bertukar menjadi majlis meraikan kejayaan serta mengucapkan berterima kasih kepada pihak terbabit.

“Mungkin (perhimpunan itu) lebih ramai. Macam menang (lawan) bola, ramai orang hendak meraikannya,” kata beliau.

Sejumlah 100,000 orang dijangka berarak ke Istana Negara dari beberapa tempat bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan baginda berhubung perkara itu.

Malam tadi, GMP terlibat dengan ceramah berhubung isu PPSMI di Rembau.

GUNA DIPLOMASI POLITIK DAN UNDANG2 BERHEMAH KELIRUKAN “RAKYAT”

MB Perak dan PAS Hanyalah “Balaci” DAP
Posted by Pemuda Pelapis on 11:51:00 PM

TOLONG KOMEN DIALOG NI!!!!

TOLONG KOMEN DIALOG NI!!!!

NEGERI PERAK TERUS BERGOLAK PANAS DENGAN TSUNAMI “PENDERHAKAAN” TERHADAP “RAJA BERPERLEMBAGAAN SECARA TERHORMAT DAN TERANCANG ALA DIPLOMASI POLITIK SERTA UNDANG2 BERHEMAH.

BETUL SEBAB RAMAI PIHAK BIMBANG DENGAN STRATEGI GUNAKAN BOMBASTIK DAN BERHEMAH SERTA DIPLOMASI UNDANG2 UNTUK SANDIWARA TERBARU “PERSEPSI RAKYAT” PUAK2 PEMBANGKANG YANG NAK RAMPAS KUASA DI NEGARA INI DENGAN “MAHKAMAH RAKYAT.” SIAPA HAKIM DAN PEGUAM DI MAHKAMAH NI? ADAKAH RAKYAT FAHAM BAHAWA MAHKAMAH RAKYAT CIPTAAN MEREKA INI TIDAK BERI PELUANG YANG DITUDUH SEBAGAI PESALAH MEMBELA DIRI?

ADAKAH MB DR ZAMBRY DAN KDYMM TUANKU SULTAN PERAK DIAMBIL KETERANGAN DAN DIBENAR BELA DIRI DALAM MAHKAMAH RAKYAT “PAKATAN RAKYAT” YANG BERSIDANG DI JALANAN DENGAN DEMONSTRASI JALANAN ANUARISASI?

TEPAT SEKALI MEREKA GUNA JARGON UNDANG2 YANG KITA TAK FAHAM. DIGUNAKAN “DIPLOMASI DAN UNDANG2 BERHEMAH” SEBAGAIMANA MEREKA GUNA POLITIK TAICHI UNTUK SEMBUNYIKAN KUKU ATAU PERANGAI IBLIS SERTA PAKSI KEJAHATAN MEREKA. MEREKA GUNA “SEMUANYA KERANA RAKYAT, SEMUANYA DARI DAN UNTUK RAKYAT?” BETULKAH????

DENGAN MEMBACA TULISAN DI BAWAH MAKA TAHU LAH KITA BAHAWA TINDAKAN KARPAL-NIZAR ADALAH SAMA IAITU DUA DALAM SATU MATLAMAT….IAITU MANIFESTASI DIPLOMASI PENDERHAKAAN KEPADA RAJA2 MELAYU!!!!!!!
DALAM ISU NI DIKATAKAN NIZAR ADALAH ALAT DAN DIPERALATKAN!!!!

MAKA TEPATLAH KALAU KITA TUMBANGKAN DAN BINASAKAN “PATUNG NIZAR MALAY SIA-SIA.”
MAKA MARI KITA SOAL GENG PATUNG DAN BONEKA DAP NI…..

DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA 14 FEBUARI 2009:
Tindakan Nizar tiada beza dengan saman Karpal

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah di Mahkamah Tinggi hari ini tiada bezanya dengan hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pengerusi Biro Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Razali Ibrahim berkata, kedua-dua tindakan itu secara tersirat membawa maksud yang sama.

Katanya, ia mencabar dan mempertikaikan titah Sultan Azlan Shah walaupun menamakan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai responden dan bukan Sultan Perak.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, ini disebabkan Zambry bukan dalam kedudukan untuk melantik Menteri Besar di Perak.

Bahkan, menurutnya, Zambry juga bukan dalam kedudukan boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebaliknya ia adalah kuasa sultan.

”Maknanya, bukan Dr. Zambry yang dipertikaikan, tetapi tersiratnya adalah Sultan Perak sendiri.

”Justeru, tindakan Nizar failkan petisyen yang dia masih Menteri Besar adalah sama seperti mempertikaikan keputusan Tuanku dan mencabar kedudukan undang-undang negara kita.

”Ini pandangan saya berdasar sebagai seorang peguam kerana maksud mudah (daripada tindakan Nizar) itu sama dengan apa yang Karpal nak buat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nizar hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah perisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Dalam permohonan itu, Nizar menamakan Zambry sebagai responden.

Pakatan pembangkang sebelum ini menjelaskan mereka tidak berniat menyaman Sultan Azlan Shah seperti yang disuarakan Karpal, tetapi akan menubuhkan pasukan peguam untuk mencabar kesahihan pelantikan Zambry di mahkamah.

Ini berbeza dengan pengumuman Karpal untuk memfailkan saman ke atas Sultan Azlan Shah dengan menjadikan baginda sebagai defendan, yang mendapat kecaman hebat daripada rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Razali yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor meminta rakyat negara ini khususnya orang Melayu jangan termakan dengan strategi pendekatan undang-undang ‘berhemah’ yang diambil oleh Nizar dan barisan kepimpinan bekas kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu.

Kata beliau, sama ada ia berbentuk menjadikan Sultan Perak sebagai defendan atau dengan cara permohonan deklarasi seperti yang dilakukan oleh Nizar hari ini, ia tetap mempunyai maksud sama iaitu mencabar dan mempertikaikan titah Sultan Perak.

”Walaupun sasaran berbeza, tetapi kesannya adalah sama. Jadi, rakyat dan orang Melayu khususnya jangan tak faham. Dalam hal ini, saya percaya Nizar diperalat,” katanya.

AURA DAN KETRAMPILAN CALUN PILLAR PENGUNDI KINI

aura2
aura1
reading_aura_and_chakras

MOHON SOKONG TAN SRI…

BETUL PILLAR CALUN ADALAH PILLAR YANG DOMINAN PADA MASAKINI. MACAM CERAMAH JUGA KENA AMBIL PEMIDATO TERNAMA YANG ADA AURA. BEGITU JUGA KALAU PENYANYI… KALAU MAWI, SITI NORHALIZA… MAKA BARU TIKET LAKU. KALAU TAK…. TAK LAKU DAN SUSAH NAK PASARKAN… AKHIRNYA ORANG TAK BELI DAN CAN’T SELL.

INGAT YAAA… AURA CALUN… PERSONALITI DAN KETRAMPILAN CALUN ADALAH PILLAR PENGUNDI…. KHASNYA ORANG ATAS PAGAR DAN YANG UMNO SUKU MASAK TUUUUU……

11 Februari, 2009 21:12 PM

Faktor Calon Mustahak Dalam Pilihan Raya Kecil – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) — Faktor calon merupakan faktor paling mustahak yang perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN perlu meletakkan calon terbaik yang bukan saja diterima, tetapi turut memperoleh sokongan padu daripada rakyat.

“Karakternya, perwatakannya, ilmu pengalamannya, ini adalah antara ukuran, selain daripada mampu menjalankan tugas dengan berkesan, memikul amanah dan tanggungjawab rakyat dengan bersungguh-sungguh.

“Tidak ada skandal dan bersih daripada apa-apa tanggapan negatif,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan persidangan Eksekutif Muda Khidmat Awam 2009 sebagai mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, Rabu.

Dua kerusi itu kosong berikutan kematian anggota Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom pada Isnin lepas dan peletakan jawatan anggota Dewan Udangan Negeri Bukit Selambau V.Arumugam pada hari yang sama.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kemungkinan BN untuk menang pada kedua-dua pilihan raya kecil itu dijangka lebih cerah, lebih-lebih setelah rakyat melihat sendiri ketidakstabilan pakatan pembangkang di Perak.

Beliau berkata, turut akan membantu adalah kesediaan kerajaan BN untuk membuat perubahan daripada segi dasar dan pendekatan mengikut kehendak rakyat sepertimana yang diumumkan oleh Najib baru-baru ini.

“(Bagaimanapun) Kita tak mahu bersikap angkuh dalam perkara ini, kita bersikap pragmatik dan tidak akan ambil mudah, lebih-lebih lagi bila kita menghadapi masalah dalam pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.

Daripada segi persediaan, Muhyiddin berkata jentera BN harus mula mendampingi pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan bagi mendapatkan maklum balas mereka tentang perkara yang mungkin digunakan sebagai bahan dalam kempen pilihan raya kecil itu nanti.

“Yang penting kita nak melihat sikap kerjasama dan perpaduan yang merupakan teras kepada kejayaan dalam menghadapi pilihan raya kecil, jadi pemimpin di kawasan berkenaan harus bekerjasama rapat di antara satu sama lain,” katanya.

— BERNAMA

INILAH SANDIWARA DUNIA DAN WAYANG KULIT RAKYAT…. PERSEPSI RAKYAT!!

DARI BLOG LIMKITSIANG….
MAKA JELAS SEMUANYA PERMAINAN WAYANG KULIT!!!
WAYANG KULIT YANG ULIT DAN ASYIK MASYOKKAN “RAKYAT.”

APA YANG SAYA FIKIR … TEPAT DAN BENAR TELAH TERBUKTI!!! ALLAH SWT DAH TUNJUKKAN KEPADA KITA “RAKYAT.”

KALAU TAK MAIN WAYANG KULIT DAN WAYANG CINA ATAU WAYANG TINGGI….. TENTU KARPAL YANG DEGIL DAN KERAS HATI TAK MUDAH “KOMPROMI”

INILAH SASARAN KERJA BULANAN, KPI DAN PROJEK “MASUK ANGIN KELUAR ASAP” BAGI PENGUNDI2 JELUTUNG!!!!! BUAT KEJUTAN DAN SANDIWARA SERTA WAYANG KULIT..!!!!!!!!

INILAH SANDIWARA DUNIA DAN WAYANG KULIT…. PERSEPSI RAKYAT!!

Karpal agrees on top priority – the two impending by-elections in Bukit Gantang and Bukit Selambau
February 11th, 2009 « 59 Comments »

Karpal Singh and I, together with Dr. Chen Man Hin, had a hour-long frank, forthright and fruitful discussion last night.

We agreed that the present top priority is to ensure a decisive and overwhelming victory for Pakatan Rakyat in the two forthcoming by-elections in Bukit Gantang parliamentary constituency in Perak and the Bukit Selembau state assembly constituency in Kedah to send a clear and unmistakable message to the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi and the Prime Minister-in-waiting Najib Razak that the illegal and unconstitutional grab for power in Perak is completely unacceptable as it has further undermined national unity and public confidence when the country should be girding to face the world’s worst economic crisis in 80 years.

There are no fundamental differences in our political objectives and principles as our political relationships go back four decades.

Any differences will be resolved within the party.

DISAMAN TOK DALANG DAP? ITULAH TANDANYA RAJA BERJIWA RAKYAT!!!!

SULTAN PERAK TELAH MELETAKKAN KEPENTINGAN RAKYAT DI ATAS SEGALA-GALANYA. DULU NIZAR DILANTIK JADI MB PERAK WALAUPUN PAS HANYA ADA 6 KERUSI SAHAJA DALAM DUN. TAPI DEMI RAKYAT YANG PADA MASA ITU HENDAK LIHAT PERUBAHAN MAKA TUANKU DAH PERKENANKAN.

SETELAH PERINTAH 11 BULAN MAKA TERBUKTILAH BAHAWA MB NI HANYA BONEKA. MANA BOLEH BUAT KEPUTUSAN DAN BELA RAKYAT TERBANYAK TANPA PAS SENDIRI PUNYAI MAJORITI ADUN DALAM DUN PERAK?

MB TAK BUAT PERUBAHAN YANG RAKYAT HENDAK. RAKYAT NAK KEMAJUAN EKONOMI, KOS HIDUP YANG RENDAH, HARGA BARANG YANG BERPATUTAN, PELUANG PEKERJAAN YANG MELIMPAH DAN MUDAH…. DAN LAIN-LAIN KEBAJIKAN RAKYAT DARI MB.

APA MB BUAT? JADI BONEKA DAN JADI WAU YANG DIPEGANG TALI. JADI WAYANG KULIT YANG DIMAINKAN OLEH TOK DALANG…….
INIKAH “CHANGE” YANG RAKYAT MAHU??????????

boneka-boneka
boneka_assorted

MAKA TUANKU TELAH BUAT KEPUTUSAN YANG BIJAKSANA BAGI PIHAK RAKYAT. INI KERANA 28 DUN DAN 3 DUN BEBAS TU PUN RAKYAT JUGAK. MENGAPA KEPENTINGAN DAN BELA RAKYAT HANYA JADI HAK MUTLAK PAKATAN RAKYAT? ITU NAMA DAN TAGLINE SAHAJA YANG GUNA AYAT POWER PROPAGANDA IAITU “RAKYAT,”

AIII… ORANG UMNO/BN BUKAN “RAKYAT” PERAK KE? KITA SEMUA RAKYAT… BUKAN RAJA!!!!

MAKA TUANKU DAH LAKSANA TUGAS SEBAGAI “RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.”

INI KERANA TUANKU DAPAT BACA BAHAWA DAH BANYAK BENAR KEROSAKKAN YANG DICIPTAKAN OLEH KERAJAAN BONEKA DAP SI NIZAR NI. LAGI PUN BANYAK POLITIKING DAN ADUDOMBA SERTA PUPPET… WAYANG KULIT.

TUANKU PUN PRIHATIN DAN AMPUNI PERKENAN MASAALAH RAKYAT DALAM HADAPI KEGAWATAN EKONOMI DUNIA. MAKA PERLUKAN MB YANG BERKEBOLEHAN DAN TIDAK MB HANYA PATUNG ATAU “BONEKA.”

TUANKU SULTAN ADA KUASA DAN BERHAK MEMERINTAH SEBAGAI “RAJA BERPERLEMBAGAAN YANG BERDAULAT.”

TUANKU TAK RELA JADI BONEKA ATAU WAYANG KULIT MACAM MB BONEKA DAP TUUUU…….

KARPAL NAK SAMAN TUANKU AKIBAT LAKSANA TUGAS DAN HAKNYA SEBAGAI SULTAN PERAK YANG SAH DAN BERDAULAT?

SILALAH KARPAL SINGH…. RAKYAT DAN MAHKAMAH RAKYAT NAK LIHAT KESUDAHAN CERITA TOK DALANG DAP INI!!!!!

ITULAH TANDANYA RAJA BERJIWA RAKYAT!!!! DAULAT TUANKU!!!

BACA POSTING DARI http://kembarapolitik.blogspot.com:
08 Februari, 2009
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara!

Secara peribadi penulis tidak ambil kisah pun dengan niat Pakatan Rakyat mahu membubarkan DUN sebaik sahaja mendapat khabar angin bahawa akan berlaku lompat parti.

Namun, pembubaran perlulah dibuat dengan cara yang betul, dengan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Bukannya pembubaran tanpa perkenan tetapi telah diumumkan kepada rakyat terlebih awal. Ini sudah membelakangkan kuasa Sultan namanya.

Setelah Sultan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN (atas alasan PR tidak mendapatkan perkenan terlebih dahulu sebelum pengumuman) dan membenarkan pembentukan kerajaan BN (atas alasan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan), segala tindakan mencabar keputusan Sultan adalah bererti kurang ajar dan melambangkan PENDERHAKAAN!

Terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab oleh semua rakyat dengan menggunakan akal fikiran. Persoalan yang timbul akan menyingkap rentetan peristiwa yang akan memperlihatkan betapa Pakatan Rakyat Perak telah mengecewakan rakyat dan menyebabkan Sultan murka.

Adakah kedududan Nizar sebagai MB (sekarang bekas MB) sangat tinggi sehingga beliau merasakan tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman pembubaran?

Kenapa bertindak membelakangkan keperluan mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu? Mana perginya tatacara? Bila sudah umum, baru hendak terhegeh-hegeh menghadap Sultan mahu minta perkenan?

Tindakan Nizar membelakangkan perkenan Sultan sebenarnya bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun Nizar pernah mengarahkan Datuk Jamry Suri selaku Pengarah JAIP bertukar ke Sekretariat Negeri tanpa perkenan Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri. Akibatnya, Nizar dititahkan Sultan agar menarik kembali pertukaran tersebut. Nizar tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.

Namun, ianya tidak berakhir di situ sahaja, Ngeh Ko Ham memberikan reaksi yang kurang beradab dan memprotes tindakan Sultan. Karpal Singh tidak ketinggalan menyertai ‘chorus line’ ini dengan menyanggah tindakan Sultan dengan membuat kenyataan bahawa Sultan tidak mempunyai hak dalam hal perpindahan Jamry Suri.

Kenyataan yang dibuat oleh mereka-mereka ini nampak seperti mahu membela rakan sealiran. Namun bagi penulis, kenyataan demi kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlekeh kuasa dan keputusan Sultan. Merosakkan imej Sultan. Mereka mempertikai segala keputusan yang telah diputus oleh Sultan. Mereka tidak mahu menerima dengan hati terbuka dengan penuh rasa hormat dan insaf. Mereka tidak pernah insaf!

Tindakan pemberian hak milik kekal tanah atau pajakan 999 tahun turut mendapat perhatian Raja Dr Nazrin. Pemberian tanah hak milik kekal kepada sekolah persendirian juga turut tidak terkecuali. Kenapa Raja Dr Nazrin bertitah menyentuh soal tanah dan seakan kecewa dengan tindakan Nizar dalam hal pemberian tanah ini? Tidakkah Nizar sedar isyarat yang diberikan dan cepat-cepat insaf?

Dalam masa itu, rakyat membicarakan pelbagai perkara tanpa mahu memikirkan kesannya kepada imej Sultan. Ramai mempersoal tentang banyak perkara berhubung situasi yang berlaku di Perak ini. Namun, perkara yang paling penting di sini bukanlah lagi terletak pada soal mempertikai pembubaran atau pelantikan MB yang baru.

Ramai cerdik pandai secara selamba membuat ulasan di kaca televisyen dengan menyatakan peri perlunya mandat baru, peri tidak beretikanya lompat parti. Bermacam-macam alasan menjustifikasikan kenyataan yang keluar dari mulut mereka-mereka yang sesetengahnya memegang Ph.D. Namun terlupa akan perkara yang paling penting yang sengaja dipandang sebelah mata oleh pihak ini.

Apa perkara penting tersebut?

Kesetiaan kepada Raja dan Negara! Ingat? Rukun Negara! Menjunjung Titah Sultan! Pernah dengar? Atau sengaja buat-buat tidak pernah dengar dan tahu?

Pelbagai respon diberikan oleh mereka yang kononnya terpelajar tetapi sebenarnya terlebih ajar menjadi kurang ajar, berlagak terlebih pandai sehinggakan menampakkan kebodohan. Rakyat mahukan mandat baru katanya. Perlu diadakan pilihanraya baru dakwanya walau pun sedar Sultan sudah memutuskan mengikut budi bicara Sultan dengan penuh bijaksana akan hal ini.

Rakyat mahukan mandat baru diadakan? Rakyat mana? Rakyat Perak? Rakyat yang berajakan Sultan Perak? Biar betul! Kalau rakyat yang berajakan Sultan Perak atau rakyat di negeri lain yang berajakan Sultan mereka, sudah tentulah mereka akan menjunjung titah Sultan dengan sedaya upaya mereka. Bukannya MENDERHAKA!

Bukannya dipersoal macam ahli akademik dalam sebuah forum yang secara mudah memberikan pandangan kononnya perlu mandat baru. Semasa BN lompat ke PR tidak pula bising bercakap soal mandat. Bila Anwar Ibrahim memancing MP BN untuk tubuh kerajaan Pusat, tidak pula dibincangkan tidak beretika dan sebagainya. Ini hipokrit namanya.

Bawa 31 orang MP BN yang melompat ke PR ke Istana Negara mengadap Yang DiPertuan Agong, apabila Agong perkenan maka bolehlah ambil alih kerajaan Pusat”, terang seorang ahli akdemik undang-undang yang menulis panjang lebar dalam Harakah. Tapi lain pula jadinya kalau BN yang gunapakai cara tersebut. Halal bagi PR, haram bagi BN.

Kalau sudah keputusan Sultan menitahkan bubar DUN, rakyat akan ikut, mereka akan turuti titah Sultan. Rakyat tidak mempunyai masalah. Dan jika tiada pembubaran DUN pun rakyat akan terima. Tiada banyak soal. Yang tidak boleh terima hanyalah pemimpin yang mabuk kuasa dan penyokong yang ber’sultan’kan pemimpin!

Yang anehnya, Nizar dengan rasa penuh insaf pernah menyatakan akan menuruti segala keputusan bijaksana Sultan dalam membuat keputusan. Namun apabila keputusan tidak menyebelahinya beliau mengambil langkah menderhaka. Tidak mahu menjunjung titah!

Pakatan Rakyat sengaja mahu menjuruskan para penyokongnya merusuh ke jalanan. Dan Nizar mahu mahkamah pula yang menentukan kedudukannya. Dan bagaimana pula sekiranya mahkamah tidak memihak kepada Nizar? Apa tindakan PR seterusnya?

Beberapa pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat melancarkan kempen di blog-blog dengan mengarahkan pembaca dan penyokongnya menyerbu Buku Pelawat (Guest Book) laman web rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak. Kononnya atas alasan sebagai tindakan memberikan pandangan untuk memperbetulkan tindakan Sultan. Kepala otak aktivis ini yang tidak betul, tapi disuruh penyokongnya memperbetulkan Sultan. Protes yang didakwanya dibuat dengan penuh adab. Namun, secara realitinya, tindakan protes itu sebenarnya ialah penderhakaan dan merendahkan keputusan Sultan.

Lihat sahaja betapa kebencian dan kata-kata kesat dilemparkan kepada Sultan Perak di dalam Guest Book tersebut. Kerana apa? Kerana cerdik pandai seperti pemimpin PR, ahli panel forum yang terdiri dari ahli akademik yang sengaja tidak mahu melihat dari perspektif “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara” (mungkin kerana cenderung PR), aktivis dan penyokong yang tidak dapat memahami semangat Rukunegara ini.

Lihat sahaja aktivis Hindraf yang dengan kurang ajar melemparkan kata-kata kesat di blognya. Tajuknya saja sudah membuatkan penulis sangat sakit hati. Penulis tidak tersentuh secara emosi sekiranya activist Hindraf tersebut hanya meyentuh UMNO. Tetapi tindakan menghina Sultan semata-mata bencikan UMNO adalah sangat kurang ajar! Kalau benci UMNO, kutuk saja UMNO. Jangan cuba-cuba berani sentuh dan maki Sultan!

Adakah ini model Bangsa Malaysia yang terhasil setelah 51 tahun merdeka?

Segelintir orang Melayu nampaknya sudah semakin kabur dan hilang jati diri. Tiada kefahaman perjuangan agama, bangsa dan negara. Sudah tidak lagi meletakkan Raja dan Sultan sebagai simbol yang perlu dijaga dan dijunjung tinggi. Imej baik Sultan diinjak-injak dengan segala perlakuan yang tidak sepatutnya.

Tindakan Sultan tidak perkenan pembubaran DUN dan sebaliknya memberi perkenan BN membentuk kerajaan di Perak, disambut dengan rusuhan dan balingan batu dan objek ke kenderaan dan menahan kenderaan istana tersebut.

Namun, apabila Karpal Singh secara lantang dan kurang ajar bertindak mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Sultan, Selasa depan di Mahkamah Tinggi Ipoh, tiada seorang pun daripada mereka-mereka ini mempertahankan Sultan.

Apa reaksi orang Melayu yang menjunjung tinggi kedudukan Sultan?

“Saya orang Melayu, saya tak suka” – Ini jawapan Tun Dr Mahathir apabila disoal berkenaan reaksi orang Melayu berhubung tindakan Karpal Singh yang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Dan penulis sangat percaya jawapan yang sama akan dijawab oleh seluruh orang Melayu kecuali orang Melayu ‘moden’ seperti yang disindir oleh Tun Dr Mahathir. “Orang Melayu ‘moden’ memang sudah ramai yang sokong Karpal. Saya Melayu lama”, kata Tun Dr Mahathir lagi.

Kalau tanya pada penulis, jawapannya ialah “sejuta kali tak suka, bukan setakat tak suka sahaja, tapi marah, bukan setakat marah sahaja tapi marah yang teramat sangat”. Itu perasaan jujur dari penulis. Tiada seorang pun yang suka. Perasaan marah penulis kerana rasa hormat yang tinggi penulis terhadap institusi Kesultanan Melayu. Dan perasaan yang sama juga sepatutnya terdapat dalam setiap orang Melayu, tanpa mengira parti.

Dimana keutamaan mereka? Dan dimana pula keutamaan anda?

Karpal Singh, aktivis HINDRAF, atau pun Kesultanan Melayu? Ketuanan Pakatan Rakyat atau Ketuanan Melayu?

Nak merusuh lagi, tak puas hati lagi? Kalau masih ada lagi niat nak merusuh lagi, memang sangat betul dan sangat bijaksana tindakan Sultan Perak sebab Pakatan Rakyat (dari pemimpin sampailah ke pendokongnya) memang kuat merusuh. Sangat tidak sesuai memerintah Perak!

Sudah-sudah lah tu! Jangan bermain politik yang merugikan bangsa! Sedarlah kembali wahai Melayu.
+
Oleh: Kembara Politik
Labels: DAP, DERHAKA, Evolusi Politik Melayu, Hindraf, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Ketuanan Pakatan Rakyat, PKR, Politik Perak, Rukun Negara

zzzzzzZZZ

http://ipohmalay.blogspot.com

Selasa, 2009 Februari 10
Bukit Gantang : Fakta Dari PRU12
Berikut adalah fakta berhubung P.059 Bukit Gantang berdasarkan PRU12 yang lalu.

P.59-BUKIT GANTANG
MOHGANAN A/L P.MANIKAM (BEBAS) 872
ABDUL AZIM BIN MOHD ZABIDI (BN) 18,449
ROSLAN BIN SHAHARUM (PAS) 20,015
JUMLAH PEMILIH : 55,471
Melayu 63.57%
Cina 27.14%
India 9.12%
Lain-lain 0.16%
MAJORITI : 1,566
Peratus Mengundi : 72.65%

N.13 – KUALA SAPETANG
TAI SING NG (PKR) 7,285
SEE TEAN SENG (BN) 6,721
JUMLAH PEMILIH : 14,496
Melayu 59.9%
Cina 32.17%
India 7.9%
Lain-lain 0.06%
Majoriti : 564
Peratus Mengundi : 73.59%

N.14 – CHANGKAT JERING
MOHD OSMAN MOHD JAILU (PKR) 9,411
MAT ISA ISMAIL (BN) 8,309
JUMLAH PEMILIH : 18,114
Melayu 63.88%
Cina 26.12%
India 9.76%
Lain-lain 0.23%
Majoriti : 1,102
Peratus Mengundi : 72.85%

N.15 – TRONG
ROSLI HUSIN (BN) 4,212
NORAZLI MUSA (PAS) 3,296
JUMLAH PEMILIH : 7,690
Melayu 69.47%
Cina 20.46%
India 9.89%
Lain-lain 0.19%
Majoriti : 916
Peratus Mengundi : 70.50%

Sekarang lihat hasil matematik ini. Jika keseluruhan undi BN bagi DUN diambil kira, undi bagi calon-calon BN di DUN ialah 19,242. Undi bagi Azim Zabidi bagi kerusi Parlimen pula ialah 18,449. Azim Zabidi kehilangan 793 undi dari penyokong BN yang mengundi BN pada peringkat DUN. Walaupun angka ini kecil, ia memberi petunjuk jelas bahawa, terdapat unsur boikot ke atas undi bagi kerusi parlimen Bukit Gantang dari ahli UMNO sendiri. Apakah sebabnya? Sudah tentu kesilapan meletakkan calon.
DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY PADA 13:40
LABEL: Fokus, Pilihanraya, Soalan, State Issue, فريعاتن
3 ULASAN:
PUTRAKENCANA berkata…
Tahniah buat barisan exco yang dilantik, berkhidmatlah demi Agama, Bangsa dan Negeri. Turun-turunlah padang melihat Rakyat dan jangan leka lagi dengan kuasa diberi.
Ketahuilah Rakyat boleh mengubah Peminpin dan Pemerintah.
2009 Februari 10 14:02
Tanpa Nama berkata…
putrakencana..agak2 exco baru ni baca tak yg ko tulis ni..
2009 Februari 10 14:19
putera berkata…
calon penting,

jangan ulangi kesilapan Paklah meletakkan calon (KJ sebenarnya)

buta buta tajol rosli dipersalahkan

orang UMNO pasti marah
2009 Februari 10 14:26
Catat Ulasan

APA MAKNANYA INI?

PENGALAMAN DAN PEMBELAJARAN BERGUNA DARI PERMATANG PAUH DAN KUALA TERENGGANU!

ANUAR ADALAH PAHLAWAN KERTAS DALAM BAHTERA KERTAS YANG BERNAFSU BESAR HARUNGI LAUTAN API.

PROJEK 16 SEPTEMBER 2008 ANUAR UNTUK MERAMPAS KUASA PEMERINTAHAN KERAJAAN BN SEKARANG TELAH MENJADI KRISIS PERSEPSI.

ANUARISASI DAN GENGNYA PAKATAN ROYAK HANYA MENDAPAT UNDI PADA PRU LALU DAN PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH SERTA KUALA TERENGGANU BARU-BARU LALU AKIBAT PINTARNYA ANUAR GUNAKAN SANDIWARA PERSEPSI. SEMUA TINDAKKAN DIA KONONNYA ADALAH GERAKAN DARI RAKYAT, KERANA RAKYAT DAN UNTUK RAKYAT. INILAH PERMAINAN PERSEPSI YANG PALING LICIK DAN BERPENGARUH PADA ABAD INI. PERSEPSI INI DITERIMA UMUM SEHINGGA BERLAKU ISU PERALIHAN KERAJAAN NEGERI PERAK KEPADA BN BARU2 INI. AKIBAT PERISTIWA INI SEMUA RAKYAT BUKA MATA KERANA SELAMA INI MEREKA TELAH DIBUNGKUS DENGAN PERSEPSI ANUARISASI.

SEKARANG ANUAR DAN GENG SEKUTUNYA TAK IKHTIRAF KERAJAAN BN DI PERAK KERANA ALASANNYA MELACURI “HAK DAN SUARA RAKYAT.”

ADAKAH 28 KERUSI DUN UMNO/BN DAN 3 KERUSI DUN YB BEBAS DI PERAK YANG SOKONG BN ITU BUKAN BAWA MANDAT RAKYAT? SEBENARNYA MEREKA BAWA MANDAT RAKYAT YANG TOLAK NIZAR MB PAS SELAKU MB KERAJAAN BONEKLA DAP!!!!!!!!!

ANUAR… RAKYAT DAH BOSAN, SEDAR DAN RAKYAT MAHU MAKANAN… BUKAN HIDANGAN “MASUK ANGIN KELUAR ASAP” DENGAN PERSEPSI DAN KHAYALAN ANUARISASI.

PROEJK 16 SEPTEMBER ANUAR DALAM KLIP VIDEO ITU ADAKAH GERAKAN RAKYAT… ATAU GERAKAN NAFSU ANUAR SENDIRI DEMI KEPENTINGAN ANUAR?

KALAU SEMUA AGENDA ANUAR UNTUK RAKYAT? MENGAPA KARPAL PERTIKAIKAN ANUAR JADI KETUA PAKATAN? KARPAL MULAI PERTIKAI ORIGINALITI PEOJEK RAMPASAN KUASA 16 SEPTEMBER ANUARISASI!!!!!!!!!!!

MUNGKIN KARPAL MULAI SEDAR SUARA RAKYAT MULAI RAGU DENGAN ANUARISASI?

MAKA PERMAINAN SANDIWARA “PERSEPSI RAKYAT” ANUARISASI INI AKAN TAMAT DAN TEMUI JALAN MATI. SEBABNYA ANUAR ADALAH PAHLAWAN KERTAS DALAM BAHTERA KERTAS YANG BERNAFSU BESAR HARUNGI LAUTAN API.

DAN AKAN BANGKITLAH PAHLAWAN SEJATI DARI UMNO/BN UNTUK SANGGAH PERSEPSI ATAU MIMPI NGERI “ANUARISASI.”