ANGKAT TARAF DRAMA KE ANTARABANGSA, RTM PERLU KEPAKARAN TEKNIKAL LUAR

rtm2-2 rtm2-1 rtm3 rtm4

 

 

Apabila pengarah filem, YM Raja Mukhris Raja Kamarudin sebagai  ahli panel mencadangkan supaya RTM membuka peluang dan berkerjasama dengan pihak pemain industi di luar RTM dalam pembikinan drama, terbuktilah bahawa

orang luar iaitu pemain industri telah nampak bahawa aspek teknikal seperti visual, grafik dan audio yang amat diperlukan untuk mengangkat isi kandungan hebat sesebuah karya drama bagi mendapat sambutan penuntun telah gagal di RTM.

 

YM Raja berpendapat demikian apabila menjawab soalan peserta bengkel mengenai mutu dan kekuatan drama RTM berbanding dengan drama-drama daripada stesyen penyiaran swasta pada salah satu sessi “Bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti penerbitan Panggung RTM ke tahap “supertele”  di Wisma TV Angkasapuri baru-baru ini (15 – 16 November 2016).”

 

Gesaan ini ditambah pula dengan syor oleh pengarah filem tersohor U-Wei Haji Sha’ari supaya RTM mengubah struktur dan budaya penerbitan drama RTM berusia lebih 70 tahun yang dianggap lapuk.

 

Tambah beliau, sebelum RTM melihat orang lain, terlebih dahulu ubah atau baiki kelemahan dalaman RTM dahulu.

 

RTM diakui memiliki kekuatan sebagai badan penyiar ulung kerajaan Malaysia sepatutnya memimpin industri drama di Malaysia dan kekalkan konten atau isi kandungan dengan mesej-mesej dasar kerajaan yang tidak dibuat oleh stesyen swasta.

 

Semua panel yang memberi pandangan dalam bengkel dua hari berkenaan sependapat supaya RTM mempunyai jatidiri, halatuju dan matlamat yang jelas bertindak sebagai pemimpin dalam industri drama di Malaysia.

 

Ahli-ahli panel juga berpendapat RTM mempunyai konten, cerita, mesej dan motivasi yang kuat malah lebih baik berbanding dengan stesyen swasta.

 

Tambah mereka, RTM tidak boleh meniru stesyen swasta yang hanya melayan nafsu dan citarasa penuntun.

 

RTM tidak perlu bersaing untuk menjadi popular bagi mengatasi stesyen swasta di segi bilangan penuntun kerana RTM mempunyai tanggungjawab sosial untuk mendidik dan membentuk masyarakat yang berinovasi serta kreatif berlandaskan dasar-dasar kerajaan.

 

Dengan kata lain RTM patut menjadi  pemimpin dalam industri drama yang bertindak mendidik masyarakat supaya menjadi penuntun yang celik dan bijak dalam menghargai seni kreatif yang bermutu tinggi, iaitu bukan bersifat picisan dan budaya popular sahaja.

 

Persoalannya mampukah RTM menjadi pemimpin dalam industri drama negara dengan konten yang lebih petriotik dan berjaya membentuk penuntun yang bijak lagi kreatif serta berinovasi baru ?

 

Berbekalkan generasi baru yang mengelarkan diri mereka sebagai “RTM New Wave” adakah penerbit drama RTM yang berstatus pegawai awam mampu membuktikan mereka memiliki kemampuan untuk mengubah budaya serta struktur kerja di RTM sebagai institusi awam ?

 

Mampukah mereka melaksanakan impian untuk memecah pemikiran kreatif luar kotak ?

 

Selain dari isu penerbitan, aspek promosi dan publisiti juga mengikut ahli panel merupakan isu besar yang tengelamkan drama RTM dari perhatian penuntun.

 

Oleh yang demikian Bahagian Komunikasi Korporat RTM perlu merancang “media plan” bagi mendapat tindakkan viral daripada unit media social dan semua stesyen radio dan tv milik RTM.

 

Jelasnya, meminjam pandangan ahli-ahli panel bengkel berkenaan, penulis berpendapat supaya pegawai RTM di Unit Drama RTM seeloknya menumpukan kepakaran mereka kepada menguruskan skrip yang terbaik sumbangan penulis terkenal dalam industri drama.

 

Unit Drama RTM juga patut terlibat dalam bengkel penulisan kreatif dan pertandingan skrip drama terbaik untuk diterbitkan di RTM.

Dengan kata lain, penerbit RTM wajar melaksanakan pengurusan skrip dan melatih penulis-penulis muda untuk mampu menghasilkan karya bermutu sesuai dengan inspirasi negara.

Tegas ahli-ahli panel lagi, RTM mempunyai kekuatan yang tidak ada pada stesyen swasta sebab RTM adalah milik kerajaan yang memerintah.

 

Salah satu kekuatan ialah, Penerbit dan pengarah drama di RTM boleh hanya fokas kepada karya drama mereka dan tidak perlu fikir baget kerana RTM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Bertolak kepada saranan supaya RTM membuka peluang bekerjasama dengan

pemain industri bagi memantapkan

audio dan visual drama-drama RTM membuktikan bahawa tidak ada team atau pasukan yang kuat dan khusus di RTM yang boleh membantu pihak penerbit drama RTM untuk meningkatkan mutu drama RTM, khasnya di segi visual , audio dan grafik.

 

Dalam tinjauan yang dibuat oleh penulis, terbukti di RTM tidak ada team visual,grafik dan audio yang khas atau pakar khusus untuk drama.

 

Pihak  kameraman, grafik dan juruaudio memilik kemahiran yang umum dan asas sahaja. Mereka ini dikatakan melaksanakan tugas secara gunasama untuk berita, rencana, siaran langsung, acara nasional dan sebagainya.

 

Saya juga difahamkan jika sesorang penerbit atau pengarah drama RTM bertindak untuk menerbitkan drama mereka tidak ada pilihan malah terpaksa mengunakan kepakaran pegawai teknikal visual, grafik dan audio yang umum atau asas sahaja.

Pihak penerbit dan pengarah drama RTM tidak akan dapat team visual, grafik dan audio yang khusus ataupun pakar yang dilatih khusus hanya untuk drama.

 

Oleh yang demikian sebagai kesimpulan, bagi merealisasikan RTM sebagai pemimpin industri drama negara, sudah sampai masanya pakar-pakar grafik, visual dan audio dari luar RTM digunakan untuk mengangkat drama RTM ke standard antarabangsa.

 

Langkah ini bakal menjadikan RTM akan lebih fokas dan berupaya meningkatkan mutu berita, hal ehwal awam, hiburan, pertanian dan penerbitan-penerbitan yang lain.

 

Pegawai dan kakitangan grafik, visual dan audio RTM akan boleh memajukan penerbitan berkenaan bila Unit Drama RTM melibatkan pihak swasta yang pakar teknikal drama dalam bidang grafik, visual dan audio.

 

Bengkel dua hari berkenaan juga melibatkan pengarah filem Mamat Khalid, pengkritik filem Wahab Hamzah, pengarah filem Datin Paduka Suhaimi Baba, pengarah drama Gulam Shaffi Khan dan Wan Razaisyam Wan Rashid,  Dr Maszalida Hamzah dan Haris Hue Abdullah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: