BR1M PEMANGKIN DAN PENGERAK EKONOMI MALAYSIA

RAMAI YANG PERTIKAI CARA EKONOMI PM NAJIB. INI KERANA BANYAKNYAN KOMEN-KOMEN PAKAR EKONOMIN TAK BERTAULIAH YANG MEMAKI HAMUN KERAJAAN KERANA KONONNYA TAK PANDAI URUS EKONOMI MALAYSIA.

BETUL KE….

PANDAI ATAU TAK BIJAK ADALAH BERGANTUNG KEPADA IDEA DAN HALATUJU YANG DITENTUKAN OLEH PM NAJIB. BELIAU MEMPUNYAI SERIBU SATU MALAH LEBIH ALASAN BILA TEGASKAN SISTEM EKONOMI BELIAU “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.”

BR1M ADALAH CONTOH SISTEM EKONOMI PM NAJIB YANG DAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT. PM RELA TARIK DAN UBAHSUAI SUBSIDI UNTUK MENAIKKAN SERTA TAMBAHBAIK BR1M 2014. PM TETAP NAK BUAT BANYAK PENJIMATAN DARIPADA KAEDAH MEMBERI SUBSIDI TANPA TERANCANG ATAU SUBSIDI BUTA SEHINGGA BARANGAN SUBSIDI DISELUDUP MALAH DINIKMATI SECARA MAHARAJALELA OLEH PENDATANG ASING DI MALAYSIA. INI TIDAK ADIL DAN KALAU PM TIDAK MELAKUKAN PERUBAHAN TENTULAH EKONOMI KITA AKAN UNTUNGKAN WARGA ASING IAITU ” KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DIPANGKUAN MATI KELAPARAN.”

OLEH ITU UBAHSUAI DAN PENARIKKAN SUBSIDI SECARA PERINGKAT2 INI MERUPAKAN CARA URUS EKONOMI TERBAIK DEMI RAKYAT Mramlyusoff123ALAYSIA. MALAH DENGAN BERLANGSUNGNYA GST PADA 1 APRIL 2015 INI IANYA AKAN DAPAT MENYELAMATKAN SISTEM CUKAI KITA DARIPADA DITIPU OLEH PEMBAYAR2 CUKAI YANG LARI ATAU PENGELAT DARIPADA BAYAR CUKAI. GST INI JUGA ADALAH PENYELAMAT EKONOMI MALAYSIA. BILA CUKAI DIKUTIP CARA BERKESAN MAKA MALAYSIA AKAN KAYA RAYA. BILA MALAYSIA KAYA MAKA PROJEK2 DAHULUKAN RAKYAT ATAU MERAKYATKAN EKONOMI NEGARA AKAN JADI KENYATAAN.

BUKTINYA BACA INI

:http://www.malaysiakini.com/news/255893

Rasionalisasi subsidi demi tambah peruntukan

 6  0  0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan bagi sektor pembangunan akan dapat dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) melalui pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
    
Beliau berkata banyak lagi pembangunan perlu dilakukan khususnya dalam bidang pendidikan seperti pembinaan sekolah tambahan dan sekolah vokasional, pembinaan jalan raya di bandar dan luar bandar, loji air dan tebatan banjir
    
“Setiap projek ini bukan kecil, besar kosnya. Jadi perbelanjaan untuk peruntukan pembangunan negara ini mesti kita tambahkan lagi.
    
“Kita (kerajaan) tidak boleh tambah (peruntukan) melalui tambahan hutang kerana ekonomi negara kita akan merudum nanti.
    
“Saya berharap dalam RMK-11 nanti, kita boleh tambahkan peruntukan untuk pembangunan kerana banyak lagi kita perlu lakukan,” katanya ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra di Puttrajaya hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
    
Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan telah membelanjakan RM22 bilion untuk subsidi minyak manakala RM40 bilion bagi subsidi dan insentif secara keseluruhannya sedangkan hanya RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
    
“Kita lihat ini tidak seimbang sebab apabila kita belanja terlalu banyak untuk subsidi, ini akan berlakunya ketirisan, pembaziran dan ketidakadilan,” katanya.
    
Sambil memberikan contoh, Najib berkata dengan mengurangkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan disalurkan kepada 7.9 juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
    
Menyedari kenaikan kos sara hidup, perdana menteri berkata kerajaan sentiasa sensitif dan terus menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan timbalan perdana menteri untuk mengambil langkah-langkah mengurangkan beban rakyat selain turun padang memantau harga.
    
“Dengan pelbagai usaha ini, harga barangan kini bertambah stabil.
    
“Kita memang memberi perhatian kepada masalah rakyat apabila ekonomi bertambah kukuh kita boleh tolong rakyat, termasuk kebajikan penjawat awam,” katanya.

Najib berkata melalui dasar negara yang bersifat inklusif dan mampan, perkembagan ekonomi negara berada pada landasan yang betul untuk mencapai kadar pertumbuhan lebih kukuh apabila mencatatkan nilai perdaganan RM1.3 trilion, yang merupakan tertinggi dalam sejarah, dan nilai
pelaburan RM216 bilion pada tahun lepas.
    
“Kita tidak boleh bertahan setakat ini, tetapi bak kata ‘self-improvement’ bagi individu dan sebagai sebuah negara kita perlu melakukan penambahbaikan untuk negara supaya kita boleh mencapai kadar pertumbuhan yang  tinggi dan sederhana tinggi.
    
“Banyak negara lain masih bergelut dengan pelbagai masalah dan ekonomi dunia masih tidak menentu. Sehubungan itu, kita mesti membuat persediaan dengan mengambil langkah proaktif agar perkembangan ekonomi negara lebih bertambah tinggi dan Malaysia boleh menjadi sebuah negara maju pada 2020,” katanya.
    
-Bernama

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
 

 

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: