KENAPA MELAYU DAN AREA MELAYU JADI MEDAN BERSIH DI KL ???

KHABARNYA DILAPOR DALAM MALAYSIAKINI HARI INI 7 JULAI 2011 BAHAWA PAKATAN RAKYAT TELAH MENGERAHKAN 300,000 AHLI MEREKA UNTUK BERSAMA BERSIH DI STADIUM MERDEKA.

BETUL KE BERITA INI ???

NAMPAKNYA TITAH AGONG SUPAYA DIHENTIKAN DEMONTRASI HARAM BERSIH MASIH MENJADI POLIMIK LAGI. AGONG TELAH PUN BERJUMPA PRESIDEN BERSIH S. AMBIGA. NAMUN MEMORUNDUM TIDAK PUN DISERAHKAN KEPADA DYMM AGONG SECARA AMAN. SEBALIKNYA MEREKA BANGKIT KEMBALI UNTUK MENGADAKAN DEMONTARSI BERKENAAN DI KL WALAUPUN MB SELANGOR TELAH MENAWAKAN STADIUM DI SELANGOR. ABE RASA BAIK MEREKA BUAT DEMONTRASI DI NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT IAITU DI KELANTAN, SELANGOR, PULAU PINANG DAN KEDAH UNTUK MENUNTUT BERSIH SPR. DI NEGERI PAKATAN RAKYAT MEREKA PUNYAI KUASA EKSEKUTIF TERHADAP PBT, STADIUM DLL. RASANYA ELOK KMEREKA MULAKAN SEKARANG DEMONTRASI DI NEGERI PAKATAN RAKYAT DARI SEKARANG HINGGA PM UMUMKAN TARIKH PILIHANRAYA. INILAH CARA YANG BERKESAN KERANA NEGERI ITU MB ATAU KETUA MENTERI BERTANGGONGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP RAKYAT MASING-MASING.

SELAIN ITU ELOK MEREKA BERHENTI DARIPADA MEMBUAT PERSEPSI UMUM BAHAWA AGONG BERTINDAK ATAS NASIHAT BN. INI KERANA AGONG MENGIKUT PERLEMBAGAAN DAN AGONG WAJIB BERTINDAK ATAS PANDANGAN KABINET SERTA PERDANA MENTERI YANG DILANTIK BAGINDA UNTUK MENTADBIR NEGARA BERDASARKAN LUNAS-LUNAS PERLEMBAGAAN.DAN SEKIRANYA ADA PIHAK YANG MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA MAKA AGONG PERLU DINASIHATI OLEH KABINET DAN PERDANA MENTERI UNTUK SESUATU KEPUTUSAN.

MANAKALA PIHAK POLIS TIDAK BOLEH DIHALANG DARIPADA BERTINDAK MENGIKUT UNDANG2 DAN PERLEMBAGAAN NEGARA. POLIS BANYAK PENGAALAMAN DAN JASA MEMBENTERAS PENGACAU KETENTERAMAN AWAM SEMASA KOMUNIS DAN 13 MEI 1969 DULU.AKIBAT KEHEBATAN DAN KEPANDAIAN POLIS MAKA KITA SELAMAT SELAMA 54 TAHUN DAN PEMBANGKANG BOLEH HIDUP KAYA RAYA MEMERINTAH NEGERI SEHINGGA SEKARANG.TANPA POLIS MAKA SUDAH TENTU NEGARA KITA TIDAK AKAN MAJU DAN UNDANG2 DAPAT DIKUATKUASAKAN SECARA ADIL. INI KERANA KALAU SEMUA ORANG HENDAK JADI POLIS MAKA NEGARA AKAN HURU HARA DAN SIAPA KUAT MAKA DIALAH YANG BERKUASA DI JALANAN DLL.

OLEH ITU MAJORITI MELAYU YANG TERBAWA-BAWA DENGAN HASUTAN BERSIH DI BAWAH S. AMBIGA PATUT PERSOALKAN KENAPA HANYA MELAYU YANG AKAN KELUAR SECARA MAJORITI ??? MANA PERGI KAUM LAIN ???

KENAPA PULA HANYA AREA MAJORITI MELAYU DAN MASJID AKAN JADI PUSAT DEMONSTARSI BERSIH ???

KENAPA AMBIGA TIDAK BUAT DI BUKIT BINTANG ??? PETALING STREET ??? KEPONG ??? BRICKFIELDS ??? LITTLE INDIA DAN CHINA TOWN KENAPA TIDAK DIJADIKAN PUSAT BERSIH ????????

BACA TITAH AGONG :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

03/07/2011 8:40pm

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama

BACA JUGA INI :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Elak pertikai tindakan PM

Oleh FAISAL AHMAD

S. Ambiga memberi penerangan mengenai cadangan mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

TINDAKAN yang diambil oleh Perdana Menteri iaitu menawarkan stadium untuk penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan adalah satu langkah yang bijak dan bertanggungjawab.

Tindakan penganjur menerimanya juga satu langkah bagus.

Bagus dari segenap sudut. Bagus dari sudut keselamatan serta imej negara dan bagus juga untuk politik kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN). Akhirnya penganjur yang keras kepala sebelum ini tunduk kepada seorang Perdana Menteri dari parti yang mereka keji, caci dan hina.

Suara-suara batu api mula kedengaran sejak kelmarin sebaik-baik sahaja penganjur perhimpunan menyatakan persetujuan menerima tawaran Perdana Menteri supaya perhimpunan yang dirancang di jalan raya dipindahkan ke dalam stadium.

Ada yang kata Perdana Menteri bekerjasama dengan pertubuhan haram kerana bersetuju berunding serta membenarkan pertubuhan haram mengadakan perhimpunan di stadium.

Satu perkara yang kita harus ingat dalam hal ini. Selain menjadi Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak juga adalah seorang Perdana Menteri. Maknanya Najib pakai tiga baju utama. Ada lagi baju-baju lain yang dipakainya. Setiap baju yang dipakainya mempunyai tanggungjawab serta tugas yang berbeza.

Tanggungjawab serta tugas Najib sebagai seorang Perdana Menteri berbeza dengan dua tugasnya yang lain. Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib bertanggungjawab ke atas semua rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa atau mazhab.

Dalam isu perhimpunan jalanan yang dirancang Sabtu ini adalah menjadi tugas beliau untuk memastikan tidak ada perkara-perkara buruk yang berlaku. Soal mereka pertubuhan haram atau halal itu dah jadi perkara kedua. Soal keselamatan rakyat yang perlu diutamakan.

Tambahan pula apabila benda pelik-pelik telah djumpai oleh polis kelmarin. Bermacam-macam perkara boleh berlaku jika kerajaan terus membiarkan mereka berhimpun dan berarak di jalan raya.

Jika perkara buruk itu tidak dilakukan oleh mereka sekali pun , boleh jadi ia akan dilakukan oleh pihak-pihak asing yang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan Malaysia. Kita kena ingat balik apa yang dituturkan oleh Shamsul Iskandar dan anak Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah kata rakyat Malaysia harus mengambil semangat apa yang terjadi di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir yang mana dalam kejadian itu lebih 800 orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera. Manakala Shamsul Iskandar pula menghasut agar kerajaan digulingkan melalui jalan raya.

Apakah kita mahu itu terjadi? Mungkin Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga tidak berniat untuk melakukan begitu, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang telah memasang niat untuk melakukan begitu dalam perhimpunan tersebut?

Polis telah melarang agar perhimpunan tidak dilakukan di jalan raya, tetapi penganjur bertegas hendak melakukannya juga. Dalam perhimpunan yang lepas-lepas pun sama juga, polis larang tapi mereka lakukan juga walaupun penganjurnya seorang Menteri Besar.

Tapi tindakan polis kali ini agak luar biasa berbanding dengan yang lepas-lepas kerana difahamkan polis telah menghidu sesuatu yang tidak baik yang telah dirancang oleh penganjur atau mereka yang terlibat. Polis telah hidu yang mereka akan melakukan hura-hara. Buktinya dengan penemuan pelbagai senjata kelmarin.

Sekiranya penganjur tetap mengadakan perhimpunan di jalan raya Sabtu ini dan berlaku keganasan yang boleh menyebabkan kematian serta kecederaan seperti mana yang diseru oleh Nurul Izzah, siapakah yang mereka salahkan dan siapakah yang perlu bertanggungjawab? Sudah tentu Perdana Menteri dan polis yang disalahkan dan mereka perlu menjawabnya.

Peristiwa Memali yang berlaku lebih 20 tahun lalu sampai ke hari ini pun masih lagi dijadikan modal pembangkang.

Kematian Teoh Beng Hock yang bunuh diri itu pun boleh membuatkan kerajaan berpeluh jantan untuk menjawabnya, bagaimana pula sekiranya berlaku satu kematian dalam perhimpunan Sabtu ini jika mereka terus berhimpun di jalan raya?

Tidakkah berbuih mulut kerajaan dan polis untuk menjawabnya? Itu jika berlaku satu kematian, bagaimana pula jika lebih daripada satu yang mati?

Satu perkara yang kita kena ingat, dalam kepala pemimpin-pemimpin pembangkang bermacam-macam perkara yang mereka fikir supaya timbul huru-hara demi mencari keuntungan politik kepada mereka dalam PRU akan datang.

Tidak mustahil mereka akan menimbulkan huru-hara sesama mereka atau mengupah orang tertentu melakukan huru-hara sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Apabila itu berlaku, mereka cepat-cepat lemparkan kesalahan kepada polis dan kerajaan. Mereka akan ceramah keliling negara 24 jam sehari untuk memburuk-burukkan kerajaan serta polis di atas kecelakaan yang terjadi.

Semenjak kejadian rusuhan di Kaherah awal tahun ini ramai pemimpin pembangkang yang meleleh air liur melihatnya dan mahu kejadian itu berlaku di Malaysia. Untuk memastikan impian mereka tercapai mereka sanggup lakukan apa sahaja.

Contohnya dalam kejadian seorang peniaga beras yang meninggal dunia semasa dikejar Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Kelantan awal tahun ini, seorang pemimpin Pas Kelantan dalam ceramahnya cuba menghasut rakyat agar bertindak seperti rakyat Mesir.

Beliau menerangkan kejadian di Mesir bermula daripada seorang remaja yang dipukul polis dan satu kempen dijalan melalui Facebook (FB) dan itulah yang membuat rakyat Mesir bangkit di Dataran Tahrir. Taktik serupa cuba diguna pakai dalam kes itu apabila satu laman FB diwujudkan kononnya untuk menuntut keadilan kepada mangsa dan laman FB itu turut dipromosi oleh Harakah Daily.

Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang mengambil pendekatan berunding dengan musuh. Apabila berunding bukan bermakna kalah. Sebab itu saya puji pendekatan yang diambil oleh Najib dalam hal ini. Beliau bijak.

Berunding dengan musuh tanpa perlu menggunakan senjata dan menitiskan setitik darah adalah lebih baik daripada menewaskannya dengan menggunakan senjata dan mengorbankan ramai orang.

Sebenarnya tindakan berunding dengan pertubuhan haram kali ini bukannya tindakan kali pertama yang diambil kerajaan. Perkara ini pernah berlaku di Baling pada tahun 1955 yang dinamakan Rundingan Baling. Pada masa itu kerajaan bukan sahaja berunding dengan pertubuhan haram, malah berunding dengan pertubuhan pengganas komunis yang diketuai Chin Peng.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Noor pernah pergi berunding dengan Chin Peng di Haadyai, Thailand pada tahun 1989 yang akhirnya menyaksikan Parti Komunis Malaya (PKM) meletak senjata. Jika tidak sebelum itu rakyat kita yang tinggal di kawasan yang bersempadan dengan Thailand tidak tenteram hidup kerana takutkan komunis.

Kenapa pula pada masa itu tiada pihak yang pertikai kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap pengganas-pengganas komunis dan komunis pula tidak pertikai orangnya yang telah mati kerana bertempur dengan pasukan keselamatan negara?

Hari ini apabila kerajaan mengambil langkah berunding dengan pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Bersih, ada pula pihak mempertikaikan dan berpura-pura bertanya soalan kepada kerajaan tentang tindakan yang diambil oleh polis sebelum ini.

Apabila kerajaan sudi berunding dengan pertubuhan haram dan membenarkan mereka berhimpun bukan bermakna pertubuhan itu sudah halal.

Masih ingatkah anda pada peristiwa Al Maunah satu masa dulu? Jika hendak bertindak kasar, pihak berkuasa tentera dan polis boleh bertindak kasar. Pasukan elit komando tentera dan polis kita boleh bertindak menembak mati ahli kumpulan berkenaan sekelip mata sahaja.

Tapi oleh kerana kebijaksanaan Perdana Menteri pada masa itu, Dr. Mahathir, Menteri Pertahanan, Najib serta dibantu kebijaksanaan anggota-anggota tentera dan polis pada masa itu mereka menggunakan kaedah rundingan. Akhirnya semua ahli kumpulan Al Maunah menyerah diri hidup-hidup.

Itulah yang dinamakan buat kerja menggunakan akal fikiran dan bukannya menggunakan emosi. Berundur setapak ke belakang untuk maju seribu tapak ke hadapan.

Tindakan Najib menawarkan stadium kepada penganjur adalah satu langkah bijak yang perlu dipuji. Ia boleh menyelesaikan banyak masalah. Anggota-anggota polis juga tidak perlu lagi dikerah bertungkus lumus untuk mengawal keadaan pada hari berkenaan. Mereka boleh beri tumpuan kepada tugas hakiki.

Sekiranya apa-apa perkara buruk yang berlaku dalam stadium adalah menjadi tanggungjawab penganjur. Mereka tidak boleh lagi salahkan kerajaan atau polis.

FAIZAL AHMAD ialah penulis blog RBF

Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: