TOLAK “KETUANAN MELAYU” TAPI PEJUANG BAHASA MELAYU??? GILA DAN SASAU!!!

TULISAN MALAYSIAKINI DI BAWAH TUNJUKKAN BETAPA KELIRU DAN SIA-SIANYA “MALAY SIA-SIA.”

DALANG DAN PENGERAK KEPADA TSUNAMI GILA NI TENTULAH PKR DAN PAS YANG PERJUANGKAN “KETUANAN RAKYAT” DAN TOLAK “KETUANAN MELAYU.” JADI BUAT APA MEREKA KONONNYA BERJUANG UNTUK BAHASA MELAYU… MELAYU? KITA PERLU DAN WAJIB BERJUANG UNTUK PERKASAKAN ORANG MELAYU DAN BANGSA MELAYU!!!!! DENGAN KETUANAN MELAYU. TOLAK KETUANAN RAKYAT!!!!!

KEDUANYA, YANG NAK DIPERKASAKAN IALAH ORANG SERTA BANGSA MELAYU… BUKAN BAHASANYA. APA ADA PADA BAHASA KALAU BANGSA MELAYU DAH PAPA DAN DAH TIDAK JADI TUAN LAGI DI MALAYSIA ATAU TANAH MELAYU NI? TAK KUASAI BAHASA TEKNOLOGI???

KETIGANYA, AKIBAT LEMAH INGGERIS DALAM PELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS BERAPA RAMAI ORANG MELAYU, KHASNYA DILUAR BANDAR KECUNDANG UNTUK LAHIR SEBAGAI BANGSA MELAYU TERBILANG BERTARAF DUNIA PERTAMA… WORLD CLASS? TAK BOLEH CAKAP DAN MENULIS INGGERIS DALAM INTERNET DAN TEKNOLOGI.

KEEMPAT, BERAPA RAMAI MELAYU TAK DAPAT KERJA DAN MENGGANGUR KERANA LEMAH BAHASA INGGERIS? TEMUDUGA SEMUA DALAM BAHASA INGGERIS!!! WALAUPUN BELAJAR PANDAI DI UNIVERSITI GUNA BAHASA MELAYU!!!! MEMBAZIR SAJA.

KELIMA, RAMAI PEGAWAI MELAYU DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA DIDISKRIMINASI KERANA MEREKA ALIRAN MELAYU DAN BELAJAR SEMUA MATAPELAJARAN DALAM BAHASA MELAYU SETELAH MERDEKA?

KEENAM, BELAJAR AGAMA ISLAM DIDESAK DALAM BAHASA ARAB….MENGAPA BELAJAR ILMU BARAT TIDAK DALAM BAHASA INGGERIS?

KETUJUH, BUDAK LUAR BANDAR SEKARANG BUKAN MACAM DULU SEBAB SEMUA DAH ADA INTERNET… JANGAN BODOHKAN DAN DISKRIMINASI BUDAK LUAR BANDAR…. KONONNYA TAK BOLEH BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM INGGERIS? HINANYA MELAYU LUAR BANDAR!!!!!

KELAPAN, MELAYU LUAR BANDAR PERLU DIBERI PELUANG BELAJAR ILMU BARAT DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS.

KESEMBILAN, PIHAK BERWAJIB… SAPA TUUU???? TELAH GAGAL NAK TERJEMAH BUKU DAN ISTILAH SAINS SERTA MATEMATIK YANG SENTIASA BERUBAH… TUNTUT KITA BELAJAR DALAM INGGERIS!!! TAK ADA MASA SEBAB PERSAINGAN ZAMAN INI LEBIH CANGGIH, KHASNYA DENGAN CINA DAN INDIA YANG UTAMAKAN INGGERIS.

KESEPULUH, KITA NAK MARTABATKAN BANGSA MELAYU… ORANG MELAYU. KALAU ORANG MELAYU JAHIL DAN BODOH BAHASA INGGERIS, KHASNYA BAHASA TEKNOLOGI… MAKA BAHASA DAN BANGSA KITA PUN TAK RELEVEN LAGI. KETUANAN MELAYU HEBAT KALAU ORANG MELAYU KUAT DAN BERPENGARUH DALAM TEKNOLOGI DI DUNIA MACAM CINA DAN INDIA.
======================================
BERITA MALAYSIAKINI:
GMP nekad anjur perhimpunan raksasa 7 Mac
Jimadie Shah Othman | Feb 14, 09 3:55pm
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) nekad untuk mengadakan perhimpunan raksasa pada 7 Mac bulan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walau apa juga keadaannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha GMP, Hasni Abas menjelaskan bahawa perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 100,000 orang itu akan tetap diteruskan walaupun berkemungkinan pihak polis tidak mengeluarkan permit.

“Orang (pejuang) bahasa berani dan nekad menghadapi pelbagai kemungkinan demi perjuangan memartabatkan bahasa,” kata beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bagaimanapun, tegasnya, GMP akan menjamin supaya perhimpunan itu berjalan lancar dan aman, dengan bantuan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda PKR (AMK) yang turut bergabung dalam GMP..

Menurutnya, permit mengadakan perhimpunan itu akan dipohon seminggu sebelum program berjalan.

Selain itu, Hasni berkata, jika kerajaan membuat keputusan memansuhkan PPSMI dalam tempoh terdekat seperti dituntut gabungan itu – perhimpunan raksasa itu akan tetap diteruskan.

Bagaimanapun, tambah Hasni, bentuknya akan bertukar menjadi majlis meraikan kejayaan serta mengucapkan berterima kasih kepada pihak terbabit.

“Mungkin (perhimpunan itu) lebih ramai. Macam menang (lawan) bola, ramai orang hendak meraikannya,” kata beliau.

Sejumlah 100,000 orang dijangka berarak ke Istana Negara dari beberapa tempat bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan baginda berhubung perkara itu.

Malam tadi, GMP terlibat dengan ceramah berhubung isu PPSMI di Rembau.

4 comments so far

  1. semutar merah on

    Hujah keempat. Mengapa jadi begitu bodoh membiarkan syarat bahasa Inggeris untuk dapat kerja di negara sendiri. Mudah pula diterima dan diikuti secara sah begitu saja. Bodohnya kerana sering bersikap tidak apa kepada yang tidak sepatutnya. Masih berfikir dalam tempurung. Asyik terima apa saja tanpa berfikir secara kritis. Tak boleh ke kalau syarat itu mesti dihapuskan.

  2. malaysia seo company on

    mana boleh macam tu

  3. malaysia web design on

    hijp

  4. interactive exhibits on

    ye hujah keempat kenapa jadi macam tu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: