GUNA DIPLOMASI POLITIK DAN UNDANG2 BERHEMAH KELIRUKAN “RAKYAT”

MB Perak dan PAS Hanyalah “Balaci” DAP
Posted by Pemuda Pelapis on 11:51:00 PM

TOLONG KOMEN DIALOG NI!!!!

TOLONG KOMEN DIALOG NI!!!!

NEGERI PERAK TERUS BERGOLAK PANAS DENGAN TSUNAMI “PENDERHAKAAN” TERHADAP “RAJA BERPERLEMBAGAAN SECARA TERHORMAT DAN TERANCANG ALA DIPLOMASI POLITIK SERTA UNDANG2 BERHEMAH.

BETUL SEBAB RAMAI PIHAK BIMBANG DENGAN STRATEGI GUNAKAN BOMBASTIK DAN BERHEMAH SERTA DIPLOMASI UNDANG2 UNTUK SANDIWARA TERBARU “PERSEPSI RAKYAT” PUAK2 PEMBANGKANG YANG NAK RAMPAS KUASA DI NEGARA INI DENGAN “MAHKAMAH RAKYAT.” SIAPA HAKIM DAN PEGUAM DI MAHKAMAH NI? ADAKAH RAKYAT FAHAM BAHAWA MAHKAMAH RAKYAT CIPTAAN MEREKA INI TIDAK BERI PELUANG YANG DITUDUH SEBAGAI PESALAH MEMBELA DIRI?

ADAKAH MB DR ZAMBRY DAN KDYMM TUANKU SULTAN PERAK DIAMBIL KETERANGAN DAN DIBENAR BELA DIRI DALAM MAHKAMAH RAKYAT “PAKATAN RAKYAT” YANG BERSIDANG DI JALANAN DENGAN DEMONSTRASI JALANAN ANUARISASI?

TEPAT SEKALI MEREKA GUNA JARGON UNDANG2 YANG KITA TAK FAHAM. DIGUNAKAN “DIPLOMASI DAN UNDANG2 BERHEMAH” SEBAGAIMANA MEREKA GUNA POLITIK TAICHI UNTUK SEMBUNYIKAN KUKU ATAU PERANGAI IBLIS SERTA PAKSI KEJAHATAN MEREKA. MEREKA GUNA “SEMUANYA KERANA RAKYAT, SEMUANYA DARI DAN UNTUK RAKYAT?” BETULKAH????

DENGAN MEMBACA TULISAN DI BAWAH MAKA TAHU LAH KITA BAHAWA TINDAKAN KARPAL-NIZAR ADALAH SAMA IAITU DUA DALAM SATU MATLAMAT….IAITU MANIFESTASI DIPLOMASI PENDERHAKAAN KEPADA RAJA2 MELAYU!!!!!!!
DALAM ISU NI DIKATAKAN NIZAR ADALAH ALAT DAN DIPERALATKAN!!!!

MAKA TEPATLAH KALAU KITA TUMBANGKAN DAN BINASAKAN “PATUNG NIZAR MALAY SIA-SIA.”
MAKA MARI KITA SOAL GENG PATUNG DAN BONEKA DAP NI…..

DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA 14 FEBUARI 2009:
Tindakan Nizar tiada beza dengan saman Karpal

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah di Mahkamah Tinggi hari ini tiada bezanya dengan hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pengerusi Biro Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Razali Ibrahim berkata, kedua-dua tindakan itu secara tersirat membawa maksud yang sama.

Katanya, ia mencabar dan mempertikaikan titah Sultan Azlan Shah walaupun menamakan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai responden dan bukan Sultan Perak.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, ini disebabkan Zambry bukan dalam kedudukan untuk melantik Menteri Besar di Perak.

Bahkan, menurutnya, Zambry juga bukan dalam kedudukan boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebaliknya ia adalah kuasa sultan.

”Maknanya, bukan Dr. Zambry yang dipertikaikan, tetapi tersiratnya adalah Sultan Perak sendiri.

”Justeru, tindakan Nizar failkan petisyen yang dia masih Menteri Besar adalah sama seperti mempertikaikan keputusan Tuanku dan mencabar kedudukan undang-undang negara kita.

”Ini pandangan saya berdasar sebagai seorang peguam kerana maksud mudah (daripada tindakan Nizar) itu sama dengan apa yang Karpal nak buat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nizar hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah perisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Dalam permohonan itu, Nizar menamakan Zambry sebagai responden.

Pakatan pembangkang sebelum ini menjelaskan mereka tidak berniat menyaman Sultan Azlan Shah seperti yang disuarakan Karpal, tetapi akan menubuhkan pasukan peguam untuk mencabar kesahihan pelantikan Zambry di mahkamah.

Ini berbeza dengan pengumuman Karpal untuk memfailkan saman ke atas Sultan Azlan Shah dengan menjadikan baginda sebagai defendan, yang mendapat kecaman hebat daripada rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Razali yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor meminta rakyat negara ini khususnya orang Melayu jangan termakan dengan strategi pendekatan undang-undang ‘berhemah’ yang diambil oleh Nizar dan barisan kepimpinan bekas kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu.

Kata beliau, sama ada ia berbentuk menjadikan Sultan Perak sebagai defendan atau dengan cara permohonan deklarasi seperti yang dilakukan oleh Nizar hari ini, ia tetap mempunyai maksud sama iaitu mencabar dan mempertikaikan titah Sultan Perak.

”Walaupun sasaran berbeza, tetapi kesannya adalah sama. Jadi, rakyat dan orang Melayu khususnya jangan tak faham. Dalam hal ini, saya percaya Nizar diperalat,” katanya.

1 comment so far

  1. ginggo on

    dh la sultan dapat nasihat salah dr org umno,nk sabit dlm kes plak dh..kalau dh orh bawa kes zambry ke mahkamah,tu kes zambry la.pa kena mengena dgn sultan plak..bodohlah u ni..cam kambing..
    mahkamah rakyat tu mahkamah yg rakyat jd hakim bkn umno jd hakim…rakyat tengok pa yg berlaku dan rakyat ada akal bkan cam u..jd rakyat akan lantik pemimpin yg elok2 dan bagus2 sj bukan pemimpin yg main ayam cakap terang2 plak tu..siap bgtau org umno bg ayam cina tu saya pakailah.dh orang bg tkkan nk tolak kot..nmpak tk kt sini dia bgtau..
    org umno bg ayam,dia pakai…last2 umno ambil dia jd org umno…heeee hinanya pemimpin camni..
    camna lah u boleh sokong dorang lg,u dapat pe,duit rasuah bnyak ke…orang yg tktau hukum tuhan je yg akan sokong umno..yg tahu hukum halal haram tknak nya sokong umno sebab semua tindakan umno tk terlepas dr rasuah dan riba..
    semua tindakan dlm umno mesti ada duit kopi,rasuah tu,tp pd org cam u,tu semua ok je sbb dunia skrang ni semua guna duit tp pikirlah hukum tuhan…jgn sbb dunia skrg semua guna duit,maka dihalalkan semua yg haram..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: