DISAMAN TOK DALANG DAP? ITULAH TANDANYA RAJA BERJIWA RAKYAT!!!!

SULTAN PERAK TELAH MELETAKKAN KEPENTINGAN RAKYAT DI ATAS SEGALA-GALANYA. DULU NIZAR DILANTIK JADI MB PERAK WALAUPUN PAS HANYA ADA 6 KERUSI SAHAJA DALAM DUN. TAPI DEMI RAKYAT YANG PADA MASA ITU HENDAK LIHAT PERUBAHAN MAKA TUANKU DAH PERKENANKAN.

SETELAH PERINTAH 11 BULAN MAKA TERBUKTILAH BAHAWA MB NI HANYA BONEKA. MANA BOLEH BUAT KEPUTUSAN DAN BELA RAKYAT TERBANYAK TANPA PAS SENDIRI PUNYAI MAJORITI ADUN DALAM DUN PERAK?

MB TAK BUAT PERUBAHAN YANG RAKYAT HENDAK. RAKYAT NAK KEMAJUAN EKONOMI, KOS HIDUP YANG RENDAH, HARGA BARANG YANG BERPATUTAN, PELUANG PEKERJAAN YANG MELIMPAH DAN MUDAH…. DAN LAIN-LAIN KEBAJIKAN RAKYAT DARI MB.

APA MB BUAT? JADI BONEKA DAN JADI WAU YANG DIPEGANG TALI. JADI WAYANG KULIT YANG DIMAINKAN OLEH TOK DALANG…….
INIKAH “CHANGE” YANG RAKYAT MAHU??????????

boneka-boneka
boneka_assorted

MAKA TUANKU TELAH BUAT KEPUTUSAN YANG BIJAKSANA BAGI PIHAK RAKYAT. INI KERANA 28 DUN DAN 3 DUN BEBAS TU PUN RAKYAT JUGAK. MENGAPA KEPENTINGAN DAN BELA RAKYAT HANYA JADI HAK MUTLAK PAKATAN RAKYAT? ITU NAMA DAN TAGLINE SAHAJA YANG GUNA AYAT POWER PROPAGANDA IAITU “RAKYAT,”

AIII… ORANG UMNO/BN BUKAN “RAKYAT” PERAK KE? KITA SEMUA RAKYAT… BUKAN RAJA!!!!

MAKA TUANKU DAH LAKSANA TUGAS SEBAGAI “RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.”

INI KERANA TUANKU DAPAT BACA BAHAWA DAH BANYAK BENAR KEROSAKKAN YANG DICIPTAKAN OLEH KERAJAAN BONEKA DAP SI NIZAR NI. LAGI PUN BANYAK POLITIKING DAN ADUDOMBA SERTA PUPPET… WAYANG KULIT.

TUANKU PUN PRIHATIN DAN AMPUNI PERKENAN MASAALAH RAKYAT DALAM HADAPI KEGAWATAN EKONOMI DUNIA. MAKA PERLUKAN MB YANG BERKEBOLEHAN DAN TIDAK MB HANYA PATUNG ATAU “BONEKA.”

TUANKU SULTAN ADA KUASA DAN BERHAK MEMERINTAH SEBAGAI “RAJA BERPERLEMBAGAAN YANG BERDAULAT.”

TUANKU TAK RELA JADI BONEKA ATAU WAYANG KULIT MACAM MB BONEKA DAP TUUUU…….

KARPAL NAK SAMAN TUANKU AKIBAT LAKSANA TUGAS DAN HAKNYA SEBAGAI SULTAN PERAK YANG SAH DAN BERDAULAT?

SILALAH KARPAL SINGH…. RAKYAT DAN MAHKAMAH RAKYAT NAK LIHAT KESUDAHAN CERITA TOK DALANG DAP INI!!!!!

ITULAH TANDANYA RAJA BERJIWA RAKYAT!!!! DAULAT TUANKU!!!

BACA POSTING DARI http://kembarapolitik.blogspot.com:
08 Februari, 2009
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara!

Secara peribadi penulis tidak ambil kisah pun dengan niat Pakatan Rakyat mahu membubarkan DUN sebaik sahaja mendapat khabar angin bahawa akan berlaku lompat parti.

Namun, pembubaran perlulah dibuat dengan cara yang betul, dengan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Bukannya pembubaran tanpa perkenan tetapi telah diumumkan kepada rakyat terlebih awal. Ini sudah membelakangkan kuasa Sultan namanya.

Setelah Sultan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN (atas alasan PR tidak mendapatkan perkenan terlebih dahulu sebelum pengumuman) dan membenarkan pembentukan kerajaan BN (atas alasan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan), segala tindakan mencabar keputusan Sultan adalah bererti kurang ajar dan melambangkan PENDERHAKAAN!

Terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab oleh semua rakyat dengan menggunakan akal fikiran. Persoalan yang timbul akan menyingkap rentetan peristiwa yang akan memperlihatkan betapa Pakatan Rakyat Perak telah mengecewakan rakyat dan menyebabkan Sultan murka.

Adakah kedududan Nizar sebagai MB (sekarang bekas MB) sangat tinggi sehingga beliau merasakan tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman pembubaran?

Kenapa bertindak membelakangkan keperluan mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu? Mana perginya tatacara? Bila sudah umum, baru hendak terhegeh-hegeh menghadap Sultan mahu minta perkenan?

Tindakan Nizar membelakangkan perkenan Sultan sebenarnya bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun Nizar pernah mengarahkan Datuk Jamry Suri selaku Pengarah JAIP bertukar ke Sekretariat Negeri tanpa perkenan Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri. Akibatnya, Nizar dititahkan Sultan agar menarik kembali pertukaran tersebut. Nizar tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.

Namun, ianya tidak berakhir di situ sahaja, Ngeh Ko Ham memberikan reaksi yang kurang beradab dan memprotes tindakan Sultan. Karpal Singh tidak ketinggalan menyertai ‘chorus line’ ini dengan menyanggah tindakan Sultan dengan membuat kenyataan bahawa Sultan tidak mempunyai hak dalam hal perpindahan Jamry Suri.

Kenyataan yang dibuat oleh mereka-mereka ini nampak seperti mahu membela rakan sealiran. Namun bagi penulis, kenyataan demi kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlekeh kuasa dan keputusan Sultan. Merosakkan imej Sultan. Mereka mempertikai segala keputusan yang telah diputus oleh Sultan. Mereka tidak mahu menerima dengan hati terbuka dengan penuh rasa hormat dan insaf. Mereka tidak pernah insaf!

Tindakan pemberian hak milik kekal tanah atau pajakan 999 tahun turut mendapat perhatian Raja Dr Nazrin. Pemberian tanah hak milik kekal kepada sekolah persendirian juga turut tidak terkecuali. Kenapa Raja Dr Nazrin bertitah menyentuh soal tanah dan seakan kecewa dengan tindakan Nizar dalam hal pemberian tanah ini? Tidakkah Nizar sedar isyarat yang diberikan dan cepat-cepat insaf?

Dalam masa itu, rakyat membicarakan pelbagai perkara tanpa mahu memikirkan kesannya kepada imej Sultan. Ramai mempersoal tentang banyak perkara berhubung situasi yang berlaku di Perak ini. Namun, perkara yang paling penting di sini bukanlah lagi terletak pada soal mempertikai pembubaran atau pelantikan MB yang baru.

Ramai cerdik pandai secara selamba membuat ulasan di kaca televisyen dengan menyatakan peri perlunya mandat baru, peri tidak beretikanya lompat parti. Bermacam-macam alasan menjustifikasikan kenyataan yang keluar dari mulut mereka-mereka yang sesetengahnya memegang Ph.D. Namun terlupa akan perkara yang paling penting yang sengaja dipandang sebelah mata oleh pihak ini.

Apa perkara penting tersebut?

Kesetiaan kepada Raja dan Negara! Ingat? Rukun Negara! Menjunjung Titah Sultan! Pernah dengar? Atau sengaja buat-buat tidak pernah dengar dan tahu?

Pelbagai respon diberikan oleh mereka yang kononnya terpelajar tetapi sebenarnya terlebih ajar menjadi kurang ajar, berlagak terlebih pandai sehinggakan menampakkan kebodohan. Rakyat mahukan mandat baru katanya. Perlu diadakan pilihanraya baru dakwanya walau pun sedar Sultan sudah memutuskan mengikut budi bicara Sultan dengan penuh bijaksana akan hal ini.

Rakyat mahukan mandat baru diadakan? Rakyat mana? Rakyat Perak? Rakyat yang berajakan Sultan Perak? Biar betul! Kalau rakyat yang berajakan Sultan Perak atau rakyat di negeri lain yang berajakan Sultan mereka, sudah tentulah mereka akan menjunjung titah Sultan dengan sedaya upaya mereka. Bukannya MENDERHAKA!

Bukannya dipersoal macam ahli akademik dalam sebuah forum yang secara mudah memberikan pandangan kononnya perlu mandat baru. Semasa BN lompat ke PR tidak pula bising bercakap soal mandat. Bila Anwar Ibrahim memancing MP BN untuk tubuh kerajaan Pusat, tidak pula dibincangkan tidak beretika dan sebagainya. Ini hipokrit namanya.

Bawa 31 orang MP BN yang melompat ke PR ke Istana Negara mengadap Yang DiPertuan Agong, apabila Agong perkenan maka bolehlah ambil alih kerajaan Pusat”, terang seorang ahli akdemik undang-undang yang menulis panjang lebar dalam Harakah. Tapi lain pula jadinya kalau BN yang gunapakai cara tersebut. Halal bagi PR, haram bagi BN.

Kalau sudah keputusan Sultan menitahkan bubar DUN, rakyat akan ikut, mereka akan turuti titah Sultan. Rakyat tidak mempunyai masalah. Dan jika tiada pembubaran DUN pun rakyat akan terima. Tiada banyak soal. Yang tidak boleh terima hanyalah pemimpin yang mabuk kuasa dan penyokong yang ber’sultan’kan pemimpin!

Yang anehnya, Nizar dengan rasa penuh insaf pernah menyatakan akan menuruti segala keputusan bijaksana Sultan dalam membuat keputusan. Namun apabila keputusan tidak menyebelahinya beliau mengambil langkah menderhaka. Tidak mahu menjunjung titah!

Pakatan Rakyat sengaja mahu menjuruskan para penyokongnya merusuh ke jalanan. Dan Nizar mahu mahkamah pula yang menentukan kedudukannya. Dan bagaimana pula sekiranya mahkamah tidak memihak kepada Nizar? Apa tindakan PR seterusnya?

Beberapa pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat melancarkan kempen di blog-blog dengan mengarahkan pembaca dan penyokongnya menyerbu Buku Pelawat (Guest Book) laman web rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak. Kononnya atas alasan sebagai tindakan memberikan pandangan untuk memperbetulkan tindakan Sultan. Kepala otak aktivis ini yang tidak betul, tapi disuruh penyokongnya memperbetulkan Sultan. Protes yang didakwanya dibuat dengan penuh adab. Namun, secara realitinya, tindakan protes itu sebenarnya ialah penderhakaan dan merendahkan keputusan Sultan.

Lihat sahaja betapa kebencian dan kata-kata kesat dilemparkan kepada Sultan Perak di dalam Guest Book tersebut. Kerana apa? Kerana cerdik pandai seperti pemimpin PR, ahli panel forum yang terdiri dari ahli akademik yang sengaja tidak mahu melihat dari perspektif “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara” (mungkin kerana cenderung PR), aktivis dan penyokong yang tidak dapat memahami semangat Rukunegara ini.

Lihat sahaja aktivis Hindraf yang dengan kurang ajar melemparkan kata-kata kesat di blognya. Tajuknya saja sudah membuatkan penulis sangat sakit hati. Penulis tidak tersentuh secara emosi sekiranya activist Hindraf tersebut hanya meyentuh UMNO. Tetapi tindakan menghina Sultan semata-mata bencikan UMNO adalah sangat kurang ajar! Kalau benci UMNO, kutuk saja UMNO. Jangan cuba-cuba berani sentuh dan maki Sultan!

Adakah ini model Bangsa Malaysia yang terhasil setelah 51 tahun merdeka?

Segelintir orang Melayu nampaknya sudah semakin kabur dan hilang jati diri. Tiada kefahaman perjuangan agama, bangsa dan negara. Sudah tidak lagi meletakkan Raja dan Sultan sebagai simbol yang perlu dijaga dan dijunjung tinggi. Imej baik Sultan diinjak-injak dengan segala perlakuan yang tidak sepatutnya.

Tindakan Sultan tidak perkenan pembubaran DUN dan sebaliknya memberi perkenan BN membentuk kerajaan di Perak, disambut dengan rusuhan dan balingan batu dan objek ke kenderaan dan menahan kenderaan istana tersebut.

Namun, apabila Karpal Singh secara lantang dan kurang ajar bertindak mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Sultan, Selasa depan di Mahkamah Tinggi Ipoh, tiada seorang pun daripada mereka-mereka ini mempertahankan Sultan.

Apa reaksi orang Melayu yang menjunjung tinggi kedudukan Sultan?

“Saya orang Melayu, saya tak suka” – Ini jawapan Tun Dr Mahathir apabila disoal berkenaan reaksi orang Melayu berhubung tindakan Karpal Singh yang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Dan penulis sangat percaya jawapan yang sama akan dijawab oleh seluruh orang Melayu kecuali orang Melayu ‘moden’ seperti yang disindir oleh Tun Dr Mahathir. “Orang Melayu ‘moden’ memang sudah ramai yang sokong Karpal. Saya Melayu lama”, kata Tun Dr Mahathir lagi.

Kalau tanya pada penulis, jawapannya ialah “sejuta kali tak suka, bukan setakat tak suka sahaja, tapi marah, bukan setakat marah sahaja tapi marah yang teramat sangat”. Itu perasaan jujur dari penulis. Tiada seorang pun yang suka. Perasaan marah penulis kerana rasa hormat yang tinggi penulis terhadap institusi Kesultanan Melayu. Dan perasaan yang sama juga sepatutnya terdapat dalam setiap orang Melayu, tanpa mengira parti.

Dimana keutamaan mereka? Dan dimana pula keutamaan anda?

Karpal Singh, aktivis HINDRAF, atau pun Kesultanan Melayu? Ketuanan Pakatan Rakyat atau Ketuanan Melayu?

Nak merusuh lagi, tak puas hati lagi? Kalau masih ada lagi niat nak merusuh lagi, memang sangat betul dan sangat bijaksana tindakan Sultan Perak sebab Pakatan Rakyat (dari pemimpin sampailah ke pendokongnya) memang kuat merusuh. Sangat tidak sesuai memerintah Perak!

Sudah-sudah lah tu! Jangan bermain politik yang merugikan bangsa! Sedarlah kembali wahai Melayu.
+
Oleh: Kembara Politik
Labels: DAP, DERHAKA, Evolusi Politik Melayu, Hindraf, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Ketuanan Pakatan Rakyat, PKR, Politik Perak, Rukun Negara

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s