MB PERAK JANJI TIADA RAKYAT YANG MEMINGGIR DAN TERPINGGIR

mb-perak

Zambry azam laksana amanah memerintah Perak secara adil demi kesejahteraan rakyat semua kaum

BAGAIMANA NAK LAKSANAKAN DATUK?

“Saya menjadi MB bukan untuk kaum tertentu, saya menjadi MB untuk semua kaum dan saya perlu melihatnya dalam perspektif yang lebih meluas dalam meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan semua kaum di negeri ini.

Saya akan membuat keputusan bersama barisan Exco untuk memberi impak yang baik serta tidak ada pihak berasa terpinggir.”

APAKAH LANGKAHNYA?

TENTULAH BUKAN PEMBANGUNAN YANG BERBILLION2…. SEBAB RAKYAT SEKARANG MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN PERSEPSI DAN “PUBLIC OPINION” YANG DIRENCANAKAN OLEH PEMBANGKANG PAS, PKR DAN DAP. OLEH ITU PERKARA YANG UTAMA IAITU “PUBLIC RELATION” ATAU PERHUBUNGAN AWAM@PUBLIK WAJIB DIPERKASAKAN DI PEJABAT MB !!!!!

MAKA PERTAMANYA, PERLU PULIHKAN KESEIMBANGAN SERTA KESTABILAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL PERAK DULU.

KEDUANYA HAPUSKAN IMEJ KERAJAAN BONEKA DAP TETAPI KUKUHKAN PERSEPSI IAITU SEPERTI DATUK CAKAP DALAM TEMUBUAL DALAM BERITA MINGGU HARI INI IAITU:

“Saya sering bercakap soal demokrasi dan asas serta prinsip perlembagaan. Soal boikot oleh Pakatan Rakyat, saya mengharapkan ada kematangan politik.

Jika mereka mengatakan berpegang kepada keluhuran undang-undang, mereka perlu membuktikannya dan semua rakyat mesti mendaulatkan undang-undang yang telah ditetapkan.

Jika undang-undang sudah tidak dihormati, ia akan menjadi anarki dan akan jadi negeri yang tiada undang-undang dan semua pihak akan membuat undang-undang sendiri dan boleh melakukan apa saja.

Apabila BN tewas di lima negeri pada pilihan raya umum lalu, kita menghormati keputusan yang dibuat dan membiarkan proses demokrasi berlaku. Kita menghormati itu, kita tidak lakukan gangguan, kenapa sekarang mahu dilakukan begitu (gangguan).

Mereka bercakap mengenai tahap moral, kenapa tidak bercakap moral dengan undang-undang. Saya harap kita kembali kepada kerasionalan, kesabaran dan ketenangan. Bila ada ketenangan, baru boleh buat keputusan dengan baik.

Ahli falsafah Cina, Sun Tzu pun ada berkata, jikalau kita merasakan akan kalah, kita perlu berundur setapak untuk mengatur strategi dan bukannya terus maju ke depan.

Negara ini ada perlembagaan. Jadi, kita kembalikan ketenangan dan jangan kita terjemahkan negeri Perak kepada satu bentuk masyarakat yang langsung tidak menghormati undang-undang apatah lagi kepada institusi raja yang kita sanjung selama ini.

Untuk meneruskan kesinambungan politik BN, bagaimana Datuk mahu memastikan sokongan kaum lain.

Sebab itu kita perlukan politik musyawarah… dan itu yang kita bina selama ini menerusi pendekatan BN kerana mahu atau tidak negara kita hidup dilingkungi pelbagai kaum teras dan etnik.

Saya rasa jika semua pihak dapat memahami pendekatan musyawarah sebaik-baiknya selain mengamalkan prinsip demokrasi, saya fikir sebarang masalah dapat ditangani sewajarnya. ”

2 comments so far

  1. aberamly on

    APA LANUNNYA?

    NIZAR JADI MB … SULTAN LANTIK WALAUPUN DAP LEBIH MAJORITI.

    BN + 3 BEBAS = 31 ORANG DAH MAJORITI… MAKA BN LAH JADI MB.

    TAK TAU SIPIR KE WOOOKKK DAN NGEK?

  2. Benrauf on

    aiyoo..kalau la hari tu bn sabar sikit, ikut perlembagaan perak – jatuhkan nizar melalui dun, kan tak jadi benda macam ni. pr dah kalah total bila 3 adun katak tu decease. speaker tak boleh mengundi. bn dah boleh tukar kerajaan secara sah dengan undi 28-27. tapi tak mau sabar. sultan pun satu. macam la gamuda anak dia nak bankrupt terus esoknya. tak pasal2 dia yg dulu sultan paling disayangi rakyat seluruh malaysia jadi sultan yg plg dibenci. salah sikit je. adeh. tak faham betul la. tak reti nak bersabar.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: