POLITIK TAMAK MACAM ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

https://www.malaysiakini.com/news/312176

LGE

ADALAH DIRUJUK ARTIKEL DALAM MALAYSIAKINI……..
MENELITI TEGASNYA DAP AKAN TETAP DALAM KERAJAAN PKR-DAP-PAS SELANGOR SECARA PENTADBIRAN WALAUPUN DI SEGI KERJASAMA PARTI DIDAPATI DAP DAN PAS DAH BERKUBUR.

BIJAKNYA DAP. DAP TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG KUAT YANG BANYAK KERUSI MACAM UMNO DAN PAS.

INI SEMUA KERANA DAP DAH YAKIN AKAN PERINTAH MALAYSIA PADA PRU KE 18. OLEH ITU DAP TAK PERLUKAN PARTI YANG KUAT MACAM PAS YANG AKAN SUKARKAN DAP NAK JADI DOMINAN BILA MENANG NANTI.

ITULAH SIFIR DAP. SIFIR TAK MAHU KONGSI KUASA. SIFIR TAMAK. INI JAUH SEKALI DENGAN APA YANG UMNO LAKSANA DALAM PERIKATAN ATAU BN. UMNO RELA BERKONGSI KUASA DENGAN MINORITI DAN MEMBERI HAK YANG SAMA KEPADA MCA DAN MIC MISALNYA.

IDEA PARTI AMANAH ATAU GERAKKAN HARAPAN BARU IAITU SERPIHAN PAS UNTUK JADI ALAT DAP UNTUK JATUHKAN UMNO DAN PAS AMAT MMEMALUKAN.

GERAKAN HARAPAN BARU ATAU AMANAH MUNGKIN BODOH DALAM SIFIR POLITIK KERANA SANGUP TOLAK UMNO DAN PAS SEMATA-MATA NAK TENTUKAN DAP MENANG DALAM PRU NANTI.

NAMUN POLITIK MANA ADA SIFIR…..

SIFIRNYA DAP TAK KAN KERJASAMA DENGAN PARTI YANG KUAT SEBAB DAP NAK JADI BOSS ATAU KETUA ATAU NAK KUASA DOMINAN UNTUK PERIMTAH MALAYSIA.

HAKIKATNYA POLITIK MALAYSIA ADALAH POLITIK KONGSI KUASA DAN IKHLAS SERTA TIDAK TAMAK HALOBA.

SIAPA TAMAK HALOBA MACAM ANJING DENGAN BAYANG BAYANG…..

ANJING BUKA MULUT KERANA SANGKA ADA TULANG LAIN DALAM BAYANG YANG DIA NAMPAK…..

AKHIRNYA TULANG DI MULUT DIA JATUH DALAM AIR…..

ORANG TAMAK SELALU RUGI, MACAM ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG.

BACA INI……
DAP kekal dalam k’jaan S’gor walau PKR, PAS bekerjasama
2.2K71
13 Sep 2015, 7:26 pm 13 Sep 2015, 7:28 pm

DAP akan terus mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun PKR tetap berkeras mahu bekerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Lim berkata langkah itu bagi menghalang PAS daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat Selangor.

Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja, sebagai contoh, memperkenalkan larangan menjual arak.

“Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu ialah hak dan keputusan mereka.

“Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Taman Molek, di Johor Bahru hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudukan DAP dalam kerajaan Selangor dengan pendirian PKR itu.

Turut hadir Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

-Bernama

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: