MB NIK AZIZ BUAT ISLAM DAN TOK PA PERSEKUTUAN BUAT PEMBANGUNAN ???

HEBOH PULAK DALAM MALAYSIAKINI GENG PAS MINTA TOK PA KELANTAN LAPOR AKTIVITI MAKSIAT ATAU PELACURAN DI KG LIMAU MANIS, KOTA BHARU, KELANTAN.

ALASANNYA KERANA KERANA ITU TUGAS POLIS DAN POLIS ADALAH DI BAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN.

PULAK APA YANG MAJLIS BANDARAYA ISLAM KOTA BHARU BUAT. APA PULAK JABATAN AGAMA KELANTAN DI BAWAH DAGU TOK GURU MB NIK AZIZ BUAT ???

ITULAH HELAH. PAS PANDAI BERDALIH DAN MEMUTARKAN LIDAH.

DULU KATA TOKPA KERAJAAN PUSAT BUAT PEMBANGUNAN DAN MB NIK ZIZ BUAT ISLAM “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.” TAPI BILA MEMBANGUN BERSAMA DAP/PKR NI LAIN PULAK AYATNYA. KALAU ADA MAKSIAT MAKA KERJA TOK PA KERAJAAN PUSAT PULAK ???

http://www.malaysiakini.com/news/155997

PAS meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berleluasanya perjudian dan pelacuran di sebuah kampung di Kota Bharu.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, kenyataan Mustapa yang mengulas dakwaan sebuah blog berhubung isu itu kelmarin menggambarkan seolah-olah ia hendak dipolitikkan.

pas muktamar 130610 idris ahmad”Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau (Mustapa) tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa,” kata Idris (kiri).

Mustapa semalam dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal – Kickdefella – bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis – kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Idris juga menegaskan bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak pernah berkompromi dalam soal itu dan bersedia bertindak tegas sekiranya terbukti terdapat anggota parti Islam itu bersekongkol dalam kegiatan itu.

mustapa mohamedMenurut Mustapa (kanan) lagi, jika benar dakwaan itu, Mustapa secara tidak langsung memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan “kerana tidak bertindak”.

“Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat.

“Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan,” katanya lagi.

Idris juga meyindir Mustapa dengan mengucapkan “tahniah” kerana “baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.”

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: