DASAR KITAR SEMULA DAN MESRA DAP BUKTI 22 TAHUN TOK GURU MB MUFLIS IDEA

YOUTUBE PROPAGANDA PAS MUNCUL DAH. DAH LEBIH 22 TAHUN TAK ADA BENDA BARU DAH. PIMPINAN NIK AZIZ DAH TAK RELEVEN LAGI BILA KELUAR BUKU JINGGA DAN IDEALISME PAKATAN RAKYAT DAN BILA MANA KERAJAAN ISLAM DITUKAR KEPADA KERAJAAN BERRRRRRRRRRRRRRRRRRKEBAJIKKAN…. KEBAJIKAN KEPADA SIAPA ??? NAMPAK KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIBUAIAN MATI KELAPARAN.

SEMUA GAYA PIMPINAN NIK AZIZ DAH KITAR SEMULA…. TAK ADA IDEA BARU DAH….

SEMUANYA PROPAGANDA GUNA UGAMA TAPI SEKONGKOL DENGAN DAP YANG TOLAK ISLAM UNTUK DIMASUK DALAM BUKU JINGGA.

ISU AIR BERSIH YANG GAGAL WALAUPUN 600 JUTA TELAH DISUNTIK.

SOAL LADANG RAKYAT YANG TIDAK ADIL DAN TIDAK DIBERI KEPADA SEMUA RAKYAT…. HANYA ORANG PAS DAPAT TANAH DAN ELAUN LADANG RAKYAT…..

KELANTAN TERAJUI PERUBAHAN ??? PERUBAHAN APA KERANA SEMUA MERCUTANDA UTAMA ADALAH PESAKA WARISAN BN SEBELUM 1990. PERUBAHAN APA ??? YA DULU KAPIR BERPAKAT DENGAN BUKAN ISLAM… SEKARANG DEMI KUASA DAP DIDAHULUKAN, PKR DIUTAMAKAN….DAN KELANTAN MARUAH MAJORITI MELAYU 98% PENDUDUK KELANTAN DIGADAIKAN MURAH2.

KERAJAAN PUSAT BUAT DISKRIMINASI ????? JANGANLAH BUTA HATI KERANA TOKPA DAH BUAT MACAM2 DI KELANTAN. TANPA TOKPA KELANTAN TAK ADA APA SATU PUN. TOK GURU MB PUN PUJI DAN TERIMA KASIH KEPADA TOKPA. KENAPA TUKANG SPIN PROPAGANDA PAS INI MASIH KATA KELANTAN DIANAK TIRIKAN ??????

JANGAN LANGGAR SUMPAH CIK SITI WAN KEMBANG…. TANAH, AIR DAN BUMI KELANTAN JANGAN DIGADAI KEPADA BANGSA ASING ATAU BANGSA LUAR….. ATAU ORANG MENDATANG KERANA KELAK NEGERI AKAN JADI PADANG JARAK PADANG TERKUKUR….. HABIS MARUAH DAN WARISAN JATIDIRI TANAH RENDAH SEKEBUN BUNGGA.

KERAJAAN PAS KELANTANLAH YANG ANAKTIRIKAN TOKPA DAN KERAJAAN PUSAT. APA SUMBANGAN KERAJAAN KELANTAN KEPADA KERAJAAN PUSAT BILAMANA SEMUA DASAR MALAYSIAN MALAYSIA DAP JADI ANUTAN PAS…. TOLAK MELAYU KERANA KEBANGSAAN. TOLAK DEB KERANA PILIH KASIH DAN KRONI UMNO KATANYA.

SUMBANGAN TOKPA AMAT BANYAK DI KELANTAN… BACALAH UTUSAN MALAYSIA NI….

http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121108/wt_01/Kelantan-terus-membangun

Kelantan terus membangun

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


WISMA Audit Negeri Kelantan berharga RM14.4 juta.

KOTA BHARU 7 Nov. – “Bilo mano pelancong maghi sambut denge rebano ubi, rama bena pelancong puji negeri Kelate come sengoti. Kalu hajat nok beli beloh maghi Pasar Siti Khodijoh, Wakaf Che Yeh terkenal sudoh tepat pusat barange muroh.”

Lirik lagu dikir barat nyanyian Fendi Kenali itu cukup sebati dengan rakyat Kelantan, menggambarkan betapa cantik dan makmurnya negeri ini sehingga menggamit kedatangan pelancong ke sini.

Bagi pelawat yang buat kali pertama berkunjung ke Kelantan, pastinya terdetik perasaan kagum dalam hati mereka apabila melihat pembangunan agak pesat yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Tidak dinafikan banyak bangunan baharu dengan reka bentuk moden tanpa mengetepikan seni bina masyarakat tempatan, wujud di Kelantan ketika ini. Senario itu amat berbeza jika dibandingkan dengan landskap negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini kira-kira 10 tahun lalu.

Antara kawasan yang mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan pesat ialah Bandar Baru Tunjong. Kawasan ini telah menempatkan banyak bangunan pejabat jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dengan kos pembinaan ada yang mencecah puluhan bahkan ratusan juta ringgit.

Sebagai contoh, bangunan Wisma Audit Negeri Kelantan berharga RM14.4 juta yang dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Oktober lalu. Bangunan terdiri daripada satu blok bangunan pejabat dua tingkat itu dibina di atas tapak seluas 1.82 hektar.

Selain itu, terdapat juga Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) berharga lebih RM143.7 juta, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (RM9.7 juta), Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri (RM13.2 juta), Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah negeri (RM21 juta) dan Jabatan Pelajaran negeri (RM36 juta).

Kewujudan bangunan dan kompleks tersebut mengubah sama sekali landskap Tunjong yang sebelum ini merupakan kawasan sawah padi, namun kini menjadi pusat pertumbuhan baharu hasil pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di sana.

Pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan itu yang melibatkan pelaburan ratusan juta ringgit, turut mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Kelantan yang gagal disediakan oleh kerajaan negeri sehingga menyebabkan ramai berhijrah ke luar bagi mencari rezeki.

Namun, di sebalik pembangunan pesat itu, mungkin ramai tidak menyedari bahawa kemasukan sebegitu banyak projek Kerajaan Persekutuan di negeri ini sama ada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10, sebenarnya dicetuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

JAMBATAN kedua Sultan Yahya Petra yang terbaru hasil sumbangan Kerajaan Persekutuan yang prihatin terhadap masalah rakyat di Kelantan. – utusan/ROSNI MASRI
Selaku anak Kelantan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak melupakan negeri kelahirannya apabila ‘tidak putus-putus’ membawa masuk pelbagai projek pembangunan dan pelaburan ke negeri ini.

Hasilnya, Kelantan meskipun kerajaan negerinya diperintah oleh parti lain, terus pesat membangun hasil cetusan idea Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa dalam kalangan masyarakat tempatan. Komitmen Mustapa itu bagaimanapun cuba dinafikan oleh pihak tertentu termasuk parti pembangkang dengan melemparkan pelbagai tohmahan dan cemuhan ke atas beliau.

Selain itu, ada pemimpin pembangkang dengan rasa bongkaknya menyatakan bahawa Kelantan boleh ‘hidup’ tanpa UMNO. Pada hakikatnya, tanpa bantuan UMNO diterajui Mustapa, Kelantan berkemungkinan masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang khususnya pembangunan.

Menurut laporan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Mustapa merupakan pemimpin Persekutuan yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung membawa masuk sebanyak 1,434 projek termasuk 19 projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) ke negeri ini dalam tempoh RMK-9 ketika beliau menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Maka tidak hairanlah apabila Pengarah JPPK, Datuk Makhtar Mustapha menyatakan bahawa Mustapa memainkan peranan cukup penting dalam mengubah senario geo-ekonomi negeri Kelantan sehingga berapa pada tahap sekarang.

Beliau berkata, sebagai seorang menteri di peringkat Pusat, Mustapa telah banyak membawa kemajuan ke negeri ini antaranya pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Jeli dan Tumpat, mencetuskan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dibuka pada 2007 dan kini mempunyai tiga kampus dengan bilangan pelajar kira-kira 3,000 orang.

“Pembangunan yang ada bukan datang secara bergolek sebaliknya ia hasil usaha Kerajaan Persekutuan terutama Datuk Seri Mustapa yang sentiasa memikirkan bagaimana hendak membangunkan negeri Kelantan dan rakyatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Makhtar berkata, pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini tidak terhitung banyaknya sebagai contoh dalam RMK-9 Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih RM5.5 bilion untuk menjayakan pelbagai projek besar di negeri ini dan lebih RM2.43 bilion pula bagi projek-projek di bawah RMK-10.

Pelaksanaan projek tersebut di bawah RMK-9 jelas beliau, berdasarkan lima teras iaitu pembangunan ekonomi dengan peruntukan sebanak RM1.084 bilion, pendidikan (RM1.966 bilion), luar bandar (RM344.672 juta), infrastruktur (RM1.796 bilion) dan perkhidmatan (RM401.927 juta).

Sementara di bawah RMK-10 pula, ia merangkumi peruntukan untuk ekonomi, pendidikan sebanyak RM845.36 juta), luar bandar (RM382.305 juta), infrastruktur (RM386.387 juta) dan perkhidmatan (RM788.111 juta).

Antara projek yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat Kelantan termasuk golongan peniaga ialah menaik taraf tempat jualan buah-buahan di Pasar Siti Khadijah bernilai RM3.235 juta, cadangan pembanggunan landskap mendan Bazar Tuan Padang (RM1 juta), menaik taraf kemudahan aas di Pasar Besar Machang (RM532,300), membaiki dan menaik taraf padang istiadat Majlis Daerah Jeli (RM799,500), mengadakan lampu jalan di Jalan Persiaran Raya Gua Musang, (RM532,534) dan cadangan pembangunan menaik taraf Taman Perbandaran Tengku Anis (RM533,000).

“Mengambil kira peruntukan besar yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan ke negeri Kelantan ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan sebarang projek pembangunan di negeri Kelantan.

“Apa yang pasti, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk membangunkan negeri ini agar rakyatnya tidak tercicir daripada arus kemajuan negara yang bakal mencapai status negara maju pada 2020,” kata Makhtar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121108/wt_01/Kelantan-terus-membangun#ixzz2CHkzu4Hf
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: