MELUDAH KE LANGIT AKHIRNYA JATUH KE BATANG HIDUNG SENDIRI…..

ABE BERPENDAPAT ISU PERKAUAMAN DAN ISU KONONNYA KONSEP 1MALAYSIA TIRU ISRAEL ATAUPUN GUNA PENGARAUH ASING DALAM NEGARA LANGSUNG TIDAK RELEVEN. INI KERANA NEGARA KITA ADALAH DEMOKRASI DAN BEBAS. KITA PULAK MEMBUKA DIRI KITA KEPADA GLOBALISASI ASAL IANYA TIDAK BERLAWANAN ATAU BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA KITA YANG KINI MENJADI TUNJANG KEPADA 1MALAYSIA.

JADI PR KECIL DI HULU SELANGOR NI BIARLAH LIDAH PEMBANGKANG DI PERINGKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TU TERUS BERSILAT… HINGGA RAKYAT AKAN TAHU BAHAWA MEREKA MELUDAH KE LANGIT MAKA AKAN JATUH KE BATANG HIDUNG SENDIRI….

BACA INI DARI MLAYASIAKINI….
http://www.malaysiakini.com/news/129469

Shafie: Anwar berhubungan baik dengan Barat
Apr 18, 10 8:14am
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak banyak bercakap mengenai Apco Worldwide, syarikat perundingan perhubungan komunikasi antarabangsa yang kononnya milik Israel sedangkan beliau sendiri mendapat sokongan kuat dari Barat dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di dunia sebelah sana.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembangkang yang diketuai Anwar benar-benar sudah ketandusan isu terutama menjelangnya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

“Bukan dia tak tahu kita memperjuangkan orang Islam di Bosnia, orang Islam di Palestin. Siapa yang ada hubungan dengan kuasa barat ini pasal yang bersuara bila kes Anwar timbul ialah 50 orang senator dari Australia (membela Anwar),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan cawangan Umno dalam Bahagian Jempol dan Taklimat Pindaan Perlembagaan 2009 di Jempol, semalam.

“Kita sendiri haramkan lawatan pimpinan Israel dari dahulu sebaliknya kita jemput pemimpin Palestin, Yasser Arafat ke sini,” katanya.

Di pentas antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia turut lantang membela dan memperjuangkan nasib orang Palestin, katanya.

Pembangkang sejak kebelakangan ini mula mengaitkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rejim zionis melalui syarikat Apco Worldwide dan menyamakan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Sementara itu, Shafie menafikan bahawa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada MIC P. Kamalanathan ditentukan oleh Umno.

Katanya, walaupun MIC dilihat lemah selepas kalah teruk pada pilihan raya umum lalu tetapi BN termasuk Umno akan sentiasa bersama dengan rakan komponen lain sama ada ketika mereka lemah mahupun kuat.

“Kita pilih anak tempatan di situ, yang dirasai BN begitu bersesuaian, yang mempunyai keupayaan dan kebolehan dan kita yakin ia seorang yang mudah dan boleh mendampingi masyarakat,” katanya.

– Bernama

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: