BOMJANGKA SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT AKAN MELETUP

DARI AWANGGEDEBER.BLOGSPOT.COM…..
Saturday, February 14, 2009
BOMJANGKA SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT AKAN MELETUP
elizabethhilmi
(KES MASUK MELAYU ATAU MELAYU MASUK YANG KLASIK MAKA WAJIB ADAKAN PR KECIL. KALAU MENANG APA HUKUMNYA WAHAI PAS? SEBELUM YB IBRAHIM ALI DICABAR MAKA FATWAKAN INI DULU………..KALAU FATWA POLTIK… TAU DAH!!!!!!!!!!)

YB IBRAHIM ALI, BEBAS PASIR MAS AKU HARAP JANGAN LETAK JAWATAN DULU SEBAB MASA DAN TEKNIKALNYA TIDAK TEPAT.

MENGAPA AKU KATA GITU?

1. KES DAN ISU ELI YANG BEGITU KONTROVERSI MASIH TAK DAPAT APA2 AMARAN DARI SPEAKER SELANGOR. NI KES SEKS DAN SALAHLAKU KAN ATAU SALAH TAK LAKU??? PATUT ELI LETAK JAWATAN DAN PR KECIL SEBAB NAK TENGOK MORAL SOKONGAN RAKYAT. KALAU MENANG JUGAK… APA HUKUM PAS???

2. KES MB SELANGOR DAN TUDUHAN KATA SURUHANJAYA RASUAH BIAS. ITU SERIOUS MAKA SPEAKER SELANGOR KENA SIASAT JUGAK. PATUT PR KECIL JUGAK SEBAB MB SEPATUTNYA TAK LEH ADA KUASA EKSEKUTIF LAGI SEBAB DALAM SIASATAN.

3. KES PENDERHAKAAN TERHADAP KDYMM SULTAN PERAK OLEH GENG PAKATAN ROYAK… SPEAKER DIAM SAHAJA… PATUT YB PAKATAN ROYAK LETAK JAWATAN DAN MINTA MANDAT RAKYAT… NAK TAHU RAKYAT SETUJU TAK PENDERHAKAAN MEREKA TUUUU???

4. KES MINTA YB IBRAHIM ALI LETAK JAWATAN OLEH MB KELANTAN? APA SPEAKER BUAT? INI KES LUAR MUSIM SEBAB YB IBRAHIM MENANG PR UMUM. MAKA TUNGGU PR UMUM AKAN DATANGLAH BARU KITA TAHU. MAKA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN KUASA MB DAN SPEAKER KELANTAN!!! PATUT SPEAKER PAU MB SEBAB CAMPUR BENDA YANG DIA TAK ADA SKOP KUASA… ITU PARLIMEN LAH TOK GURU!!!

5. KES DULU BILA PAS MASUK BN DI KELANTAN. BILA PAS KELUAR BN MAKA YB PAS TAK LETAK JAWATAN PUN WALAUPUN MEREKA MENANG PR TU KERANA BERGABUNG DENGAN BN. PAS HARAM MAKAN SORANG TAPI HALAL KALAU MU BAGI DUA DENGAN AKU… AKU SAPO… PAS LAH!!!

6. KES BILA SEMANGAT 46 DINYAH DARI ANGKATAN PERPADUAN UMMAH YANG DITUBUH DENGAN PAS UNTUK JATUHKAN BN DI KELANTAN TAHUN 1990. SEMUA ORANG TAHU PAS MAKAN SORANG LEPAS TU. PAS DAN S 46 MENANG KERANA KERJASAMA TAPI BILA S46 TERSINGKIR…. SEMUA YB PAS TAK LETAK JAWATAN BERTANDING NAK BUKTIKAN MEREKA MENANG BUKAN KERANA S 46. LAGI SEKALI PENGILAT… TOK HIM TAHU CERITA YAHARAMU MAKAN SORANG DAN WAHALALUN KALAU MUNG BAGI DUA DENGAN PAS. SEBAB TU HALAL KONGSI DENGAN DAP DAN PKR…. TUNGGULAH BERCERAI PULAK NI!!!!!!!!!

DARI MENIMBANG KES DI ATAS MAKA AMAT KEJI PAS SURUH YB IBRAHIM LETAK JAWATAN BAGI BUKTI YANG ORANG PASIR MAS UNDI DIA BUKAN KERANA PAS. TAHUN 2008 TU KAN KERJASAMA BEBAS PASIR MAS DENGAN PAS PASIR MAS MAKA ITULAH PERKAHWINAN POLITIK NAMANYA.

JELASLAH PAS YANG DAH BANYAK KALI KAWIN… DULU BN, LEPAS TU S 46 DAN BEBAS DAN PAKATAN RAKYAT PULAK…. KAWIN APA TAK TAHULAH SEBAB ADA PKR DAN DAP BERSAMA2. SEMUANYA NI ATAS DASAR NAK BUAT ISLAM DAN HUDUD…… TAPI ADA YANG TAK JAWI DAN TAK MASUK “MELAYU” PUN.

TAPI SEKARANG SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT SEDANG DIUJI ALLAH SWT DAN DIHAKIMI RAKYAT. MAKA KITA LIHATLAH EPISOD SANDIWARA PAS DENGAN YB IBRAHIM ALI SETERUSNYA…..

NOTA: HAKIKATNYA PERKAWINAN TANPA NIKAH ADALAH HARAM… BERSEKEDUDUKKAN… UGAMA PUN TAK TUKAR. SEBAB PKR DAN DAP TAK MASUK ISLAM ATAUPUN ORANG KELANTAN CAKAP “MASUK MELAYU”…….

APA SUDAHNYA…??? LAYAN TULISAN BERNAMA NI…..

14 Februari, 2009 10:10 AM

Pakatan DAP, PAS Dan PKR Di Ambang Perpecahan?

Oleh Ahmad Fuad Yahya dan Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Belumpun sampai setahun pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri.

Hubungan antara DAP dan PAS sudah lama dibayangi isu pelaksanaan undang-undang hudud yang dilaungkan PAS apabila DAP bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan PAS manakala PKR mengambil jalan tengah.

Kini, timbul perbezaan pendapat antara Pengerusi DAP Karpal Singh dengan ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung krisis politik negeri Perak, yang tidak dipersetujui oleh Anwar.

Karpal Singh pada satu sidang akhbar Ahad lepas naik angin dan meminta Anwar bertaubat serta mengundur diri daripada menerajui pakatan itu kerana mempromosikan politik lompat parti mengakibatkan pakatan itu kehilangan kuasa di Perak.

Veteran DAP yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menghamburkan kekesalan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan penasihat parti itu Lim Kit Siang kerana menyokong budaya politik Anwar.

Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan untuk memberi gambaran tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak merupakan tindakan peribadi veteran DAP itu dan bukannya agenda pakatan pembangkang.

Mohammad Nizar apabila diminta mengulas rancangan Karpal Singh, berkata ia terpulang kepada Pengerusi DAP sendiri dan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.

Apa yang nyata ialah kenyataan Karpal Singh menonjolkan peranan Anwar sebagai penggerak di sebalik keributan politik dalam negara sekarang.

Kegawatan politik Perak yang berterusan dengan tindakan undang-undang oleh Mohammad Nizar dan DAP, mengalih perhatian orang ramai daripada hakikat bahawa Anwar yang mencetuskan krisis politik itu.

Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lepas, Anwar mencanangkan kononnya pakatan ketiga-tiga parti akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 Sept lepas kerana kononnya ada 31 daripada 140 anggota Parlimen BN bersedia untuk melompat keluar parti bagi memberi majoriti mudah kepada Pakatan yang mempunyai 81.

Sebaliknya, cara politik Anwar menikam diri apabila Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak ekoran empat anggota partinya bertindak keluar parti dan menyokong BN.

Kini barulah beberapa pemimpin pakatan itu termasuk Karpal Singh mula mempersoalkan kredibiliti Anwar selaku pemimpin gabungan parti berkenaan.

“Beliau (Anwar) nampaknya baling batu sembunyi tangan,” kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein ketika ditemubual TV3 mengulas tindakan Karpal Singh yang disifatkannya sebagai diperalatkan untuk mengalih isu sebenar krisis politik di Perak.

Namun Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, cuba mengelak isu itu diperbesar-besarkan dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Karpal Singh dan hubungan mereka berdua tidak terjejas.

Sama ada Anwar akan terus menjadi pemimpin yang diterima dalam pakatan DAP, PAS dan PKR serta menggunakan lompat parti sebagai alat politik belum jelas dan akan ditentukan oleh masa.

Buat masa ini, kesan pertukaran kerajaan di negeri Perak menimbulkan spekulasi beberapa Adun mereka di Kedah dan Selangor akan menyertai BN dan mereka dibayangi kemungkinan turut kehilangan kuasa di kedua-dua negeri berkenaan.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan kawasan DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak pada 7 April ini, menjadi ujian getir bagi kelangsungan pakatan dan kepimpinan Anwar.

Adakah mereka berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas? Sekiranya keputusan memihak kepada BN, adakah desakan supaya Anwar berundur akan semakin meningkat?

— BERNAMA
Posted by OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) at 3:07 PM 0 comments
Labels: BOMJANGKA SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT AKAN MELETUP

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: