PAS WAJIB BERJIWA DAN OTAK BESAR BERSAMA UMNO SELAMATKAN ISLAM

BACA DARI MALAYSIAKINI

 http://www.malaysiakini.com/news/324465

‘Dekati ahli Umno, bukan Umno’


3
24 Dis 2015, 3:13 petang     24 Dis 2015, 3:23 petang

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad menyarankan supaya ahli-ahli parti Islam itu mendekati ahli-ahli Umno dan bukannya parti tersebut.

Iskandar yang merupakan antara pemimpin yang tidak bersetuju cadangan kerjasama PAS-Umno berkata, mereka perlu mendekati ahli Umno supaya dapat menarik mereka menyertai PAS.

“Ramai dari mereka telah mulai kecewa dengan parti mereka (Umno) dan adalah menjadi tugas ahli-ahli PAS untuk menarik mereka ke dalam PAS.

“Oleh itu tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli-ahli Umno.

“Saya yakin ramai dari mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar dari Umno dan PAS mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan,” kata ADUN Cempaka itu dalam kenyataan.

Selain itu, pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, di negeri itu, hampir 6,000 orang memohon untuk menjadi ahli PAS dalam masa tiga minggu dan satu kempen yang sama akan dilancar pada Januari tahun depan.

Justeru itu, beliau berkata, PAS perlu menunjukkan kemampuan sebagai sebuah parti masa depan dan menjadi pencetus inisiatif politik baru dan tidak sekadar menjadi pengikut di belakang.

“Masa untuk Umno telah berlalu. PAS mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan. Menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang,” katanya lagi.

PAS kini dilihat sebagai sebuah parti yang “mesra” dengan Umno selepas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 minggu lalu bagi merintis jalan ke arah kerjasama dua parti Melayu terbesar itu.

Malah, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.

politik melayu islam perlukan pemimpin berjiwa besar dan minda atau otak yang besar,,, big mind
kalu nak buat lukah atau ambil kesempatan di air yg keruh,,,, otak kecil tu
pas pun tak segagah dulu bila serpihan AMANAH pimpinan mat sabu kawin dengan DAP
PAS akan jadi bachul tanpa berjuang bersama UMNO
apa PAS cari ?????
ISLAM DAN MELAYU KAN……
UMNO LAH ISLAM MELAYU yang 59 tahun berkuasa di Malaysia
pasumno

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: