SPIES VS BTN DI SELANGOR

SELAIN DARI RIBUT DALAM CAWAN KOPI DI KELANTAN KONONNYA ISU PENGANTI MB DATUK NIK AZIZ MAKA JAGUH ISU DI SELANGOR PULAK MEMBAWA ISU BTN YANG DIKATAKAN ALAT KERAJAAN BN.

KEPADA ABE SEMUA NI ADALAH GIMIK SAHAJA UNTUK MELARIKAN KITA KEPADA ISU SEBENAR KEGAGALAN KERAJAAN PEMBANGKANG DI NEGERI2 TERTENTU YANG SEMUA KITA TELAH TAHU DAN ARIF.

PADA MASAKINI PENTADBIRAN DS NAJIB DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA YANG SEMAKIN SEHARI TELAH MENYAKINKAN RAKYAT AKAN MASADEPAN NEGARA YANG MAJU DAN BERSATUPADU, MAKA NEGERI2 YANG BANGKRAP IDEA DAN TIDAK CAPAI KRA SERTA KPI NYA ASYIK MENJADI JAGUH KEPADA ISU2 KECIL YANG REMEH TEMEH.

SOALANNYA KALAU BTN UNTUK BN KENAPA PILIHANRAYA UMUM 2008 BARU2 NI KERAJAAN BN TIDAK DAPAT 2/3 MAJORITI PARLIMEN DAN 4 BUAH NEGERI MASIH DI PERINTAH OLEH PAKTAN RAKYAT WALAUPUN DALAM KEADAAAN NAZAK IAITU HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU??? DAN KENAPA MAJORITI SIRI PR KECIL YANG BERLANSUNG SEJAK 2OO9 HANYA MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT???. TOLONGLAH JAWAB….

SEBENARNYA BTN ADALAH KAKITANGAN DAN AGENSI KERAJAAN PUSAT YANG LAKSANAKAN DASAR NEGARA BERASASKAN PERPADUAN NASIONAL 1MALAYSIA BAGI MENCAPAI WAWASAN 2020. 1MALAYSIA BUKAN MALAYSIAN MALAYSIA TETAPI LEBIH KEPADA MEMBENTUK BANGSA MALYSIA YANG BERSATUPADU BERASASKAN KONTREK SOSIAL BERBAGAI KAUM SEPERTI TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAN 1957 SERTA RUKUNEGARA 1970 (LAHIR SETELAH BERLAKU 13 MEI 1969 AKIBAT KEMPEN PERKAUAMAN DAN HASAD DENGKI “MALAYSIAN MALAYSIA” SEMASA PR UMUM 1069 – SEMUA ORANG TAHU SEJARAH YANG TAK MENIPU MANUSIA TAPI MANUSIA YANG NAK TIPU SEJARAH).

SELANGOR BUAT SPIES IAITU KONONNYA PEMBINAN INSAN. BINA INSAN UNTUK TIDAK HAYATI 1MALAYSIA YANG BERSASAKAN PERLEMBAGAN DAN RUKUN NEGARA ??? APA YANG DIDOKTRINKAN DI SPIES TU??? HARAP DR HALIMAH ALI, EXCO MELAYU ISLAM TU BERCAKAP KERANA ALLAH DAN LILAHITAALA. ADAKAH RAKYAT SELANGOR NAK MENUJU KESUKUAN DAN KEDAERAHAN ATAU ASSOBIAH BILA MENOLAK BTN YANG MENJADI PEMANGKIN KEJAYAAN 1MALAYSIA ??? SILA BUKA WEB SPIES DAN TELITILAH SENDIRI…
http://spies.selangor.gov.my/v1/

KALAU ANDA ADA PANDANGAN SILALAH….. BACA PANDANGAN DIBAWAH:

BTN PEMANGKIN KEJAYAAN 1MALAYSIA. SPIES HANYA UNTUK KEKALKAN KUASA SAJA???

dari http://www.malaysiakini.com/news/118403
MB S’gor tiada kuasa halang sertai kursus BTN
Nov 26, 09 1:14pm
Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kakitangan persekutuan, kata beliau, tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.

“Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa menghalang orang ramai daripada mengikuti kursus BTN.

“Tunjukkan saya di manakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Menteri Besar untuk berbuat demikian,” katanya di Pagoh selepas majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Muhyiddin dan rakannya yang menyumbangkan 31 ekor untuk dikorbankan esok.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan persekutuan tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian.

“Kita akan tetap teruskan kursus BTN. Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat,” katanya.

Muhyiddin kakitangan persekutuan tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN, berkuatkuasa serta merta, dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan BN.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dilaporkan berkata surat arahan berkaitan larangan itu akan dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.

“Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecahbelahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama,” kata Halimah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.

“Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN,” katanya.

Muhyiddin juga berkata kursus BTN tidak bermotifkan doktrinasi politik tetapi sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan BN. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik,” katanya.

Reaksi Ahmad Zahid

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Selangor berhak melarang penjawat awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya daripada mengikuti kursus BTN.

Katanya, kerajaan negeri itu boleh mengambil keputusan sedemikian jika merasakan kursus berkenaan adalah satu proses doktrinasi oleh BN hingga mencetuskan fenomena perkauman.

“Itu hak kerajaan negeri Selangor untuk tidak izinkan mereka dihantar menghadiri kursus BTN tetapi ada anggota Exco Selangor iaitu Datuk Dr Hasan Ali yang pernah menjadi Ketua Pengarah BTN, maka tidak timbul isu perkauman.

“Saya sudah banyak kali menghadiri BTN dan pernah menjadi instruktor. Saya tidak nampak pun ada elemen perkauman di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Kontrak Pemain Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Untuk Liga Malaysia 2010 hari ini.

Ahmad Zahid berkata kemungkinan larangan itu dibuat kerana wujudnya kebimbangan pemimpin pembangkang terhadap sokongan rakyat negeri itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pula menganggap tindakan itu satu kekhuatiran politik sempit dan akan merugikan sebahagian penjawat awam dan penuntut Selangor kerana tidak diberi peluang mengetahui fakta dan hal terkini kenegaraan.

“BTN tidak ada memburukkan mana-mana kaum kerana perkara yang disampaikan adalah berkaitan Perlembagaan negara (dan) juga konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad berkata ilmu dan maklumat yang disampaikan dalam kursus semuanya diperoleh berasaskan fakta sejarah dan silibus kursus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai-nilai murni bagi menjadi rakyat yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara dengan peserta diberi kebebasan menyatakan pandangan, kritikan dan pendirian masing-masing.

“Rakyat perlu memahami dasar-dasar untuk membina negara. Gagasan 1Malaysia, mendokong Perlembagaan Persekutuan, bersemangat patriotik tanpa mengira idelogi masing-masing kerana ia antara teras utama kejayaan mencapai Wawasan 2020,” katanya.

Reaski GPMS

Manakala Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh pula berkata tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran BTN telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi.

Katanya, kerajaan Selangor yang kononnya menyokong demokrasi sepatutnya membenarkan pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain.

“Jangan heret mereka ke kancah politik,” katanya.

“Salah satu fungsi BTN adalah untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan. Adakah pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan?” kata Mohd Faizal.

Katanya beliau pernah mengikuti kursus BTN dan berterima kasih kepada biro itu kerana membantu membangunkan dirinya menjadi warga negara yang baik.

“Bagi saya, mereka yang tidak berterima kasih bukanlah warganegara yang baik,” kata Mohd Faizal. – Bernama

1 comment so far


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: