UMNO PERLU DISUBURKAN… BUKAN DILAKNATI

BERITA BERNAMA DI BAWAH RASANYA AMAT RELEVEN DENGAN PENDAPAT MB PERAK DATO’ DR ZAMBRY YANG MENGATAKAN BAHAWA:

” SAYA MENJADI MB BUKAN UNTUK KAUM TERTENTU, SAYA MENJADI MB UNTUK SEMUA KAUM DAN SAYA PERLU MELIHATNYA DALAM PERSPEKTIF YANG LEBIH MELUAS DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN DAN KEHIDUPAN SEMUA KAUM DI NEGERI INI. SAYA AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERSAMA BARISAN EXCO UNTUK MEMBERI IMPAK YANG BAIK SERTA TIDAK ADA PIHAK BERASA TERPINGGIR.”

BETUL… INILAH SUARA HATI MB BERJIWA RAKYAT YANG ASALNYA DARI KELUARGA NELAYAN!!!!

DAN UMNO SEBAGAI TULANG BELAKANG BN PERAK PERLU DISOKONG OLEH ORANG MELAYU SECARA BERSEPADU UNTUK LAKSANAKAN CITA2 MB INI.

DR ZAMBRY BUKAN HANYA MB KERAJAAN BONEKA ATAU TANGAN GHAIB MACAM DOLU2… KERANA DIA TAHU APA YANG DILAKSANAKANNYA… BUKAN DIBISIK ATAU DIPANDU JARAK JAUH OLEH SESUATU GEROMBOLAN!!!!!

MB TENTU SEDAR BN KECUNDANG DI PERAK DAHULU KERANA “ADA PIHAK BERASA TERPINGGIR”

SIAPA YANG MEMINGGIR DAN TERPINGGIR ITU?

KALAU MB DAPAT JAWAP DAN TENTUKAN IMPAK KEPADA AYAT POWER DARI SUARA HATINYA ITU…. INSYAALLAH BN AKAN TETAP “DULU, KINI DAN SEALAMANYA DI PERAK” KALAU TIDAK??????????? DEPUK DADA… TANYALAH HATI!!!!!!!

ANTARA SYARAT “TIDAK ADA YANG MEMINGGIR DAN TERPINGGIR” MAKA:

Melayu Jangan Paling Tadah Terhadap Umno

Oleh Muin Abdul Majid

LONDON, 1 Feb (Bernama) — Melayu termasuk penuntut yang memperoleh manfaat daripada dasar yang diterajui Umno, hendaklah jangan berpaling tadah terhadap parti itu dan sebaliknya mestilah mampu menterjemahkan hasrat Umno dan terus berjuang bagi hak masyarakat, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata mereka harus menyumbang untuk membangunkan semula Umno sebagai wadah terbaik bukan sahaja untuk orang Melayu malah seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, beliau terkilan kerana sudah ada dalam kalangan anak muda Melayu sendiri yang berkata mereka tidak lagi peduli tentang isu seperti hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.

“Ada satu peringkat generasi baru di kalangan orang Melayu sendiri yang sekarang ini bukan sahaja sudah lupa tentang diri dia, sejarah dia, bahkan berada di peringkat hendak merungkai struktur sistem kehidupan kita yang bertunjangkan kepada aspek keMelayuan tadi,” katanya pada sesi pertemuan bersama penuntut Malaysia di Birmingham Sabtu.

Menurut beliau, lebih kerap, usaha untuk menyuarakan hak masyarakat Melayu diberikan perhatian oleh pemimpin Umno atau mereka yang berada dalam parti ini untuk tempoh yang lama.

“Di mana orang muda yang berumur 20-an dan 30-an yang pulang dari England nampaknya tidak mampu menterjemahkan hasrat itu mengenai isu tersebut,” kata beliau, sambil menambah bahawa perkara yang sama kepada mereka yang belajar di universiti tempatan di Malaysia.

“Melayu sendiri nampaknya tidak sanggup untuk bercakap mengenainya atau berjuang untuk perkara itu,” kata Ahmad Shabery yang kini sedang melakukan lawatan kerja ke United Kingdom.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Sebelum ke London, Ahmad Shabery menghadiri Persidangan Menteri-menteri Penerangan Islam ke-8 (ICIM) di Rabat, Maghribi.

Beliau berkata, anggota Umno hendaklah menanyakan dirinya apa yang mereka boleh sumbang kepada parti itu daripada menuduh Umno dengan halangannya sekarang.

“Mereka yang memperoleh daripada Umno — jurutera, doktor, usahawan dan yang lain — berapa ramai daripada mereka yang telah menyumbang kembali kepada Umno dalam apa cara pun, mereka boleh dan jangan pula bila bercakap soal memberi sumbangan ini, terus kata nak jadi calon,” katanya.

Beliau berkata anggota parti mesti bangkit untuk menghadapi cabaran bagi mengembalikan kegemerlapan kepada Umno, dengan melahirkan kepercayaan bahawa parti itu akan melonjak semula daripada halangan politiknya.

“Insyaallah kita akan bingkas balik, cuma kita nak betulkan apa-apa yang perlu diperbetulkan. Jangan cepat gundah gelana,” katanya.

Menteri Penerangan itu menyeru anggota kelab Umno di UK untuk merangsang dirinya dan menjalankan aktiviti bagi membuktikan bahawa mereka adalah kumpulan terbaik di sini dalam aspek kualiti kepimpinan dan perkhidmatan yang diberikan.

Mengenai lawatannya ke Maghribi, beliau berkata beberapa rakan sejawatnya menyatakan bahawa Umno mestilah terus menjadi sebuah parti yang perjuangannya telah berjaya dalam mencerminkan imej baik Islam.

“Mereka beritahu saya bahawa Malaysia ialah satu-satunya tempat di mana Islam diamalkan dalam cara yang toleransi, dan kini contoh Islam di dunia ialah Malaysia di bawah kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN),” kata Ahmad Shabery.

Menteri itu juga berucap panjang lebar mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia dan implikasinya kepada Malaysia di majlis itu serta pada perhimpunan dengan penuntut Malaysia di Leeds awal Ahad.

Ahmad Shabery berkata rakyat Malaysia mestilah bersama-sama membantu negara mengharungi kemelut ekonomi dengan mengekalkan perpaduan dan kestabilan di negara.

Beliau berkata, salah satu sektor yang boleh membantu Malaysia dalam keadaan sukar ini ialah bidang pelancongan, dengan negara-negara Timur Tengah kebelakangan ini muncul sebagai sumber penting kedatangan pelancong.

Menteri itu membidas rakyat Malaysia yang memilih untuk mencemarkan imej negara di luar negara dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkaitan perbalahan etnik dan politik yang tidak stabil.

“Jika negara kita tidak selamat, orang tidak akan datang melawat kita. Jadi kita hendaklah mengekalkan nama baik negara kita. Dan dalam iklim ekonomi yang lembap sekarang, kita tidak boleh membenarkan walau perkara kecil pun untuk mencemarkan nama baik kita,” kata Ahmad Shabery.

Menteri itu berkata sesetengah orang cepat menuduh kerajaan mengenai halangan ekonomi sekarang, menuduh kepimpinan tidak tahu menjaga rakyat, rasuah dan seterusnya.

Dalam perkara yang dipertaikaikan ini, beliau berkata, negara-negara yang dilihat menjuarai sistem demokrasi dan ketelusan serta mempunyai pengurusan ekonomi yang kukuh seperti Amerika Syarikat dan Britain sepatutnya tidak mengalami masalah ekonomi.

“Tetapi realitinya merekalah yang paling terjejas dengan krisis ekonomi. Jadi jangan terus membuat kesimpulan bahawa keadaan ekonomi kita kini berpunca dengan pengurusan ekonomi yang tidak baik,” kata beliau.

“Kita mesti ada keyakinan, kita mesti kekal bersatu. Kita janganlah memburukkan situasi dengan menimbulkan masalah lagi kepada kerajaan,” kata Ahmad Shabery.

Beliau menekankan bahawa kerajaan melakukan apa yang boleh untuk menghadapi krisis ekonomi dan kewangan, termasuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi.

Ahmad Shabery juga melawat rumah yang disewa beliau semasa menuntut di Leeds dalam pertengahan 80-an.

Ada papan tanda “untuk dijual” di luar rumah tiga bilik di Armley barat Leeds, yang kali terakhir beliau lihat lebih 20 tahun lepas.

“Ia terasa sangat nostalgik datang semula ke sini. Tidak ada yang berubah. Ketika musim sejuk, padang itu diliputi salji,” katanya sambil berjalan di sekitar kawasan itu, menunjukkan papan tanda yang sama “untuk dijual” tergantung di luar banyak rumah.

“Jadi, anda boleh merasakan bahawa ekonomi kini kian teruk,” tambah beliau.

— BERNAMA

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: